Hari Sabtu malam minggu lepas, (setelah penat dari job Johor Bahru dan Subang Jaya, rasa macam nak 'reward' diri sendiri dan famili). Lama tak makan-makan tempat best-best sikit. Lagi pun kali ini sempena meraikan hari lahir abahnya, Farah, Faris dan tunang Ayan, Epa.
Tak de kek harijadi.. famili kami bukan peminat kek.. lagi pun dah puas makan kek pertunangan Ayan dan Epa hari tu. Kalau ada pun si Deeja yang tak sudah-sudah nak potong kek beday. Semua orang punya birthday kek tu kira Deeja punya jugak..
Ibu teringin nak makan bufet (after so long...) lagi pun masa tu hujan di mana-mana tapi abahnya beria nak makan di 'Steak n Ribs' di Laman Seri, Shah Alam. Orang terlalu ramai menunjukkan sambutan hebat di situ.. kami yang pertama kali ke situ pun teruja sangat la. Nasib baik ada tempat walaupun terpaksa bersempit sedikit. (Senang nak cedok makanan pinggan sebelah..)
Farah genap 18 tahun 6 April.. semakin sweet dan tinggi anak dara ibu niii..Farah pilih mix lamb and chicken. Dia ni jenis slow eater.. order pulak double-double .. macam tak habis, tapi bila dah kongsi ramai-ramai... licin wal habiss..
Si bujang Faris berumur 17 tahun pada 9 April. Mencuba potong lamb chop.. Syukur pada Allah, Faris dah semakin sihat. Masih terdengkot berjalan tapi tak bertongkat lagi. Bila bersekolah, tak boleh pakai kasut sekolah lagi, sebab masih bengkak sikit kaki kanannya.
Epa pulak lahir pada 1 April.. Nampaknya, setiap tahun boleh raikan sekali..Insyaallah..Epa pilih chicken chop
Ibu punya beday lambat lagiiiii... ibu dah lama teringin makan beef steak yang sedap dan lembut. Berbaloi datang sini.. patutla ramai pelanggan..
Bukan senang nak dapat abah suap macam ni.. mahal oiii!.. Tapi memang macam tu la kami anak beranak.. Si Deeja tu pulak asek gerak sana sini, kejap duduk di kerusi budak.. kejap ikut ibu, kejap dgn abang Ayan.. akhirnya turun jalan sana sini..
Alhamdulillah, kami sangat ceria malam tu. Lama dah tak bergurau senda dan usik mengusik. Makanan pun licin sebab sedap dan semua orang lapar. Harga kesemuanya RM158.20. Tak mahal sangat sebab saiz hidangan besar dan sangat sedap. Tempat lain ada lagi yang lebih mahal tapi makanan tak padan dengan harga..
Okay, untuk semua birthday girls and boys.. selamat panjang umur, semoga dimurahkan rezeki dan boleh beribadat sebaik-baik kepada Allah swt. Juga semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Amiin.
Happy Birthday untuk semua yang di atas...hehehehhe. Seronoknya tengok kegembiraan dan kebahagiaan family macam nie.
ReplyDeleteSenang je kan.. " semua yang di atas".. satu kali selebret.. jimattt.. he he
DeleteSelamat ulang tahun buat semua keluarga che mid.Tarikh yang berdekatan senang untuk diraikan.
ReplyDeleteSelamat.. selamat.. Untuk akak juga ya
DeleteMoga bahagia semua,seronok tgk kegembiraan kelaurga.
ReplyDeleteCantiklah gaya posing cm.
Awat! Cantik tang mana tuu mama.. tang roti kaaa...
DeleteAlhamdulillah... sangil chukka hamnida...!!
ReplyDeleteApa benda tu Rehan.. anak belajar kt Jepun tapi cakap Korea pulak.. ok ok hepi beday la tuu..
DeleteSanah Helwa buat semua yg diraikan. Moga terus mendapat limpahan keberkatan dan kebahagiaan...
ReplyDeleteOh... Ayyan dah ada calon ye. Bertuahlah Epa:)
T kasih.. Insyaallah semoga Allah memudahkan segala urusan kami semua
Deleteselamat ulangtahun untuk semua yg kak tuliskan tu. memang ramai kalau tengok dari gambar. rapat2 duduk..aduhai...saya memang tak reti makan rapat2 gitu, maklumlah duduk SP takde sampai ramai sangat camtu. tapi itu pemandangan biasa di lembah kelang kan, che mid..enjoy eating
ReplyDeleteMeja duduk utk 4 orang je Anim, di kaki lima kedai pulak tu.. memang enjoy, balik sini nanti cubalah, dekat area stadium Shah Alam je..
Deletesalam.
ReplyDeletewah mkn besar makanan org brg ni admin hee..
selamat hari lahir utk anak2 makin membesar. suka tgok anak girl tu cantik persis mamanya.
Ya, makan besar dengan famili ialah momen terbaik dalam kehidupan berkeluarga.. takkan jemu dan always looking forward..
DeleteWahh...april party la tiap tahun camni kak...senang nk celebrate...buat sekali untuk smua...
ReplyDeleteEpi besday untuk semua...moga panjang umo dan dmurahkn rejeki...
Amin.. memang selalu macam tu. Anak-anak pun tak komplen, kalau campur sepupu sepapat lagi meriah!
Deleteok la lahir pd bulan sama.. leh celebrate ramai.. sweetnyer.. siap bersuap lagi
ReplyDeleteHe he masa ni la nak manja-manja dengan abahnya..
Deletehappynya...farah sweet
ReplyDeleteseronok kan..anak "ibu" semua dah besar2 :)
happy birthday semua
Alhamdulillah.. dah besar-besar semua kecuali budak kecik Deeja tu baru 3 tahun lebih.. semoga Allah panjangkan usia kami.. Amiin.
DeleteSyukur alhamdulillah... Nampak bahagia sangat keluarga Che Mid.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. kami biasa-biasa je Jun..
Deletesalam cik mid
ReplyDeleteCut kos betul ni..
Apa pun tahniah bt keluarga bahagia.
Wes rong dino mangan mentah iwak kutok.pasal kui jalok menu.hehe
Cut cost selagi boleh he he..
Deletedino kie mangan opo pulak?
bestnya akk dapat makan bersama keluarga...kalau KY semua nak, nak rasa semua hihihi
ReplyDeleteSemua nampak sedap.. dan memang sodap!
Deleteselamat ulangtahun semua! moga menjadi anak yg soleh & soleha.. Amin.
ReplyDeleteDan suami yang soleh hi hi.. CM sayang semua termasuk yang tinggal komen kt blog CM yang tak sebarapa ni..
Deleteseronok dpt kumpul ramai2 satu keluarga ni CM kan... bakal menantu pun ada tu !
ReplyDeleteBakal menantu punya beday pun dekat-dekat gak..
DeleteAssalam Che Mid,
ReplyDeleteAllah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu Semua
Allah Selamatkan Kamu
Happy Birthday untuk semua yang diraikan,
Muga Panjang umur, murah rezki, bertambah keimanan..
Salam.. wah siap lagu-laguan lagi kak Mah..Amin amin Ya Rob
DeleteHamboi sumenye lahir dalam bulan yg sama. Senang nak celebrate kan. Keluarga bahagia.
ReplyDeleteyeezy boost 350
ReplyDeleteretro jordans
longchamp outlet
kobe sneakers
retro jordans
yeezy
lebron shoes
kd13
supreme clothing
curry 7 sour patch