Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 17 April 2013

Penangan Cendol Tepi Longkang

Teringin nak makan cendol? Adik-adik sibuk teringin nak makan cendol, jadi abang Ayan rekemen cendol utara yang ini.. parking lori di tepi jalan di Seksyen 7.

 Masa tinggal di SP dulu, puas kami makan cendol dan laksa.. boleh kata tiap Jumaat (semasa tunggu Faris ke masjid) Che Mid akan makan laksa dan cendol sambil berbual dengan kakak jual cendol tu. Pasar malam pun ada cendol yang wangi bau pandan dan sangat lembut.. aduii.. terliuq niii..

 Kami sampai masa orang dah mula keluar ofis, kejap lagi penuh la tempat ni. Kami cepat-cepat tarik bangku, takut takde tempat duduk aka 'meja'. 

Dua orang pekerja.. seorang jaga cendol, seorang lagi handle laksa..tak menang tangan. (Suka tengok orang cari rezeki macam ni.. self reliance.. walau pun tengah panas dan hujan, tetap akur bahawa rezeki datang dari Allah swt. Eh, kalau tak kuat semangat.. tak jadikk!

 Laksa yang comot.. tapi sangat membuka selera kannnnn! Tengok hirisan limau nipis tu.. menggiurkan!

 Cendol satu mangkuk untuk setiap orang.. laksa dua mangku je.. kongsi-kongsi..

 Selamat makan petang.. orang dah mula memenuhi tempat duduk.. Tengok muka Deeja.. suka jee..

 Kakak dan adik lepaks di tepi longkang..Sape yang masih tak terliur tengok laksa dan cendol tadi.. meh tengok macamana Deeja makan..

  Deeja hantu cendol!

 Khusyuk dan tawaduk dengan cendol.. tak toleh kiri kanan dah..

 Siap tadah tangan lagi.. tak bagi air cendol menitis-nitis.. Akhir sekali Deeja hirup baki kuah cendol tu.. tonggang mangkuk tu sekali..(tak sempat snap gambar tu)

Kekenyangan.. Deeja tertidur dalam kereta. Masa abang Ayan angkat masuk ke rumah, Deeja langung tak bangun.  Percaya tak.. Deeja terus tidur sampai ke pagi esoknya..

40 comments:

  1. kuah laksa tu nampak pekat...mesti sedap...
    che mid...bg saya,makanan yg dijual kat gerai2 kecik lbh sedap dan lbh memberi kejutan dari segi rasa,berbanding kat kedai2 makan/restoren/hotel..yg kita dah boleh agak rasanya mcm mana..

    ReplyDelete
  2. Kuah laksa tu pekatlah CM. Berniaga ikhlas, buat makan biar sedap macam kita makan kat rumah, rezeki berkat dan pembeli pun akan puas hati dan akan datang lagi.

    Deeja makan kenyang sgt, lena je tidurnya tanpa gangguan. Bestkan CM, anak2 yg dah besar boleh handle adik2. Lega mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembeli puas hati dan akan rekemen pada orang lain, walaupun tempat cuma warung tepi jalan je kan..

      He he, mak dah ke'tua'an, takde banyak tenaga nak handle Deeja sorang, jadi kakak dan abang kenalah tolong.. Setiap pagi, bangun tidur je, Deeja akan tanya mana setiap seorang ahli keluarga.. walaupun dia tahu ada yang bekerja dan ke sekolah..

      Delete
  3. sedap jew tgk.. hehe.. deeja minta la sikit.. amboi.. kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, patutnya dia kongsi je, tapi tengok dia makan macam beria sangat terpaksa tambah order semangkuk lagi..

      Delete
  4. Betul tu.. satu lagi kalau dia tulis nama tempat asal makanan tu, Insyaallah sedap.. contohnya Laksa Utara. kita dah boleh bayangkan rasanya macam mana..

    ReplyDelete
  5. adoiii kak...terliur sgt2 dah sy tgk kuah laksa tu..memikat sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Truly utagha you know... cuma kita ni kadang2, kalau nak berhenti kat lori tepi jalan.. macam cuak sikit apa lagi kalau tak de teman, tapi kalau ramai-ramai, memang tak nampak orang...he he

      Delete
  6. Walaupun cendol dan laksa tu sangat menggoda, tapi saya lebih tersentuh setiap kali tengok gambar Ayan melayan Deeja. Sweeeeeet sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela yang tau Ayan abang pada Deeja ok la suka tengok.. kalau orang luar tengok, selalu buat muka puzzle.. adik ke anak??? Lebih-lebih lagi kalau bertiga dengan Che Mid.. lagi banyak tunjuk muka konpius..

      Delete
  7. sedapnya laksa tuh..pekat gitu..mmg terliur sangat2...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kesian orang jauh.. sebenarnya masa buat entri ni, Che Mid dah teringat pd awak laa.

      Delete
  8. Sah betul-betul sedap dah terbukti sampai Deeja kekenyangan. kalau tak mana mungkin tidur sampai ke pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya Deeja pantang dengar bunyi sikit, mudah terjaga. Tapi memang betul kata Kak Zakie, Deeja kekenyangan sampai lena sangat..

      Delete
  9. acik pun suka cendol..tengok deeja makan terus terliur nak cari cendol lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apatah lagi skrg musim panas menyengat macam ni.. cendol always no 1, no 2 air kelapa muda yesss!

      Delete
  10. Betullah che mid...masa dok utara nilah saya pulun laksa, cendol dan bihun sup. tu je yang popular dan tumbuh cam cendawan. Nak buat pun malas sebab cuma rm2-rm3 je semangkuk bersama telur sebelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cewah, guna perkataan 'pulun' lagi ya.. Che Mid tambah satu lagi menu.. MOI SUP.. aduii mana nak caghi kt KL ni..

      Delete
  11. dengan angin sepoi2 menambah lagi kesedapan melayan laksa kat tempat macam tu.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha.. asalkan longkang tak de tambahan bau dari longkang dah la ..

      Delete
  12. salam che mid,

    kalau laksa utara di buat betui org sana..
    mmg sedap!

    kat banting pun ada 1 kedai org utara...penuh saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. kt area shah alam dan klang ni, memang banyak orang jual.. tinggal pilih je, cendol vs rojak, atau cendol vs laksa..

      Delete
  13. mmg sedaplah.. klau kat sini famous cendol & rojak. & tq atas ucap selamat buat adik yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami pergi tu, perut tengah kenyang sbb lunch lewat.. kalau betul2 lapaq kalu, semangkuk tak cukup!

      Delete
  14. Selamun aleykum! bloğunuz çok harika! :) sizi takibe aldım. Türkiye'den sevgiler! :)

    Hellooo di sana! blok mungkin tidak begitu hebat! :) Saya mendapat untuk mengikuti anda. Salam dari Turki! :)

    http://translate.google.com.tr/#tr/ms/

    ReplyDelete
  15. walaupun comot tp laska ni nampak kuahnya pekat...mmg berselera. deeja tu mesti dh puas mkn & pastu sedap la tido

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eaiisshh.. yang comot tu le tambah selera nengok nya..

      Delete
  16. Sekarang musim panas sedapnya makan cendol.Lagi sedap kalau ditambah dengan pulut hihihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul kak.. yang CM makan tu memang tu ada pulut!

      Delete
  17. jual naik van memang sedap laksa tau cendolnya...
    silap haribulan nak makan kena beratur.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kami lambat sikit hari tu, memang sah beratur.. silap hari bulan takdak tempat duduk..satu hal nak mencangkung tepi longkang.. hi buruk rupa oi!

      Delete
  18. Alahai kak, dah beberapa blog saya baca asyik letak gambar cendol jer. Terliur dibuatnya ☺☺

    ReplyDelete
  19. bila agaknya arek belonjo tirana aduka.tepi longkang pun tepi logkanglah.ta tak kisah ahak

    ReplyDelete
  20. Lapar tgk cendul ngan laksa che mid ni pagi2. Dah la blum bfast lagi.

    Sy pun tiap tiap sabtu ahad mesti beli cendul. Sekali beli 5 bungkus. Biar lebih jgn x cukup. Kat kl ni sebungkus rm2.00. Kalau ada pulut jagung bagai mahal la sikit.

    ReplyDelete