Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 18 November 2011

Senda Jumaat - Ayah, berhentilah..

Suatu tempat di kolam renang awam, seorang ayah dan anak lelakinya berumur 8 tahun baru selesai berenang. Mereka bergegas mandi dan menukar pakaian. Selesai semua, ayah dan anak keluar bangunan menuju ke kereta.

Semasa berjalan, si anak asyik menyuruh si ayah berhenti. " Ayah, berhenti kejap". Kata si anak separuh berbisik sambil menarik-narik tangan si ayah.  Sekejap-sekejap dia akan berhenti di hadapan si ayah. Matanya pula melilau ke sana sini seolah-olah takut orang memandang mereka.

Si ayah pula, tahu si anak ni jenis 'ada-ada je..' dan nakal sedikit, tidak menghiraukan permintaan si anak dan terus melangkah. Si anak terus merengek menyuruh si ayah berhenti. " Berhentilah ayah..." Si ayah pula asyik menepis tangan si anak. Orang berdekatan mula memandang semacam je..

Si anak dah tak boleh tunggu lagi bila melihat si ayah tidak mengendahkan permintaannya.  Akhirnya, dia berhenti di hadapan si ayah. " AYAH, SELUAR AYAH TAK ZIP!!!"

18 comments:

  1. ayooo yooo...
    Moralnya : jangan pandang sepi luahan anak...

    ReplyDelete
  2. hihi....suara anak harus di dengar juga kan kak..

    ReplyDelete
  3. hah...termalu ler pulak...harus diingat kena dengar apa anak nk kata.

    ReplyDelete
  4. Salam, che mid. Suara anak perlu didengar klu tidak, naya juga, haha.....

    ReplyDelete
  5. hahaha..tulah ayah,tak dgr ckp anak e

    ReplyDelete
  6. hehehe...ayah ni sesekali dengarlah cakap anak agak nya kan?

    ReplyDelete
  7. hahahhahahahaha kelakaunya... kan tu padan muka ayah.. org suruh berhenti, berhentilah...

    ReplyDelete
  8. Salam che mid,
    Tu la.. ranggi sangat,kan dah dapat malu he.he....

    ReplyDelete
  9. tiba2 terfikir apa warna seluar dalam si ayah tu..hahaha...*otak kuning*

    ReplyDelete
  10. Kalau ayah pakai seluar kecik kira masih ok lagi

    ReplyDelete
  11. hahahaha.... baru penuh akal si ayah

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam semua

    Memang kena beri perhatian pada cakap anak-anak lepas tu baru buat keputusan boleh pakai ke tidak apa yang anak cakapkan tu..

    kelakarnya, si anak yang bercerita pada Che Mid, si ayah terkedu..

    Tak le tau, suar kecik ada ke idak.. he he... berprasangka baik je la.. ha ha

    ReplyDelete
  14. haha..apsal xckp terus je..aishhh budak tu

    ReplyDelete
  15. Niena - ha ha...agaknya dia nak cakap perlahan-lahan sambil bagi isyarat je kut..

    ReplyDelete
  16. hahahaha...kelakawnya sambil otak dok fikir lain ekekekeke...

    ReplyDelete