Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 7 December 2011

Nama Moyang Saya Ialah......

Pada tahun 2009, Che Mid telah mengambil inisiatif menganjurkan Hari Keluarga Haji Ismail iaitu keluarga sebelah bapa Che Mid. Sekali lagi tahun ini, Che Mid diminta untuk menerajui sekali lagi program sama. Insyaallah, masih diperingkat perbincangan dan jika tiada aral, majlis akan diadakan Februari 2012.

Apa yang sangat menarik apabila menganjurkan program sebegini ialah Che Mid terpaksa menggali asal usul dan mencari kisah-kisah lama terutama berkenaan datuk nenek dan moyang (orang Jawa panggil Buyut). Selama ini cuma mendengar nama moyang ketika nama disebut di dalam tahlil saja, tetapi sekarang Che Mid kena 'mengenali' siapa moyang Che Mid.


Nama datuk dan moyang sebelah bapa Che Mid - Hj Ismail bin Hj Nor ( Hj Ismail mempunyai 6 beradik, 2 di Malaysia, 4 lagi di tanah Jawa)

Nama nenek dan moyang sebelah  abah Che Mid - Hajjah Hadiah bt Hj Salleh ( Hajjah Hadiah mempunyai 2 beradik ..)


Nama datuk dan moyang sebelah emak Che Mid - Haji Abd Ghani bin Kassim (Haji Abd Ghani ada 3 beradik yang merantau ke Tanah Melayu.. adik beradik di tanah Jawa tidak diketahui berapa orang)

Nama nenek dan moyang sebelah emak Che Mid - Hajjah Sakem bt Ibrahim ( Hajjah Sakem cuma ada seorang adik yang masih sihat)

Ha, macamana dengan kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik semua, cuba tes tengok, apa nama datuk, nenek dan moyang anda pulak..

Laluan... kalau ada entri menarik tentang hari keluarga (bukan korporat punya tau) bolehlah rekemen pada Che Mid untuk dapatkan ilham..

22 comments:

  1. Oooo.... sama la kita kak... buyut kat jawa tengah.... jayi dengan nyayi belah emak merantau sini.... setakat johor dgn selangor banyak persamaan keturunan jawa kan...

    ReplyDelete
  2. aina buta salasilah...monyang2 semua dah meninggal bila aina lahir. yang terakhir pergi mengadap ilahi monyang (nyang) perempuan emak kepada tok ayah (datuk) sebelah mak. Sebelah nenek pulak aina panggil nenek meninggal masa aina sekolah rendah lagi...

    sebelah bapa memang tak kenal langsung walaupun setakat tok saudara, setahu aina monyang sebelah bapa meninggal sebelum aina lahir lagi...

    ReplyDelete
  3. kalau ikutkan sebelah mak kak Zai ramai sangat kelurga begitu juga sebelah ayah,tapi kebanyakkannya kak Zai tak berapa kenal,terpisah sebab darjat.

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan..

    saya menyinggah dari blog Cinta tadi..

    Entry akak ni buat saya kene mula mengenali salasilah keluarga sendiri dan keluarga mertua, supaya anak-anak kenal saudara...

    jemput singgah ke laman saya yang tak seberapa... eizaieza.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. saya sama ngan kak aina iaitu agak sedikit buta bab2 susur galur salasilah keluarga nih. sudah la agak kurang mencari saudara2 yang jauh, asyik pergi mari dengan keluarga yang dekat jer. adik beradik, sepupu dan pakcik & makcik jer. belah2 saudara jauh, kurang sangat ziarah menziarahi.... kekadang teringin jugak ingin mencari mereka....

    ReplyDelete
  6. susur galur ...menarik unk di cari
    Nama moyang saya Merasa dan Awang Kecik(nama org dulu2)

    ReplyDelete
  7. saya lak..

    belah abah, alos & musip
    belah mak, dara & idris

    walaupun dah bercucu cicit cuit.. dia tetap dipanggil dara... heeeheee nama org dulu2..

    =}

    ReplyDelete
  8. sebelah arwah ayah..sy tahu smpai tokki jer.. tu pon x pernah jumpa.. sbb arwah mninggal sebelum kewujudan sy lg..

    sebelah mama la.. sy tahu byk generasi gak.. sbb cousin mmg ada buat salasilah family kami dr moyang dlu.

    ReplyDelete
  9. berkunjung sob..salam blogger
    salam kenal dan sukses selalu ..:)

    ReplyDelete
  10. Bile tah nak mengenali moyang PR

    ReplyDelete
  11. Kazman - Wah jangan-jangan kita sedulur tak ha ha

    ReplyDelete
  12. Junaina - Onyang Che Mid sebelah mak, ada gak Che Mid jumpa tapi masa tu dah tua sangat, berkedut seribu nak dekat pun takut...

    ReplyDelete
  13. Zaitun - Ini betul-betul mcm antara dua darjat ke Kak Zai.. ada juga kes che mid dengar yang sampai putus sedara sebelah mak setelah mak meninggal dan si ayah berkahwin baru..

    ReplyDelete
  14. eiza - Salam kenal dari Che Mid dan terima kasih sudi singgah. Sebaiknya kena jaga sejarah keluarga utk panduan anak cucu kita nanti..

    ReplyDelete
  15. eelobor - Che Mid kira beruntung sebab masih tinggal di kampung asal. Jadi kubur tok nenek semua ada di sini. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  16. kasihredha - wah cantik dan unikkan nama Melayu asli dulu dulu

    ReplyDelete
  17. Fatinmarz - Tentu onyang kita bangga kalau cucu cicit dia masih ingat nama mereka kan...eh, ada ke orang lelaki nama 'Teruna' hi hi

    ReplyDelete
  18. Lyafarina - Rajin cousin Lya.. baru-baru ni ayah Che Mid ke Jogjakarta mencari sedara di sana.. rupanya ada sepupunya masih hidup dan sihat..

    ReplyDelete
  19. Outbund Malang - T kasih sudi singgah..

    ReplyDelete
  20. pena rozie - ait.. pelik je bunyi je..

    ReplyDelete