Sebuah keluarga bahagia sedang bersantai di hujung minggu. Si ayah berniat mendidik tiga orang anaknya yang bersekolah rendah dan tadika sambil berbual mesra dan bergurau senda. Si ibu pula sibuk melayan internet sambil memasang telinga.
Si ayah : Kat sekolah cikgu ada ajar tak cara melintas jalan yang betul.
Anak-anak : Adaaa... (ndak tak ndak je menjawabnya)
Si ayah : (Nak tunjuk ajar jugak) Ok, bila dah turun dari van, jangan melintas dulu k. Tengok kanan,
tengok kiri, lepas tu tengok kanan balik. Kalau betul-betul takde kereta baru melintas!
(Beria-ia benor si ayah mengajar.. siap dengan tangan-tangan sekali menggayakannya).
Betul tak?
Anak-anak : ( Semua mata tertumpu 100% kearah ke Upin Ipin kat TV, adegan lipas raksasa mengejar
Upin Ipin)
Betuull ayah! (Menyahut dengan sekuat hati, malas si ayah tanya berulang kali..)
Si ibu : (Menyampuk). Kalau ada motor lalu.. korang melintas tak?
Anak-anak : LINTASSSS!
Yahanana Events
Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?
Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?
Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.
Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!
Saturday, 8 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hihi...budak2 cam tulah
ReplyDeletesama cam si abdul saya pun , tanya apa pun dia menjawab tapi matanya kat tv.. kdg2 lain ditanya, lain dijawab
Cuba tanya balik apa kita tanya... tentu cakap lain ha ha
DeleteOrang tgh tgok tv, tak boleh dikacau..haha
ReplyDeleteAdakah maksudnya, kalau nak kacau kena tutup tv dulu? Lagi lah tak bole kan..
DeleteMacam macam
ReplyDeleteya.. macam-macam
Deletehahaha..kantoi mata dan minda khusyuk kat Upin & Ipin !
ReplyDeletePokoknya, apa nasihat pun tak masuk kalau program kegemaran ada depan mata.. kalau ditanya juga, dia orang akan kata, "Tak cakap pun.."
Deleteanak2 tengah fokus layan upin ipin tu hehehhe
ReplyDeleteMemang besar pengaruh upin ipin pada jiwa anak-anak sekarang ni.. zaman kita takde upin ipin lagi..kalau ada kita pun sama kemaruk kut..
DeleteSalam Ukhwah Che Mid..datang follow sini balik..
ReplyDeleteBukan kata budak2..mak budak pun kadang2 ralit tengok Upin Ipin..hehehe..
Salam, terima kasih sudi singgah sini.. buat le macam rumah sendiri ya.. Upin Ipin memang special di hati semua orang Malaysia.. dan Indonesia..
Deletesalam che mid..adeihh saya ni tengah sakit perut..tapi tergelak baca entri ni he3..
ReplyDeletehermes
ReplyDeletecurry 7 shoes
100% real jordans for cheap
moncler outlet
stone island
golden goose sneakers
supreme clothing
curry 6 shoes
goyard
yeezy boost 350 v2