Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 21 August 2015

Abah Sakit di HTAR

Assalamualaikum wbrk semua..

Kali ni Che Mid nak cerita tentang abah Che Mid yang jatuh sakit semasa bulan Ramadhan..inilah antara penyebab kenapa blog ni senyap sunyi je sepanjang posa hari tu.

Bulan Ramadhan lepas, emak dan abah ubah suai sikit bahagian dapur rumah. Lantai ditinggikan supaya air banjir tak masuk bila hujan lebat. Jadi anak-anak yang duduk berdekatan bergilir-gilir berbuka puasa dengan mak dan abah di rumah masing-masing. Jadi mak tak perlu masak sebab alat-alat masak dah dipindah ke luar rumah. Mak pun tak berapa sihat, rumah pulak bersepah dan berbunyi sana sini sebab orang bertukang.

Mengambil kesempatan dan keberkatan Ramadhan, kami adik beradik ikut berkumpul sekali berbuka puasa terutama dihujung minggu. Dalam gambar ni, kami berbuka di rumah Ijam (berbaju merah) sempena hari lahir abah yang ke 76. Tengok rupa abah..nampak sangat-sangat tak sihat kan. Tapi masa ni digagahi juga berpuasa. Dari lapan beradik, seorang je takde ..ada hal masa tu.

 
Imi yang duduk Tanjung Karang pun balik. Satu-satunya anak bujang abah..kek tu katanya Ijam yang buat..


 
Mak suapkan abah..romantik gitu..
Mulanya abah cuma sedu tak henti-henti. Lama-lama jadi sendawa pulak. Abah pergi klinik, doktor bagi ubat gastrik atau ubat angin yang warna putih macam gaviscon. Masih tak berkurangan. Abah pergi farmasi jugak. Pun masih macam tu juga. Abah masih puasa tak dah tak berselera makan. Macam-macam teori pasal abah sakit ni timbul. Kena habuk dan cat baiki rumah la..angin sebab abah banyak minum air gas dan ais lah..sebab puasa tak makan lah..bla bla..

Satu hari, Che Mid call mak untuk bagi tau yang hari tu giliran berbuka di rumah Che Mid, tapi sampai  masuk waktu berbuka mak abah tak sampai. Che Mid turut ke rumah takde orang. Rupanya abah ajak mak pegi berbuka di kedai kesukaannya, kut-kut ada selera.  Itu pun cuma dua tiga suap.

Semakin tak selesa dengan sakitnya tu, malam tu abah pergi berurut dan berbekam. Katanya angin banyak sangat dalam badan. Tengah malam dalam pukul 1.30 Che Mid tengok ada missed call, tapi tak lah rasa nak call balik, ingatkan mak cuma returned call Maghrib tadi. Lagipun tentu mak dah tidur. 

Tapi tak lama lepas tu Min, suami Achik call bagi tau abah kat klinik. Jap lagi nak dihantar ke hopital naik ambulan. Allahuakbar! Rupanya mak call nak bagi tau abah kena sesak nafas. Bila call Che Mid tak dapat, mak call Ijam. Ijam dan Achik yang bawa mak pi klinik.

Perkataan " Abah sesak nafas" sangat menakutkan kami. Mula saat tu kami adik beradik macam cacing kepanasan di tengah malam. Masing bertelefon dan berWA. Abah dibawa ke hospital, mak dan Achik ikut naik ambulan. Khairul dan Lina follow belakang. Ijam pun naik kereta sendiri jugak. Min pun.Che Mid tunggu depan rumah, naik kereta Nor dan Rashid. Che Abang tunggu rumah sebab Deeja tidur. Dalam kereta Che Mid call Imi. Imi pun kata "ok datang sekarang".

Dari lapan adik beradik. Cuma Ain dan Nana yang takde. Masing-masing ada anak kecik jadi kami update via WA family je. 


 
Sampai di hospital abah tak sendawa. Nafas pun tak sesak sebab MA di klinik dah bagi ubat. Gambar ni dalam wad kecemasan Zon Kuning. (Curik-curik ambik. Kat luar tadi dah kena sergah dengan MA ambik gambar di kaunter pendaftaran).

Doktor minta abah buat ECG dan ambik darah. Sian tengok abah diambik darah. Tak mau keluar le pulak darah tu. Kena isi 3 bekas..abah dah mengaduh-aduh sakit. Che Mid yang kat dalam dengan abah cepat-cepat keluar minta ganti adik lain tengok abah. Tak sampai hati. Achik masuk pulak. Tak lama dia pun keluar balik ..tak sampai hati tengok abah. Ijam pulak masuk..pun sama. Akhirnya Imi jugak yang 'keras hati' temankan abah.  . Kami bergilir tengok abah dalam bilik rawatan. Lucu pun ada, doktor pelik tengok kami..muka tukar-tukar yang teman abah. Ramai bebeno he he.. adalah 7-8 orang. Nurse yang incaj tu macam ngantuk sangat nampaknya. Akhirnya, dah cucuk sana sini tak dapat darah gak, doktor tolong buatkan, cepat je dapat darah tu.

Mak banyak diam dan menung. Mungkin terkejut tengok abah sesak nafas tadi. Memang berdua je kat rumah. Kesian tengok mak.

Masa Ijam dan Imi teman abah ke bilik Xray, abah sesak nafas lagi. Ijam terpaksa tumbuk-tumbuk dada abah untuk buat abah 'lepaskan' nafas yang tersekat kat dada. Dua tiga kali jadi macam tu. Bila doktor buat ECG lagi, keputusan tetap kata jantung abah normal.

Masa tu kami bergilir-gilir ke kantin untuk bersahur. Ada yang ke surau bersolat sunat. Sambil makan sahur sambil bincang siapa tunggu abah di hospital. Masa tu dah dekat 5 pagi. Akhirnya diputuskan Che Mid dan Imi tinggal jaga abah. Yang lain-lain balik rumah dulu. Ada yang mengajar dan ada yang kena kerja. Abah dah tidur dah time ni.

Che Mid dan Imi ke surau buat solat sunat terutama untuk kesihatan abah sementara tunggu Subuh. Hujan turun selebat-lebatnya. Usai solat Subuh kami dua beradik terpaksa berhujan ke wad kecemasan, takut-takut abah nak apa-apa. Che Mid masuk dulu, Imi tunggu di luar. Tunggu kat dalam pun terlalu sejuk ..air cond di pagi hari, dengan keadaan kami basah..kasut terbenam air tadi...sejukkkk..

Abah nak sarapan. Baru sekarang rasa lapar sangat, katanya. Katil-katil sebelah dapat makanan dari pihak hospital, tapi abah tak dapat. Tapi suasana wad kecemasan yang terlalu padat dengan berbagai jenis dan ragam pesakit, memang tak membantu abah. Mujur Che Mid ada. Terus ke kantin dan belikan 2 keping roti canai banjir dan air teh ais. Nak belikan air panas, susah abah nak minum..takde cawan..Alhamdulillah, laju je abah habiskan roti canai tu. Sedap katanya. Bila ajak solat Subuh, abah tak mau..seluar abah kotor. Memang semalam Doktor ada check dari dubur abah..abah tak yakin kut. 

Kami biarkan abah berehat di wad, sementara tunggu pemeriksaan. Kami duduk di bangku luar balai ketibaan. Masyaallah, ambulan datang hampir setiap 10 minit. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya. Ambulan yang hantar abah malam tadi dengan MA yang sama pun dah datang balik bawa pesakit. Sesak sungguh hospital HTAR ni. 

Bila mak dan Ain datang, bawa barangan mandi untuk abah, baru kami balik. Imi dah mengantuk sangat..mujur anak Nor, Haziq pun datang. Jadi Haziq bawa kereta Imi bawak kami balik. Sepanjang jalan kami lena dibuai mimpi. Maklumlah satu malam tak tidur.

Siang tu, abah dimasukkan ke wad 8B. Ijam dan Imi, dua orang je anak lelaki abah, mengambil tanggungjawab penuh jaga abah. Mak pun tidur rumah je. Siang je tunggu abah.

Imam-imam 1 dan 2 ziarah abah di wad. Abah kata kat wad panas sangat..tak boleh tidur..malam sebelum tu abah kena attack sesak nafas lagi tapi doktor tak bagi ubat. Nurse sibuk lalu lalang sana sini. Sampai abah tak tahan dan mintak ubat gastrik baru doktor bagi. 

 
Adik mak pun datang..

Siangnya abah dapat balik. Pelikkan..sakit tak sembuh lagi tapi dah disuruh balik. Abah yang memang tak suka kat situ terus je setuju untuk discaj. 

Kali terakhir abah masuk hospital 5-6 tahun lepas kut. Memang abah jarang sangat sakit.

Kami anak-anak memang sentiasa cari jalan untuk ubatkan abah. Malam tu Nor bawa abah pergi perubatan Syifa'. Orang tu kata abah takde gangguan tapi penuh angin. Abah diberi air dan kena berpantang makan. Tapi tak banyak perubahan berlaku. Abah masih sedu dan sendawa. Sekali sekala abah sesak nafas..

Esoknya kami ke Pusat Perubatan UITM ( tak tau nama sebenar hospital ini). Empat orang anak bawa abah..mak pun ikut. Che Mid jadi driver, Ain tunjuk tempat, Nor PA, Imi body guard ha ha... Masa-masa macam nilah, rasa bertuah sangat punya adik beradik ramai.


 
Abah menanggung sakit. Kami sentiasa berjaga-jaga, abah boleh kena sesak nafas bila-bila masa je.



 
Dalam bilik rawatan. Che Mid dan Ain yang temankan abah.
 
Memang hati-hati sungguh doktor periksa. Abah ikut je..Tapi doktor pun tak boleh berbuat apa-apa selagi tak buat pemeriksaan dalaman yang kena tunggu giliran dalam sebulan lebih lagi. Sementara itu, abah kena makan je ubat yang sedia ada tu. Agak kecewa, tapi kami tak tunjuk kat abah.


Selang dua hari selepas itu, bila tengok abah masih tak berubah. Kami bawa abah ke pakar swasta di Rawang.

 
Doktor Singh ni nampak sangat berpengalaman dan tahu apa yang dia buat (err..ok ke kata gitu..)

Doktor kata, " Dekat injap dah banyak angin berkumpul. Usus sudah luka. Angin berebut-rebut mau keluar. itu sebab boleh sesak nafas. Tak boleh makan nasi dan benda keras untuk seminggu. Cuma boleh makan bubur campur lobak dan kentang je." Minum milo O saja dan air kosong. Lain tak boleh."

Bekalan ubat pun banyak. Siap tulis pukul berapa. Memang kena ikut dan jaga betul-betul. Abah rasa puas hati dengan rawatan kali ini. Dan kami memang pantau ubat tu betul-betul.

Ada kah abah terus baik? Nantikan entri ini seterusnya ya..banyak insiden yang mendebarkan berlaku..tunggu..














11 comments:

  1. berdebar-debar pulak baca..dah macam baca cerpen..
    apapun semoga abah CM sihat dan pulih seperti biasa.

    ReplyDelete
  2. Suspen...takut kak zai baca.
    Pernah berlaku kat hubby, masuk SJMC 3 hari 2 malam. Alhamdulillah sampai sekarang ok.

    Semoga abah cik mid cepat sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  3. Bertuah mkayah cik mid anak cucu ada dekat2 ketika sakit begini.pengalamn saya sendiri pernah sekali sesak nafas spti serangn jantung tpi doktor cek kata cuma angin saja...alhamdulilah xpernah lgi brulang.

    ReplyDelete
  4. Semoga abah che mid diberi kesihatan yang baik selalu..")

    ReplyDelete
  5. nanti cubalah suplemen dari shaklee kot berkesan untuk ur father. semoga ur father cepat sembuh, memang risau kalau ayah sakit

    ReplyDelete
  6. Semoga abah sudah beransur sihat kini...

    ReplyDelete
  7. Semoga abah sudah beransur sihat kini...

    ReplyDelete
  8. Saya setia membaca dengan khusyu'. Anxiety. Seronok adik beradik ramai ni. Semua boleh ajak pakat. Syukur. Tapi x sabar nak tunggu entry. Usus luka? Doc ada buat scope ek? Injap bnyk angin tu first time saya dgr. Excited bila akk share experience. Boleh dpt ilmu baru.

    ReplyDelete
  9. Che Mid... Aina pernah alami sesak nafas begitu bukan kerana asthma tapi rasa skar bernafas bila nak tidur terasa seperti lemas. Akhirnya pergi KPJ Kajang masuk wad buat endorscopic rupanya ulser dari tekak sampai dalam perut, bukan setakat gastrik lagi. Salah satu ubat yg kena makan adalah gaviscon dan vitamin utk perut (prebiotik). Doc nasihat minum yakult setiap hari. Aina pantang makan 6 bulan, makan macam kita pantang bersalin.

    ReplyDelete
  10. oh.. ini kisahnya.. patutnya saya baca entry ni dulu baru faham kisahnya

    ReplyDelete
  11. Terasa kekalutan yang che Mid sekeluarga alami..syukurlah ada keluarga yang rapat..kurang rasa kebimbangannya kan

    ReplyDelete