Che Mid ada event untuk mengacara hari Sabtu 29hb. 30hb balik ke Raub rumah ipar dan bermalam di chalet di Pulau Chekas.
Program : Family Day HusainChiks
Tarikh : 30 Ogos - 31 Ogos 2015
Tempat : Pulau Chekas, Dong, Raub, Pahang
Peserta : Atuk Usin & Wan Chik, anak menantu dan cucu-cucu
Sungai Chekas , sebutan orang sini " Cekeh"..yang sangat cantik dan nyaman..
Awal-awal lagi tepek dulu kat mana kami tinggal ya..catat no tel tu simpan..kut-kut tersesat ke sana.. Satu chalet berharga RM80/malam, satu family boleh masuk. Ada 4 katil, ruang tengah boleh bentang toto. Kami sekeluarga boleh solat jamaah kat situ.
Sebenarnya Che Mid sekeluarga tiba paling lewat sebab kami ronda bandar Kuala Lipis, baru pusing balik ke Raub. Family Alang yang tiba sehari sebelum dan family Ateh yang memang tinggal berdekatan dah pun buat persiapan barbeku. Kambing, ayam dan sosej dah berasap masa kami sampai hampir-hampir pukul 7 malam. Nasi putih, ayam kari, patin tempoyak, sup tulang dan sup sayur dan siap dan periuk besar.
Seperti yang dah dijanji awal-awal, Che Mid sempat sediakan coleslaw campuran kobis dan lobak dan mayo untuk dimakan bersama bakar-bakar.
Deretan air sejuk dan panas
Ini pun Che Mid yang janji untuk buat. Campuran buah lai dan epal, dimasamkan dengan hirisan kulit limau dan kikisan asam boi. Bubuh ais banyak-banyak..
Ayam dan sosej dan kambing dah siap untuk jamuan kami. Terima kasih pada si tukang kipas dan tukang bakar..walaupun kambing dah sama kale dengan arang, namun tetap bersih kami makan ha ha..
Al maklum piknik dalam kampung...mewah dengan jagung, rambutan, durian dan pisang. Jagung di yang dibakar dan ada yang direbus. Puas kami makan sambil borak-borak.
Aktiviti malam yang dirancang simple je. Tapi meriah macam nak pecahhhh!
Keluarga Ateh Rosdan..semua ada..Aidil yang study di JB pun tengah cuti sem.
Keluarga Pak chu Acam..kurang sorang..Afruz takde di Uitm Ganu..
Keluargaku..pertama kali bawa menantu balik kampung Pahang. Farah je takde..ada kem tarbiyah di Muar.
Keluarga Mak Lang..takde pulak gambar satu keluarga..masing-masing tumpang sekaki..Deeja pun sibuk gak menyelit.
Yang paling istimewa tentulah Atuk dan Wan...nampak sangat mereka berdua ni gembira dan ketawa sokmo tengok gelagat anak cucu..
Che Abang buat lawak...
Ala-ala sukaneka..ini acara dari keluarga Che Mid..kira gula-gula. Pengadil tengah kira berapa biji sebelum umumkan pemenang..kumpulan mak lang berjaya meneka dengan tepat. 47 bijik gula-gula..guna ilmu ke hapa ha? he he..
Main pecah belon yang diikat dikaki..
Acara pecah belon lelaki..hiruk pikuk dan gamat bila acara ni berlangsung. Meletop-letop bunyi belon bercampur dengan jerit gelak peserta dan penonton..
Pak Lang kena jaga tiang tu..takut ada yang pecah belon tapi terhantuk tiang tu pulak..
Memancing tin..tak sangka Deeja boleh pancing 2 tin..
Lain-lain acara ialah teka berapa duit dalam envelop, perah air dengan tisu dalam cawan, teka teki dan bowling tin.
Lagu Ya Maulai..makcik-makcik dan anak-anak buah beradu suara..pekak monyet-monyet kat hutan tu..aduii .. Masa ni ada yang menyanyi dan ada yang menari. Ada dalam video tapi tak sanggup masuk kat entri ni..kang jadi viral la pulak. Memang nampak sangat kami semua enjoy sakan. Family kecik je tapi happening..
Menghasut Deeja nyanyi lagu You Are Not Alone..Michael Jackson..
Makan dan makan..
Penyampaian hadiah..ala bukan apa pun hadiahnya..capai je kat pasaraya..janji happy!!
Main game baca cerita ikut loghat negeri-negeri..terbelit-belit lidah Pahang Acam kecek Kelate ha ha..
Karaoke lagi dan lagi sampai pagi..Che Mid minum kopi O bercawan-cawan. Time ni Che abang dan adik-adik lelaki dah pergi ke sudut lain..berborak sesama sendiri sampai pukul 3 pagi.
Che Mid balik ke chalet pun dah lewat sangat. Mandi dan baring tak boleh tidur. Terkebil-kebil atas katil. Dah minum bercawan-cawan kopi o..mata tak mau pejam. Orang Jawa kata dah ' kancilen'. Tau-tau azan Subuh..tu lah penangan berkumpul anak-beranak..
Cerita esok paginya..
Menantu dan mak mertua..nak siapkan sarapan pun bergambo dulu. Ada muka belum mandi tak...sojukkkkk oooiii.. Saja tak nak mandi pun sebab kejap lagi nak terjum kat sungai.
Mak melayan abah bersarapan..
Tengoklah suasana pagi di tepi Sungai Chekas..nyaman je disinari vitamin D..Deeja dah pun berendam di sungai pukul 8 pagi. Muka ceria je..sejuk sangat tapi ndak juga mandi pepagi..akhirnya tercapai hajat nak berendam.
Budak ni memang antu doyan..sarapan pagi pun nak doyan..
Jom makan roti telur..
Tiga beradik Che Abang..yang t-shirt hitam, dan bertudung hitam sebelah Che Abang tu. Si Acam tengah berendam main air sungai..Si Lubis tak dapat datang, isteri tengah teruk mabuk mengandung..
Menantu ku yang tak berapa sihat pun ada..sian dia..teringin sangat balik kampung katanya..
Acam dah encem dan segar bugar selepas mandi sungai..tengok rambutan tu..Che Mid dah cekau berapa bijik ntah..
Sanwic telur campur mayo dan kobis..Air tangan Che Mid..mulanya rebus 15 biji telor je..pastu tambah lagi 15 biji..habeh sepapan telor untuk keturunan Husainchiks sarapan pagi he he.
Ini Daniel anak Acam yang pendiam tapi suka senyum je.. tengok gambar latar belakang tepi sungai tu..rasa nak tarik nafaaaas...lepassssss..nyaman je kan..
Mandi manda ... tempat ni tak dalam sangat dan tak cetek sangat..sesuai untuk semua..
Manusia memang tak boleh nampak air kannnnn..
Kejap je dah ketar bibir..Ayu and kids
La dan sibongsu..
Mid and Faris..
Awat sowang-owang.. tak takut ka belakang tu ada ulaq kaaa...bewak kaaaa..
Awal pagi dah masuk air...Bismillah...
Deeja sangat-sangat enjoy.. dapat dua kali mandi.
Awal pagi dah masuk air...Bismillah...
Deeja sangat-sangat enjoy.. dapat dua kali mandi.
Ok nak balik daaah..Che Mid posing di chalet yang ala-ala kampung ni..
Terima kasih semua Husainchiks members yang menjadikan percutian ini sangat berjaya dan menggembirakan. Singkat tapi meriah!! Tak perlu tempat mewah dan mahal..yang penting semua dapat berkumpul dan berinteraksi melalui makan-makan, main-main dan mandi manda. Kos untuk 2 hari satu malam campur bbq dan sarapan cuma RM180 sefamili. Ok sangat la tu kan..
Lupakan semua cacat cela pertelingkahan dan cakau-cakau. Adat manusia, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik..ipar duai..sepupu sepapat. Yang penting HAPPY!! Insyaallah yang lain ALLAH akan jaga untuk kita. Aaamiiinnn!!
Cute je mak mertua dan Acam duk kat belakang kereta Ateh..masa babai-babai kami balik..
Kami balik dulu mak!. Nak antar Faris balik kolej, sebelum pukul enam kena ada sana. Tapi dek kerana jalan jem manyak turuk dari Raub, Bentong, dan Gombak, Faris sampai Banting pukul dekat pukul 10 malam...sian dia..
Habis kisah cuti-cuti kami...Illalliqa'...ma'assalamah!!
Subahanallah.. cantiknya sungai tu che mid..
ReplyDeleteMemang merian tengok keluarga che mid ni..
Murah lah che mid ..
Dah simpan no telefon tu..
Dah beberapa kali kami ke sana..memang cantik dan bersih..
DeleteMeriahnya kak. Sehari je pun tp enjoy
ReplyDeleteTakde plan apa-apa sangat pun. Janji jadik je..yang penting mak abah mertua ada sekali..
Deletesyoknya berhari keluarga che mid, nampak happy ja semua orang, siap ada game lagi rindu nya kat family di kampong..
ReplyDeleteHe he..kena jumpa la family kat kampung tu kak Nor..
DeleteCantek tempat perkelahan nya cik mid..
ReplyDeleteMeriah bila ramai berkumpul begini...satu kepuasan kan
Gunakan masa yang ada untuk eratkan silaturrahim. Itu pun kami sampai lewat sangat dari KL...apa pun alhamdulillah..
DeleteSemuanya nampak happy aje. Mak dan abah mertua che mid mesti gembira bila anak menantu berkumpul kan.
ReplyDeletebetul sangat tu kak..bukan senang nak berkumpul adik beradik selalu..tinggal pun bukan dekat, cuti pun tak tentu free..
DeleteBiasalah CM. Kalu dah berbual dgn kelaurga sampai tengahmalam mana boleh tidur lagi dah kancilen. Nampak meriah sungguh. Sayangnya Farah tak ada ye.
ReplyDeleteAda dua cucu perempuan study di Uitm..jadi ok la..tak lah jeles sangat dua-dua tak de he he
DeleteMeriah sangat nampak...biasa lah tu bila dah sekali2 berkumpul mesti banyak cerita kan...
ReplyDeleteTambah dengan ikan patin tempoyak..dan durian ....memang seronok sangat..
Deletebestnye kak.. seronoknya.. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki kami berkumpul sekeluarga..
Deleteamboi kak illaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteKenal kak Ila ya. Che Mid ni isteri abang kak Ila..
DeleteAlamak!. Terliur la pulak saya tengok
ReplyDeletemakanan2 Malaysia yg dirindu.. especially
buah2an berasam boi, rambutan... sedapnya Che Mid.
Ada lagi! Buah dokong tertinggal dalam kereta, tau-tau semut dah naik atas stereng ha ha
Deletemeriahnye che mid...seronok dpt berkumpul mcm nie.... dpt eratkan lagi silaturahim...baru le generasi muda kenal saudara mara kalo buat aktiviti gini....lieya paling suke sbb ade bbq tu laaa...lieya ni hantu bbq heheheehhe....
ReplyDeletememang ada ipar duai rajin masak..memang syok le si tukang makan macam kami ni..teruk betul kan he he
Deletecantik tempat ni...nak pegi juga la..
ReplyDeleteCantik sungai u Che Mid...kalau pergi sana nak plan pergi musim buah mesti seronok mengadap duriannn...
ReplyDeleteMemang nampak sangat meriah CM.....bbq ada, buah ada, pendik kata mmg macam macamlah... sure kenyang perut seminggu hihi.... Yang paling bestnya tentunya dpt berkumpul sesama adik beradik dan sepupu sepapat. Macam macamlah yg disembangkan tu
ReplyDeleteSeronoknya che mid!!
ReplyDeleteMuafakat membawa berkat
wahh sonoknyer hari keluarga ., yg penting happy tu mak ;p
ReplyDeletechrome hearts outlet
ReplyDeletekd shoes
hermes birkin
yeezy 350 v2
moncler jackets
kevin durant shoes
cheap jordans
yeezy boost 350
yeezy shoes
bape hoodie
supreme official
ReplyDeleteyeezys
yeezy
cheap jordans
yeezy shoes
yeezy 350 v2
yeezy 700
a bathing ape
supreme
palm angels