Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 7 June 2013

Laa.. Mengacara di Rumah Blogger Rupanya..

Salam semua! Terima kasih tidak terhingga kepada para sahabat yang sudi tinggal jejak dan mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan baby Firash. Malam tadi kami berkumpul untuk membaca Yaasin dan doa selamat. Sekarang ini baby Firash, ibu ayah dan atuk nenek telah pun berada di HKL untuk konsultasi lanjut.  Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan mereka, Amin.

Ok, back to business... pada 1 Jun 2013 lepas, Che Mid di jemput mengacara di Semenyih. Malam sebelum  tu, Che Mid berbual kosong dengan Che Abang.. "Rasanya promosi melalui fb ok.. dah ada kawan-kawan yang cuba Yahanana Events ni.. tapi dari blog tak de lagi.. kalau tak pun, mana tau boleh jumpa blogger semasa mengacara..."

 Bergaya dengan pelekat kereta Yahanana Events. Salah ejaan pulak.. baru sedar.. aduii.. membebel abahnya.. tu la pilih lagi font yang bengkok-bengkok macam tu.. kan ke susah baca!

Pukul 8 pagi kami dah bersiap, masukkan peralatan PA ke dalam kereta. Tu, si Faris tu.. bukan senang nak kejut dia bangun pagi.. suara ibu mengejut dia bangun tu sedap sangat kut.. bukan nak bangun, makin lena dia tidur.. he he. Che Mid terpaksa geletek dia untuk pastikan dia betul-betul jaga..Yang lagi dua orang tu jenis mudah bangun.. takde masalah le..

Nurul Fadhilah dan Hassim - pengantin yang manis dan sepadan

 Kali ini kami dijemput oleh Cik Nurul Fadhilah. Quite a detail person.. dia cek melalui blog ni dan baca entri-entri Che Mid. Siap bagi dekat 20 lagu permintaan khas terutamanya lagu Opick dan Sheik Habib ..Selamat Pengantin baru buat Fadhilah dan Hassim, semoga bahagia selamanya. Fadhilah ni orang Ganu, kerja di Putrajaya, menetap di rumah kakak di Sungai Besi, tapi kenduri di rumah abang di Semenyih. Emmm.. mau pening kepala dan stress nak uruskan majlis macam ni kan...

 Farah minat sungguh dengan baju pengantin...

 Ready untuk persembahan pembukaan..

Oh ya, kami berbaju baru hari tu.. kain batik tu hadiah dari Alang (adik ipar) yang dibeli di Padang.. jadi Che Mid padankan dengan baju kurung Pahang..

Selepas selesai acara petang tu, sedang kami pun menjamah hidangan, ternampak seorang wanita anggun yang sedang mengambil makanan memandang Che Mid. Bila Che Mid tengok dia.. macam kenal.. tapi di mana ya.. 

Tak lama lepas tu, tuan rumah (kakak ipar pengantin) datang ke tempat Che Mid.. " Ini Che Mid blogger ke?" Eh, tentulah sukaaaa orang tanya pasal kita kan... Lepas tu dia kata ada orang kenal.. 


 Rupanya Ain Noraini (tengah). Dia tulah yang pandang-pandang tadi, tapi takut nak bertegur, takut pelanduk dua serupa. Siap cek dalam tab dan buka blog Che Mid untuk confirmkan..Ya Allah.. suka sangat dapat berjumpa. What a pleasant surprise.. Teringat balik apa yang dibualkan dengan Che Abang..

Inilah tuan rumah.. Ana Suryana atau Anaa.. blogger juga tapi dah tak mengaku blogger sebab lama dah tak update. Dulu kami saling follow tapi bila dah tukar 'rumah'.. tak terikut dah.. aduhai.. seronoknya hanya Allah yang tahu. Beberapa kali kami berpelukan gumbira riaaaa...

Ketika di JB hari tu, dah berjanji dengan kak Zakie nak jumpa, tapi las minit ada hal mendatang.. tak de rezeki, tapi yang ini .. memang tak terduga sungguh.. Subhanallah.. satu silaturrahim di alam nyata terbina sudah..


 Faris, Farah dan Farhan (Deeja duduk umah dengan Abahnya)

Tengok tu, tiga beradik bergurau senda pulak ya... ada sesapa nak panggil untuk buat iklan ubat gigi atau berus gigi? Boleh call Che Mid... Sehari suntuk dengan anak-anak bujang dan dara ni memang syok.. Abahnya duduk rumah dengan si Deeja.. 


Tapi yang kelakar, ada seorang kakak tu datang bertanya khabar Che Mid.. Dia tanya, " Dah ada anak?" Terkejut besar dia bila Che Mid tunjuk anak-anak Che Mid. So, perasan le kejap yang I ni mudo laiii..

Satu lagi.. eee sori perasan sikit lagi k.. Semasa majlis persandingan berlangsung, Che Mid dan Farah berdiri di tepi pintu rumah.. tentulah ramai tetamu masa tu kan. Sambil mengacara, kami bawa lagu pengantin... Ada yang datang pada kami dan kata, " Ingatkan tadi suara dari cd... "  He he..sodap le kut suara kami kut....tapi korang tak tau yang Farhan selalu tegur, " Ibu, jaga tempo... jangan main langgar jeee..." 

Ha, apo laiii.. kalau ada sesapa teringin jemput kami, hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com atau layari facebook.com/Yahanana Events!

29 comments:

  1. Replies
    1. bestnya.. harap satu hari nanti kita dapat jumpa..

      Delete
  2. Rezeki anak beranak ye tak Che Mid. Hari tu kami ada gathering di Musolla Ehsan di Bandar Baru Bangi. Kak Ain pun singgah ke sana. patutlah Ana tak ada hari tu kenduri rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau la nape, asal ada gathering che mid tertinggal info.. tau-tau baca entri gathering dah lepas.. Insyaallah, ada rezeki nanti kita jumpa k..ada la tengok gambar Aina kt blog Ain..

      Delete
  3. besh dpt jumpa blogger eks.. bila la nak jumpa che mid nih.. kiki

    ReplyDelete
  4. Saya suka baca entry Che Mid pergi event... ceriaaa jer semuanya. Nampak sangat riang gembira. Alahai...lamanya nak tunggu anak saya kawen..hahahhahaha.

    P/S : Saya dah dapat khabar dari TA. Alhamdulillah dia baik2 saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih sbb sudi baca... bila anak kawen nanti nak buat kenduri di mana.. Melaka? PD ? atau KL.. entah-entah Kuantan ha ha..

      Alhamdulillah, TA ok..

      Delete
  5. Semakin hebat Yahanana Ent CM. Tahniah!!
    Kalau iklan dalam tv boleh meletopz ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha .. kalau masuk TV, Che Mid pastikan kawan-kawan blogger duduk tercongok depan TV. Tak boleh tukar channel lain!! ha ha

      Delete
  6. bestnya anak beranak sama bidang..tahniah.teringin juga nak jumpa sahabat blogger =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami semua memang sama minat.. ke mana tumpah kuah kalau tak ke pinggan kan.. he he.. tunggu Deeja besar sikit nanti, kita tengok apa dia boleh buat.. ha ha

      Delete
  7. best che mid, dapat jumpa rakan bloggers...
    ukhwah terjalin di alam nyata...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. semoga satu hari nanti boleh kenal Anim daaaaannn.. rasa masakan Anim yang cantik menarik tu!

      Delete
  8. ala...bestnya, nanti nak tumpang sekali boleh hee

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..makin kencang bisnes che mid..rezki dari Allah kan..saya lambat lagi nak buat kenduri kawin..klu tak boleh tempah che mid...hehe

    ReplyDelete
  10. Ya, rezeki dari Allah.. takpe kan ku tunggu jemputan mu ha ha

    ReplyDelete
  11. Salam perkenalan Che Mid...:)

    Wahh..ada event management service yg serve lagu2 nasyid..qasidah ya...best Saya suka qasidah Ya Hanana tu :)

    Saya kenal 2 bloggers tu...Anaa tu pernah jumpa kalau tak silap masa gathering yg sebelum ni...Ain Noraini pun mmg saya ada ke blog nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini.. Insyaallah, kalau ada gathering lagi lepas ni Che Mid akan pastikan yang Che Mid hadir..

      Delete
  12. salam che mid....suka la baca entry che mid...ngah tersenyum2 sorang2 ni...maybe aura nak kenduri tu dah datang kot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. dia datang .. dengan senyum manisnyaaaa... dia datang dengan lemah gemalainya...

      Delete
  13. wahhhh...jadi pengacara ke...besh nye kije

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besh kije kalau orang suka... tapi so far tak de pulak dengar orang tak suka.. alhamdulillah

      Delete
  14. tetiba saya tinggi la plk..dok tgah2 dgn org yg comei ni tau...
    suka sgt dpt jumpa che mid...selalu baca kisah che mid dlm blog jer tetiba ada depan mata...

    ada rezeki nnt kita jumpa lagi ye...nnt kalau ada acara mkn2 n sembang dgn bloger saya roger2 che mid yee...sayang che mid ketat2 huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang awak banyak-banyak jugak... muah!!!

      Delete
  15. seronok baca cerita cik mid ni rasa macam saya pun ada kat situ.bestkan dapat jumpa blogger,kecik je malaysia ni he3...wah anak2 che mid comel2..maknya tok sah cakaplah apa rahsia nampak muda je he3..

    ReplyDelete
  16. c9j14w4l16 v0e74h4n39 f6x85m7p52 n2g17j9p98 w1v59y9m15 v1p45k5k65

    ReplyDelete