Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 26 February 2014

Di rumah..hilang, di sekolah pun hilang..

Assalamualaikum semua..kisah hari Jumaat lepas, tapi Che Mid baru tahu petang tadi..

Adik Che Mid, Acik, seorang cikgu sekolah rendah..

Kan awal tahun ni, musim pelajar bayar yuran...Acik dah kutip duit yuran dan lain-lain bayaran dari anak murid dalam RM3000. Dia simpan duit tu dalam laci meja, kunci dan masuk ke kelas.

Balik dari mengajar, Acik buka laci..duit dah takde!!

Takde kesan pecah pun..elok je laci tu... entah macam mana orang luar boleh ambil duit tu.. Acik terkejut sangat, cikgu-cikgu lain pun, sampai ada kawan yang menangis kesian pada Acik. Tapi Acik ni jenis lembut hati sangat.. tak nak buat laporan polis atau pergi jumpa ustaz untuk 'tengok-tengokkan'. Sebab hati keciknya boleh agak siapa yang mengambil duit tu. Kalau kes di bawa ke tengah, akan mengaibkan orang yang mengambilnya. Mungkin salah seorang kawan juga..

Jadi Acik kena ganti balik duit tu nanti. Kesian Acik..

Kalau nak ikutkan, Acik dan keluarga selalu kena musibah lebih kurang macam tu gak. Dua kali rumah Acik dimasuki pencuri..dua kali juga Acik hilang duit yuran sekolah yang dibawa pulang ke rumah..tak termasuk laptop dan henfon. Tu yang Acik cakap, simpan kat rumah hilang, simpan kat sekolah pun hilang..

Motosikal suami Acik pun pernah hilang depan rumah jugak..basikal anak-anak pun...

Tapi Acik suami isteri, cool je. Mereka berdua ni memang cukup penyabar dan baik sangat, agaknya itu sebab Allah selalu uji sebegitu..

Tapi bila ada adik beradik dan saudara mara memerlukan bantuan..mereka sangat prihatin. Anak buah dari kampung (Kedah) nak sambung belajar, mereka tolong daftar dan melawat di asrama, sepupu masuk hospital Acik dan suamilah yang berulang alik melawat..bila dah keluar hospital, mereka juga yang hantar balik kampung. Adik beradik suami Acik ramai dan suami Acik anak bongsu, jadi ramai le anak menakan kat Lembah Klang ni. Tapi depa ni tak pernah merungut ke komplen ke...subhanallah mulia sungguh hati suami isteri ni.

Sambil sembang dengan kawan semalam, dapat satu doa mohon Allah dapatkan balik barang hilang..doa tu macam kat bawah ni..tapi adab berdoa jangan lupa pulak ya. Dahulukan dengan istighfar, baca fatihah untuk Nabi Muhammad saw, kaum keluarga, para sahabat dan ibu bapa kita. Lepas tu baru baca doa ni berulang kali dengan yakin. Wallahua'alam.

 

 

31 comments:

  1. Kakak ingatkan cerita toyol CM. Kisahnya toyol kepala hitam.
    Baik sangat Acik dan suami tu. Tapi yg pasti saham akhirat dia banyak CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini real toyol punya kak zakie, tak main syiling atau ringgit..ribu-ribu terus..

      Delete
  2. Replies
    1. Moga Allah merahmati beliau dan keluarganya...insyaallah ke syurga Allah nanti, sebab anak keduanya seorang hafiz, tentu syafaat menantinya..

      Delete
  3. kesian acik. moga acik terus bersabar dengan tiap dugaan yang Allah turunkan. byk keistimewaan yg akan acik dapat kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau NM jumpa dia, tentu tak perasan dia ada masalah..buat biasa je..lemah lembut lagi..

      Delete
  4. biasanya orang yg berhati mulia memang selalu diuji...Tapi memang kesian bila bab nak kena ganti balik tu..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian..tapi kita nak bantu pun tak mampu kan..

      Delete
  5. Kesian acik..moga acik redha n org yg ambil tu dpt blsan setimpal..lepas di dunia tp di akhirat nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamana lah dia nak berdepan dengan acik kt sekolah..boleh ke buat dek je..hati kering betul le kalau gitu..

      Delete
  6. Alahai siannya kat Acik tu..... bukan sikit sikit tu CM..... RM3000....
    Kalau nak enjoy dah boleh sampai ke Bandung tu CM....
    Bagusnya adik CM nikan penyabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab penyabar la Allah uji macam-macam.. ish ke Bandung pulak dia ha ha

      Delete
  7. kesiannye.. sapa le wat naya tu..emm

    ReplyDelete
  8. betapa penyabarnya beliau suami isteri...semoga yg menganiaya Acik tu insaf dan sedar..kalau dibuat report polis,bknke malu jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, bukan dia je malu..keluarga dia pun..kalau betul dia cikgu, macamana nak jadi contoh baik pada murid-murid..Allah..

      Delete
  9. aduh kesiannya. dugaan utk org yg baik. semoga Allah permudahkan hidup Acik & family dimasa2 depan. amin.

    ReplyDelete
  10. Memang sabar dan bertabah acik ye Che Mid.... Allah beri ujian ikut kemampuan hamba Nya... semoga acik dapat balik duitnya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, kalau bukan dari si pencuri dari punca lain.Amiin

      Delete
  11. sabar sunggu adik che mid..bukan sikit tu..banyak..
    sampai hati sungguh orang yang mengambil tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tak tau le buat macam mana kan..

      Delete
  12. penyabar nya Acik... moga ada hikmahnya nti...kesian juga kan.. harapnya org yg mengambil tu sedar nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..semoga sifat sabar tu pun ada pada kita juga..

      Delete
  13. Nasihatkan Acik, lepas ni kalau kutip yuran, duit tu mmg kena bawak kehulu kehilir masa kat sekolah, jangan diletak dalam laci..

    Ujian utk orang2 macam acik & suaminya, mmg utk naikkan darjat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, nanti CM bagi tau dia.. betul juga ya..Allah nak naikkan darjat, tu sebab di uji..

      Delete
  14. moga pencuri tu insaf dan pulangkan balik duit tu.
    kalau tak insaf tu hanya Allah saja yg boleh membalasnya sbb aniaya kawan yg baik.

    ReplyDelete
  15. Allah menuji, insyaallah suatu hari Allah akan memberi kembali.

    ReplyDelete
  16. Betul, dan digantikan dengan yang lebih baik..

    ReplyDelete
  17. Kasihannya dgn Acik,banyak tu RM3000,semoga ada rezeki Acik lagi.

    ReplyDelete