Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday, 20 April 2014

Duda vs Janda

Assalamualaikum semua..

Kisah hari ni..sepatutnya tak pelik tapi benar...fahamkan betul-betul tau!

Ada sepasang manusia, lelaki dan perempuan. Mereka ini dulunya pernah berkahwin, kemudian bercerai. Biasalah kan..ramai orang kat Malaysia yang berkahwin kemudian bercerai.

Jadi status bertukar jadi bekas isteri dan bekas suami, dan juga seorang dah jadi duda, seorang lagi dah jadi janda.

Mereka berdua ni menjalankan perniagaan menjual sate...bersama-sama...di tempat yang sama... walaupun dah bukan suami isteri lagi, tapi masih mencari rezeki bersama-sama. Kalau orang luar yang tak kenal mereka, tentu menyangka yang mereka ini suami isteri atau sekurang-kurangnya bos dan pekerja. (Info: Takde pekerja lain tau..hanya mereka berduaan je..)

Baru-baru ni, yang janda telah pun berkahwin lain..buat kenduri besar-besaran..(Che Mid pun dijemput tau...)

Dan, selepas kenduri itu sampai la ni..mereka terus berniaga sate sama-sama..together-gether....nampak elok jeeeee...

Amacam, sahabat semua..agaknya, macamana boleh jadi macam tu? Kalau kitalah yang jadi ex-suami atau ex-isteri..ndak ke buat macam tu?

Cerita dan fakta sebenar memang kita tak tahu, belum bab-bab perasaan lagi ...

Berprasangka baik lah saja kan. Kalau kita tengok mereka baik sahaja, alhamdulillah, Boleh jadi contoh dan rujukan kepada pasangan yang bergaduh sakan bila dah bercerai atau nak bercerai..wallahua'lam.


19 comments:

  1. selalunya mesti jadi 'anjing ngan kucing' bila btemu.. hehe. mungkin yg bokeh mrk btahan sebab nak cari rezeki.. alhamdulilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbukti bahawa dah bercerai pun masih berbaik-baik..

      Delete
  2. rasanya masing2 dah bersihkan hati, dah tak ada jodoh untuk bersama. mereka mungkin telah redha akan keadaan yang berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu..dan nak bersihkan pun bukan semudah 1,2, 3 ..Allah..sungguh berjiwa besar..

      Delete
  3. Mereka di pertemukan hanya untuk berkawan saja bukan sebagai pasangan suami isteri.

    ReplyDelete
  4. ya Allah memang patut belajar dari pasangan ini... apa yang berlaku tidak kita ketahui kenapa tidak boleh hidup suami isteri... yang penting hubungan baik itu dijaga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyaallah..semoga ada manafaat dari perkongsian ini..

      Delete
  5. Ada berbagai andaian yang boleh dikeluarkan, tapi seharusnya kita bersangka baik. Seharusnya kita semua doakan yang terbaik. Tapi, kak. Maaflah, kalau saya mungkin lebih baik di elakkan. Niat baik, tapi takut menimbulkan fitnah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, mengundang cerita ... tapi mungkin ada sebab kenapa mereka berbuat begitu..

      Delete
  6. Saya...tak sekuat itu Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir semua orang begitu Aina... cerita kt atas sangat-sangat exceptional..

      Delete
  7. saya tak sekuat macam tu.. tapi moga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat dengan cara mereka..

    ReplyDelete
  8. Kita memang x tahu apa yg berlaku di antara mereka berdua,hanya mereka shj yg tahu segalanya,apa2 pun memang jarang jumpa kes camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..ini pun fes time tahu seumur hidup ni..masyaallah..

      Delete
  9. MashaAllah.. best! i like.. maybe demi anak2 (kalau adalah) dan kerana Allah swt.

    ReplyDelete
  10. Mereka tak boleh duduk sebumbung CM....tp boleh hidup sebagai kawan jer..hehe..Eh CM...modal dulu tanam sama sama so susah nak bagi sama rata penyudahnya gather gather ajelah cari rezeki hehe

    ReplyDelete