Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 4 November 2013

Mee Kari Tengok Bola

Salam sayang semua... hari ini hari Senin.. ramai yang bercuti dan ramai yang 'terpaksa' bekerja. Untuk orang Pahang, amboi suka sakan le sebab dah menang bola malam tadi..

Che Abang orang Pahang, jadi dia ajak adik-adik yang tinggal di Shah Alam dan Wangsa Maju untuk berkumpul di rumah kami. Makan-makan, sembang-sembang dan jerit-jerit tengok bola. Tapi yang di Shah Alam tak berapa sihat, baru balik dari kampung..yang di Wangsa Maju memang nak datang, tapi dah tau balik nanti aka terperangkap dalam jem di Shah Alam sebab perlawanan diadakan di Shah Alam, akhirnya membatalkan niat untuk ke rumah kami.

Tapi, tak mau menghilangkan 'mood enjoy' tambah-tambah lagi anak-anak semua ada di rumah, Che Mid pun masak lain sikit malam tadi, eh..istilah malam tadi ke malam semalam yang betul? .. cikgu Bahasa Melayu ada tak? Tolong ajar Che Mid sikit..

 Hasilnya, mee kari cincai.. cincai sebab Che Mid mula masak selepas Maghrib. Takde daun-daun menghijau cuma timun je. Kalau ada sawi , taugeh atau daun sup.. memang tak habis dan membazir sebab Che Mid je yang beria-ia makan. Yang lain acah-acah ..abahnya lagi la.. alergik sayur!!

 Ada lempeng jugak..lebih sarapan pagi punya... ada sambal tumis bilis pedas untuk cicah..

Buah mangga epal dan kuah rojak Che Mid laaa... haa.. ramai terliur dah tu.. mintak mahap le ye..memang nak menunjuk pun..

Kami makan-makan anak-beranak sambil bergurau senda. Orang lain dah habih makan..Che Mid makan asam buah katuk pulak.. sambil jerit-jerit sokong Pahang, tau-tau habis sebekas..

Pagi ni, suara garau dan tekak perit..menggelabah pagi-pagi lepas subuh makan ubat batuk dan selesema. Hari Khamis ni ada emcee job ni, Rabu ada rehearsal...adui.. takut .. suaraku adalah aset paling berharga untukku... ha ha ada insuran pun tak guna kalau suara dah macam katak !

Ok, dah siap entri ni.. kepala dah mula melayang-layang mencari bantal sebab makan entah hapa-hapa ubat tadi. Tau tak, cari ubat kahak dewasa tak jumpa..Che Mid makan ubat kahak kanak-kanak..Deeja punya...ada rasa strawberi..Sedappp!

20 comments:

  1. Eh eh..sedapnya mee kari dan lempeng tu..Saya tak tengok bola malam tadi Che Mid, apapun tahniah Pahang. harini saya terpaksa kerja, cuti dah tinggal sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja elok-elok k.. Che Mid pun keje gak..work from home he he..baru nak ngadap komputer Deeja da rampas kuasa!

      Delete
  2. Ingatkan mee kari boleh tengok boa jugak che mid..heheh..gurau jer..
    tuhla che mid semangat sokong pahang yer sampai sakit tekak2 tuh..heheh..apapun tahniah pahang..sedih kelate kaloh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih kelate kaloh ya.. kasi can la pahang menang..kelate dah selalu menang!

      Delete
  3. Sedapnya mee kari..Tahniah Pahang.

    Salam Maal Hijrah akak.

    ReplyDelete
  4. minggu lepas baru hajat nak buat lempeng utk tgk final bola. tapi smlm adik ipar banje kepsi plak. belasah jugak... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan pun belasah.. bola pun belasah yeah! Golll!

      Delete
  5. Amboi, syoknye mkn buah mangga cicah kuah rojak tu. Suke je nak show off tau. Hehehehe....tak psl2 je sore tu hampir menghilang. Jaga2 Che Mid. Minum air byk2 tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah2 malam buta terbatuk-batuk teruk pulak. belaah makan lagi tadi, ingat dah ok dah.. padan muka i!

      Delete
  6. terliur nengok kuah rojak che mid tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ke.. memang ada hajat nak singgah tempat acik bila-bila ke seremban..Insyaallah!

      Delete
  7. kena buat insuran untuk suara ni che mid..heee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insuran suara tu macam insuran kereta gak ke.. tunggu eksiden baru boleh claim!

      Delete
  8. Kakak sokong Kelantan tau tapi kalah aduhai...

    Makan ubat Deeja hihi...

    ReplyDelete
  9. Kenapalah lempeng tu juga yang menjadi igauan saya.

    ReplyDelete
  10. terliuq tgok mangga tu...

    saya sokong kelantan..tp kecundang la pulak..asben sokong pahang...

    ReplyDelete
  11. Asam2 tu tak sesuai untuk Che Mid yg perlu menjaga suara.

    ReplyDelete
  12. memang terliur tengok mangga tu..

    ReplyDelete
  13. yg last tuh yg paling mengancam.. hehe

    ReplyDelete