Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 8 October 2013

Perjalanan JB - Klang yang Mencabar

Assalamualaikum semua..

Nak cerita dari mana ni.. ah.. taram je lah.. harap folo sampai habis tau!!

Hari Jumaat 4 Oktober lepas, Che Mid, Farhan dan Faris ke Johor Bahru untuk mengacara di sana pada hari Sabtunya. Jom ikuti apa dah jadi..

 Jadual perjalanan bermula dengan baik, Alhamdulillah.. kami tiba di Skudai pada jam 9 malam. Pengantin pun ada di dewan, jadi kami terus berbincang untuk kali terakhir. (Kami pernah berjumpa di KL sebelum itu). Semuanya ok, dan kami ke hotel yang disediakan sebelum 'supper' di Pekan Rabu. Eh,. Che Mid tak pernah tau di JB pun ada Pekan Rabu, ingatkan ada di Alor Setar saja...

Dah tengah malam baru masuk ke hotel. Hotel tu biasa je, tapi luas dan bersih.. yang best ada wifi..kami diberi 'family room' (special thanks untuk Nanie..).tanpa berehat, lepas solat kami praktis Qasidah.. (nasib baik takde orang ketuk pintu bilik sebab bising hi hi).

Anak-anakku tersayang.. semasa set up sistem PA, dia orang ni pakai t-shirt je. Bila dah siap, baru tukar baju encem sikit.. pas tu posing kejap. Ait.. cepat masuk dewan!!!

 
 Cantikkan pelamin tu.. acara istimewa di majlis kali ini ialah selain dari suapan buah sunnah sebagai ganti acara merenjis, Che Mid menjemput ibu pengantin dan besan-besannya naik ke pelamin serentak. Kemudian Che Mid cakap macam ni..

Rasanya baru semalam melahirkan dan membesarkan
Rasanya baru kelmarin mendodoi dan menyekolahkan
Hari ini anak yang ditatang bagai minyak yang penuh
Telah pun menjadi kepunyaan orang       

Untuk anak-anak yang dikasihi dengarlah bingkisan ini...

 Che Mid pun nyanyikan lagu ni....

Kasihnya Ibu membawa ke syurga
Kasihnya saudara masa berada
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa

Kasihnya ayah sangguplah berpisah
Dan kasih anakanda berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa

Ikhlas dan rela asal bahagia

Memang 'touching' dan mengharukan. Sebenarnya, semasa bawa lagu ni.. meremang satu badan.. dah tahu, ada yang mengalirkan airmata ni.. maklumlah.. nak 'berpisah' dengan anak katakan..habis je Che Mid nyanyi, ada pulak beberapa tetamu yang tepuk tangan kuat-kuat.. tenkiu veli much aaa.. 

Semasa pengantin memotong kek perkahwinan, Farhan buat penampilan khas dengan menyanyikan  lagu "Sedetik Lebih" dari Anuar Zain dari atas pelamin ditujukan khas buat pengantin.

 Semasa pengantin bergambar dengan kaum keluarga, kami bertiga berqasidah dan berselawat khas untuk tetamu..antaranya kami bawakan Ya Badrotim dan Ya Hanana.. syok bila ada tetamu yang ikut berqasidah sekali..

 Habis bertugas, apa lagi... kacau pengantin la.. memang saja tak nak bagi tau awal tadi.. ya, ada dua pasang pengantin. Yang ini si kakak.. Susyana dan suaminya Boy.

 Ini pulak si adik, Dr Nanie dan Izham. Cantik sangat..  Dr Nanie inilah yang jumpa Che Mid di blog ini. Dia dah jadi pembaca senyap blog ini rupanya..

Pengantin bukan main gelak bila Che Mid usik masa cerita latar belakang pengantin. Apa taknya, dah 7 tahun berkawan barulah nak luah isi hati.. takke lama sangat..Yang berbaju merah duduk sebelah pengantin perempuan tu namanya Datin Juwita.. dia puji suara Che Mid sedap.. dia kata, " Dah biasa menyanyi ke?" Che Mid kata.. " Sikit-sikit". Tapi sebenarnya dalam hati jawab.. " Carik makan.." ha ha

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik dan lancar walaupun Che Mid sendiri ada rasa tak puas hati.. Yang sepraisnya..tiba-tiba ada seorang perempuan ni datang peluk-peluk Che Mid. Memang tak pernah kenal dia..(sebab tak pernah tunjuk muka dalam blognya) tapi taulah yang dia tu Kak Zakie. blogger yang sangat terkenal tu..Tapi muka Che Mid, Farhan dan Faris memang dia cam.. "selalu terpampang", katanya.

Kalau ikutkan hati Che Mid yang berbunga-bunga ni, hendak je tayang gambar kami berdua di sini.. biar satu dunia tahu wajah blogger kesayangan ramai yang kecik molek yang sangat peramah tapi pemalu tu..tapi sebab dah bersumpah setia, Che Mid terpaksa simpan untuk koleksi peribadi je la.. terima kasih sangat pada Kak Zakie dan family yang sudi datang jenguk kami walaupun jadual sangat padat.. lain kali kita jumpa lagi Insyaallah.

Ok, itu cerita di JB. Sekarang jom baca apa dah jadi semasa dalam perjalanan balik ke Klang.

Lebih kurang jam 7.45 malam.. dah gelap dah hiway.. Che Mid yang terlelap di kerusi sebelah, dikejut Farhan yang memandu, " Ibu, kereta kita ni ada masalah ini".. perlahan je suaranya.. Memang Farhan jenis 'cool' dan tak menggelabah.. (Proud of you son..!). Ibu pulak yang panik.. yalah..tengah tidur sedap-sedap, pas tu kena kejut macam tu kan..

Tengok papan tanda tepi jalan, lagi 5km ke RnR Ayer Keroh. Farhan kata tayar mungkin pancit.. Dia memandu di lorong tepi sekali, tapi tak berani berhenti kerana jalan yang gelap dan kenderaan memecut laju terutama lori-lori besar. Ibu kata, " Tak pe lah.. kita drive je slow-slow.."

Tak lama lepas tu, terdengar bunyi kuat dan kereta bergegar.. Farhan kata, " Ha, kan Ayan dah agak.." Terus ke tepi dan berhenti. Apa nak buat ni..? Kami google plus ronda.. dapat je nombor, Che Mid terus call. Pihak Plus Ronda kata dalam masa 20-25 minit bantuan sampai, sempat dia pesan pasang 'hazard lights'.

Lama juga kami menunggu. Farhan dan Faris memberanikan diri turun untuk melihat keadaan tayar. Memang tayar belakang kiri 'flat' habis. Farhan pasang lampu dalam kereta, dia kata nasib baik warna kereta terang.. harap-harap dari jauh kenderaan lain dah nampak.

Untuk mengurangkan rasa bimbang, Che Mid baca zikir Ma'thurat dalam kereta. Anak-anak pun ikut duduk diam dalam kereta. Sempat ibu pesan, " Kalau ada orang berhenti, hati-hati.." (Kita tak tahu niat orang kan..) 40 minit selepas tu baru kereta plus ronda tiba. Alhamdullillah.. dalam masa 10 minit, dua orang petugas selesai membantu menukar tayar, walau pun kereta berat sebab bebanan pa sistem.. Nasib baik tayar 'spare' elok lagi. Petugas tu pun pesan untuk berhenti di stesyen minyak dan periksa angin tayar.

Cepat mereka buat kerja.. memang pakar.. masa sibuk membantu kami, ada satu kenderaan berhenti tidak jauh dari situ. Nampak macam ada orang menggunakan cahaya lampu picit sebagai amaran kecemasan.

Ini dia rupa tayar yang dah rosak teruk..alhamdulillah, tiada peristiwa buruk berlaku ..

Orang lain tolong kita, kita sempat lagi ambik gambar..

Bila dah selesai, kami bergerak semula, kereta peronda ikut kami dari lorong kecemasan untuk membantu satu lagi kereta yang rosak. Rupanya van Rusa.. ada ramai anak kecil dalam van tu. Hilang rasa bimbang pada kereta sendiri, berpindah risau pula pada kereta yang rosak tu. Kesian.. pada Che Mid, kalau dah naik van Rusa, tentu orang tu tak berapa berduit. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan mereka, Amin.

Berhenti di RnR Ayer Keroh, untuk memeriksa angin.. kawasan tu dipenuhi dengan konvoi kereta anak-anak muda. Bermacam gaya dan rupa kereta-kereta tu.. tetiba teringat balik pada van Rusa tadi.. kesian pun ada, sedih pun ada.. lumrah kehidupan.. ada yang berkereta janji dapat bergerak, boleh bawa anak isteri.. tapi ada yang berkereta untuk enjoy dan buang duit untuk mekap dan ubah suai kereta.. maaf le kalau ada yang terasa.. tapi Che Mid memang tak berkenan dengan hobi yang tersangat 'over'.. ubah suai sikit-sikit sudah lah.. ada rezeki lebih, sedekahlah pada yang tak berapa mampu.. 

Kami teruskan perjalanan dengan keletihan. Hampir pukul 11 malam, kami berhenti lagi di RnR Dengkil.. mengisi perut dengan Sate kajang Samuri sebagai 'reward' atas perjalanan yang panjang dan saspen ini. Bungkus sikit untuk Che Abang dan Deeja yang tentunya risau sangat menanti kami, selagi tak dengar bunyi kereta parkir depan rumah..


Untuk Dr Nanie yang sangat merendah diri dan Izham yang baik hati, selamat pengantin baru.. mungkin sekarang tengah honeymoon kut.. terima kasih sudi pilih kami dari Klang turun ke JB demi meraikan majlis resepsi kalian. Semoga puas hati dan selamat melayari bahtera rumah tangga dan bahagia hingga ke jannah.

Pembaca lain di luar sana tu, berminat nak jumpa Che Mid? Jom hubungi 013-3672459 atau emel hmj_66@yahoo.com

15 comments:

  1. Salam che mid,
    Tak sangka che mid dan anak2 pandai berqasidah dan menyanyi yer..rsnya yg baca2 dlm blog nie mengacara jer yg tau..agaknyer ketinggalan sy nie..heheh..
    risau kan kalau keta rosak tgh2 highway, sib baik kes che mid tuh setel jugak alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah... kesiannya CM. Tapi Farhan memang sangat caring dan nampak cool. Bertuah ada wali begitu CM. Kakak sangkakan CM dah tiba rumah dalam jam 8-9 malam sebab kakak pun balik lewat hari itu. Tiba rumah dah azan maghrib...

    Harapnya tak seriklah utk ke JB lagi CM..

    ReplyDelete
  3. Selamat pengantin baru buat mereka. Alhamdulillah kak mid & family tak apa2. Teruk juga keadaan tayar tu yer.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah che mid dn anak2 selamat sampai rumah

    ReplyDelete
  5. boleh buat album qasidah ...:)
    tp tayar tu mmg teruk rosaknya...berlubang..nasib baik tak jadi apa2...

    ReplyDelete
  6. Aina selalu memandi jarak jauh dengan anak2, itulah antara bab yang merisaukan pancit atau kereta rosak tegah jalan...

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Mama baca cerita CM kat blog KZ. Kenapa ya dia berahsia. Mama pun teringin nak jumpa.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. mujur tak ada apa2. Allah swt menguji setiap hambanya. Entree yg sangat bagus.. bolehlah ai buat promo kat fb.. nak musim org kawen dah ni..ehem.. cantik gambar header!

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum,

    ya Allah...mmg risau kalau kereta rosak atau pancit di highway ni
    kereta pula semuanya laju2...alhamdulillah selesai dgn mudah
    yang lawak tu sempat snap pic 2 beranak tu..hehe

    kita yg dekat ni belum dapat berjumpa lagi ye

    ReplyDelete
  10. che mid...bestnya dapat jumpa kakzakie..
    saya ni yg balik johor pun tak dapat jumpa:-))

    geram tengok kuah rojak buah tu..hee, alhamdulillah..selamat semuanya

    ReplyDelete
  11. Mesti best suara Che Mid sampai Datin Juwita tu puji melangit. Teringin nak dengar Che Mid berkasidah

    ReplyDelete
  12. bestnya che mid,sejak jadi pengacara ni jauh berjalan,dapat jumpa kakzakie lak tu,dia rajin datang komen blog ida,kita je tak jumpa lagi,hari tu dah dekat sangat kat raub tak dan jumpa juga...eh,che mid pun boleh nyanyi cam penyanyi aisyah tu?belum dengar che mid nyanyi dah rasa kesyahduannya...hehehe..betul che mid..

    ReplyDelete
  13. Kesiannya kak. Alhmdlillah x de apa apa kn

    ReplyDelete
  14. salam che mid...saya kagum dan tabik dgn che mid dan anak2....gigih ....saya duk ikut baca juga entri che mid ttg show yg dibuat...tak tau sbb apa,mesti rasa sebak dan bergenang airmata...teruskan usaha murni...moga lebih berjaya an diberkati utk che mid,anak2 dan keluarga...

    ReplyDelete
  15. Dugaan dan cabaran. Tapi saya sendiri, kalau di highway, memang dah beberapa kali tersadai. Tayar pancit, enjin kereta burst dan macam2 lagi. Setakat nie, petugas PLUS memang sangat membantu. Syukur.

    ReplyDelete