Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 17 January 2015

Suka Duka Sukarelawan

Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua sahabat-sahabat sekalian.

Secara tak dirancang rupanya beberapa orang yang rapat dengan Che Mid juga turut terlibat dengan kerja kesukarelawanan banjir kali ini.

Bila banjir teruk mula menyerang Temerloh dan Kuala Lipis,kami amat terkesan kerana mak abah mertua tinggal di Kuala Lipis dan kampung abah mertua pula di Jenderak, Kuala Krau, Temerloh. Alhamdulillah, semasa banjir memuncak, laluan ke flat mak terputus tapi mujur emak dan abah berada di Singapura.

Semasa Che Mid sedang bergelumang dengan Projek Telekung, adik ipar dan biras pula mengumpul bantuan mengejut ke Kampung Chegar Perah, Kuala Lipis. Keluarga biras Che Mid yang jadi orang tengahnya.





.Adik ipar,  Acam, dan isteri Ayu kumpul sumbangan di Kuala Lumpur dan hantar ke Dong, Raub. Dari Dong diangkut pula ke penempatan banjir. Anak-anak dara bersempit dalam kereta dicelah-celah barang bantuan. Comel je..anak-anak buahku tersayang..



Antara bantuan yang dibeli di Kuala Lumpur

Dah sampai Dong, barang dipunggah ke kenderaan Bomba Sukarela. Berbaju oren tu adik ipar yang tinggal di Dong

Sarat dengan bantuan yang akan melalui jalan jauh kerana laluan terputus.


Akhirnya selamat sampai ke SK Chegar Perah


Kalau tadi cerita keluarga belah suami, Ini kisah belah Che Mid pula.

Ini pula suasana banjir di Kampung Gajah. Beberapa hari selepas Che Mid dan team ke Kelantan, emak Che Mid dan beberapa sahabat setaman bergerak pula ke sana. Menziarah rumah salah seorang ibu jiran kami, Ina Wahab. Menaiki rakit untuk sampai ke halaman rumah. Masa tu dah sepuluh hari banjir tapi belum surut-surut lagi. Sebahagian telekung kami pun dibawa ke sana.

Pengalaman banjir - tentu takkan luput dari ingatan

Tak nak main banjir ke?

Dua hari selepas Che Mid, Che Abang dan Ayan balik dari Kelantan,giliran Farah, Faris dan adik Che Mid, Acik, pula ke Kelantan. Farah memang dari awal nak pergi, Acik pun sama, cuma Faris yang setuju saat akhir. Mengikuti rombongan sukarelawan kampung kami, menaiki bas. Satu bas muslimat, satu bas lagi pelajar tahfiz lelaki. Bertolak tengah malam dan sampai Kuala Krai subuh esoknya.

Antara yang wajib dibawa - but PCK dan sarung tangan getah

Dah siap anak ibu ..Al-Quran sentiasa di samping. Ya Allah, istiqomahkan dia Ya Allah.. 


Hari pertama - di tempat pengumpulan dan agihan. Banyak barang, banyak kerja. Hujung tu..Faris terbongkok-bongkok buat kerja.

Katanya hanya dua lelaki sahaja terlibat di situ, pelajar tahfiz dah keluar cuci madrasah.


Abang Ayan kata kesian tengok Faris buat keje..rasa nak nangis tengok.. Maklumlah adik tu bukan buat keje sangat di rumah..paling teruk pun mop lantai atau cuci bilik air..

Alamak..sori..


Non stop... kakak Farah yang curik ambik gambar-gambar ni..


Kepenatan...


Hari ke dua - Faris masih di tempat sama tapi barang dah tak banyak lagi. Ada satu kereta datang bawa baju sekolah dan selipar. Penduduk setempat terus merapatinya dan tunggu rezeki masing-masing. Cuba zoom pada kakak baju corak rimau tu..tengok muka dia..seolah-olahnya kata<" Alhamdulillah, anak aku ada baju sekolah baru.." 


Ini gang Acik (tudung pink berdiri atas lori) dan Farah ..jadi skuad cuci hari ni.

Acik beritahu dalam perjalanan, mereka ternampak seorang pakcik tua sedang buat salur air dengan cangkul. Bila nampak sukarelawan, dia angkat tangan dan tunjuk ke satu arah. Rupanya tunjuk rumahnya yang ranap. Kemudian pakcik tu letak tangan di dadanya..tanda redha..Benarlah Allah kata bahawa Dia hanya akan menguji hamba-hambanya mengikut kemampuan masing-masing. Dan orang Kelantan memang kuat..


Tiba di sekolah tadika PASTI - it was beyond repair..terpaksa dirobohkan terus..Allahuakbar


Tak pernah terfikirkan mencuci pinggan mangkuk penuh selut dan lumpur.. Ini di rumah sebelah PASTI tadi. Pun tak boleh diselamatkan dan terpaksa dirobohkan. Tuan punya rumah menginfak tapak tanah itu untuk dijadikan tapak PASTI yang baru..demi cinta pada Islam..Subhanallah..

Farah pinjam seluar track abah..kotor..

Perjalanan balik ke tempat penginapan - pergi tadi naik lori, balik naik hilux..kena hujan pulak..Mereka meninjau kawasan banjir dari Kuala Krai hingga ke Dabong..hampir 100km.."puas' melihat kemusnahan 'live'..depan mata. 

Acik dah balik, berganti pulak dengan suaminya..Cikgu Jamil dan jiran setaman yang mengikuti konvoi DUN Meru. Bertolak malam Jumaat, Cikgu Jamil dan kawan-kawan penuh semangat ingin membantu mangsa di sana, namun hajat tak kesampaian apabila kemalangan 'bumper to bumper' berlaku di Lebuh Raya Karak pada jam 2 lebih. 

Itu bahagian depan

Ini belakang..

Lagi gambar kereta Naza, terpaksa menggunakan trak tunda ke Balai Polis Karak.

Ini van yang membawa muslimat, melanggar kereta Cikgu Jamil. Ada muslimat yang dirujuk ke klinik.

Ini 4x4 yang dilanggar kereta Cikgu Jamil. Kesemua yang terlibat dalam kemalangan membatalkan perjalanan tetapi kumpulan yang jauh dihadapan meneruskan misi murni itu hingga selesai.

Itulah dia sedikit sebanyak kisah ahli keluarga Che Mid yang turun padang membantu apa yang patut. Amat sedikit pertolongan ini..apalah sangat jika dibandingkan dengan kerugian mangsa banjir. Tapi percayalah, kami bangga menjadi sebahagian dari fenomena ini.

Cuma di sini, Che Mid ingin menegur sikit pada sesiapa yang mengambil sumbangan untuk disampaikan kepada mangsa. Jangan sekali-kali mengaku bahawa sumbangan itu dari pihak kamu jika kamu mengambil sumbangan orang lain. Sama seperti kes menahan sumbangan orang ramai kemudian di pek semula dengan gambar atau lambang lain. Ingat, kita bersusah payah mengumpul amanah orang, jangan senang-senang mengaku hak orang lain pula ya. Walaupun penyumbang tidak tahu, tapi Allah Maha tahu. Walaupun penyumbang itu ikhlas, jangan kita pula jadi pemecah amanah. (Ingatan untuk ku jua). Astaghfirullah..

Okay..sebelum menutup tirai, jom tengok adegan lucu ni..

Untuk grup wassap Helwa, kami memang berbincang hampir setiap hari dan masa..tak kira time rehat atau kerja atau masa memasak sekali pun..


Inilah hasilnya akibat terlalu asyik berwassap bincang pasal transport la..collection la.. pucuk ubi yang direbus, hangus sebab kering airnya.



Pada masa yang sama, bendahari kami pula..terhangus rebusan dagingnya..memang kecohkan bila ibu-ibu busy ni he he..




Ini apa hal pulak? Che Abang I dah cuci kereta ni..awat pelekat dan nombor tu tak tanggal sekali bang oi? Saja je nak berlama-lama ya...ingatan manis di Kelantan masih segar kut..he he.. tak pe la,,kasi can sama dia..

Tamat sudah kisah banjir Che Mid..doa dan kasih sayang kita sentiasa bersama mereka, Tempoh pemulihan bukan sebulan dua, tapi Allah akan ganti dengan yang lebih baik nanti...Insyaallah..Aamiin.

13 comments:

  1. Alhamdulillah...semoga usaha che mid dan keluarga diberkati..di UiTM, banyak team yang pergi...ida xikut serta memandangkan anak2 kecil tiada yg menjaga..tetapi alhamdulillah sumbangan yang dikumpul banyak juga...doakan mereka yang pergi selamat pergi dan pulang..tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam hati tentu nak ikut sangat kan..he he

      Delete
  2. sesungguhnya masa masa paling manis dalam hidup ialah masa kita susah dan berjuang untuk meneruskan... kalau dah lepas dari tu dah senang, perasaan dia berbeza sangat... kenangan untuk sukarelawan banjir ni akan dikenang sampai bila2 sebab tak mungkin akan ada banjir sebesar ini lagi dalam 10 tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali Najib. Rasa puas bila dapat menyentuh sendiri mangsa, menunjukkan empathi walaupun kita tak kenal dan tak pernah berjumpa. Nikmatnya subhanallah..

      Delete
  3. Moga usaha akk diberkati. Kak, cam best je naik rakit tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik rakit tu pun pengalaman bernilai juga kan..

      Delete
  4. Mesti sudah mendapat satu kepuasan setelah tamat misi bantuan yang dilakukan, alhamdulillah. Semoga mendapat keberkatan.

    ReplyDelete
  5. Sungguh kita semua kena melibatkan diri dlm permasalahan ini
    Masalah mereka kini dah jadi tanggungjawab semua masyarakat

    ps: banyak gambar yg kakak tak dpt tengok. tak tahulah kawan yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke kak..memang kadang2 macam tu kan lebih-lebih lagi bila banyak gambar dlm entri..maaf ya kak..

      Delete
  6. assalam cik mid ...terimakasih kerana sudi singgah blog kakak yang suram tu.
    moga bantuan2 yang ada dapat meringankan sedikit bebanan mereka yang terlibat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..suram ke he he sama le kita..oh, sudah tentu sangat membantu. Harap berterusan sehingga mereka benar-benar pulih..

      Delete
  7. masa2 mcm ni 4x4 sangat diperlukan

    ReplyDelete