Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 21 October 2015

Ponteng Solat


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt..
Beberapa hari ni, topik berkisar hal haid wanita jadi perbincangan grup marhaban Che Mid. Ramai yang tak pasti bila boleh solat semula dan adakah terpaksa diganti solat-solat semasa dalam haid. Kemudian Che Mid rangkumkan perkara-perkara yang MUNGKIN menyebabkan kita tinggal solat sekadar renungan bersama. Telahpun diletak di fb Che Mid dan ada juga yang share. Jom kita semak ya.
______________________________________________________________________
Selepas akil baligh, pernah tak kita tinggal solat? Aaa...jangan yakin sangat..

Jom semak, mungkin kita tak sengaja atau terpaksa atau tak perasan tertinggal solat dalam keadaan berikut:-
1) Waktu mula haid - contoh : perasan keluar darah haid semasa hendak solat Zohor, maka kita tak jadi solat Zohor tapi tak qada
2) Waktu berhenti haid/haid yang tidak teratur - contoh : jika kita mandi sebelum Maghrib dengan kadar 1 rakaat Asar, maka wajib qada solat Asar dan Zohor
3) Lewat mandi hadas besar/junub
4) Terlajak bangun pagi (Subuh)
5) Tertidur sebab makan ubat tidur, ubat batuk atau tidak sihat hingga melepasi waktu solat atau pengsan
6) Sakit hendak bersalin atau keguguran - darah yang keluar disangka haid/nifas
7) Kesesakan lalu lintas dari tempat kerja, balik kampung, "outstation" atau menaiki kenderaan awam yang tidak berhenti hingga tamat waktu solat
8) Pakaian kotor seperti terkena najis atau muntah anak, tidak pakai "panty liner" dsb
9) Tuan rumah atau orang kuat majlis kenduri/acara besar dan ramai tetamu
10) Tiada tempat atau kemudahan solat disediakan spt di pasar malam/hutan atau berada di tempat bukan Islam atau luar negara
11) Menonton wayang atau konsert atau bolasepak
12) Shopping hingga terlepas waktu solat
13) Sakit di hospital - tak pandai solat cara orang sakit atau tak boleh berwudhuk sebab berbalut atau drip atau menjalani pembedahan yang lama
14) Berpakaian dan bersolek untuk majlis spt pengantin atau makan malam dan majlis bermula terlalu awal
15) Dilarang meninggalkan tempat kerja untuk menunaikan solat ( kerja shif dll), polis lalulintas, pengawal keselamatan
16) Berada dalam mesyuarat atau peperiksaan terlalu lama
17) Tiada telekong
18) Tiada air
19) Sengaja/malas/tidak tahu solat (na'uzubillahiminzaalik)
Muhasabah diri dan jangan tangguh lagi. Jom QADA' SOLAT dan berazam tak mau tinggal solat walau SEKALI pun. Andainya tertinggal solat juga, Qada' dengan segera sebelum lupa.
Kerana solat adalah amalan pertama yang akan ditanya di Mahsyar nanti.
Sila sebar demi mahabbah. Redha Allah jua yang kita cari.

11 comments:

  1. Terimakasih perkongsian ini..
    Seupaya mungkin akan terus perbaiki menjadi lebih baik amalan...apatah lagi umor makin bertambah bermakna hayat semakin sedikit...takut tak cukup buat bekalan di sana kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita. Dulu banyak perkara jahil yang kita buat. Leka dengan hal dunia, solat jadi ala-ala je.. sekarang bila usia dah bertambah, ilmu dah ada sikit-sikit, kena ingatkan anak menantu pula, supaya tak ulang kejahilan yang sama..Allah..

      Delete
  2. Betul tu saniah....banyak perlu kita perbaiki dalam bab solat ni...
    Terima kasih berkongsi info..

    ReplyDelete
  3. berusahalah mengganti solat yg tertinggal bersebab r tidak setakat terdaya selagi berpeluang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-samalah kita. Banyak yang nak di qada' ni atas sebab kejahilan lalu..

      Delete
  4. TQ mengingatkan...
    Jom2 istiqamah.... selagi Allah masih bg peluang ni.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsiannya CM.... Bab bab haid tu rasanya ada gak saya leka dulu dulu, kena tengok dan muhasabah balik nampaknya

    ReplyDelete