Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 16 November 2011

Ayam Golek Tepi Sungai

Sabtu, 12 November, Farhan balik SP dari Klang. Esoknya,  13 November, hari jadinya ke 20. ( Dah besar dah anak bujang ibu..)

Che Mid, " Abang, apa plan birthday Ayan ni, kenalah buat sesuatu sebab dia ada sini..". Che Abang kata, " Ok, kita pergi jalan-jalan ke Kulim, lepas Zohor kita pergi, tapi balik sebelum pukul 5.. abang nak tengok bola, Malaysia lawan Kemboja.."

Taklah beli hadiah atau kek (tangguh dulu..) sebab tak cukup korum.. Faris telah pun ke pondok, sambung mengaji. (nantikan entri khas pasal Faris, insyaallah).

Che Mid memang teringin nak ke Hutan Lipur Sidem, tak pernah ke sana tapi ada tengok dalam blog Kamsiah. Farhan pun suka sangat mandi-manda di air sungai nan sejuk dan nyaman...

Apa lagi, Che Mid  dengan Farah pun bersilat di dapur..

 Tengok tu, ayam golek dah sujud dalam oven..menu lain ialah nasi mentega, coleslaw, salad timun dan tomato. Pencuci mulut pulak kami buat pengat keladi, puding roti dan kuih sagu kukus juga. Semangat betul nak berkelah di tepi batu-batu sungai sambil kaki tenggelam di dalam air yang sejuk menyengat tulang!

Nak jadi cerita (Ni dah mula bab mengarut ni...) kami tak tau jalan ke hutan lipur Sidem tu. Tanya GPS asek 'no matches found' je..Che Mid hubungi kawan baik di SP ni, sebab dia memang tau jalan, tapi tak boleh cakap banyak sebab henfon dia  problem, suruh SMS pun takde kredit..Jadi kami main redah je ikut jalan Kuala Ketil menghala ke Kulim Hi-Tech. Pusing punya pusing, akhirnya kami nampak tanda jalan ke hutan lipur tu tapi fulamak jauhnya...dari situ baru GPS bagi tahu, 'Sidem Recreational Park"..ya la GPS mana tau cakap Melayu..aduii..

Bertolak dari rumah dalam pukul 2 petang, sampai tepi sungai tu jam 4.40 petang..Memang cantik tempat tu..


 Airnya jernih sangat tapi deras. Untuk kanak-kanak tak sesuai sangat la..

 Che Mid dan Deeja ok je, akhirnya sampai kat tempat yang cantik tu. Si Farhan tengah bler.. sebab dari tadi asek tidur jaga tidur jada dalam kereta tak sampai-sampai... Abahnya dah muka kelat tu, habislah.. macamana nak tengok bola ni.. ( Syoknya, sehati sejiwa.. semua pakai baju ada kale biru.. Farah pun..)

 Farhan dan Deeja dah cecah air.. sejuk menyengat...Aaa.. abaikan aksi-aksi separuh bogel kat tepi tu na...

 Dah tak sabar-sabar nak main air abang dan adik kecik ni..Tapi Che Mid suruh makan-makan dulu, lepas tu boleh mandi-mandian..

Nak jadi cerita lagi.. (Ni dah kira mendidih..). Tengah bentang tikar di atas rumput menghijau, di tepian batuan sungai.. sang hujan mula turunnnnnn...Makan tengahari tak lagi, ayam dari tadi tergolek-golek dalam kereta.. Farhan kempunan tak dapat mandi.. Abahnya dah tak senang duduk fikir pasal bola yang dah mula main..

 Che Mid kata kita makan dalam kereta je lah. Semua masuk dalam kereta semula. Abahnya mula cari signal TV dalam kereta.

 Alahai.. NO SIGNAL... mana ada liputan  dalam hutan macam ni... Kepala dah pening sebab lambat makan tengahari, TV takde signal pulak..geram dan bengang tak terkata la tu..

Abahnya kata kita gerak balik je, ibu kata nanti kejap, ibu nak kerjakan ayam golek ni dulu..

 Inilah dia menu perkelahan kami.. dalam kereta.. di tengah hujan lebat..ayam panggang dan nasi mentega.

 Permintaan khas dari Farhan. Dah sejuk tapi menyelerakan untuk semua orang kecuali....abahnya...tak sentuh langsung makanan (putus selera la tu).  Di bandar ada signal TV tapi geram punya pasal, terus memandu sampai rumah.

 Kami lipat kerusi belakang jadikan meja makan..nasib baik kereta besar..

 Kesian Ayan, sambut hari jadi dalam kereta.. takpelah, lain kali kita selebret kat tempat lain ya..

Puding roti dan kuih sagu ni, kami makan di rumah. Pengat keladi pun ada juga, tapi Che Mid sorang yang makan..esoknya basi.. sayang sangat..

Sampai rumah pukul 6.40 petang, abahnya sambung nonton bola, tapi senyap je.. tak jerit-jerit macam selalu. Lepas tu makan panadol dua biji terus tidur..jamah makanan pun tak..( Nasib baik Malaysia menang 4-1..kalau tidak... ada sesape nak tolong habiskan ayat ni...)


25 comments:

  1. somi akk mcm somi saya laa...kalo x dpt tgk bola, masam jer muka, time tu x brani nk ckp apa dah

    ReplyDelete
  2. uih..kak..banyak gak menunya...dah lama tak g berkelah kat kawasan air terjun macam tu...oh kak suami saya pun gitu juga..ajak g kedai tak nak kalau time tu ada game bola...terpaksa drive sorang..

    ReplyDelete
  3. salam kak mid...sedapnya ayam golek tu...pagi2 dah telan air liur ni...hiihi

    ReplyDelete
  4. salam kak che mid..

    wah wah.. nampaknya entry kita ada persamaan.. hehee.. ada perkataan 'oven'... n td pun ada jumpa 'oven' kat blog lain..

    nway, ayam tu ayam daging ke kampung.. hehee nmpk sujud syahdu..

    ;)

    ReplyDelete
  5. syariza09 - suami macam tu pu ada kan.. main bola tak pandai tapi kritik no 1..

    ReplyDelete
  6. ummiarissa - Dah 2 kali terkena macam tu.. janji balik sebelum bola tapi kandas ntah kat mana-mana.. taubat dah..

    ReplyDelete
  7. liza - telan lah banyak-banyak, balik nanti carik ayam, pastu panggang..

    ReplyDelete
  8. Fatin, ayam bandar la, tapi beli saiz kecik je.. memang sujud syahdu.. kelasss kau Jah..

    ReplyDelete
  9. Salam CM

    CM ni memang rajin dan pandai masak.
    Saya sesekali rajin tu pun klu anak2 balik dan ada tetamu.
    Seronokkan dpt mandi dan cecah2 air ..
    Selalu apa yg CM tulis saya teringin nak ikut.

    Cuti ni ada adik2 yg akan dtg.
    Tapi yg ramai2 tu nantilah....entah bila..

    ReplyDelete
  10. kekadang gi gak berkelah tapi tak berani gi tempat yg airnya laju, just gi anak sungai je...bukan apa anak2 tu kecil lagi takut bahaya.

    ReplyDelete
  11. hehehee..jauh betul che abg che mid merajuk ek...hehehe..keranamu bola

    ReplyDelete
  12. Kalau dapat mandi tentu ayam yang bergolek dan semua makanan yang dibawa habis licin dimakan kan....

    Selamat hari jadi buat ayan.

    ReplyDelete
  13. Salam Che mid,

    Selamat hari lahir buat Ayan...bestnya sambut hari lahir kat tepi air terjun ni kan....Laki Kak Ros pun macam tu la jugak....bola,bola,bola kalau ada pertandingan bola ja...tak bole nak ajak pi mana dah....

    ReplyDelete
  14. ayam golek tu sgt seksi...hehehe... best jugak ye berkelah dlm kereta... salam kenal semula! ^_^

    ReplyDelete
  15. Mama Ju - Takdenya pandai masak la Mama, eksyen je lebih ha ha. Cuti ni pun ada adik datang ke Sg Petani..

    ReplyDelete
  16. Junaina - Setuju sangat, tapi si Ayan tu memang suka mandi sungai. Tadi dia ke hutan lipur Bukit Hijau, mandi sorang-sorang..

    ReplyDelete
  17. Ila - Jauh sangat sampai Palembang.. ha ha

    ReplyDelete
  18. Zaitun - Itu sudah pasti, dan semua orang akan kesejukan dan kebasahan ha ha

    ReplyDelete
  19. Ros - Jom kita isteri-isteri buat perkelahan sendiri la.. biar suami pakat tengok bola..

    ReplyDelete
  20. Dina - Bila dah togel apa pun seksi.. ha ha

    ReplyDelete
  21. bila dah hujan tu mmg takleh buat apa la kann che mid..huhu

    ReplyDelete
  22. Kalamhati - Rosak plan ha ha.. outdoor dah jadi indoor pulak..

    ReplyDelete
  23. salam kenalan dr saya. terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya

    ReplyDelete
  24. che mid


    hehehe saya pun ni baru habis tgk bola ,
    malaysia 1- indon 0

    tgk bola senyap sunyi tak best hehehe
    tak feeling tau hehe

    ReplyDelete
  25. sekarang tepi petronas meru pun sodap cm.try la

    ReplyDelete