Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 7 April 2014

Resepsi Mohd Firdaus dan Dr Shafeeka Ajla

Minggu lepas Che Mid mengacara di majlis resepsi anak Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Rahim bin Abu Bakar. Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.



Dewan dihias indah oleh Sajian D'Hidang Catering..sangat 'sweet' dengan warna yang lembut dan susunan hiasan yang tidak terlalu sesak.

Pelamin baru juga dari Sajian D'Hidang Catering. Menurut si pereka, kain latar berwarna putih dibeli di China itu dari jenis kain baldu. Bersaiz besar..sesuai untuk majlis di dewan..kalau di rumah..emm.. kat mana pulak nak letak pelamin saiz macam ni kan..kecuali kalau punya kawasan yang sangat luas.

Berbaju kemeja petak-petak sebelah kiri tulah pereka pelaminnya..dan bertudung biru gelap tu pulak tuan punya Sajian D Hidang..Puan Marshidah.

Bersiap sedia di sudut .. tunggu pengantin datang..kalau ada yang tanya Che Mid, berdebar-debar tak nak memulakan majlis?..Jawabnya... ada sikiiit nervous la..he he.

Berbaju pink tu ialah Puan Ju, mak pengantin perempuan, besan tuan rumah. Dialah yang tukang rekemen Che Mid jadi emcee. Sebenarnya, Che Mid diminta untuk mengacara di kedua-dua majlis resepsi; sebelah pihak perempuan dan lelaki. Tapi tarikh di pihak perempuan 'clash' dengan job lain. Jadi Che Mid mengacara untuk majlis pihak lelaki sahaja lah. Tahun lepas, Puan Ju pernah dengar suara Che Mid di satu majlis, tertarik katanya...tu yang dia beria-ia nakkan Che Mid. Terima kasih banyak kak, rezeki Allah beri melalui Kak Ju.


Tak lepas peluang bergambar dengan ahli muzik Istana Budaya. Che Mid berjumpa mereka semasa rehearsal di sana. Sangat baik hati dan mesra. Tak kekok pun bekerja dengan mereka ni.

Memulakan persembahan dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 4 petang, dengan lagu-lagu tradisional dan lagu-lagu lama permintaan dari tuan rumah.

Al-Fadhil Ustaz Amir membacakan solawat ketibaan pengantin dan doa selamat. Ustaz ini memang menggunakan suaranya untuk menarik perhatian tetamu fokus kepada doa yang dibacanya. Petugas PA Sistem pula menambah kesan bunyi menjadikan suara ustaz bergema. Doanya pula padat dan khusus untuk kesejahteraaan pengantin dan majlis yang berlangsung..tidak meleret. Hebat!!
 



 Ketibaan masuk kedua mempelai, Mohd Firdaus Dato' Rahim dan Dr Shafeeka Ajla Shaharuddin. Yang berbaju hijau itu adalah para pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah yang ditugaskan untuk menyantuni jemputan khas. Jodoh kedua pengantin tiba selepas diperkenalkan oleh kedua-dua pihak. Selepas dua bulan setengah dipertemukan, mereka terus mengikat tali pertunangan.

Pengantin diapit oleh adik-adik pengantin lelaki, Naim dan Fatin.

 Selamat pengantin baru Firdaus dan Ika..

Che Mid sedang bertugas..turut mengalunkan serangkap dua lagu "Syurga Ditelapak Kaki Ibu" dan "Kasihnya Ibu" semasa kedua ibubapa naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

Paduan suara Istana Budaya dan Bintang Klasik yang amat menarik..

Tetamu VVIP ialah adinda Sultan Selangor iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor,  YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj..ha ha..(boleh tergeliat lidah menyebutnya kan..) Pertama kali Che Mid mengacara dengan VVIP macam ni. Saspen juga, takut tershashul..tapi pembantu khas YAM datang berjumpa Che Mid sebelum majlis bermula untuk periksa skrip dan tambah mana yang patut. Kertas skrip tu jadi kelam kabut jugalah dengan tambahan ayat-ayat dan istilah istana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjaya dituturkan dengan baik..

Che Mid diapit oleh tuan rumah, Dato Rahim Abu Bakar dan Datin Paziah.



Yang tengah tu penyanyi jemputan iaitu Cik Rashidah Abd Rahim, pemenang Bintang Klasik 2012. Suara memang lembut mendayu-dayu, memang sesuai dengan lagu-lagu irama tradisional yang dibawanya. Personalitinya juga bagus, lemah lembut dan sopan. Semoga terus menempa nama ya dik!

"Teamwork" yang bagus dari pihak tuan rumah, Istana Budaya dan pihak Dewan menjadikan tugas Che Mid menjadi mudah dan lancar. Rasa lega di hati bila esok paginya dapat mesej dari datin, " Kami sekeluarga puas hati dan t kasih." ..Alhamdulillah wa syukurillah..bukan mudah nak puaskan hati orang dan bukan mudah nak mengacara majlis orang tau!

 Dua peneman setia yang nakal... Akif dan Faris...terima kasih daun keladi..lain kali ikut lagi..

Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com. layari fb Yahanana Events untuk lebih info menarik!

25 comments:

  1. tahniah dan semoga maju jaya... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih yana..Insyaallah..

      Delete
  2. che mid, mesti suara sedap nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu tak tau le..tapi yang pasti, kecut perut juga nak keluarkan suara bila ada artis dan pemuzik IB tu..he he

      Delete
  3. alhamdulillah.. tahniah kerana telah menjayakan majlis ini dengan jayanya.. semoga terus success.. :D

    ReplyDelete
  4. Tahniah dari kakak. Makin rancak dan meriah Yahanana sekarang ini kan..
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, kalau kita ke JB lagi, nanti kita jumpa lagi k..

      Delete
  5. salam singgah. bestnya kak jd emcee. untuk majlis VVIP lagi ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal dik. T kasih sudi singgah..rezeki datang jangan tolak, lain kali belum tahu bila datang lagi..he he

      Delete
  6. Tkasihh cm selalu komen kat blog mama.maaf baru ni mama dpt komen kat sini entah apa masalah line agaknya.mama doakan moga cm terus maju dan sentasa dlm rahmat allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe mama...kalau lalu singgah je la...amiin, tqvm for the du'a..

      Delete
  7. Meriahnya majlis, diserikan lg dgn emcee yg berkaliber.... pasti menarik dan sukar
    dilupakan sepanjang hayat pengantin. Moga terus berjaya Kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahukabar..harap-harap begitulah..

      Delete
  8. Salam singgah.....bukan calang2 orang yg boleh jd emcee di majlis vvip.......murah rezeki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis...pengalaman dikutip sedikit demi sedikit..Insyaallah berguna utk amsa depan..

      Delete
  9. alhamdulillah rezeki mengacara majlis vvip..tahniah CM..semoga lebih maju lagi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih Sura, sama-sama kita menghargai apa yang ada..untuk mencari redhaNya

      Delete
  10. Ooo patut le nebes.. 1st time ada mengacara ada VViP hehe.
    Mana le tau lps ni dorg pulak panggil che mid kat event dorang kan kan kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nebes memang nebes..mana lah tau, kita ke kelantan pulak kan kan..

      Delete
  11. Waaahhh...upgrade lagi dah ni kak. Syukur, Alhamdulillah. Tahniah yer kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upgrade tanpa diduga Aziela..redah je he he..

      Delete
  12. Assalamualaikum Che Mid
    Alhamdulillah Che Mid........saya doakan terus mantap, hebat, dan empayar pengacaraan Che Mid semakin berkembang, dan sebaris dengan Mahadir Lokman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. ish..Mahadir Lokman caj RM3000 sejam tu cikgu..aduhaii..

      Delete
  13. www.facebook.com/sajiandhidang.my

    ReplyDelete