Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 27 January 2013

Marhaban dan Al-Quran

Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta sahabat-sahabat dan ahli kelurganya.

Minggu ni, Che Mid sibuk memenuhi undangan marhaban untuk majlis walimatul urus di sekitar kampung, sampai tak sempat rewang rumah di nenek saudara sendiri. Ada tiga undangan semuanya.. Sabtu petang, malam minggu dan Ahad pagi. 

Kalau nak ikutkan, di tempat Che Mid ni, ada tiga kumpulan marhaban yang aktif dan selalunya memang tak cukup tangan memenuhi undangan kenduri kendara. Ada pulak tuan rumah yang menjemput lebih dari satu kumpulan .. kira macam ikut shif pulak.. satu kumpulan malam, dan satu kumpulan lagi esok siangnya.. Dah jadi kebiasaan di Meru ni, tetamu datang makan dari malam sebelum hari kenduri besarnya lagi. Memang tuan rumah kena siapkan makanan dua kali..

Ni, sempena bulan Rabiulawwal ini, Che Mid ingin berkongsi sedikit mengenai aktiviti marhaban ini. Che Mid tengok banyak kebaikannya bila berkumpul sebegini:-

1) Membaca berzanji dan bersalawat di dalam bahasa Arab iaitu bahasa al-Quran boleh melatih lidah kita menyebut bahasa Arab. Hukumnya tidaklah sesusah al-Quran kerana tiada hukum pada bacaan. Kalau salah tak mengapa kerana ia bukan ayat al-Quran. Lama kelamaan lidah terbiasa menyebutnya dan mudah-mudahan bertambah yakin dan mudah untuk membaca al-Quran. Dulu tak pernah baca tahlil, sekarang dah boleh memimpin bacaan doa tahlil dan doa selamat. Tak payah tunggu ustazah, kita sendiri dah berkeyakinan untuk membaca sendiri di rumah bersama keluarga atau dihadapan jemaah.

2) Memahami maksud berzanji iaitu memuji-muji Nabi Muhammad SAW dan memahami riwayat hidup Nabi SAW. Dengan bersalawat sahaja dah dapat pahala dan ahli marhaban melakukannya di majlis keramaian. Mudah-mudahan salawat itu juga akan menjadi pembasah bibir di rumah kerana berlatih atau menghafal lebih-lebih lagi jika ada lagu baru. Jadi, daripada kita menyanyikan lagu yang bersifat 'lagha' lebih baik kita belajar lagu salawat yang baru sambil memasak atau melipat kain..Kalau orang lain mungkin banyak bersalawat bila bulan maulid, tapi kami hampir tiap-tiap minggu memuji Rasulullah.. Subhanallah!

3) Berkumpulan marhaban juga mendidik kita supaya mempunyai sifat kempimpinan dan setiakawan. Ada penyelaras untuk menerima tempahan, setiausaha untuk mengedar surat jemputan. Perlu dibincang juga tentang pakaian dan adab ketika bermarhaban. Ada juga yang setia menjadi pemandu percuma untuk membawa rakan-rakan yang tidak mempunyai kenderaan. 

4) Kumpulan kami juga menerima saguhati antara RM50 hingga RM100 yang disumbangkan oleh tuan rumah bagi setiap jemputan. Di samping itu kami juga mengutip derma ikhlas sesama hadirin semasa berkumpul. Yuran keahlian juga dikenakan RM12 setahun. Kesemua wang ini akan digunakan semula untuk aktiviti lain kumpulan seperti lawatan, penghargaan untuk ahli dan juga sumbangan sekiranya ada ahli yang memerlukan.

5) Hubungan sesama jiran tetangga dan ahli keluarga semakin erat. Suami-suami kami saling mengenali dan anak-anak juga ada yang ikut serta termasuk yang masih kecil. Siap bawa susu botol, buku cerita, bantal busuk dan mainan untuk bermarhaban.  Biasanya ahli marhaban jugalah yang menjadi 'orang surau' atau ahli gotong royong di taman kami. Juga menjadi orang yang awal sampai untuk mengurus jenazah. 

Hasilnya, kami semakin dekat dengan al-Quran, dan semakin rapat diantara satu dengan lain. Alhamdulillah, setakat ini tiada suara sumbang yang memperkatakan tentang kumpulan kami. Dulu-dulu ada juga yang kata orang perempuan tak elok bersuara kuat lebih-lebih lagi menggunakan mikrofon, tetapi kami berpendapat tidak mengapa bersuara kuat untuk memuji-muji Nabi. Kami bukannya berdiri dan bergaya diatas pentas pun.. 

Bak kata Ustazah Asni, Allah jadikan insan ini suka kepada keindahan. Mata suka melihat yang cantik-cantik, mulut suka bercakap yang manis dan berlagu dan telinga suka mendengar bunyi yang merdu..Jadi tidak mengapa berlagu asalkan bukan untuk mengajak kepada maksiat..

Jadi untuk sahabat-sahabat di luar sana yang berkeinginan untuk belajar al-Quran tetapi masih malu-malu atau tak berapa pandai, apa kata ikut kumpulan marhaban atau Yasiin dulu. Bila dah berkawan dengan orang-orang yang suka membaca al-Quran, Insyaallah, mungkin awalnya baca perlahan dan ikut sikit-sikit.. Mula-mula membaca Yasiin lepas tu surah-surah lazim lama-lama tentu teringin nak baca seluruh al-Quran dan mengkhatamkannya. 

Ingat, al-Quran adalah harta peninggalan Rasulullah kepada kita..Kalau kita sayangkan harta benda yang mak ayah tinggalkan untuk kita, apatah lagi al-Quran.. Wallahua'lam.


Ahli kumpulan Marhaban Helwa Taman Dato Bandar


37 comments:

  1. aktiviti yang menarik
    sya suka dengar marhaban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. tapi kalau orang bekerja sukar sikit kan.. maklumlah tak banyak masa untuk bercampur dengan jiran tetangga sbb banyak urusan rumah tangga yang perlu diutamakan..

      Delete
  2. assalam cik mid..acik suka dengar..dirumah..dalam kereta..dipejabat..sentiasa ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, bagus tu.. sebagai terapi minda kan..

      Delete
  3. Assalamualaikum dan salam kenal Cik Mid. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya pagi tadi.

    Memang banyak kelebihan menyertai kumpulan marhaban ni. Dari gambar tu saja dah terpancar keakraban ahli2nya.

    Saya ada ramai sedara mara di Meru. Sekitar Jalan Kopi, Jalan Nenas dan Jalan Jambu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah.. MESTI ADA YANG SAYA KENAL..tak mustahil kalau kita pun bersedara, saya memang asal dari Meru, mak orang Batu Lapan, abah orang pekan Meru anak Kiyai Hj Ismail, imam masjid Meru dulu. Isteri Ketua kampung Meru sekarang ada sepupu saya..kami tinggal di Taman Dato Bandar, belakang stesen minyak Shell..

      Delete
    2. Mungkin ada sedara saya yg Che Mid kenal. Sebenarnya nenek saya sebelah emak yg berasal dari Meru. Adik beradik nenek dulu duduk di sana. Abang nenek saya bernama Salamon. Tapi dia dah lama meninggal dunia.

      Sekarang yg duduk sana sepupu2 emak saya. Salah seorg duduk sebelah surau di Jln Jambu. Seorang lagi duduk tak jauh dari sekolah agama di Jalan Nenas.

      Hebat2 keluarga Che Mid. Kami ni org kampung biasa saja ...

      Delete
    3. Salam.. maaf bukan tujuan saya bertitahu asal usul nak menunjuk2, cuma kalau En Yunus bertanya pada sedara di Meru, mungkin ada yang kenal lagi, maklumlah.. orang-orang tua kalau duduk kampung, biasanya saling kenal mengenali walaupun tiada pertalian darah, ataupun mungkin bau-bau bacang.. sape tau kan..

      Delete
  4. salam Akak...
    dah lama ke pindah ke sana? bila nak jenguk S.P?
    baguslah byk terlibat dgn aktiviti masyarakat Kat sana. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, baru je balik dari SP hari tu
      melepas rindu di pasar malam SP

      Delete
  5. Terima kasih krn sudi singgah blog saya..
    Lama saya tinggl di taman klang utama ( mengjr situ) dan di bt belah...tak kenal che mid...hihi
    Selangor mcm johor juga, ada kump marhaban, ada kump yassin. Kt perumahan saya di sp nii tak ada..sayang kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh begitu.. tak jauh dah la dari rumah Che Mid.. biasanya kalau perumahan baru, memang payah sikit nak buat kumpulan kan.. kalau macam tu Anim mulakanlah.. tengok macamana..

      Delete
    2. saya orang merantau che mid. duduk menyewa sini baru 4 tahun..kawasan perumahan ni kata depa lebih 10 tahun..lelaki je aktif

      Delete
  6. seronok tgk cikmid dan kumpulan marhaban tu,,banyak faedahnyakan kak...ukhuwahpun terjaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setakat ni ok lah.. tak banyak masalah..

      Delete
  7. wah nampak seronok tgk kumpulan marhaban2 mcm ni... wah gamabr header baru ye cantik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM tak reti nak design2 header ni.. tepek gambar yanga ada je le..

      Delete
  8. waaahhhh....cantiknya header...naper header saya jadi mengecut ke tepi ya? nak buat camner ek?

    saya bila bca doa penutup berzanji tu mesti sebak sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, baguslah faham terjemahan berzanji.. memang sebak dan terharu sangat bila tahu pasal kisah nabi ni.. subhanallah..jawapan utk header CM jawab di blog Queenie ya

      Delete
  9. As salam kekanda Che Mid yang dirindui,

    Maaf lama tak berziarah ke sini... Terima kasih atas ingatan akak yg masih sudi 'menjenguk' kami di Peru :)

    Saya dari dulu lagi mmg teringin utk menyertai kumpulan berzanji, marhaban dan sebagainya ni, tapi tak pernah berpeluang lagi... Saya suka & seronok! Sgt setuju dgn apa yg akak tulis... dari kita nyanyi lagu yg 'lagha' adalah lebih elok lidah kita dibasahkan dgn selawat & kata2 manis memuji Nabi SAW...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kalau nak tahu, dah ramai ahli yang lancar baca bahasa Arab, maknanya lebih mudah utk mereka mengaji al-Quran.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang memberi kami hubungan yang rapat dan saling belajar walau pun secara tak langsung..

      Delete
  10. Seronok ya dapat join kumpulan berzanji dan marhaban macam ni, bukan sahaja dapat memupuk semangat merapatkan sillaturrahim malah dapat juga pahala mengaji Al-Quran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju.. moga terus berkekalan.. ahli baru pun terus bertambah dari semasa ke semasa.. Insyaallah bermanafaat jugak walaupun nampak macam suka-suka je kan..

      Delete
  11. Di kampung mak di PD, tak ada lagi kumpulan marhaban wanita. Tapi di Melaka, Alhamdulillah aktif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tentu ketuanya takde kan.. tu sebab tak aktif..

      Delete
  12. Alhamdulillah...marhaban perempuan masih ada...sesuai untuk kita-kita kaum perempuan...mak saya juga terlibat dalam kumpulan marhaban di kawasan kediamannya...yang bestnya baju seragam,cantik nampak...che mid aktif sungguh ye...

    ReplyDelete
  13. Salam ,
    Mohon belajar makna marhaban dan berzanji ... semoga Allah memberi hidayah.
    Bacalah surah al-kahfi , lihatlah maknanya.
    Semoga Allah menghindarkan kita dari syirik dan khurafat.
    Tak semestinya bahasa arab itu baik kalau kita abaikan maknanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan anda, janganlah kerana bunyinya seperti bahasa arab maka maknanya mengikut landas2 syarak..

      Delete
  14. Assalam. Boleh bagi contact kumpulan marhaban tu? Nak jemput untuk majlis khatam quran. T.kasih.

    ReplyDelete
  15. click to find out more blog check my blog page see this a fantastic read

    ReplyDelete