Salam Jumaah, penghulu segala hari untuk sahabat blogger semua!
Perkara yang akan Che Mid paparkan hari ini, mungkin tak berlaku pada semua orang tapi beberapa kerat kaum Hawa dan isteri-isteri seperti Che Mid ni..he he 'sound serious' pulak ..tajuk nya pun men'serious'kan..!
Selalunya, kita tak izinkan orang bukan mahram datang ke rumah bila suami takde kan. Kalau sedara mara datang pun, kalau boleh suami kena ada di rumah. Kalau orang kita tak kenal, seperti orang berjual datang ke rumah, atau orang kutip derma pun paling-paling bercakap di luar pagar sahaja.
Tapi kita sering terlupa tentang 'mahram' apatah lagi tentang 'keselamatan' bila orang-orang berikut datang ke rumah:-
1) Penghantar gas
2) Pemotong rumput
3) Juruteknik baiki peralatan rumah..TV, petisejuk, mesin basuh atau komputer dll
4) Wakil Astro, telekom, TNB atau Syabas dan lain-lain
WALAUPUN banyak kes kita baca di media bagaimana orang mati atau dirogol atau dirompak kerana membenarkan orang luar masuk ke rumah secara relahati.
Minggu lepas...peti sejuk Che Mid rosak. Ok je suami aturkan bengkel membaiki peti sejuk untuk datang ke rumah mengambil peti sejuk tu. Memanglah kita dah beberapa berurusan dengan orang yang sama tapi di rumah tu cuma ada Che Mid dan Deeja sahaja. Semasa mengambil peti
sejuk tu, bosnya, seorang Melayu berwatakan warak dengan kupiah dan berjanggut, datang dengan pekerjanya seorang lelaki India. Che Mid buka pagar, izinkan mereka masuk sampai ke dapur dan periksa peti sejuk tu. Lebih kurang 10 minit kemudian baru peti sejuk tu di bawa keluar.
4 hari kemudian, selepas menerima panggilan dari kerani yang bertanyakan Che Mid ada di rumah atau tidak, peti sejuk yang sudah dibaiki dihantar kembali ke rumah Che Mid. Kali ini, bos tu tak datang tapi dua pekerjanya, ke dua-duanya orang India..tak pasti rakyat Malaysia atau warganegara asing. Semasa mereka dalam rumah itulah, baru Che Mid terfikir, " Ya Allah, apa aku dah buat ni..nape aku tak tunggu suami aku balik baru izinkan mereka datang???." Deeja sedang lena dalam bilik tu... Allah..
Bila suami balik kerja, terus Che Mid cakap, " Abang, tadi kita dah buat silap besar.. patutnya kita tak bagi orang tu hantar peti sejuk sebab takde orang lelaki kat umah.." Suami macam tersentap kejap..pun baru tengadah dari mengantuk!
Rasanya, membiarkan dua orang asing dalam rumah walaupun beberapa minit bagaikan terlalu lama...memanglah tiada kejadian tidak diingini berlaku tetapi siapa yang tau kan...malang tidak berbau.
Andainya perkara buruk berlaku pada orang lain di luar sana, pandai je kita nasihat atau marah-marah, " Tu lah, sape suruh kasi masuk rumah.." " Saja cari nahas la tu.." dan sebagainya. Tapi bila diri sendiri buat..emmm..tak kisah pun.
Si pemotong rumput dengan 'full mask'... (gambar ihsan google)
Si pemotong rumput pun begitu..setiap 2 bulan sekali akan datang ke rumah memotong rumput. Ada orang lelaki ke takde, lain cerita. Ada sorang pemotong rumput tu, siap berborak-borak dan minta air minuman lagi... memanglah dia tak masuk rumah, tapi dengan mesin rumput di tangan..silap haribulan..apa-apa pun boleh jadi! Allah..
Kalau si penghantar muka hensem macam mamat ni, tentu kita kata dia orang baik kan....(gambar ihsan google)
Si penghantar gas pulak macamana? Sama gak lah...akan datang berkhidmat serta merta selepas dihubungi. Yang tu pulak, masuk dari pintu belakang. Kalau masa gas habis tu ada suami atau anak lelaki, dia orang yang 'handle', tapi kalau tak de ..Che Mid jugakkkkk! Si tukang hantar tu akan masuk ke dapur angkat tong gas yang kosong dan pasang tong yang baru..Ingat tak, dulu ada satu kes si penghantar gas rogol dan bunuh pembantu rumah! Dia memang betul-betul penghantar gas tapi ada kes jenayah sebelum tu....
Ini yang Che Mid katakan 'STUPID MISTAKE'... dah tau salah dan merbahaya, bukan mahram ke apa ke..tapi bila tiba 'time' kita..semuanya tolak tepi..janji kerja beres!!
Alasan "pembekal atau orang yang sama" atau "memang dah biasa dengan orang tu" sebenarnya tidak boleh dipakai..betul tak??
Memang selama ini tak terjadi pada kita atau anak-anak kita..tapi pernah jadi pada orang lain kan..kalau boleh jadi pada orang lain, tentu boleh jadi pada kita juga kan...
Jom fikir dan lain kali jangan buat lagi!!
Aina kalau bab gas sampai depan pintu ja golek lah sendiri masuk dapur, sebelum depa sampai golek dulu tong kosong depan pintu. Bab membaiki biasanya suami akan pastikan semasa org buat kerja dia akan berada di rumah. Org berjualan sampai depan grill jelah ate rumah flat je pun.
ReplyDeletehari ni gas habis ..tengah tunggu orang hantar..tapi hari ni Farhan ada kat umah..
DeleteAlhamdulillah, setakat nie memang saya akan pastikan hubby ada kat rumah. Kalau pun dia beri izin masa dia tak ada kat rumah, saya tetap rasa kurang selesa. Tapi sekarang Adam pun dah macam belasan tahun, so saya selesa juga sedikit sebanyak.
ReplyDeleteKena ada orang lelaki kt umah utk kurangkan risiko jenayah dalam rumah.. ada orang telekom datang siap masuk bilik tidur sebab streamyx dan pc dlm bilik..
Deletekak betul dah tu,apa yang Allah dah aturkan cara untuk orang Islam agar mintak izin dengan suami dulu atau biar ada mahram di rumah dulu baru boleh izinkan orang lain masuk ke rumah...macam-macam boleh berlaku...jiran pompuan nak masuk berborak kat umah kita pun mesti ada izin suamikan kak...huhuhu...banyak saya terlepas pandang ni...
ReplyDeletehasben pun ikut terlepas pandang ni..sbb dia yang call orang tu utk datang hantar barang..camno? Bila perasan, masing-masing terkedu kejap..
DeleteAkak pulak che mid... bila org gas dtg , akak duduk tunggu diluar, dia masuk dalam pasang gas, pastu bagi duit kat luar tu, kunci pintu pagar, baru masuk rumah... kekadang kita takut juga kan kalau diapa-apakan kita kalau tak ada org lelaki ni...
ReplyDeleteoh, dia masuk sorang-sorang ya..macam-macam cara kan.. takpelah janji selamat..
Deletemmg takut.. sy tak berani nak kasi sapa2 masuk.. minta jauh la dari melakukan kelalaian yg maybe mendatangkan musibah... huhu
ReplyDeleteSama-samalah kita dik..
Deleteyelah che mid..kdg2 kita terlupa perkara2 yg mcm ni kan..mujur bab2 tukar gas ni suami kita pya kerja..
ReplyDeletemasalahnya time benda nak rosak atau gas habis, time tulah suami takde..ofis jauh nun di KL kalau nak balik umah kejap.. kena buat arrangement betul2..
DeleteAlhamdulillah.. semoga tiada apa2 yang buruk berlaku. Satu peringatan yang bagus.
ReplyDeleteSetakat ini takde la perkara buruk, tapi contoh buruk kat luar sana dah banyak..moga dijauhkan Allah..
DeleteAlham dulillah, semoga lepas ni tiada apa2 buruk berlaku..
ReplyDeleteInsyaallah Bunda, sama-sama ingat mengingati..
DeleteSaya tak akan benarkan masuk @ dtg sama sekali kalau suami takde kat umah... sebab takut jenayah +bkn mahram.
ReplyDeleteMasa belum kawen aritu.. nak tanak terpaksa bg masuk jgk sbb duk dgn mak je.,. itu pun semua pintu saya bukak huhu.
Insyaallah, sama-sama kita jaga diri..
Deletebenda2 tu dianggap remeh tp sebenarnya punya risiko yg cukup besar,yg kita tak terpikirkannya..
ReplyDeletePeringatan yg bagus kak..
ReplyDeleteCuma kadang2, terpaksa juga dibenarkan bila dah terpaksa( dan atas keizinan suami), dan kita mmg dah lama kenal org terbabit..kadangkala nak tunggu suami balik kerja, hari2 suami pulang lewat petang..
betoi juga ek..adehh lalainya..
ReplyDeletesaya ni lagilah fikir 100x che mid sebab duduk berdua je dengan si abdul. kena hati2 betul la ni
ReplyDeleteBaru terpk jugak kak. Thnx sbb ingatkan. Len kali kena lebih berhati hati
ReplyDeleteBetul tu CM...tp kalau emergency nak buat macamana.... contohnya gas abis masa masak ke....Mcm hantar peti ais tu, kalau mereka boleh ikut masa kita tak pelah kalau tak boleh?....
ReplyDeleteAda masa mmg kita kena bertawakkal kot...
kd shoes
ReplyDeletechristian louboutin shoes
kyrie 6
air max 2018
supreme t shirt
vans
supreme clothing
nmd
hermes handbags bag
moncler coat