Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.
Nak tanya ni, kita semua pernah bercinta kan dulu-dulu... pernah tak jumpa dengan bekas-bekas atau keluarga bekas teman lelaki atau teman wanita, bekas tunang ke atau even bekas suami atau isteri? Ke ada yang berpatah arang tak boleh tengok muka masing-masing he eh
Dari intro ni, dah boleh agak kan apa yang Che Mid nak sembang hari ni..
Hari Sabtu lepas Che Mid minum 'brunch' dengan seseorang..tapi bukan ex boyfriend tapi adik boyfriend lama. Dia dulu senior di Uitm. Kami sekampung tapi tak pernah berjumpa dan bersembang selepas habis belajar tahun 80 an dulu. Ada le jumpa sekali dua, bertembung di majlis kenduri tapi cuma bertanya khabar gitu-gitu je.
Memang banyak yang kami bual borakkan terutama tentang kisah lama.
Sambil makan mee celup ni, meh dengar sini..Che Mid nak kenang balik kisah lama.. (mohon tukar gantinama sat naa).
Sejarah lama tinggal kenangan, Aku tak de jodoh dengan abangnya, B, bila pinangan ditolak oleh keluargaku atas alasan-alasan yang orang tua-tua je tahu. Al maklumlah, duduk sekampung, orang tua-tua ni adalah kisah tersendiri kan. Kita budak-budak mana boleh masuk campur, kan orang tua makan garam dulu.
Cuma teringat pesanan arwah mak B pada makku. " Jangan dimarah-marah budak tu (aku la tu), nanti dia lari...macamana pun saya tetap sayang dia macam anak saya sendiri..walaupun dah takde apa-apa". (Alahai sedih pulak taip ni, terbayang-bayang wajah mak mertua tak jadi..)
Frust menonggeng kurus kering, makan tak lalu rasa lebih rela mati pun ada ha ha..Masa tu tak keje lagi, baru habis belajar..jadi berkurung dalam bilik je la..menjeruk rasa..keluar bilik cuma untuk mandi dan ambik wudhu. Pergi jamban pun tak sangat..sebab tak makan kan..
Bila rasa stres atau rindu sangat kat dia, aku bawak moto honda cup abah..pecut laju-laju membelah malam kat Jalan Saleh sambil nangis kuat-kuat. Jalan tu memang sunyi sangat. Bila dah jauh ke dalam..makin gelap dan dah takde rumah-rumah lagi, tau takut pulak...pusing balik..
Tapi last-last la..tunggu-tunggu tak mati-mati pun. Pengsan pun tak... Kurus kering ada la..jerawat pun naik banyak..
Hinggalah satu hari abah panggil. Abah cakap, " Ko betul-betul nak dengan dia ke? Kalau nak juga, pergi lah.." Otomatik rasa kesian pada abah. Nampak wajah dia sedih tengok keadaan aku masa tu. " Tengok badan ko tu..dah kurus sangat".
Aku jawab, " Tak pe la bah..." Eh, mana peginya jiwa yang meronta-ronta nak jugak kat dia tu. Hilang macam tu je? Pelik..
Sejak itu, aku cuba berubah. Mula nak makan, tak mau abah dan mak susah hati. Tapi dalam hati masih nak jugak kat orang tu. Aku buat puasa sunat Isnin Khamis, solat hajat tiap-tiap malam mintak dijodohkan dengan orang tu. Tak lama lepas tu, aku dapat kerja jadi kurang le bermuram durja. Aku berbuat baik dengan mak abah dan tunjuk aku ni ok dah....
Tup-tup dengar berita B bertunang dengan orang lain. Orang lelaki ni kan rasa tercabar. Ingat perempuan sorang ke? Tau tak dia tunang dengan sape? Perempuan tu memang sangat cantik, putihhh..tak macam Che Mid yang hitam tak berapa manis ni. Dan dia tu ialah kawan baik I masa form 3 tau... Terpukul dan terpana I macam ada batu besar hempap kat kepala..sadis, pedih, punahhhh..waaaa!
Pernah terserempak tunang B di Pasar Jumaat, aku tegur dia, tapi dia buat-buat tak kenal, senyum pun tak. Sampai hati kau! Kita dulu duduk sebelah menyebelah dalam kelas, pergi kantin sama, naik bas yang sama... amboiii!
Aku ingat lagi masa tu, hari konvo Uitm dah dekat, aku cakap dengan mak yang aku tak nak pegi. Tapi mak sangat sedih. Akhirnya aku akur dengan mak. Kami pi tempah baju lawa walau dalam hati aku kosong kosong macam lagu Najwa Latif. Ya lah, aku kenal B masa tengah studi. Dia banyak tolong aku... (malas pulak nak cite lebih bab ni). Masa aku nak naik tangga ambik skrol tu aku cakap dalam hati, " Mak abah, this is for you".
Bila dah tau dia nak kawen pun, aku masih lagi buat solat hajat setiap malam..konon cinta forever after. Minta Allah cancel kawen yang sana, tapi kawenkan aku dengan B..Nak jugakkkk tu...cinta mati gitu..
Dalam pada itu, aku masih berhubungan baik dengan keluarganya. Sesekali sama dengan kakak balik kerja, satu bas. Kadang-kadang singgah ofis dia. Daku masih menaruh harapan walaupun semakin hari semakin tipis tau.. hoping for miracles orang gomen kata..
Tapi Allah Maha Merancangkan..jodoh pertemuan Dia yang tentukan. Walaupun macam marah jugaklah sebab Allah tak makbulkan doa kita, tapi kita orang baik. Tak benci sesapa pun. Termasuk B dan bakal suri hidupnya. Aku pernah terserempak dengan B di kedai kat pekan beberapa hari sebelum dia nikah. Aku senyum kat dia, tapi dia jual mahal...eleh..I tau you masih suka kat I kan kan ..tu sebab you jual mahaiii..
Akhirnya, hari kenduri pun semakin hampir. Aku buatkan bunga pahar istimewa untuk B. Diperbuat dari daun warna emas dan kain net warna emas jugak. Sepokok demi sepokok aku buatkan bila ada waktu terluang, di ofis juga di rumah. Bila aku buat di rumah, aku perasan abah pandang je aku. Agaknya cuba tebak apa yang aku rasa.
Sehari sebelum majlis, aku bawa dua pahar bunga telor ke rumah B. Sampai sana, aku duduk dikelilingi famili B yang pandang dengan macam-macam makna. Aku buat cool je, walau dalam hati hanya Allah yang tau. B pulak takkan datang dekat padaku, tiada juga sepatah perkataan keluar dari mulutnya, walaupun cuma " Hai" atau " Terima kasih sudi datang". Sesungguhnya waktu itu aku teringinnnn sangat nak dengar suara B. Untuk terakhir kali..sedikit..sepatah..jadilah..tapi hampeh..
Aku cuma nak buktikan pada diri aku sendiri bahawa cinta tak semestinya berakhir dengan permusuhan. Lebih-lebih lagi untuk kami yang tinggal sekampung yang bila dibelek-belek ada bau-bau bacang juga. Dan dia mengahwini kawan baik ku...masyaallah, mana ku mampu membencimu..(wah..macam drama sinetron pulak..)
Esoknya, the real kenduri day. Aku dah berjanji untuk hadir di majlis persandingan, tapi aku tewas. Airmata ku bagai empangan pecah yang tak berhenti-henti mencurah air. Teringat pesanan keluarga B yang suruh aku datang, tapi maafkan. Kali ini aku benar-benar tak kuat...
Kalau lah dah ada fb atau wasap pada waktu itu, tentu banyak gambar dan kisahku mungkin jadi viral keh keh keh..
Hari berlalu, tahun berganti. Aku pun kawen dengan orang lain. Masing-masing menjalani hidup masing-masing. Past is past..cewah.
Tapi umur B tak panjang, sewaktu isterinya mengandung anak ke 3, B meninggal kerana sakit buah pinggang. Aku dan suami hadir sewaktu kenduri arwah dan sempat ku peluk isterinya. Kelihatan dia sangat kuat dan tabah. Hingga hari ini balunya tidak berkahwin lagi dan anak-anaknya dah besar-besar pun.
Innalillah wainna ilahi roji'un. B orang yang baik. Insyaallah aman di barzakh dan bertemu isteri dan anak-anakmu di syurga nanti.
Moral of the story - jangan nak benci-benci orang. Tak baik. Kita pun bukan baik sangat. Tiada kisah sedih..semuanya manis je jika kita redha ketentuan Allah.
Ma'ssalamah..wa illalliqa'
Wahhh, boleh di jadikan skrip drama ni che mid... Saya ada gak 'ex'. Dalam FB ada terjumpa.. tapi saya tak add pun. Tak mo... bukan benci atau menyampah ke apa.. saja... Dia pulak baik dengan asben saya... asalnya kami satu ofis. Asben pun tahu kisah kami berdua... saya tak mahu membangkitkan rasa cemburu di hati asben.
ReplyDeleteTepat sekali tindakan mu sweetie. Kita tahu perasaan kita dan kita boleh jaga perasaan kita. Tapi perasaan orang tu, suami kita..susah nak jangka kan.
DeleteIalah cik mid macam drama pulak kisah cik mid ni....cinta yang tak kesampaian...sedih pulak membacanya tringat diri sendiri wlpun cerita kita tak sama....
ReplyDeleteNtah le..mood berdrama je sekarang kut ha ha..
Deletemcm drama swasta.
ReplyDeleteJodoh pertemuan, ajal maut & rezeki, semuanya rahsia Allah.
Mohon ampun banyak-banyak pada Allah jika kita ada marah padaNya. Insyaallah kita akan diberi ganjaran yang lebih baik dari yang kite terlepas.
DeleteMengimbas kenangan lalu gittew. Dah boleh buat novel ni kak ☺
ReplyDeleteTak larat nak tulis panjang-panjang ha ha..
DeleteAduh... sedih pulak saya baca entri che mid..
ReplyDeleteSama macam saya tapi kisah tak sama sebab sempat bertunang..
Betul tu che mid.. utk apa benci membenci..
Isshh..akak yang tulis lagi sedih tau, tu yang selit-selit lawak sikit. Kalau tak mau banjir lappy ni ha ha
Deletewah secebis kisah yg sgt menarik ni boleh ditulis jadikan cerpen r novel kecil ni...pengalaman yg dirasai penulisnya lbh berkesan dihayati...memori tntg x kita ni hnya rahsia diri.
ReplyDeleteHa ha..boleh kut tulis kat sini sebab dah tau x kita takde fb atau blog..
Deletesemuanya ketentuan Allah..
ReplyDeleteTepat sekali, tiada apa yang perlu dikesalkan kerana pengalaman itu menjadikan kita hari ini. Bersyukurlah..
DeleteHahaha... Che Mid niiii ... lucu tau!.
ReplyDeleteMcm saya je.. kalau frust sampai kurus kering.
Alhamdulillah segalanya tinggal nostalgia kan..
Nostalgia remaja.
Kena buat stail lucu-lucu sikit, kalau tak banyak mata masuk habung nanti hi hi
DeleteAlahai akak..sedihnya...meninggal si B. Dah ajal. Tapi betul2 cinta mati akak ni..syabas sebab berjaya akak lalui dugaan time frust menonggeng tu smpai kurus la penangan cintan cintun dulu..
ReplyDeleteAlhamdulillah..yang penting mak abah kena jaga hati mereka. Merajuk pun jangan lama-lama, hormat pada mereka sebab tentu ada sebab keputusan diambil. Tentu demi kebaikan kita..
DeleteDulu bila putus cinta mesti buang segala pemberian sidia..sampaikan mak dah tahu .kalau bakar barang maknanya putus lah tu...
ReplyDeleteSama lah..semua gambar dah bakar depan tangga..ditonton oleh adik beradik ha ha..ringan je rasa lepas tu..
Deletekak, sedih saya baca....moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....amin...
ReplyDeleteAkak pun sedih gak..tapi fikir yang baik-baik saja..
DeleteAllah akan gantikan yang lebih baik
ReplyDeleteAllah dah pun ganti yang terbaik buat kita. Alhamdulillah.
DeleteMengenang kisah cinta dulu-dulu hati berbunga-bunga Che Mid, Aina dulun tinggalkan dia sebab geram dia dulu kahwin dari Aina tapi katanya cinta tu tak pernah padam sebab 1st love...ahahhaaa...
ReplyDeleteFirst love la sangat kan ha ha..
DeleteSampai kurus kering frust yer kak. Tp tu lah..Allah lebih mengetahui. Dia tak makbulkan doa akk sbb nk beri yg lebih baik..Alhamdulillah.
ReplyDeleteSaya punya first love ialah tragedy dlm famil saya. Antara pengajaran perit utk saya.
Uhh..seramnya tragedy..itulah kehidupan..
DeleteYg CM datang dgn suami jumpa balu B tu....suami CM yg hilang tu ke?
ReplyDeleteAl fatihah utk B.....mungkin itulah hikmah yg Allah sembunyikan....
haha, mati muda jugak laki tu., ;p
ReplyDeletesobsobsob.. sedih gak tapi saya takdelah putus cinta sampai tak lalu makan.. makan jugak che mid.. tu yang tembam semacam.. hahaha..
ReplyDeletetapi apa-apapun, itulah antara kenangan yang sukar nak kikis dari ingatan..
bukan tak berdoa macam che mid pernah buat tapi dia bukan milik kita.. kan.. ;)
supreme
ReplyDeletechrome hearts online store
golden goose shoes
balenciaga shoes
kobe byrant shoes
balenciaga sneakers
kyrie 5 shoes
balenciaga shoes
golden goose sneakers
balenciaga