Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 17 April 2014

Badi Mayat

Assalamualaikum semua..

Gembiranya dapat jumpa lagi di sini. Sekarang Farah tengah cuti semester, jadi Che Mid ada masa lebih sikit untuk menghadap komputer ni, Insyaallah.

Baru-baru ini iaitu pada 5 April, persatuan taman kami mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Muslimin dan Muslimat serentak. Ustaz pembimbing ialah Ustaz Ahmad Safuan bin Md Nayan dari JAIS.

 Kedatangan amat-amat menggalakkan. Nampak tak kaki Deeja terjuntai atas riba abahnya...

 Muslimat pun ramai juga yang hadir. Bagi diri Che Mid, kali ini dah beberapa kali hadir kursus macam ni, tapi kursus yang ini paling senang Che Mid khatam. Insyaallah lepas ni, Che Mid 'berani' dan boleh bantu uruskan jenazah. (Walaupun I ni jenis lemah semangat sebenarnya..)  Tapi kena belajar juga ilmu Fardhu Kifayah ni kan, satu hari nanti ahli keluarga kita juga akan mati, (kalau tak kita mati dulu..)

Kenapa Che Mid kata kursus ni paling berkesan? Sebab ada Ustaz tak buat demo, tapi peserta dikehendaki buat sendiri demo. Dibahagi kepada 4 kumpulan, kami belajar dari memotong kain kapan hingga mengapan 'jenazah'.

 Muslimat ada dua kumpulan, muslimin pun dua kumpulan juga. Ada yang sukarela jadi jenazah, tapi rugi lah tak dapat tengok praktikal kan..sebab asek tutup mata je. Pengalaman jadi 'jenazah' mungkin dapat lah ha ha


Orang lelaki pun belajar menggunting dan mengkafan jenazah juga..

Ada beberapa info yang Che Mid belajar dari kursus kali ini dan nak kongsi pada yang belum tahu ..meh baca..


Jika isteri yang memandikan jenazah suami, maka orang lain yang layak MEMBANTU isteri ialah anak-anak kandung, anak-anak susuan dan adik beradik perempuan suami. Adik beradik lelaki tak boleh lah, sebab boleh jadi fitnah pada isteri. Jika suami yang memandikan jenazah isteri pula, maka anak-anak kandung, anak susuan dan adik beradik perempuan suami yang boleh MEMBANTU. Maksudnya, hal-hal aurat si isteri/suami yang hidup dengan bukan mahram harus diambil kira. Sepatutnya juga pihak luar seperti ajk surau/masjid hanya bertindak sebagai mentor sahaja.

Satu lagi poin menarik yang tak pernah di'highlightkan sebelum ini ialah tentang badi mayat. Kebanyakan pengurus jenazah tidak mahu sangat bercakap soal ini sedangkan soalan tentang badi banyak ditanya oleh peserta. Sila baca..


Ustaz juga berpesan, kalau boleh jangan mengurus jenazah lewat malam sekiranya kita tidak tahu latar belakang jenazah tersebut. Ilmu yang kita ada mungkin belum cukup untuk menghalang sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. 

Terima kasih pada ustaz yang sanggup mengajar kami, walaupun dalam keadaan uzur. 

Peringatan untuk diri sendiri - Mati itu pasti, alam kubur itu pasti... sudahkan aku bersedia untuk mati??? 





28 comments:

  1. Perkongsian yg bermanfaat Che Mid... akak belum pernah sekali pun menghadiri kursus jenazah ni che mid.. rasa nak pergi mengikuti nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ada rezeki satu hari nanti ada peluang. Di tempat Che Mid ni pun, beberapa tangguh ..asek tak jadi je..akhirnya dapat juga dibuat serentak utk muslimin muslimat, alhamdulillah..

      Delete
  2. Terima kasihche mid..biasa dengar tentang badi..tapi tak berapa faham..baru ni acik faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang Jawa biasa dengan perkataan sawan..ha..macam-macam jenis sawan ada termasuk sawan mayat..

      Delete
  3. tema kasih CM..kongsi ilmu..memang selalu dengar badi mayat..tapi paham2 cam tu jer..hari ni clear la sikit..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jenis orang yang lemah semangat, baru dengar khabar orang meninggal je..dah meremang atau lemah badan..susah le nak mengurus jenazah macam tu kan..

      Delete
  4. Alhamdulillah. Ada juga ilmu serba sedikit. Saya belum ada rezeki untuk ke kursus yang begini, walhal saya amat teringin. Tetapi kadangkala langkah saya terikat. Tak apa, Insya Allah, ada rezeki saya nanti.

    ReplyDelete
  5. Oh itu rupanya maksud badi...
    Seram pulak baca pesanan Ustaz dlm perenggan terakhir tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katalah yang meninggal itu seorang bomoh, bidan atau orang yang terlalu tua..mungkin ada pendamping yang berkeliaran selepas kematiannya..jadi bukan sebarang orang boleh mengurus jenazahnya tu..

      Delete
  6. sedia ke tidak.. bila dipanggil kena pergi jugak.. hehe

    ReplyDelete
  7. baguslah kak, detail sume diterangkan. Thanks jugak sbb share sini. Baru saya dpt jawapan tentang camne kalau kita nak join mandikan jenazah bapa/suami. Rupanya takleh la kita join kalau yg lain tu bkn mahram kita.

    lagi satu, patutla sesetangah ustaz tak mau uruskan jenazah lewat malam..dia suruh buat esok pg je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem Ujie..mudah-mudahan apa yang CM share akan menguatkan ingatan poin-poin tu..

      Delete
  8. Kakak dah banyak kali memandikan jenazah CM. Alhamdulillah sebelum memandikan pun kenalah berdoa. Ada doanya boleh aje cari mohon perlindungan bab badi-badi ini. Insya-Allah kalau dah biasa Allah beri kita perlindungan. Qarin memang ada dlm diri setiap kita.

    Kakak tak pernah mandikan jenazah waktu malam. Biasa yg kakak dah buat waktu pagi...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..dah ada pengalaman, ,CM takde pengalaman lagi..bila la kali pertamanya tu ya..

    ReplyDelete
  10. saya belum lagi menghadiri kursus menguruskan jenazah..insyaAllah jika ada lagi diadakan di UiTM saya pun mahu turut serta...kalau tak laksanakan pun, sebagai ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah pergi beberapa ali baru konfiden ida he he..bermacam2 benda bermain difikiran..sebenarnya takde apa2 pun..

      Delete
  11. saya belum ada pengalaman kursus untuk orang perempuan, che mid. teringin tau. selalu tengok orang lelaki saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi kalau ikut kursus utk orang perempuan, ada perbezaan sedikit..

      Delete
  12. aiza belum pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah setakat ini.. sekadar membaca di buku secara teori sahaja.. bahaya juga kalau badi mayat tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah ada peluang kena pegi tau, persediaan utk jalankan fardhu kifayah.. take care

      Delete
  13. selamun aleykum sister!! maşaAllah subhanAllah <3

    ReplyDelete
  14. Baca pasal qarin tu mcm ngeri pulak CM.....apatah lagi nak mandikan jenazah... belum berani rasanya

    ReplyDelete
  15. Salam...buat pengetahuan penulis,ustaz Amad Sapuan baru sahaja meninggal dunia pada jam 5pagi 7hb mac 2017...semoga ilmu yg dicurah dapat dimanfaat kan...saya anak arwah

    ReplyDelete
  16. look at this web-site n4h40e6i82 high replica bags replica bags paypal accepted b3v49d4a27 Discover More Here q6e27r2y00 louis vuitton fake replica bags bangkok r6x97q8f64 see page z8g08q7e60 high replica bags replica bags cheap

    ReplyDelete