Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 25 March 2015

Boleh ke Berqasidah di Kedai Mamak?

Assalamualaikum sahabat

Kisahnya begini...


Hari Sabtu lepas Yahanana Events mendapat tempahan untuk berqasidah untuk majlis aqiqah dan cukur jambul di Petaling Jaya. Jadual persembahan dari pukul 12.30 hingga 3.30 petang. Lokasinya adalah di sebuah kedai mamak dan dalam bilik khas bertutup. 

Apa yang terjadi ialah..apabila tuan rumah datang ke kedai mamak tu untuk membuat persiapan dan dekorasi buaian, tiba-tiba tuan kedai kata tak boleh buat apa-apa di kedai tu kecuali makan sahaja. Sedangkan tuan rumah dah tempah buaian/pelamin baby, badut dan juga qasidah untuk sepanjang majlis. Dan masa tu dah pukul 10 pagi...tetamu mula datang pukul 12 tengahari!

Tuan kedai memang berkeras tak benarkan qasidah di situ hinggakan sanggup pulangkan duit deposit yang telah dibayar sebelum tu.

Mau tak mau tuan rumah terpaksa mengalah. Mana sempat nak cari katerer lain. Jadi tetamu makan di restoran mamak itu juga, tetapi acara lain terpaksa berpindah ke rumah yang terletak kira-kira 3 km dari restoran. Tingkat 12 pulak tu. 

Kesian tuan rumah, macam nak mengangis bila bercerita dengan Che Mid. Rumah pula terletak di kondo dan tak 'disediakan' untuk menerima tetamu. Faham-faham je la macamana kan...

Tetamu pulak..ramai yang datang makan sahaja dan tidak pun berkunjung ke rumah sebab jauh. Si suami terpaksa berada di restoran melayan tetamu dan si isteri pula berada di rumah meneruskan acara. 

Persembahan kami yang sepatutnya bermula pada jam 12.30 terpaksa ditangguhkan hingga jam 2.30 petang, sebab terpaksa mengangkut alatan perkusi dan sistem PA ke tingkat 12 dan berhenti untuk solat Zohor pula. Nasib baik kumpulan kami tiada komitmen lain hari tu, jadi boleh la tunggu sampai petang. Akhirnya majlis berlangsung tanpa tetamu meraikan. Cuma ahli keluarga sahaja. Badut yang datang pun cuma banyak 'melangut' je. Che Mid memang betul-betul bersimpati dengan tuan rumah suami isteri..

Persoalannya:-

Andainya tuan rumah tak beritahu aturcara semasa buat tempahan, mungkin kesalahan terletak pada tuan rumah. Tapi kalau ya pun, bertolak ansur la sikit kan. Boleh je buat qasidah dalam bilik tertutup tu. Bukan mengganggu pelanggan lain pun. Kalau kuat sangat ..adjust le volume pa sistem tu atau pun paling teruk tak payah guna speaker!

Kenapa tuan kedai tu beria-ia tak mau acara diadakan di situ? Lebih-lebih lagi ada doa selamat dan qasidah? Sanggup pulangkan duit deposit tuuu?

Che Mid berfikiran 'jahat' sedikit dengan menganggap mungkin kedai tu ada 'mandrem' baguih punya yang tak boleh dengar ayat-ayat suci al-Quran atau pun silap-silap restoran tu nama je Islam tetap kafir? Wallahua'lam. 

Banyak cerita kita dengar tentang kedai mamak ni kan..Che Mid tinggalkan pada anda untuk menilainya...

Apa pun tahniah diucapkan kepada kumpulan Wahdini Qasidah dan Selawat yang dapat juga membuat persembahan dengan baik. 

Ma'assalamah...wa ilalliqa'



19 comments:

  1. acik pun terfikir jahat..mungkin "mamak: yang bukan islam..kalau tak kenapa sampai macam tu sekali larangannya..kalau acik..dah tentu was was dan tak lalu dah nak makan disitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CM tak makan masakan restoran tu. Makan daging kambing aqiqah je.

      Delete
  2. Macam juga CM dan Acik Erna, jauh dlm hati kakak punya persepsi sama. Sebab kalau betul mereka Islam tak mungkin sikit pun tak boleh tolak ansur. Tapi itulah Allah ajelah yg tahu. Kesiannya tuan rumah tu mesti malu dan hampa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah sahaja yang tahu. Tai CM dah takut benar nak makan di mamak ni..

      Delete
  3. saya yg membacanya dapat merasai apa yg dirasai oleh pasangan suami isteri tersebut..pasti sedih,hampa,terkilan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak tahu cakap apa...kena explain pada setiap tetamu yang datang...

      Delete
  4. kesian dengan tuan rumah ,apa yg dirancang lain jadinya...

    ReplyDelete
  5. Ujian buat mereka berdua yang mungkin kita yang membaca boleh memgambil pengajaran yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bati-hati..buat perancangan betul-betul..

      Delete
  6. adoi,..kesian sgt kt tuan rumah tu.. apa y dirancang x mjd.
    xpelah..mde nak jd nak buat mcmana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah terlalu suntuk..memang tak boleh buat apa dah..

      Delete
  7. kalau kita berada di tempat tuan rumah....memang pening kepala dibuatnya che mid...
    gelihati baca fikiran "jahat" che mid tu...hihi

    ReplyDelete
  8. Kak zai ada juga dengar cerita ada sesetengah kedai mamak yang bukan Islam. Apalah salahnya kesian tuan rumah.

    ReplyDelete
  9. Assalam mid.. 1st time baca cerita org nak buat majlis di restoran mamak... T-T

    ReplyDelete
  10. Kedai mamak ni nak kena ni
    Ada satu kedai mamak kat tempat saya ni
    DULU RAMAI customer
    Kena serbu jabatan agama Islam
    Tenyata restoran Hindu
    Jadi jgn terpedaya dgn lakonan mereka
    gANTUNG bISMILLAH DAN SEBAGAINYA

    ReplyDelete
  11. Hmmm..Kesiannya.....Saya faham perasaan tuan rumah

    ReplyDelete
  12. ada udang di sebalik mee goreng mamak tu.. hehehe

    ReplyDelete