Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 23 October 2013

Putrajaya Yang Menyesatkan

Oops nanti dulu!! Orang Putrajaya jangan marah-marah dengan tajuk ni k....

Jam pukul 6.30 petang. Mood di rumah Che Mid ... STRES!!

Kami sedang berkumpul dan bersiap untuk ke Murni International College di Putrajaya untuk satu job malam ni. Che Mid, Farhan dan Faris kena pergi dulu untuk set up PA Sistem dan kumpulan kedua diketuai oleh Che Abang akan membawa pasukan kompang.

Tau ke jalan dari Klang ke Putrajaya?? Farhan set dengan waze..ok no problem. Che Abang tau jalan ke?? Alah.. hampir setiap minggu ke Putrajaya.. tengok site.. ok kautim...memang Che Abang ni terer bab-bab cari jalan.. kalau Che Mid asek salah simpang je memanjang..

Che Mid tiba di dewan pukul 7.15 malam.. tu pun kira lambat sebab waze bawa kami lalu KLIA. Tapi tak sesat dan jalan 'clear'. Katanya, pengantin tiba pukul 8 malam, tapi dalam hati kata tak mungkin ah.. janji Melayu.. Tup-tup dapat 'call' kata pengantin 'on the way'. Alamak..di manakah suamiku yang membawa pasukan kompang itu?? " Aaaa... abang dah masuk Putrajaya ni.. tengah carik Presint 13... " Adui.. jiwaku dah mula kecemasan.

Bila Che Mid tanya pada PIC dewan kenapa pengantin 'on time', dia kata " Pengantin lelaki tu POLIS Che Mid... ada 'ESCORT'.... memang 'on time'.  Tak pernah-pernah panik masa 'on the job' tapi ini kali Che Mid memang tak tentu arah.. 'Call'  lagi, Che Abang kata.." Dah jumpa presint 13 tapi nampak rumah-rumah je.. takde pun dewan..." Aduii.. macamana ni.. kata tiap-tiap minggu masuk Putrajaya.. awat la boleh sesat barat ni!! 

Mulalah Che Mid pas henfon pada orang lain, mintak tunjuk jalan.. tup-tup dapat tau Che Abang dah menghala keluar ke Serdang.. !! Alahai.. rasa macam nak pengsan pun ada..peluh sejuk peluh suam dah keluar dah..

Memang pengantin sampai 'on time'. Terus ditempatkan dalam bilik khas. Che Mid pun berbincang cara alternatif kalau sanding tanpa kompang 'live' maknanya kena guna MP3 je. Kira ok la gak tapi memang Che Mid nak kena pelangkung dengan Wedding Planner ni.. alamat lain kali tak dapat job lagi laaaa....

TIBA-TIBA...jeng jeng jeng

Che Mid dapat tahu yang hampir semua ahli rombongan pengantin pun SESAT!! Jadi perarakan masuk pengantin kena tangguh sampai rombongan pengantin sampai. Lega tak terkira.. lebih-lebih lagi bila dapat tahu mak ayah pengantin lelaki pun sesat jugak. Sesat bukan sebarang sesat pulak tu.. boleh kata kesemua kereta mereka sesat ke tempat-tempat berlainan.. Che Mid kata," Takpelah.. sesat lah dulu ya.. sampai kumpulan kompang tiba.." Hi hi jahat tak...(Info; ahli keluarga pengantin orang Sarawak.. takpe lah kalau sesat pun..ini Che Abang ni apa hal... selalu keluar masuk Putrajaya katanya..mungkin selau datang time siang.. bila malam jadi konfius tak tentu hala..ha ha)

Akhirnya, pasukan kompang kami tiba dulu... dan perarakan masuk dan persandingan pun dapat diadakan dengan lancar dan meriah, Walaupun awalnya pengantin lelaki marah-marah, tapi bila dah atas pelamin jadi senyum sokmo...Alhamdulillah.. 

Bila suasana dah lega... barulah kru katering dan perancang perkahwinan pun kata..yang mereka pun sesat jugak siang tadi..tu diaaaa... 2 x 5 sudaaah..

Inilah pasukan kompang Yahanana Events - baru je ditubuhkan..dan persembahan pertama dah tersesat.. tapi memang cun laaaa..

Inilah kisah kami kali ni.. pelbagai ragam musim kawen.. bukan apa..sekali fikir memang tak patut tulis kat sini..yalah..takut orang tak nak tempah kami.. tapi dua kali fikir..'why not'.. this is reality man.. tak semuanya sempurna.. yang penting walau apa pun cabarannya..kita kena ada plan alternatif supaya majlis tetap sukses!

Lagi satu, apa yang penting? KERJASAMA!!!






28 comments:

  1. Che Mid kalau Putrajaya tu Aina yg dok Kajang ni pun sesat barat jugak...

    ReplyDelete
  2. dulu kitarang pun slalu jugak tersesat kat Putrajaya...hahaha..rupanya ramai jugak yg sesat!!ingatkan kitarang je yg slalu sesat..kalau ikutkan.. cik hubby cepat tangkap kalau pegi mana2 tp bila sampai Putrajaya asyik terlepas jer..skrg ni baru ok sikit..:)

    ReplyDelete
  3. Bukan Putrajaya lah kalau tak sesat. One way ticket to the moon tu.. kata orang! hahaha.. njoy reading this..

    ReplyDelete
  4. Ada bantuan Allah sebenranya tu CM. Sebab itulah si pengantin pun boleh sesat juga. Kalaulah mereka yg tiba dulu memang berpeluhlah CM... syukurlah dipermudahkan. Boleh senyum lebar dan nyanyi pun senang hati:)

    ReplyDelete
  5. Heheeh..lawak jugak citer che mid nie..suspen pun ade membacanya..sib baik kan semua orang sesat..kalau pasukan kompang yg sampai paling lambat camanalah gamaknyer..huhu

    ReplyDelete
  6. hihihi.. memang tiap kali gi umah pak saudar di Putra Jaya mesti sesat.. :D

    ReplyDelete
  7. Hebatnya dah tambah satu lagi cabang bisness!

    ReplyDelete
  8. first time meeting dkt sana, mmg sesat. Tanya pekerja yg kerja di putrajaya pun tak tahu mana bangunan Perbadanan Putrajaya... ish ish ish. Pening!

    ReplyDelete
  9. Saya baca pun panik dan rasa berpeluh!

    ReplyDelete
  10. Che Mid merata dah pergi yeh...Hari tu dah dapat jumpa kakzakiekan ....Tahniah Che mid

    ReplyDelete
  11. ha'ah kak,saya pun ada g jalan-jalan Putrajaya,punyalah besar,adik saya yang dah biasa pun sesat jugak,padahal tempat nak pergi tu dia dah biasa pergi...takpe kak,kalau tak sesat tak kenal pulak tempat kan..

    ReplyDelete
  12. Hahaha...adoiii..kira bernasib baik jugakan.....kalau tidak,memang rosak majlis org tnpa kompang....

    ReplyDelete
  13. Sy hampir 3tahun keja putrajaya pun sesat barat lg dlm tu kakkk!
    Inikan pulak yg jarang2 gi putrajaya hehehe.
    Sy reti gi balik dari umah-opis jah.. kalau kwn suh melencong tempat lain kat putrajaya tu.. mula la sesat barat utara selatan timur barat :P

    Takpe la... jadikan pengalaman akak sefamili ;-)

    ReplyDelete
  14. Makchaq yang dok Putrajaya pun tak tau kat mana dewan tu...
    selalu jugak sesat dalam putrajaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha dewan tu menghala ke PICC.. tapi dibahagian luar Putrajaya je.. tu yang gps tu suruh ikut KLIA.. memang senang ke sana kalau ikut GPS betul..

      Delete
  15. Putrajaya memang agak besar itulah sebabnya orang selalu tersesat apatah lagi yang tak biasa.

    Tahniah...pasukan kompang melengkapkan Yahanana Events.

    ReplyDelete
  16. Laaa.. rupanya perkara biasa tersesat barat di Putrajaya.. ingatkan kami je calon-calonnya he he..

    ReplyDelete
  17. kalau yang selalu kesana kadang sesat jugak, apa lagi yang jarang kesana ni..

    ReplyDelete
  18. Salam che mid,
    Kami pula tersalah jalan arah nak ke dengkil, berpusing masuk putrajaya balik, hehe.. skrg dah mudah, nak balik ke banting kami dr rawang terus ke hiway tlk panglima garang.
    Moga dipermudah segala urusan kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. che mid pun pernah sesat dari putrajaya nak balik Klang tapi termasuk simpang ke Telok Panglima Garang.. aduhai,, punyalah jauh nak pusing balik ke Klang..

      Delete
  19. Assalamualaikum Che Mid
    Sesat-sesat pun masih di Malaysia tak apalah Che Mid
    Nampaknya semua kena datang sehari lebih awal
    Tapi kos akan bertambah pula ya...
    Kumpulan Kompang tu mesti pernah memenangi pertandingan kompang
    ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Ha ha bagusnya punya cadangan tu kena datang sehari lebih awal
      boleh le jalan ke wetland atau JPM he he

      Delete
  20. amboi che mid..dah ada group kompang..tak guna mp3 lagi ya tahniah.tahniah..
    saya jarang2 p putrajaya che mid.p kem pendidikan masa ada masalah pertukaran dari selangor ke kedah, 5 tahun lalu. kalau sesat tu, orang takleh marahkan;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak mula latihan sikit-sikit.. cikgunya asyik busy memanjang..
      takdenya orang marah kalau sesat selalu pun, diri sendiri yang marah..

      Delete
  21. Salam....

    Singgah kot ada entry baru....hehe

    ReplyDelete
  22. hihi..biasa r putrajaya kan byk presint n besar jigak..
    lya tiap kali kesana..mesti cam 1st time smpai r.. mmg x igt jln.. tp pusing2 jumpa gak..

    ReplyDelete
  23. kami yg duk Pjaya ni pun jangan kata lah ....walau duk lama banyak tempat tak tahu mana tah ....kalau hujung minggu kalo tak ada event kat sini memang sunyi gile .... yg sesat jangan nak kata lah ........patut nya kan signboard Pjaya nih kena ubah ...........warna bangunan sama semua

    ReplyDelete