Memulakan perjalanan dari Klang seawal 8.40 pagi, kami singgah untuk minum pagi di R&R Seremban. Sepanjang perjalanan asyik berborak sakan, seolah-olah pergi berjalan-jalan pulak aiii..ada la sikit-sikit membelek lirik lagu, buat pujuk-pujuk hati..
(Che Mid ada berhubung dengan Kak Zakie, mana tau ada peluang berjumpa tapi tak kesampaian.. lain kali ya kak)
Enjoy minum pagi.. ada yang makan di situ dan ada yang tapau..
Tiba di Kem Majidee lebih kurang pukul satu tengahari, kami disambut oleh Syed Alwi yang tiba awal pagi Jumaat. Kemudian diperkenalkan kepada Kapten Faiz yang incaj untuk persembahan. Lepas tu, kami dibenarkan berehat di Wisma Pegawai sementara orang lelaki bersolat Jumaat.
Makan tengahari di kem. Pinggan siap ada cop Hak Milik Kerajaan Malaysia.. kami dilayan oleh anggota tentera lelaki. Hai, canggung bebeno rasanya..
Logo ATM pun ada atas pinggan.. bersemangat nak makan..
Kari ayam yang sangat terangkat.. tengok gambar pun tau kan..! Kapten Faiz tak percaya bila kami kata sedap.. Mungkin pada dia , makanan di kem takkan sama sedap masakan di rumah..
Syed Alwi dan geng Stormreaders dah makan dulu.. tak tunggu pun ya..
En Farihin dan Maman (Teacher's Pet) dan ahli perkusi tiba jam 4 petang, dan pukul 6 petang kami 'sound check'.
Wajah-wajah sebelum naik ke pentas.. eh, ada nampak muka 'nervous' ke? Stage freight memang ada sejak dari bilik lagi.. nak kurangkan lagu lah.. tak ingat susunan lah.. sakit perut lah.. sakit tekak lah.. masa tu baru nak tulis dialog lah
Kerusi sorang satu.. mike sorang satu ok.. tak payah berebut-rebut..
Farah mulakan dengan qasidah pembukaan..nampak anggun dan ada aura kan.. (belum maknya lagi tu wakaka..) Teruja buat persembahan yang dihadiri majoritinya abang-abang tentera kita..
Persembahan pembukaan.. Kami bawakan Zikir Munajat, diikuti dengan Nasyid Ya Rasulullah. Lepas tu rancak sikit dengan Ya Thoiybah dan Ya Hanana dan diakhiri dengan Syair Taubat. Masa melagukan yang pertama, tekak Che Mid perit semacam.. dah rasa nak batuk.. berdoa dalam hati supaya Allah bantu.. Alhamdulillah, rasa perit dan nak batuk hilang. Kalau masa praktis tak boleh fokus dan asek lupa lirik, malam tu Che Mid rasa lancar je.. Kami enjoy dan boleh buat persembahan dengan baik.
Tengok dari jauh...
Jauh sikit lagi..Orang tak berapa ramai kerana hari bekerja (Jumaat) dan gerai jualan dan pameran pun belum bermula lagi. Tapi kami puas hati dengan kehadiran dan cuba buat yang terbaik.
Sementara Che Mid and the gang atas pentas, Farihin and the gang standby...
Farihin membacakan syair dari Imam Dibaie.. dan diselang seli dengan zikir dan qasidah
Kiri, Maman dari Teacher's Pet juga tak ketinggalan membawa lagu ketuhanan yang diselitkan dengan qasidah dari Syed Alwi. Memang cantik jadinya..Subhanallah, tak sedar satu jam setengah mereka menghibur sambil berdakwah.
Antara lagu yang dibawa ialah Asroqol, Ya Salam, Salamun Salam dan lagu special Syed Alwi.. Kemarrsyah! Maman pula membawakan lagu antaranya, Kasih Ku Pinjam Wajahmu.
Che Mid namakan kumpulan kami - Kumpulan Adnani.. terdiri dari Che Mid, Farah, Ruziah dan Edah. Zira dah lena dipangkuan Umminya..Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ikut serta di persembahan 'eksperimen' ini. Insyaallah ada rezeki, kita akan melangkah lebih jauh lagi..
Bergambar kenangan dengan isteri Timbalan Panglima, Pegawai Kem dan ahli Bakat. Pengerusi BAKAT sempat beritahu mungkin akan jemput kami untuk program mereka pula.. petanda bagus tu kan..
Kesemua ahli terlibat - duduk hadapan sekali dua dari kanan ialah Kapten Faiz. Syabas tuan kerana mengurus kami dengan baik dari awal hingga akhir. Komitmen No 1! Tenteralah katakan.. Tabik Tuan! Untuk Farihin dan Alwi, terima kasih sudi bersama kami, ini kali ketiga Che Mid bekerjasama dengan mereka. Harap-harap ada lagi ke empat, lima dan seterusnya.. Insyaallah! Terima kasih juga kepada Maman yang memberi nasihat berguna kepada kami..
Farah dan Farhan - Farhan bertindak sebagai drebar, fotografer, body guard, runner dan guru vokal bidan terjun! Ayan kata dia bangga tengok ibu dan adik beraksi atas pentas..
Good job anak-anakku, Ibu bahagia sangat dapat menjayakan program sebegini bersama-sama. Ketika ibu diulit mimpi dek keletihan, Farah tak tidur menemankan si abang yang memandu. Berbual-bual dan menyanyi lagu mengarut di tengah malam dan di lebuhraya yang sunyi dan gelap. Malam itu juga adalah 'birthday eve' Farah yang ke 18. Kami sempat menyanyikan lagu selamat hari jadi sebelum ibu zzzzzzz...
Kami tinggalkan Kem Majidee tepat jam 11.44 malam untuk bertolak pulang ke Klang. Tiba di rumah jam 5.15 pagi, tika surau sudahpun memperdengarkan alunan al-Quran.
syabas che mid ! menarik ni
ReplyDeletePengalaman pertama tu KA.. peluang keemasan terbentang depan mata takkan nak lepaskan..
DeleteSalam che mid,
ReplyDeleteJauh berjalan... luas pengalaman.
Tahniah, kak. Jauh ke majidee sampainya kumpulan qasidah adnani.
Moga terus sukses, kak, farah dan farhan dan seluruh team. :))
Salam, t kasih indah.. kena kerja kuat lagi ni..
DeleteSecara tak langsung, program begitu juga mengukuhkan lagi hubungan zahir Cik Mid dan anak2. Terharu kakcik membacanya.
ReplyDeleteNak harapkan sape lagi kalau bukan anak sendiri.. ini pun satu cara untuk mendidik dan menggalak anak yang meminati bidang yang sama..
DeleteKakak terkilan tapi tak boleh elak tetamu yg dtg rumah kakak tak henti sejak seminggu kakak baru balik umrah ini. Malam itu selepas budak ke tiga balik mengaji kakak dan kata cuti mengaji malam itu tapi bila ada kakak kandung sendiri dtg rumah mana mungkin kakak nak kata kakak nak keluar. Hatta dia kata kenapa pakai cantik-cantik. Kakak kata niat hati nak jumpa kawan jauh tapi abang kata tak apalah... so kakak diamlah... turut sama melayan, goreng beehoon lagi.
ReplyDeleteKalau tak boleh kakak join berqasidah dgn Farah kan hihi...
Anyway happy belated birthday buat Fara..
Mid perform atas stage tapi hati dok ingat kak Zakie tengok kat bawah he he..ada rezeki satu hari mesti jumpa kan.
Deletecantik tudung che mid...hehehe...wah semua berjalan lancar ye...Alhamdulillah...sporting betullah akak anak beranak...seronok tengok..
ReplyDeleteKena sporting and support each other.. walau siapa pun mereka, apa pun mereka.. mereka tetap anak kita kan..sebaik-baik tempat anak adalah disisi ibu bapa selagi masa mengizinkan..
DeleteAlhamdulillah & tahniah utk semua..
ReplyDeleteBerkat doa dan kata-kata semangat mak chu juga
DeleteTahniah Che Mid.....
ReplyDeleteWah.....hebat, hebat
Mesti lumayan ni....
T kasih.. lumayan? Boleh la.. tapi JB jauuuh tu... tolak duit minyak, tol, makan-makan.. ada la sikit.. nasib baik tak ronda-ronda JB..
DeleteTahniah Che Mid semoga sukses dimasa akan datang..
ReplyDeleteItu doa kami juga, sebenarnya tak terfikir pun sampai nak buat stage show.. tapi kami cuma take one step at time.. Allah yang Maha Pemberi kak..
DeleteFarah yang ayu..jaga2 nanti ada abg tentera yg berkenan..gurau je..
ReplyDeleteSeonoknya lihat che mid anak beranak berganding bahu berqasidah dan berselawat...sejuk perut ibu..
Abang tentera takut nak dekat sebab maknya ada sekali ha ha ha.. Anim bayangkan, macam mana kami di rumah, praktis sekali dan cari lagu sekali.. abahnya jadi tukang dengar dan tukang komplen he he
DeleteAlhamdulilllah... dah melangkah jauh ni.. insha Allah.. x pyh menoleh ke belakang lg. HB untuk Farah.. semoga Allah swt merahmati, memberkati perjalanan ini.. amin...............
ReplyDeleteAmin... pada para sahabat yang mengikuti perjalanan ini, jangan tinggalkan kami.. tegur mana yang patut k..
Deletesungguh meriahnyer uoolss.,ehHee
ReplyDeleteMeriah majlis orang... meriah juga yang kita rasa..
DeleteSalam.
ReplyDeleteHebat.Wah dah ke jb persembahan dia...
Bertuah dpt anak yg mengikut kata ibu!dua bodyguard.
Salam.. CM rasa selamat dan yakin bila anak sendiri disamping. Kalau boleh tak mau pisah jauh-jauh..
Deletelawanya anak macam ibunya juga..seronok baca entry ni,share experiencec :)
ReplyDeleteSuka bila Tihara suka he he... eh tak.. ibu lagi lawa dari anak ha ha..
Deletemasa hantar azeem lalu kat sg. besi...
ReplyDeletetapi tak singgah pun...
nampak dari jauh memang meriah hari terbuka ATM ni...
Serentak rasanya sambuta hari terbuka ATM ni..
Deletefuiiyoo...kolaborasi yg menyengat...hehe..
ReplyDeleteMaju ye che mid...dh sampai masuk kem ni..kira dh bagus sgt dh ni.
Kat tepen ni pun ada hari terbuka tentera jgk...tp sy tak berkesempatan nk pi..
Kakau kem Tepen yang jemput Che Mid, mau che mid pakse lona datang!
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteCantik anak dara kak mid nih. Happy belated birthday biat farah.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga dalaman dan rohaninya lebih cantik lagi, Amiin. Dah 18 tahun anak ibu ni..
Deletemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
ReplyDeleteMak & anak sama hebat sama cantik :) Tahniah
Untungnya kami satu keluarga memang minat seni aka melalak... bakat terbaru si deeja kecik tu.. apa benda pun jadi mikrofon ha ha
Deletejordan shoes
ReplyDeletelebron shoes
giannis shoes
kyrie 6 shoes
curry 6
yeezy
off white clothing
cheap jordans
russell westbrook shoes
yeezy boost 350 v2
off white clothing outlet
ReplyDeletegoyard outlet
goyard bag
bape outlet
supreme
supreme clothing
curry 6
ggdb outlet
air jordan
fear of god outlet