Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 2 November 2011

Resepi Kek Lobak ( guna minyak je )

Permintaan dari Norsafone, Che Mid perturunkan resepi kek lobak dari http://www.myresipi.com/Newbie123. Terima kasih newbie123..

 Bahan-bahan :

2 1/2 cawan parutan lobak ( lebih kurang 3 batang lobak)
4 biji telor
1 cawan minyak sayuran (CM guna minyak sawit je..sayur ke tu..?)
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda b/bonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (CM tak taruh sbb tak pernah tengok benda alah ni.. baru je beli 2 hari lepas..)
1 sudu teh serbuk buah pala ( tak taruk gak.. baru carik kt tesko hi hi maklumlah belum pro lagi..)
1 sudu teh vanila
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan/walnut cincang (kacang tanah je yang ada, lebih-lebih makan dgn kuah rojak buah..)

 Cara membuatnya :

1. Panaskan oven 185 C. ( tak jumpa button darjah.. ) Sapu minyak pada tin.

 2. Campurkan tepung, baking powder, bikarbonat soda, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan garam. Ayak.

3. Pukul telor dan gula hingga sebati. (tak payah guna mesin) pakai senduk je sebab tak pukul lama. (Tapi Che Mid . masuk blender he he) Setelah sebati masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.

5. Masukkan bancuhan dalam campuran tepung tadi dan masukkan vanila, lobak dan kacang cincang. Masukkan dalam tin dan bakar selama 40 min hingga satu jam.



Kali pertama buat khas untuk Farah di hostel, dia suka sangat. Tapi Che Mid rasa macam apam balik pun ada.. pasal bubuh kacang tanah kut ha ha tu la tak ikut arahan.. melawan je..Tapi kalau bubuh serbuk kayu manis dan buah pala tentu wangikan..

Kali kedua, Che Mid gantikan kacang dengan kurma yang diracik. I likeeee! sangat..

Kalau Che Mid yang 'kaki bangku' hal-hal kek boleh buat, che puan-puan kat luar tu lagi lah terer merer... Bolehlah hidang untuk tetamu di hari raya Haji nanti..Ilalliqa'..


27 comments:

  1. dalam banyak2 jenis kek, saya cuma makan kek gulung jer....entah kenapa kek jenis lain susah nak masuk dalam tekak nih

    ReplyDelete
  2. menarik...akk, lobak tu kita parut bg jadi panjang2 halus atau parut jd mcm rupa kelapa parut tu

    ReplyDelete
  3. resepi dah ada boleh le jadikan hidangan raya korban nanti.

    ReplyDelete
  4. Syukran Che Mid. Kakak lagilah tak terrer. Tapi teringin juga nak mencuba. Gebu nampak jelas di mata.

    ReplyDelete
  5. Salam

    Che Mid ni rajin masakkan?
    Sorilah Blg CM yg baru ni tak tersenarai kat link tu, dia tersorok..yg lama tu masih ada...

    ReplyDelete
  6. salam che mid..kek karot ni lebih sihat jika dibandingkan dengan kek biasa yang guna butter tu dan senang nak buatnya:)nampak pun sedap sungguh sedap...sihat..senang nak buat dan sedap..apa lagi jom kita pakat buat kek lobak ni hehe.

    ReplyDelete
  7. Lyafarina - sila cuba .. memang sedap

    ReplyDelete
  8. eelobor - Che Abang pun tak berapa suka kek.. jenuh nak habehkan satu bekas tu..

    ReplyDelete
  9. saya suka kek lobak + cream cheese
    pakai minyak ye...boleh cuba ni

    ReplyDelete
  10. saya hanya mampu tgk je dulu..hee..

    ReplyDelete
  11. Syariza - Lobak tu sagat panjang-panjang. Bila dah masak nanti lobak tu jadi hancur..

    ReplyDelete
  12. mama maman - sape suka kek memang sedap dan tak muak..

    ReplyDelete
  13. Kakzakie - CM pun tak terer sejak sejak ni esp selalu tengok blog la.. naik semangat.. badan pun naik gak..

    ReplyDelete
  14. mama ju - Dah tertinggal keretapi la ni.. takpe..he he

    ReplyDelete
  15. cikmanggis - betul tu kan. selama ni tak tau pun boleh buat kek guna minyak je..

    ReplyDelete
  16. Niena - tengok gambar je nampak sedap.. cuba buat sendiri baru tau...he he

    ReplyDelete
  17. kasihredha - Emm, dah balik dari round teh world boleh round the kitchen pulak...topping tak teringin nak belajar lagi... manis sangat..

    ReplyDelete
  18. Fatin - Tengok pun boleh kenyangkan.. kenyang mata ha ha..

    ReplyDelete
  19. Salam che mid ...

    kacang tanah tu boleh gak tukar dgn walnut atau gajus , sedap gak ... jgn tukar dgn kacang panjang atau kacang buncis dah ler !!! tapi kalau nak cipta resepi baru , ok gak ...

    ReplyDelete
  20. Salam ziarah,

    cantiknya kek ni mesti sedap nanti Kak Ros nak cuba buat,tak tau nak jadi cantik macam tu ka dak....

    ReplyDelete
  21. Salam kenal Kak Ros. Kalau dah biasa buat kek tentu jadi dan sedap...

    ReplyDelete
  22. salam Che Mid...terimakasih banyak2 ya...nk buat untuk hari raya aidil adha...insyaallah.

    ReplyDelete
  23. ase - nanti balik meru kita buat bubuh kacang panjang ka ka ka

    ReplyDelete
  24. Nooosafone - Selamat mencuba!!

    ReplyDelete