Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 15 April 2014

Dapat Bonus Beli Jubah

Assalamualaikum semua..

Susahnya cari masa untuk berkumpul..jumpa kejap je pun payah..Maisng-masing ada hal.

Itulah dia yang selalu terjadi kan. Pernah tak kita kata, " Kalau plan beria-ia payah nak jumpa..kalau dan-dan tu jugak plan, eh boleh pulak.." Jumpa siang anak sekolah, jumpa petang tak sempat, nak jumpa malam suami dah balik..macam-macam hal lah.."

Che Mid dan gang marhaban pun macam tu juga.  Akhirnya, kami pakat-pakat jumpa sebelah pagi..taim sarapan. Kami 'pinjam' gerai sup tulang di hujung taman je. Gerai tu buka sebelah petang, jadi kami pinjam sebelah pagi. Jah, salah seorang ahli kami jadi keterer bidan terjun, maklumlah notis perjumpaan kurang dari 24 jam.Tengahari confirm menu, petang tu juga dia ke NSK kat pekan..beli barang.  Si Com, seorang lagi ahli, sanggup buat air minuman. 

Pukul 8.00 pagi kami dah mula berkumpul. Ahli kami yang kebanyakannya tinggal setaman, jadi memang takde masalah pengangkutan ha ha..

Ni dia contohnya..kejut anak awal sikit, kasi mandi dan datang naik kereta kecik..dah sampai ..

 Menu utama...mi kari..walaupun ada yang heran apasal sarapan pagi dengan mi kari..ah tak kira..Che Mid nak jugak. Kalau sedap, pagi ke tengahari ke, malam ke..mesti orang makan punya!

Menu lain..nasi goreng kampung dan telur dadar, tembikai, karipap, dan ada kawan-kawan yang baik juadah sendiri..meriah gak lah.. Kan Che Mid kata kami tumpang gerai orang kan.. adalah pulak hamba Allah datang ke tempat kami nak beli makanan.. ha ha..dia ingat gerai jualan kut..sian dia kan, mesti malu..

Tentu ada yang bertanya, kenapa beria-ia sangat nak jumpa ni? Sebenarnya, kami dah putuskan untuk tahun ini, setiap ahli akan dapat sedikit imbuhan dari hasil cenderahati yang diterima ketika bermarhaban yang kami simpan dalam tabung Fitrah. Kiranya, nak terima duit bonus la...tu yang beria sangat nak jumpa jugak!

Antara ahli yang hadir dan menerima bonus.. Kategori bonus dikira mengikut kedatangan..sape yang rajin ikut marhaban akan dapat lebih dari yang kurang rajin. Kategori lain yang turut diadakan ialah pembaca rawi dan doa, pembawa kenderaan dan kedatangan terbanyak.

Inilah dia ahli paling rajin!! Ada seorang lagi pemenang kedatangan terbaik tapi tak dapat hadir. Semoga terus rajin dan rajin untuk tahun-tahun seterusnya tau!

Biasalah..dah peghabih makan, baru ingat bergambo..

Che Mid dengan Azma dan Zainon...mereka berdua ni pun rajin ikut walaupun ada anak kecik. Kami memang benarkan ibu-ibu bawa anak-anak mereka ke majlis-majlis. Jadi tak payah la suruh suami jaga anak atau hantar anak ke rumah orang lain. 

Kami memang jemput para suami untuk join sarapan dengan kami. Tapi suami-suami lebih rela bersarapan sesama mereka di kedai lain. Kecuali suami Che Mid dan Deeja yang setia bersama I he he..

Disebabkan ahli pun ramai juga yang ada hal tak dapat datang, dan suami-suami pulak malu turun sama..kami panggil anak-anak yang baru lepas main bola kat padang berdekatan untuk bersarapan... rezeki jangan di tolak.. penat main bola, dapat makan free!!

Jubah muslimah pun tumpang sekaki..bergantungan di gerai Char Kuey Teow..mujur gerai tu pun tutup..Ruzi, ahli kami, memang menjual jubah-jubah ni. Ada pulak yang pesan suruh dia bawa...emm..akhirnya jadi bazar la pulak!

 Dah dapat bonus kan..apa lagi..shopping la!!

Pilih la nak saiz apa... 

Seronok kan tengok kami bermesra macam dalam gambar-gambar ni... pada sahabat yang tak join mana-mana aktiviti macam ni..tak semestinya marhaban of course..jom lah masuk. Tak rugi kita bergaul sesama jiran tetangga..sesekali melepas stress selepas bekerja sepenuh masa atau suri rumah. Macam kami ni, diam tak diam dah lebih sepuluh tahun kami aktif bermarhaban. Alhamdulillah setakat hari ni, takde pulak bermasam muka atau kecik-kecik hati..lagi rapat macam adik beradik adalah..Alhamdulillah wa syukurillah!



24 comments:

  1. Seronoknya che mid.. rapat sungguh ukhuwah jiran tetangga kan.. yg lagi best dpt bonus tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga terus begitu. hendaknya kawan-kawan lain pun dapat semangat untuk bersilaturrahmi. Sebab memang ada orang yang tak keluar rumah walaupun tak bekerja..pelik juga..

      Delete
  2. Bila niat ikhlas, bonus2 yang lain pun akan datang menyusul. Contohnya macam ikatan ukhuwah...itu pun satu bonus juga, kan kak. Alhamdulillah. Nawaitu fi sabilillah.

    Kak...manisnyaaaa Deeja senyum. Booking buat menantu, boleh? Hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat menantu..untuk Adam ha ha..kerepot la Adam tunggu Deeja ha ha

      Delete
  3. seronoknya che mid..meriah sangat..hihi..knah xsmpat nak join marhaban tman perumahan ni..dorang buat hari bekerja.. sabtu ahad dorang pun cuti gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, camne boleh buat hari kerja...kalau macam tu susah la kawan yang bekerja untuk ikut sekali kan...

      Delete
  4. Memang nmpk sedap mi kari tu che mid.

    Sempt lg busnes sini ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..tapi bukan Che Mid yang buat la, orang lain he he

      Delete
  5. Memang nmpk sedap mi kari tu che mid.

    Sempt lg busnes sini ek..

    ReplyDelete
  6. tengok tu..marhaban pun dapat bonus..
    nak itut le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan percuma-cuma je tau..ada bonus sikit utk penaik semangat..

      Delete
  7. Mee kari tu che mid punya resipi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, suka sangat tengok mi kari tu..ni kena buat juga ni..

      Delete
  8. tak boleh bayang kat sebelah mana rumah Che Mid..
    walhal bukan jauh mana pun.. hehehe..
    apa-apapun moga Che Mid dan semua sihat selalu hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dari rumah Aiza dalam 5-10 min je...

      Delete
  9. fuhhh... notus 24jam pun sempat sediakan makanan jgk tu hehe.

    nak jugak bonussss! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tentu boleh punya..rumah sebelah menyebelah je he he

      Delete
  10. amboi seronoknyer CM.. dah join sekali boleh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyertaan utk ahli baru memang sentiasa terbuka..jom!

      Delete
  11. bestnya..kalau dekat boleh join..hehe..:)

    ReplyDelete
  12. Mesti meriahkan Che Mid... TERBAIK!!
    “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”
    (Hadis riwayat al-Hakim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga-moga entri ni jadi penggalak pada jiran yang suka duduk diam dalam rumah untuk bercampur dengan masyarakat, sbb macamana sibuknya kita..jiran itu adalah saudara kita..

      Delete
  13. Ini namanya diam2 ubi Che Mid diam2 berisi. Apa? Ingat suri rumah tak boleh bersosial ke?

    ReplyDelete