Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 12 May 2016

Akhirnya Bertemu Aziela

Assalamualaikum wbt sahabat semua.

Ahad lepas Che Mid dan Yahanana Events ke majlis persandingan adik ipar blogger Aziela. Pertama kali jumpa di alam nyata walaupun dah beberapa berbual di telefon dan whatsapp, sangat-sangat mengujakan. Bagaikan kawan masa kecil pertama kali berjumpa setelah terpisah berpuluh tahun.

Jutaan terirma kasih sudi jemput kami datang dari Klang ke Cheng, Melaka untuk mengacara majlis Ain dan Amir. Aziela memang orang kuat majlis, sibuk ke sana sini memastikan perjalanan majlis lancar. Kejap kang sambut tetamu, kejap lagi berbincang dengan penyedia juadah. Di tambah lagi dengan majlis pernikahan yang berlangsung pagi itu juga menyebabkan aturcara majlis padat. Hujan yang agak lebat sejurus selepas pernikahan, menggusarkan hati kami tapi dengan izin Allah yang Maha Esa, cuaca bertukar terang tapi tidak berapa panas. Tetamu dan tuan rumah selesa dan majlis lancar hingga ke akhir. 


Ini gambar sebelum balik. Masa berpeluk-peluk sakan pertama kali jumpa tu tak dan snap gambar he he.


Pelamin di bawah khemah yang ringkas tapi berseri.


Majlis akad nikah yang berlangsung di hadapan rumah. Sangat mudah, murah dan penuh barokah. Alhamdulillah..

Jom tengok juadahnya pula.. selain dari nasi kabash dan briyani daging dan kawan-kawannya, ada juga juadah lain..

Kambing bakar yang sangat-sangat sedap. Kalau lah dekat dengan rumah ni, memang Che Mid kempen pada kawan-kawan untuk tempah.

Cendol pun ada..

Tu dia.. layanan pun sangat baik. Asek-asek ada je yang hantar ke meja kami. hi hi..



Istimewa untuk Aziela, kami turun berempat ke Melaka. Pakej Pa Sistem + Emcee + Persembahan + Pembaca Doa. Faris dan Farah dah habis belajar, jadi buat masa ni ada di rumah, boleh la ikut bila ada tugasan. Selain dari lagu-lagu dari MP3, kami juga membawa lagu-lagu Islamik secara 'live' sebagai selingan. 

Memang seronok bertugas dengan anak-anak, tak rasa macam keje.. Deeja besar sikit lagi esok, boleh bawa juga kut .. hi hi. Sekarang ni, Deeja tinggal kat umah dengan abahnya..


Pengantin lelaki membaca doa selepas nikah kepada isteri tercinta. Teks doa dah pun kami sediakan jika tak hafaz.


Acara memberi restu - Aziela dan suaminya, En Saiful sedang merenjis.


Pelukan sayang dan tahniah dari Azila kepada adik ipar. 

Keluarga abang ipar Aziela, En Nazri juga ikut merenjis-renjis. 


Saja buat kecoh .. adoiii... 


Kebetulan rakan sebilik Farah di Uitm, Aina, tinggal dekat-dekat situ juga. Sempat lah jumpa kami kejap.


Maaf la ya.. kami yang banyak posing.. Aziela ntah ke mana.. 


Bergambar di meja beradab pulak.. isshhhh.. 


Ngada-ngada


Saat-saat terakhir sebelum berpisah. Tak puas berjumpa tapi alhamdulillah, Allah kurniakan seorang lagi sahabat di muka bumiNya ini. Pada adinda Aziela, sangat-sangat gembira, berbesar hati dan syukur dapat bersama-sama di majlis ini. Maaf atas kekurangan, harap pertemuan bukan yang terakhir.. alamak sedih la pulak..

Untuk sahabat lain, yang ingin kami turut serta di majlis anda, sila hubungi Che Mid di 013-3672459. Luar Selangor pun kami redah.. ukhwah yang lebih utama Insyaallah.

10 comments:

  1. Wah bestnya cik mid dapat jumpa kawan blogger ,dari alam maya ke realiti.
    Rasa teringin nak jemput cik mid juga andai kawen kan anak kelak....hahaa berangan je,anak2 tak abis lagi belajar pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah berangan he he..Insyaallah ada rezeki nanti kami ke sana pulak

      Delete
  2. Syukur alhamdulillah. Kita yg dekat ni pun lama dah tak jumpa. huhu... Rindu awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampau kan kita ni. Tapi takpe, jauh di mata dekat di hati..

      Delete
  3. Meriahnya majlis kawin ni..seronok tgk

    ReplyDelete
  4. Ukhuwah terjalin dari alam maya..
    Berlangsung pula ke alam realiti ye che mid..
    Seronok tengok keluarga Che Mid..
    Mesra dan enjoy jer..
    Boleh ye che mid diluar selangor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah boleh je kami keluar Selangor.. demi kawan-kawan kan he he

      Delete
  5. Wamboii Che Mid .jumpa kambeng tak ingat dah kat Nekcik...

    ReplyDelete