Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 21 January 2014

Sapa Beli Milo???

Satu hari yang sibuk..stok Milo dah kehabisan sebab Deeja suka sangat makan Milo..makan macam tu je..kadang-kadang berulang-ulang, tu yang stok Milo selalu habis cepat.



Ibu suruh Ayan ke kedai beli Milo dan dua barang lain. Bila Ayan balik..dia bawa dua barang tu tapi takde Milo pulak.. Bila ibu tanya mana Milo, Ayan kata.." Lupa..." Hisshh..

Lewat petang.. Ibu yang sibuk memasak di dapur, bagi tahu Ayan, " Sms abah suruh singgah kedai beli Milo balik keja nanti..". Ayan jawab, " Ok.."

Menjelang Maghrib, abahnya sampai rumah bawa satu beg plastik termasuk Milo. Abahnya terus buka paket Milo tu untuk dituang dalam bekas lain.

Tiba-tiba abahnya jerit, " Dah beli Milo kan..nape suruh abang beli lagi?".

Ibu tak percaya," Eh, mana ada sesiapa beli..tadi dah pesan pada Ayan tapi dia lupa, tu yang dia sms abang suruh beli..." Kat umah ni, mana ada orang lain..kita je...

" Habis tu, nape bekas Milo tu penuh macam baru diisi??"

Sampai sekarang takde sape tau jawapannya... Ada sesiapa nak tolong jawabkan..??


23 comments:

  1. Replies
    1. Nak kata rezeki terpijak tak la pulak..rezeki terletak kut ha ha

      Delete
  2. Ishh... misteri nusantara ni Cik Mid.
    Cuba rasa... betul2 Milo atau benda lain?. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang misteri nusantara betul...ala dah habis pun ..sam je rasanya..

      Delete
  3. Hi hi hi. Agaknya dah lama beli kut pastu lupa. Ihhh seram puak kak.

    ReplyDelete
  4. hahaha.. lawak le.. anggaplah rezeki!

    ReplyDelete
  5. Jin yg duk sekali dalam rumah tu la yg beli & isi Milo dalam bekas..asyik dok sebut Milo.. bingit telinga dia agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha..jin pun tau bingit telinga ya..ke jin tu suka pada Deeja, tolong beli dan isikan siap2..

      Delete
  6. Ayan beli dalam diam2 kot. Bila CM suruh sms Abahnya soh beli lagi, dia ingatkan tak cukup yang dia beli tadi kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kot ya..kami pun asyik berkot kot je kat umah ni..

      Delete
  7. hehe...sungguh heran bin ajaib...takkan tak igt sapa yg beli dan isi semula...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla cik Kam oii..takde sape yang ingat..ish masalah besar ni kan..

      Delete
  8. haha...sapa dia, cakap...cakap..heee

    ReplyDelete
  9. terlupa tu kak,perasaan macam dah habis,biasa pandangan pertama tak boleh percaya,kena pandang dua-tiga kali kat bekas milo tu hehehe...

    ReplyDelete
  10. ini mesti kes lupa kot, or Ayan tu beli tapi dia ckp lupa nak kena kan ibu nya heee wallahuaklam lah

    ReplyDelete
  11. Misteri ni kak. Ker milo sebenarnya belum habis, tapi benda lain yg habis

    ReplyDelete
  12. jgn biarkan diri anda diselubungi misteri... lariiiii

    ReplyDelete
  13. Bermacam-macam sangkaan ha ha..takpelah milo pun dah solosai den makan

    ReplyDelete