Jadi pada hari raya kedua, kami sekeluarga buat keputusan untuk berziarah ke Melaka iaitu kampung belah ayah menantu Che Mid, Epa. Mulanya kami rancang untuk berziarah balik hari je, bukan jauh sangat Klang-Melaka pun. Teringin berkenalan lebih rapat dengan besan dan keluarga mereka. Ya lah, masa kenduri dulu cuma berbahasa gitu-gite je, tak dapat nak menyembang, kali ni kami boleh la berbual lebih akrab kan..
Sebelum bertolak kami beraya di rumah mak abah Che Mid.. beberapa tapak je dari rumah kami he he ( ni posing kat luar rumah mak)
Dengan mak tersayang yang cun melecun..
Dengan abah yang tak berapa sihat ( nanti Che Mid cerita dalam entri khas..)
Anak menantu dengan abah atuk dan mak nenek..si Deeja takde pulak kat sini
Selepas beraya dan bermaafan dengan mak abah (masih tak teringat beraya sesama anak beranak...aduii) Kami mula bergerak lebih kurang dari rumah lebih kurang pukul 3 lebih, masuk ke Melaka melalui Pedas-Linggi. Rasa seronok sangat jalan-jalan ke Melaka kali ini bersama satu keluarga. Melihat rambutan bergayutan di kiri kanan jalan, rasa nak berhenti dan capai sejambak dua..
Rumah pertama kami singgah ialah rumah kakak jiran Che Mid. Halijah ni geng setaman jugak geng marhaban. Memang beraya di kampungnya di Kuala Sungai Baharu.
Terima kasih sudi terima kami..(cantik tengok baju Deeja dalam gambar ni kan..)
Kami disaji dengan bubur caca campur spaghetti dan dodol cair..tak pernah makan spagheti dalam bubur. Pun tak pernah makan dodol cair. Dodol tu dicolek sikit demi sedikit atas piring kecil. Anda pernah cuba ke?
Saja je parkir bawah pokok rambutan..ambik aura rambutan..alhamdulillah kami dibekalkan dua beg rambutan he he..
Teruskan perjalanan lagi selepas solat Asar. Kami tiba di rumah Mak ngah Epa waktu Maghrib. Kami ada berbincang untuk tinggal semalam di Melaka..sambil beraya dan ambil angin, tapi taklah bersungguh mencari homestay atau hotel. Tapi pihak tuan rumah beria-ia mahu kami tinggal di sana. Tau-tau dah ada bilik penginapan untuk kami tidur malam tu.
Bergambar di gazebo sebelum daftar masuk ke bilik penginapan. Abahnya nampak dah penat tapi besan minta kami ikut ronda pantai Klebang pula sambil minum-minum. Jom la...Balik hotel hampir pukul satu pagi. Deeja dah sibuk ingatkan untuk mandi esoknya sebab malam tu tak dapat tengok pun air laut..cuma dengar bunyi ombak je..
Bersiap dah pagi-pagi..mata sembab tak cukup tidur besan ajak lepak sampai tengah malam he he..berjalan sakan ya..
Di bawa semula ke rumah Mak Ngah Noridah (bertudung hitam) adik kepada besan Che Mid untuk bersarapan pagi. Kami dihidang nasi goreng dan roti canai..
Bergambar di tempat semalam sebelum sambung beraya lagi. Ke rumah sape? Kami pun tak tau..follow je....he he..
Rupa-rupanya kami dibawa beraya ke kediaman datuk Epa (ayah besan) . Dalam gambar tu besan Che Mid suami isteri dan ayahnya.
Ini dia pengasas Madrasah al-Muqorrobin Dan Anak Yatim, Bukit Lintang, Melaka.
Adik beradik Epa dan sepupu pun ikut beraya..berkonvoi dah jadinya. Alhamdulillah, kami dilayan dengan sangat ramah dan hemah. Langsung tak rasa kekok atau canggung... Kami dihidangkan juadah ala Siam pula, Dengan siakap stimnya dan sayur campurnya. Seronok makan ramai-ramai. Pokok rambutan pula jadi mangsa 'serangan' anak-anak.. he he
Seterusnya kami di bawa ke rumah nenek tiri Epa di Pengkalan Lanjut, Tanjung Keling. Di kawasan sawah yang sangat cantik.
Deeja suka sangat kat sini. Banyak pokok nasik katanya..
Betul-betul masuk kampung...kalau kami datang sendiri mahu sesat barat ni..
Ini bukan atas kapal..cuma tepi sawah yang takde ayaq ha ha..
Haaaa...nampak tu..tak sangka sungguh besan masakkan asam pedas daging.. (Malam tu kami ada borak-borak tentang asam pedas daging ni, rupa-rupanya besan sanggup pergi pasar borong awal pagi semata-mata masakkan untuk kami..Allahuakbar!)
Ini rendang Bali. Mungkin resepi family kut..
Rojak..
Subhanallah, kami memang dah kekenyangan sangat. Pukul 10 pagi tadi sarapan nasi goreng dan roti canai. Pukul 11 makan nasi dan ikan siakap. Menjelang Zohor kami dihidang pulak dengan asam pedas daging ni. Memang takkan tolak rezeki tapi mana nak letak dalam perut niiiii!!
Kami minta diri untuk teruskan perjalanan... terima kasih tidak terhingga pada Epa, En Osman dan isteri juga sanak-saudara di Melaka. Terharu sangat atas layanan pada kami tetamu yang tidak diundang ini. Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi nanti.
Kemudian kami ke Cheng pula untuk beraya dengan Aina, teman serumah Farah di Uitm. Che Mid teringin berkenalan dengan ibu ayahnya memandangkan Farah pun pernah menginap di situ dan sentiasa menumpang kereta Aina ke kolej. Sekali lagi kami dihidang makan tengahari - Nasi zafaran dan ayam dll... Aduhhh..mintak maaf la tuan rumah. Perut kami dah terlalu kenyang ni. Che Mid gagahkan juga menyuap nasi, tapi abahnya dah surrender..
Menjelang Asar kami bertolak pulang. Cukup empat buah rumah diziarah dan empat kali makan nasi. Masyallah, murah rezeki kami. Ayan dan Epa sambung beraya dengan family Melaka.
Dalam perjalanan, ada tempat yang sesak ada jalan yang 'clear'. Tapi abahnya pulak mengantuk sakan. Kami singgah di Tanjung Bidara. Sementara abahnya melelapkan mata, ibu menunaikan hajat Deeja bermain pantai.
Sorang-sorang pun jadik..." Ibu kenapa air laut ni masin?". Sebab Allah jadikan masin. " Kenapa Allah jadikan masin?"....Err...sape nak jawab....
Itulah dia jelajah raya kami ke Melaka. Masyaallah, trip yang sangat menyeronokkan. Dapat meluangkan masa bersama anak menantu, bercerita, bergurau..dan mengerat silaturahmi dengan 'ahli keluarga' baru... Alhamdulillah..
Jauhnya beraya akak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..sampai ke Melaka tahun ni..
Deletemeriah raya :) seronok kan beraya di kampung
ReplyDeleteMaisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)
meriahnya, seronok beraya di kampung halaman tambah-tambah kena pula musim buah-buahan, memanglah super dupper syok kan che mid, salam ukhwah dari kak ana anajingga.com :)
ReplyDeleteMakan, makan dan makan..alhamdulillah..
Deletemeriahnyer uools., inikanraya ;p
ReplyDeleteYes..ini kan raya. Inilah masa berkenal-kenal. Kalau bukan time raya segan pulak nak terjah umah orang jauh-jauh kan..
Deletememang anak mak...
ReplyDeletewaa menu bubur caca spagethi amat berbeza skali...awesome..
ha ha anak mak ya...
Deletewahh meriahnya.. seronokkan sambut beraya ramai-ramai..
ReplyDeleteAlhamdulillah..tambah kenalan di rantau orang. harap berpanjangan.
DeleteConfirmmm akak lalu depan rumah saya. Kalau tau, dah berpeluk sakan kita kak...
ReplyDeleteAduii..memang la teringat sangat kat cik adik ni..tapi faham2 la time raya..jadual ketat sangat..
Deletemeriahnya raya Kak Mid..err..first time tengok bubur cha cha dengan spaghetti
ReplyDeleteKann..akak pun first time rasa..
DeleteAssalamualaikum ck mid,beraya sakan ya...mkan2 sana sini...seronok beraya ramai2 kan
ReplyDeleteWaalaikumsalam..syok sungguh sampai tak larat he he
DeleteAssalamualaikum ck mid,beraya sakan ya...mkan2 sana sini...seronok beraya ramai2 kan
ReplyDeleteAssalamualaikum ck mid,beraya sakan ya...mkan2 sana sini...seronok beraya ramai2 kan
ReplyDeleteMemang happening kan Che Mid.. ;)
ReplyDeleteLagi2 kalau lalu ikut jalan kampung.. rasa nak berhenti petik setangkai dua pokok rambutan yang ada.. ekekeke..
supreme
ReplyDeletebirkin bag
balenciaga trainers
moncler jackets
yeezy boost 350 v2
golden gooses
curry 6
a bathing ape
kd shoes
balenciaga triple s