Tak sabar nak cerita pasal tugasan Yahanana Events hari Sabtu malam minggu lepas di Dewan Sri Siantan 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Nama pengantin perempuan ialah Cik Nor Hayati binti Ahmad berasal dari Kajang dan pengantin lelaki ialah Eid Mohamed al-Atawi, seorang berbangsa Arab.
Che Mid mendapat panggilan dari kakak pengantin untuk mengacara majlis tetapi perlukan pengacara yang boleh berbahasa Arab, jadi Ameirul Akiff, salah seorang ahli kumpulan Soul Brothers, dipinjamkan untuk membantu. Bila Che Mid tanya, macamana boleh hubungi Che Mid, dia kata " kawan ofis rekemen..", tapi tak mau bagi tahu siapa orang tu. Alhamdulillah, syukur..apa pun terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada kawan ofis Puan Nor Balqis yang sudi rekemen. Lain kali rekemen le lagi..he he.
Bertemakan timur tengah sedikit, kami berpakaian jubah. Dewan yang sederhana besar, sistem audio yang bagus memang mengujakan kami yang mengacara ni. Terdapat sedikit silap komunikasi antara juruteknik dewan dengan tuan rumah, nasib baik dapat diatasi sebelum pengantin sampai. Lega rasanya..
Kami sedang membuka majlis dengan ucapan aluan dan selingan. Cuba tengok set up pelamin kat belakang tu..lain sikit kali ni, pengantin tak bersanding walaupun ada pelamin. Mereka berdua berarak masuk naik ke pelamin tetapi cuma berdiri. Selepas bacaan doa selamat, pengantin memotong kek perkahwinan dan kemudian beredar ke meja makan beradab. Itu sahaja.
Muncung je ya.... Che Mid membawakan Asma ul-Husna, buat pertama kali. Ok la kut..bila Che Mid bawakan, rasa naik bulu roma tu, Che Mid rasa ok la he he.. Masa nak balik, ada orang panggil Che Mid..'Kakak Qasidah'.. apa-apa pun boleh la dik ooi..Akiff juga bawa lagu Law Kanana Bainana..
Inilah dia pengantinnya..Cik Nor Hayati dan Eid. Tayangan video yang sangat menarik dan 'sweet' disediakan sendiri oleh pengantin perempuan. Mengisahkan bagaimana Allah mempertemukan jodoh mereka.
Nak share sikit kat sinilah.. sebenarnya pengantin perempuan tu bekerja sebagai jururawat dan merantau ke Arab Saudi. Si suami pula bertugas sebagai juruteknik tentera dan bertugas di King's Military Hospital. Di situlah mereka berdua bertemu. Mat Arab ni jatuh cinta pada Nor Hayati tapi tidak direstui oleh si ayah. Nor Hayati balik Malaysia membawa hati dan cuba memujuk si ayah untuk memberi izin tetapi si ayah berkeras. Demi cinta sejati, Eid terbang ke Malaysia menyuarakan sendiri niat memperisterikan Nor Hayati dan 'surprisingly' si ayah terus bersetuju!
Narasi dan animasi menarik ditayangkan kepada tetamu membuatkan tetamu terpaku dan ikut terbuai dengan jalan cerita kisah cinta itu.
Anak-anak qasidah pun beria-ia makan..bertambah-tambah kan dik!!
Inilah team Yahanana Events malam ini!
Itulah dia kisahnya majlis yang simple tapi sangat-sangat menarik dan meriah. Sebelum berundur diri, izinkan Che Mid kongsi sikit kat sini.. kalau boleh tuan rumah tulis masa kenduri tu rasional sikit. Kalau majlis malam, janganlah tulis masa dari 7.30 - 10.30 malam. Tetamu dah tentu-tentu datang lepas Maghrib, tapi kami yang bertugas ni..takut nak tinggalkan dewan, tapi dalam masa yang sama rasa macam tak logik pulak..Che Mid terpaksa solat maghrib di belakang pelamin, mujur tempat tu tersorok dan nampak bersih. Wudhu' dah siap-siap ambil dari rumah. Wallahua'lam.
Insyaallah, 8 Mac nanti kami akan ke Putrajaya lagi..nampaknya orang Putrajaya suka Yahanana Events!!. Pada yang teringin panggil Che Mid and team..jom hubungi Che Mid di 013-3672459..whatsaap pun ok je.. atau emel ke hmj_66@yahoo.com
Kalau dah jodoh, dua benua pun bertemu jua. Selamat Pengantin Baru kpd kedua mempelai.
ReplyDeleteBestnya kerjaya Kak Mid ni.... mesti enjoy selalu bertemu pelbagai org.
Nampak macam best je kan..memang best pun he he..cuma expectation dari tuan rumah dan pengantin tentu sangat tinggi, jadi tak boleh nampak ada silap..itu cabaran utamanya. Moga Allah permudahkan.. dalam perjalanan ke lokasi, selalu Che Mid baca surah Yaasin dan al-Mathurat..utk ketenangan diri dan kelancaran majlis.
ReplyDeleteSemakin terkenal Che Mid sekarang ni. Jodoh itu telah tertulis utk mereka berdua, alhamdulillah keduanya sabar.
ReplyDeleteBetul tu..dah jodoh tak ke mana, tapi sebagai orang tua, perasaan bimbang tentu ada..jarak jauh pulak tu..
DeleteKak, saya cuba nak imaginekan bagaimana cerita kisah pertemuan mereka di bentangkan. Ada lakonan semula, atau sekadar words ayat karangan atau pun dari sketching atau komik?
ReplyDeleteTayangan slide show animasi..ala.. ada gambar katun pastu tulisan pun keluar..ala-ala typewriter gitu..
Deletewah! seronok dan meriah jer nampaknya event ni Che Mid...Tahniahlah berjaya menangani event ni dengan jayanya...moga terus sukses group Che Mid ni..
ReplyDeleteAlhamdulillah, bunda..terima kasih terus beri sokongan..
DeleteKak. Suke keje cam akak ni. Cam best je. Tapi kena pandai handle kan. Suatu hr nanti nak keje.sendiri jugak la kak. Jemu keje ngan orang.
ReplyDeleteAlah CM.....anak kecik lagi hehe.... tapi tak pe manalah tau nanti ada org mencari...bolehlah OKje rekomenkan ek....
ReplyDeletesalam.
ReplyDeleteHebatkan Yahanana!
sepupu saya pun jururawat kat sana, kawin dgn jurutera perancis yg keje kat situ. Bapak prm islamkannya. Oh Moga mereka dalam bahagia.
suka tengok kenduri kahwin simple macam ni..nampk lebih berkat dan meriah :)
ReplyDelete