Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 14 November 2011

Hari jadi di Pantai Remis

  Belum mula cerita dah tunjuk muka ceriaaaaa....


Sabtu, sehari sebelum Hari Raya Haji, jam 10 pagi. Sepuluh buah kereta berkonvoi ke Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor untuk bersantai dan menyambut hari jadi dua beradik Aidid al-Fathi dan Arissya as-Zahrah, anak adik bongsu Che Mid. Memang Che Mid rindukan sangat saat-saat ini, terasa lama sangat tak berkumpul.

 Kami dapat tempat yang luas sebab pengunjung tak ramai, mungkin masing-masing balik kampung untuk beraya. Pantai Remis tak sesuai untuk mandi sebab air keruh. Anak-anak juga tak nakal dan takde sesiapa pun 'mencecah' air. Cuaca juga sangat baik dan semua berjalan lancar.Kereta masing-masing di parkir membentuk empat segi mengepung tempat kami duduk, sekali gus melindungi pandangan orang ramai.

 Birthday girl dan boy - Arissya memang kuat makan, belum apa-apa dah cekau coklat. Si abang tak berapa pemakan, leka tengok karenah adik.

 Kek ciptaan ayah yang juga seorang chef. Mud cake siap ada ultramen dan robot lain. Pokok-pokok pun ada gak..

 Sweet cake untuk Arissya - Thanks Papa!!

 Adik terus nak kek tu, abang tak nak makan pun tapi terkam ultraman dulu!!

 Posing time - Baby terkecil dalam keluarga Che Mid - baby Fizi dan baby Auni.. yang tengah tu menyamar jadi baby je.. seksa ibu angkat oiii..


Nana (kanan) ibu birthday kids. Mak Yong sorang lagi tu, dah bersalin sehari selepas majlis ni.. Tahniah dapat baby sulung..


 Wah, syok mak long bersuapan dengan Adam. Rindu sangat dengan anak-anak buah yang semakin membujang ni...

 Minah enterframe tunjuk perut...

 Dua beradik - kak Dek dengan Ijam. Setiap orang akan diberi taag nama atau pangkat masing-masing. Tu, Cik Adek pakai dua sekali. Satu lagi Cik Anjang punya yang tak dapat datang sebab kerja..


 Ijam dan Dila siap bawak buai untuk Auni... ditepian pantai.. tapi tak tidur pun budak kecik tu.. nak berparti juga kan Auni!

 Lupa nak cerita bab makan - Mak nenek masak nasi lemak dan gandos, mak long buat makaroni goreng, Mak ngah bawa sandwich tapi lambat sangat datang..., mak uda buat mi hun tom yam, Cik Ann bawa sosej dan nuget goreng, keluarga papa Mie bawa kuih muih dan macam-macam lagi. Tapi takde gambar yang menggiurkan untuk dipamer.. kamera tak ada selera kut..



 Papa Mie dan familinya..Ada tiga anak dan menantu menanti masa melahirkan. Termasuk Nana yang menanti anak ketiga.

 Kaum Adam keluarga Wak Jamil.. kecuali Onyang.. (tak tau kenapa hari ni Onyang suka sangat bergambar.. selalu tu asyik mengelak je bila ajak posing-posing..) versi retro.. ha ha. Tengok tangan Pak Ngah Min, tetap garang pada Ian..

Selepas Zohor, semua bertolak pulang setelah puas makan dan bergurau senda. Terima kasih pada hos, Mie dan Nana..  Yang pasti, suka sangat dapat berkumpul macam ni dan lagi suka sebab pastikan akak dapat hadir sama..

Buah tangan untuk dibawa pulang..

45 comments:

  1. Terasa seronoknya bila kumpul semua ahli keluarga CM. Kakak dapat rasa sebab pada hari yg sama tapi malam rumah kakak pun buat majlis macam CM juga celebarate birthday tapi org dewasa bukan budak hihi... Riuh dgn gelak ketawa dan cerita panjang kan...:)

    ReplyDelete
  2. seronoknya bila berkumpul sesama keluarga kan..best..best

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat berkumpul begini. Baguslah menguatkan ikatan kekeluargaan.

    ReplyDelete
  4. woww..bestnyer buat outdoor gni.. ada plan nk wk outdoor.. tp kt pntai timur ni musim hujan bln 11..jd kna indoor jer...

    comel sgt kek tu...simple..

    ReplyDelete
  5. Bestnyer dapat kumpul ramai2...

    ReplyDelete
  6. salam che mid....meriah bila jumpa sekali sekala kan...

    ReplyDelete
  7. bestnyaaa... ramai2 berkelah...

    ReplyDelete
  8. meriahnya...best kalau semuanya satu kepala...

    ReplyDelete
  9. Meriah dan seronoknya,Kalau dah ramai macam ni bukan makanan jadi menu utamanya tapi gurau senda kannn...

    ReplyDelete
  10. tgk gambar je dah meriah...belum kalau ada kat sana lagi tu agaknya... tahniah kerana menjadi sebahagian keluarga bahagia...

    ReplyDelete
  11. seronok nya.... saya selalu mengimpikan untuk buat majlis kekeluargaan setiap kali pulang bercuti. nak kumpul adik2 beradik selalunya masa raya lah. tetapi masa tak berapa sesuai pula, kerana ada yang nak balik umar mertua lah, itu lah ini lah. sedangkan masa cuti raya jer boleh berkumpul adik beradik yang masing2 dok KL nih. hajat belum tercapai lagi.... Insya Allah... nak buat perancangan lagi... sungguh seronok tengok gambar2 di atas

    ReplyDelete
  12. Seronoknya berkelah di pantai Remis ramai2 kan kak,mcm2 menu Ada, kek barbie tu menarik nmpknya

    ReplyDelete
  13. epi belated birthday to aidid & arissya!
    best nya celebration ya!

    kak che mid, pantai nih byk siput remis tak?

    ReplyDelete
  14. Kakzakie - Pengomen pertama, tk. A ah dah baca dalam blog akak. Kalau dah berkumpul tu, masing-masing ada je cerita yang nak dikongsikan, lepas tu ada la yang akan menyelitkan gurau senda.. memang meriah..

    ReplyDelete
  15. Ila - Rumah kami semua dekat-dekat je, satu taman.. cuma Che Mid je tercampak di Kedah. Adik bongsu tu rajin sikit panggil kami sempena beday anak-anak dia tu walaupun tengah sarat.. respek betul kat adik tu..

    ReplyDelete
  16. Kunang-kunang - Seronok terutama dapat jumpa anak-anak buah yang duduk hostel, rindu sangat kat budak-budak tu..

    ReplyDelete
  17. LYafarina - Di Klang pun memang sentiasa hujan, tapi kami nekad buat juga.. Alhamdulillah cuaca ok

    ReplyDelete
  18. Pena Rozie - Best sangat. Nampak emak abah dan Onyang pun suka je..

    ReplyDelete
  19. Liza - Meriah. Adik lelaki sesatunya yang masih bujang tak datang sebab salah tarikh.. ishh rugi betul

    ReplyDelete
  20. Lia - Ha ah.. berkelah tanpa mandi ha ha

    ReplyDelete
  21. Junaina - Kami dah lama sangat tak berkumpul macam ni.. maklumlah rumah dekat, jumpa selalu kat rumah je..

    ReplyDelete
  22. Kazman - Alhamdulillah ya Allah, mengurniakan kami dengan keluarga sebegini..

    ReplyDelete
  23. eelobor - Memang sukar untuk rancang berjumpa macam ni. Selalunya yang tak rancang sangat tu yang jadi..

    ReplyDelete
  24. Jang - Kalau ada kaki pancing mau kami lepak sampai petang he he

    ReplyDelete
  25. ajumohit - kek barbie tu sebenarnya kek lapis kampung.. memang sedap..

    ReplyDelete
  26. Hani - patut terus cuba buat aktiviti macam ni kan..syabas utk adik Nana yang tukang rancang..

    ReplyDelete
  27. Fatin Marz - Thanks acik..pantai ni ada banyak kerang dan lala.. mentarang pun kadang-kadang banyak..

    ReplyDelete
  28. Salam Che mid,

    bahagianya kak Ros tengok..Memang best la kalau dapat berimpun ramai2 macam ni....

    ReplyDelete
  29. apapun, saya suka gambar2 di atas.. leh rasakan keseronokan gathering ramai2.. kak che mid nmpk sgt epi! =)

    ReplyDelete
  30. wahhh, ramainya keluarga.. makin meriah sambutan kat sana

    ReplyDelete
  31. meriahnya di sana..erk singgah Ipoh dulu

    ReplyDelete
  32. meriahnya....kali terakhir jejak kaki ke Pantai Remis ni raya kedua Aidil Fitri yang baru lalu... sempat beli kerang & mentarang di situ & temankan anak-anak main layang-layang...

    ReplyDelete
  33. bestnye...


    pantai remis tu bnyak remis tak?

    ReplyDelete
  34. wah seronoknya kak , sekali sekala berkumpul dengan sanak sadara memang best kan

    ReplyDelete
  35. Aslkm che Mid

    Wah seronoknya.10 kereta? mama tak pernah berkonvoi seramai ini. Untungkan adik beradik ramai.CM yg pakai tudung pinkkan?
    Rasa2 akhir th teringin nak ajak adik beradik,pakcik2 konvoi jln2 diKL..hehe sapa pulak nak tanggung kos..oh best, akan difikirkan..
    jumpa lagi.

    ReplyDelete
  36. Ros - Seronok tu memanglah, bukan senang nak dapat seramai tu datangkan..

    ReplyDelete
  37. Fatin - Respek la kat awak ni, rajin komen semula, sangat dihargai rasanya.. tkasih

    ReplyDelete
  38. Gen2Merah - Sambutan pre raya haji.. ha ha

    ReplyDelete
  39. Imanshah - Singgah Ipoh.. tak mau la.. jam sana sini, orang nak balik Raya lagi..

    ReplyDelete
  40. Amie - Memang ramai orang main layang-layang kat situ, dulu-dulu masa anak kecik-kecik lagi selalu kena pau beli layang-layang..

    ReplyDelete
  41. Amy - Tak sedar, sekejap je tengok anak buah dah besar-besar.. pantasnya masa berlalu..

    ReplyDelete
  42. Mama Ju - Adik beradik Cm ada 8 orang, seorang je tak datang, campur besan dan mak sedara adalah dalam 40 orang..

    ReplyDelete
  43. leka tgk semua gambar2 tu .. seronk sangat tambah semua ahli keluarga ada..:)

    ReplyDelete