Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 6 January 2013

Mengacara di majlis Nauwal Hamdi dan Farhana Hanum

Pada 1 Januari 2013 lalu, Che Mid telah menjadi pengacara majlis walimatulurus di rumah Encik Balia Demyati dan  Puan Mursidah. Mereka berdua memang berhajat sangat untuk Che Mid hadir kerana pernah melihat Che Mid menjadi pengacara semasa anak saudara mereka berkahwin dulu.

Apa yang menariknya ialah tuan rumah mahukan sedikit kelainan dari segi susunan program dengan cuba menerapkan ciri Islamik dan menolak adat yang tidak selari dengan Islam. Bagi Yahanana Events pula, Che Mid memang sangat menyokong dan 'mendahulukan yang sunnah' merupakan konsep YAHANANA EVENTS

Antara yang kami lakukan ialah ketika di pelamin, pengantin lelaki meletakkan tangan kanan di atas kepala pengantin perempuan dan membaca doa selepas nikah. 

Semasa merenjis atau berinai pula, kami tidak menggunakan bunga rampai atau air mawar, tetapi ditukar kepada menyuap kismis kepada mempelai dan diikuti dengan nasihat atau doa dari perenjis. 

 Che Mid dan Farah bersedia di tempat pengacara. Memenuhi permintaan tuan rumah, lagu instrumental seperti gamelan dan lagu MOHRAM dimainkan sebagai halwa telinga tetamu sementara menanti kehadiran pengantin. Tidak terlalu kuat sehingga menyesak dada cuma sekadar memeriahkan suasana. Lagu-lagu dikawal melalui laptop dan disambung ke pa sistem.

 Selepas mengetahui mempelai tiba, kami memulakan qasidah pembukaan dengan dendangan 'Yahanana'. Selepas itu Che Mid mengumumkan ketibaan pengantin dan kompang pun memulakan persembahan mereka. Pengantin bergerak ke halaman kemudian berhenti sebentar untuk menyaksikan pencak silat yang turut disempurnakan oleh ahli kompang tadi.


Pengantin berdiri di hadapan pelamin, kumpulan kompang terus memainkan lagu mereka. Kumpulan ini adalah kompang Jawa Kampung Bukit Kapar yang dianggotai oleh kebanyakannya warga emas.

Seterusnya Che Mid dan Farah megalunkan selawat Badriyah sekadar dua rangkap, diikuti dengan doa selamat oleh bapa saudara pengantin.

 Ini dia pengantin, Nauwal Hamdi Balia dan isteri Farhana Hanum Mohd Khider. Selepas selesai ucap restu (ganti merenjis), pengantin beredar ke meja santapan. Lagu gamelan dimainkan sebelum Che Mid berberseloka berkenaan latar belakang dan kisah cinta mereka berdua. Antara bait-bait seloka yang mengundang tawa pengantin dan tetamu ialah:-

Tahun 2011 mula berjanji setia
Kau dan aku bagaikan uda dan dara
Walau sicantik jelita
macam Rozita Che Wan menggoda Nauwal
Atau si tampan bergaya 
seperti Aaron Aziz mengusha Farah
Namun cinta seteguh gunung Everest
Takkan goyah walau seinci pun juga

Diakhiri dengan acara memotong pulut kuning dan kek perkahwinan. (Tak de gambar la.. jurugambar Che Mid dah missing in action..) Penutup acara selepas memberi salam kami melagukan sekali lagi qasidah Yahanana (atas permintaan). Teruja betul bila pak cik, makcik dan sedara mara turut menyanyi beramai-ramai "Yahanana yahanana.. ." Satu penutup yang sangat manis bagi Che Mid, tak sangka pun ia juga.

 Ibu saudara pengantin Datin Niswati, isteri bekas Datuk Bandar Shah Alam, Puan Misnah, sepupu Arni dan Farah.

 Selesai tugasan, kami menjamu selera .. bersama Arni dan Azlina Suria.. 

Sejurus sebelum pulang, bergambar dengan Nauwal Hamdi dan Farhana.. Selamat pengantin baru, semoga terus bahagia hingga ke syruga..

Antara komen yang diterima.. Alhamdulillah Wa syukurillah .. 

21 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah bila semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..semua pihak memberi sokongan jadi tak de masalah timbul..

      Delete
  2. Alhamdulillah, tuan umah pun mesti puas hati kan ngan perkhidmatan yg che mid telah lakukan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang tuan rumah terutama bapa pengantin memuji sungguh. Yalah, memang dia berharap sangat che mid jadi emcee utk majlis tu

      Delete
  3. Alhamdulillah majlis brjln lancar ....bagus la aturcara majlis begini..suka sgt
    Moga bisnes k.mid brtmbh maju :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he kalau suka, bolehlah tolong rekemen pada orang lain ya.. thanks

      Delete
  4. menarik jugakan cik mid tukar majlis merenjis tu...good luck cikmid..

    ReplyDelete
  5. Yahanana kakak pun suka mengalun sama CM. Seronoklah majlis macam ini.
    Farah semakin ayulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he Farah jadi penyeri majlis.. ibunya tak berapa nak menarik dah.. he he

      Delete
  6. moga terus maju jaya ke kak mid

    ReplyDelete
  7. Bagus kalau sesuatu majlis diterapkan ciri2 Islamik. Selalu sangat dengan nyanyian yang agak mengganggu suasana dan keadaan.

    ReplyDelete
  8. Salam CM,

    Mama tau CM memang hebat! Moga usaha CM tu jadi ikutan,
    Gambar atas tu ada beradik? muka sama!
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mama. Aah gambar atas tu sume adik beradik...

      Delete
  9. Syukur Alhmdulillah..semuanya berjalan lancar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang sangat diharapkan bila che mid jadi pengacara di majlis orang. Harapan begitu tinggi dari tuan rumah, jadi kepercayaan dan amanah wajib dijalankan sebaik mungkin. Yang lain kita tawakal illallah.

      Delete
  10. wah bestnya.. bolehlah kalau nak tempah pengacara majlis nanti hehehehe

    ReplyDelete
  11. Insyaallah.. jemputlah jemput che mid.. boleh kita jumpa di realiti.. he he

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Baguslah kak CM buat kelainan...'mendahulukan yg sunnah' ☺☺

    Smoga business kak mid bertambah maju.

    ReplyDelete