Adam baru dapat basikal (sebenarnya basikal adiknya, Ammar) yang baru dihantar ibu dan abah Adam untuk kegunaan di kampus. Lokasi hostel dan kelas yang agak jauh menyebabkan ramai pelajar menaiki basikal. Adam pernah sebut dalam fbnya, " Masa sekolah dulu tak nak pulak naik basikal.. dah masuk universiti kena naik basikal.. he he"
Satu hari sebelum Hari Raya Haji.. Adam letak basikalnya di tepi jalan untuk mengeluarkan duit di mesin ATM. Bila Adam datang semula ke tempat basikal tu, tengok-tengok basikal tu dah takde. "Mana basikal ni pergi.. ini mesti ada rang curi..!" Bengangnya rasa sebab basikal tu baru je 2 minggu Adam dapat!
Seharian Adam berlegar-legar mencari basikal tapi tak jumpa-jumpa. Tengah malam itu juga, Adam pinjam motor kawan sebilik dan bergerak perlahan-lahan dari satu hostel ke hostel lain. Adam yakin akan jumpa basikalnya tu sebab tentu masa tu semua pelajar ada di bilik masing-masing. Akhirnya, setelah beround-round Adam meronda-ronda, Adam ternampak elok je basikalnya diparkir di salah satu bilik hostel.
" Ada satu tanda di basikal tu untuk mengesahkan itu basikal aku atau bukan," kata Adam. Bila dah diperiksa, memang betullah itu basikalnya. Tanpa menanggalkan topi keledarnya, Adam terus mengetuk pintu bilik tu.
Elok je pintu dikuak, dengan garangnya Adam menyoal," Itu basikal sape?" sambil tangannya menunjuk ke arah basikalnya. Salah seorang penghuni bilik tu terus menjawab, " Maaf bang... jangan marah bang.. saya..saya.. AMBIL basikal tu sebab basikal saya pun KENA CURI bang.."
Eh, boleh ke gitu ......
ingatkan Adam nak MARAH... tapi apa yang Adam buat....
Adam 'call' kawan sebiliknya, bagi tau yang basikal dah ditemui dan minta tolong datang ke situ segera. Bila kawan Adam sampai, Adam suruh kawannya tu bawa basikal Adam balik hostel. Dan Adam ajak pelajar yang telah mencuri basikalnya itu sama-sama naik motor dan BANTU pula MENCARI basikalnya yang hilang...!! Akhirnya, mereka dapat jumpa basikal pelajar tu semula malam tu juga.
Agak-agak kalau orang lainlah jadi Adam, mau ke dia buat macam tu?
Semasa Adam bercerita dengan ibunya, ibu tanya Adam, " Apa tanda kat basikal tu yang buat Adam 'sure' itu basikal Adam?"
Adam jawab, " Ada taik burung kering melekat kat ' mud guard'!!!
Uishh...memang bijak dan matang tindakannya. Pasti dia ada personaliti yang mencairkan jiwa...hehehehhehe.
ReplyDeleteIni Adam lain, moga Adam Aziela pun berpersonaliti yang mencairkan jiwa ..
DeleteAdam remaja yg panjang akal. Bijak bertindak dan bertindak tidak terburu-buru. Siapalah mak-ayahnya. Baik budak Adam ni..
ReplyDeletekedua-dua mak ayahnya adalah guru sekolah..jadi tak heranlah kalau anak begitu kan..
DeleteBest.. macam siri sinetron tghr Jumaat pulak dah.. hahahah.. bagus betul Adam ni, calon menantu pilihan. Thumbs UP!!
ReplyDeleteRamainya nak jadikan Adam menantu pilihan.. boleh je.. bukan jauh pun dari Aman Perdana he he
DeleteNasib baik Adam masih boleh berfikiran waras.
ReplyDeleteKadang2 bebudak cam tulah ye akal pendek, ambil tapi tak jauh ke mana pergi dok dalam tu jugak.
ya lah kan.. agaknya kalau hilang lagi basikal tu.. curi basikal lain pulak.. mcm curi selipar kt masjid je..
DeleteHaha kelakar je cerita ni, bila la ibu cita benda ni. Sampai harini kalau budak tu jumpa adam dia akan tegur & sengih2.
ReplyDeleteKawan housemate pulak cakap, nasib baik budak tu jumpa adam, kalau dgn orang lain habis dah kena cepuk dulu, huhu.
Thankss maklong.
Thumbs up Adam!!!
Deleteini ke adamnya...baguslah adam...
DeleteYa.. itulah Adam anak adik Che Mid.. eh, lupa pulak tepek gambao dia kan.. bukan takde dalam fail hu hu
Deletesejuk perut ibu mengandung..memang terserlah kesabaran dan kematangan Adam dalam menghadapi situasi ni..wahh..boleh jadik calon menantu ni..hehehe:)
ReplyDeleteNak jadik calon menantu ya.. pastikan anda bukan sedara mara atau suku sakat si pencuri basikal tu k.. tentu tak restu punya ha ha
Deletehehehehe adam adam~ eh beskal cm ni legen.dh lah laju.hhehehe
ReplyDeleteLaju dan besar... tempat duduk luas utk budak kecik macam kita dulu..
Deletebagus adam nih... alhamdulillah masih ada anak muda sebegini.. :-)
ReplyDeleteInsyaallah.. bila semakin besar akal waras dipaksi iman yang kuat akan membentuk keperibadian mulia..
Deletesemuanya kerana HATI kan che mid...
ReplyDeleteterus bawa pada perbuatan..
bangga dengan Adam..
Betul Anim.. hati baik akan terpancar di perbuatan
Deletekat hostel jika curi basikal mesti dapat tangkap kecuali dia dah jual hehe.Yang bestnya tanda tu,...terima kasih lah kat burung tu hikhik.Semoga anakanda Adam akan berjaya di dunia dan akhirat.
ReplyDeletetaik bukan sebarang taik ha ha
Deleteassalam dear..
ReplyDeletedah lama tak singgah.. teringat sangat dengan basikal cargo ni.. dulu2 naik bagai nak gila. heee..
salam, t kasih sudi singgah.. kebetulan nampak masa lalu tadi ya he he
DeleteNamanya Adam. Mulia sungguh budi pekerti budak muda ni. Alahai... anak bujang sapa tu? Boleh booking buat menantu tak? heheheh
ReplyDeleteSila sms Che Mid jika anda berminat utk jadikan Adam sebagai menantu terpilih.. he he
DeleteBaiknya adam..taik burung kering sebagai tanda...?adoiii..adam nih...hehehe.....
ReplyDeleteyeezy boost 350
ReplyDeleteretro jordans
longchamp outlet
kobe sneakers
retro jordans
yeezy
lebron shoes
kd13
supreme clothing
curry 7 sour patch