Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 11 September 2015

Gudang Garam Kopi O

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..sekalian. Salam sayang dari Che Mid.

Alhamdulillah, ramai juga yang baca entri lepas Che Mid tentang ex boyfren. Harap-harap ada pengajaran baik boleh dijadikan iktibar bukan sekadar sembang kisah lama.

Beberapa hari lepas, Che Mid berbual dengan anak dan menantu tentang kisah silam juga. Jadi kali ini kita berkisah  semasa ibu mengandungkan Farhan. Ya, kira-kira 25 tahun dulu. Farhan yang beria-ia mintak ibu ceritakan semula kisah lama tu pada isterinya. "Biar dia dengar sendiri dari mulut ibu," katanya.

Memang pun ada cita-cita nak tulis di sini, tapi asek bertangguh dengan alasan malu, takde masa dan lain-lain. Kini Che Mid rasa dah sampai masanya ditulis di sini sebagai tatapan anak cucu dan sesiapa yang berminat di luar sana. Kuncinya ialah, setiap manusia punya ujian berbeza-beza. Kisah hidup Che Mid memang agak berliku, tidak seperti adik beradik atau kawan-kawan yang lain. Tidak semudah ABC. Bercinta, bertunang, berkahwin dapat anak dan bahagia selamanya. Allah mahu Che Mid 'nikmati' onak duri kehidupan lebih sikit dari orang lain. Alhamdulillah.

Kisah entri lepas cuma satu dari pelbagai episod sedih dalam hidup Che Mid. Tiada benci, tiada dendam. Semuanya indah-indah belaka. Cuma untuk pedoman anak-anak terutamanya..jangan cepat mengalah dengan ujian. Kerana Allah itu ada, dan Dia tahu kenapa ujian itu ada untuk kita, bukan pada orang itu dan orang ini.

So, bersedia semua..pada yang sudi baca pengalaman ini...bear with me. It is gonna be a long entry..and i will just keep on writing..Mungkin akan timbul banyak persoalan sepanjang tulisan ini, tapi just go along with it ok..Sekali lagi, Che Mid mohon guna gantinama aku.. Kisah ini berlaku di tahun 1991. Setiap ayat datang dari tulus dari hati. Takde tambahan penyedap cerita..melainkan yang benar sahaja. Insyaallah. Bismillah...

Usia perkahwinan pertama ku cuma TIGA bulan. ( Nanti kita borak pasal suamiku dilain siaran, kalau ada rezeki). Dan waktu kami "dipisahkan" aku baru mengandung sebulan. Selepas nikah, aku datang bulan dua kali dan selepas tu 'lekat'. Inai masih merah dijari, aku dah tiada suami di sisi. Waktu itu, aku bekerja di Shah Alam. Masih tinggal bersilih ganti di rumah mertuaku di Banting  dan  rumah mak sendiri di Klang. Dari Klang ke Banting akan ambil masa 1 jam lebih jika menaiki bas awam. Waktu itu tiada kenderaan sendiri dan semestinyalah tiada henfon.

Sebaik tahu mengandung, aku mabuk (morning sickness) yang agak teruk. Setiap pagi akan muntah-muntah, dan tak boleh bau macam-macam, masak lagi lah..bau beras ditanak pun busuk yang amat. Tapi aku harus cekalkan hati. Tak mau nangis-nangis mengenang nasib bagai.

Pertama, sebab anak dalam perutku. Aku mahu dia lahir sempurna dan sihat badan dan emosi.

 Kedua, sebab mak abahku. (Mak abah terutama abah, tak suka aku kawen dengan suamiku. Sampai ada sekali abah merayu supaya batalkan perkahwinan. Tapi aku berdegil. Akhirnya mak abah mengalah, tak mau berkeras sangat apa tah lagi, mereka pernah putuskan hubungan dengan boyfren pertama ku dulu). Jadi aku harus buktikan yang aku boleh hadapi keadaan ini dengan baik, tidak menyusahkan sesiapa.

Mulanya, aku katakan pada mak abah yang suamiku outstation ke Indonesia (memang ayah mertua ada bisnes di sana...bisnes apa, aku pun tak pasti). Untuk beberapa minggu, mereka percaya sehinggalah ayah mertuaku datang sendiri berjumpa mak abahku dan menceritakan kisah sebenar.

Masa itulah, aku 'berhadapan' dengan mak abah. Abah memulangkan paku buah keras. Dia kata lagi, " Macamana engkau ni..dah lah suami takde, ngandung pulak tu". Dan aku katakan dengan yakin, " Tak pe bah, Midah kerja...Midah boleh cari duit untuk tanggung semua ni..abah mak jangan risau".  Tiada setitik airmata pun tumpah.

Mak ku jenis pendiam, langsung terkedu. Takde apa yang kelaur dari mulutnya. Tapi aku tau, mereka berdua tentu susah hati sangat melihat keadaanku mengandung tanpa suami. Aku anak sulung dalam keluarga, macamana lah mak abah nak berhadapan pula dengan kaum keluarga dan jiran-jiran sekampung.

Sejak itu aku sendirian berhadapan mabuk yang tak berkesudahan. Aku akan bangun seawal 5.30 pagi. Pergi ke dapur masak air, rendam dua biji telur untuk buat telur setengah masak. Kemudian masuk ke bilik air, muntah semahu-mahunya, mandi dan bersiap. Selepas tu, aku bersarapan telur setengah masak, sebelum naik bas awam ke Klang dan sambung naik bas kilang ke Shah Alam. Kadang-kadang ada kawan sepejabat yang tunggu aku di stesen bas Klang untuk tumpangkan aku ke ofis. (Alhamdulillah, bila makan telur setengah masak, aku tak rasa lapar hingga waktu rehat nanti).

Bila aku teringin nak makan apa-apa, aku beli sendiri. Tapaw. Pernah sekali aku teringin sangat makan sup ayam kat satu gerai di Pekan Banting, tapi aku tak tahan bau masakan dan makanan. Jadi aku order dan berdiri jauh-jauh dari gerai tu. Bila siap dan masuk dalam plastik ok lagi..rasa macam tak bau sangat. Tapi bila nak masuk teksi aku terpaksa pegang bungkusan sup tu kat luar kereta. Tanganku terkapai-kapai pegang bungkusan, dan tangan sebelah lagi menekup mulut menahan bau..Allahukabar..

Aku teringin sangat makan sup ayam tu dari waktu suami masih ada. Tengah malam tak boleh tidur teringat-ingat sup ayam tu. Kejut dia suruh belikan masa tu jugak. Dia kata, " Mana nak carik malam-malam ni?". Meleleh air mata..

Kandunganku di awal trimester sangat lemah. Rasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Ngilu je..kadang-kadang sampai menangis menahan sakit. Setiap pagi bila sampai ke tempat kerja, aku akan berjumpa doktor panel yang datang setiap pagi. Dan setiap hari aku akan dapat cuti sakit. Esoknya pergi jumpa doktor lagi dan cuti lagi. Tiada ubat diberi cuma doktor pesan, jika ada keluar darah, terus pergi hospital.

Aku banyak termenung waktu tu, kadang-kadang duduk sendirian di tangga memandang jalan raya. Kadang-kadang duduk bawah pokok sorang-sorang. Dengan muntah-muntah, takde selera makan, sakit perut lagi. Emak pulak seakan-akan 'suka' bila kandunganku tak kuat. Mungkin pada mak, kalau kandungan ku tak jadi lagi bagus dalam situasi aku sekarang kut..entah lah..mak memang tak cakap apa-apa tapi bila aku kata aku sakit perut mak buat selamba je. Bila terasa sakit, aku menangis..bila ingatkan mak aku lagi laju air mata jatuh.

Hampir dua minggu macam tu..akhirnya mak ajak aku jumpa tukang urut. Masa tu aku melangkah pun dah payah. Ingat lagi, Cik Jah (biras mak) pandu kereta Datsun putih, tolong hantar aku ke rumah Wak Ju. Kat sana Wak Ju cuma urut perlahan-lahan perutku. Di ambilnya sebotol air, dibacanya sesuatu dan diserahkan padaku. Kata Wak Ju, " Kandungan kau ni dah turun sangat ni. Balik nanti minum air ni. Kalau jatuh...jatuhlah dia, kalau lekat...lekatlah dia." 

Aku faham maksudnya..babyku 50-50 je dalam perut ni. Aku usap perutku perlahan-lahan dan kata, " Baby jangan pergi..baby kena teman ibu..kalau tak ibu tak kuat hadapi hidup sorang-sorang". Allah takdirkan bayiku kekal dalam rahimku. Selepas diurut dan meminum air pemberian Wak Ju, sakit ku mulai hilang dan akhirnya aku dapat bekerja seperti biasa.


Hari demi hari kandungan semakin membesar dan mabuk ku semakin berkurangan. Aku pergi shopping beli baju mengandung sorang-sorang. Tak berapa lama kemuadian, kilang tempat ku kerja dah dipindahkan ke Banting, maksudnya aku lebih banyak habiskan masa di rumah mertua. Mak abah dan keluarga mertua layan aku dengan baik. Setiap pagi seawal 6.30 pagi aku dah keluar rumah. Mak mertua yang memang berjual kuih, akan bekalkan aku dengan dua ketul kuih pilihanku. Balik kerja aku akan makan masakan mak mertuaku, walaupun tekak hampir tak boleh masuk. Ada sekali tu, hampir terkeluar semula sebab tak kena selera. Tekak ni nak masakan mak sendiri, tapi demi menjaga hatinya, aku tahankan juga.

Pernah sekali aku teringin makan bubur som-som buatan mak. Tapi mak mertua kata takpe dia boleh masakkan. Bila dah siap, aku tengok pun tau takkan sama dengan apa yang aku bayangkan. Tapi aku makan je macam berselera. 

Selepas kerja, balik rumah mertua. Masuk rumah akan muntah-muntah lagi sebab bau masakan dalam bilik. Kebetulan bilikku sebelah dapur. Selepas Maghrib, aku akan berkurung dalam bilik hingga Isya'. Mengaji Quran menjadi kewajipan sehingga akhirnya aku khatam sebelum melahirkan. Bilik tidur lah dunia kecilku. Tempat ku solat dan mengaji, tempatku mengadu kepada Nya. Tempatku menjadi diriku. Yang paling hebat sekali ialah melawan penyakit rindu pada suami. Bayangkan, baru tiga bulan berkahwin, dia 'hilang' sekelip mata. Melihat bantal di sebelah tiada penghuni. Kosong. Sunyi.  Sepanjang aku mengandung, aku tak sentuh pun bantal sebelah suami. Aku anggapkan yang dia ada tapi 'outstation somewhere'. Namun setiapkali aku tertekan, aku akan pujuk hatiku dan bercakap sendirian, " Aku ada anak dalam perut ni. Takkan sesekali aku biarkan anakku ini terkesan dengan kesedihanku." Aku kuatkan semangat seteguh gunung.  Bila keluar dari bilik, aku akan tersenyum dan jadi orang yang ceria...seperti aku dulu-dulu.

Segala apa yang ku rasa, aku tak kongsi pun pada sesiapa. Duit cukup ke tidak, sakit pening, lapar kenyang, baby menendang atau bergerak tengah malam sampai aku terjaga, belum lagi terkencing berulang kali di waktu malam sunyi..semua aku hadapi sendiri. Aku pernah jatuh tergelincir depan ofis yang licin lepas hujan, pun aku buat-buat ok je.  Aku betul-betul bergantung pada Allah. Aku hanya 'nampak' Dia. Alhamdulillah, punya  mak mertua yang baik hati dan memahami. Dia akan pastikan aku selesa dan tidak keseorangan. Tapi mana mungkin kan..mak pun ada anak-anak lain dan suami untuk diambil perhatian. 

Hujung minggu adalah hari yang membosankan. Tak boleh ke mana-mana kerana tiada kenderaan dan tiada suami di sisi. Tinggal pulak di rumah mertua, tak kenal sesapa kecuali keluarga mertua. Aku pernah pergi pasar malam dengan kawan baik suamiku (lelaki bujang). Naik motorsikal dengan perut membesar.  Dah macam suami isteri pulak. Nama dia sape ntah..dah lupa..tapi sangat baik hati.  Dengan mak mertua pun sangat rapat, macam anak sendiri.  Sama-sama berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Aku pilih apa yang aku nak beli, dia yang akan pegang atau masukkan dalam bakul. 

Tapi aku tak pernah berjumpa lagi dengan dia sekarang. Moga hidupmu bahagia sahabat di mana jua kamu berada. Memang berharap sangat dapat berjumpa, sekali pun cukuplah, untuk aku ucapkan terima kasih. 

Pernah sekali ntah kenapa mood hujung minggu ku tak baik. Ke dapur tak kena, ke bilik bosan, rasa nak marah pun ada tapi tak tahu nak marah siapa. Aku ternampak mak dan abah mertua gelak-gelak bergurau, aku jadi lagi bengang. Tiba-tiba kawan baikku, Roszana menelefon. (Dulu ada telefon rumah je..takde henfon lagi). Bila tahu aku bosan, " Mid, ko nak balik Klang ke, meh aku ambik. Naik motor tau.." Aku terus setuju. I just want to get out from the house. Roszana bawa motor dari Klang ke Banting, kemudian kami naik motor lagi dari Banting ke Klang. Dan masa tu aku dah mengandung 6 bulan lebih. Baik sungguh Roszana...memang betul-betul dia sahabat sejati. Harap-harap sampai jannah. Aku takkan pernah lupakan jasa baik kau Ana..kau sentiasa ada waktu untuk aku, time susah senang..tak pernah marah aku atau kutuk aku..(laju je airmata ni masa tulis ni)


Aku berazam nak cari duit sebanyak yang boleh dan selarat yang boleh untuk menyambut kelahiran baby ni. Biasanya aku akan kerja lebih masa pada hujung minggu. Pernah aku naik bas dari Klang ke Banting dan pulang semula ke Klang selepas habis kerja lebih masa, dengan perut yang semakin sarat. Kawan-kawan ofis ku, ramai berbangsa asing dan pekerja kilang pula majoriti lelaki. Jadi rahsia tentang suamiku tersimpan elok. Tiada gosip dan borak-borak kosong. Tiada yang tahu aku telah berpisah dengan suami, walaupun Selvam, kawan sebelah mejaku, kecuali bosku seorang. Bila orang tanya di mana suami, aku kata suami pergi oversea..lama, kerja kat sana. The conversation just stop there. 

P/s : Sehingga selepas aku bersalin, baru Selvam tahu keadaan aku berseorangan susah tanpa suami. Dia punya marah masyaallah. " You anggap I ni apa ha? Kalau you anggap I ni kawan, you should tell me laaa..then I can share your problem too..Oh my Goddd!". ( nangis taip ni..)

Aku ambil masa paling sesuai untuk menerangkan hal sebenar kepada bos, sebab aku terpaksa ambil cuti untuk check up atau hal berkaitan suamiku. Dia faham dan berjanji untuk menyimpan rahsiaku. Bagi aku, sekiranya orang lain tahu keadaanku, orang akan pandang aku dengan pandangan belas kasihan, simpati atau mungkin mencebik.  Mereka juga mungkin akan bertanya itu ini...itu yang aku tak mahu kerana aku akan jadi lemah. Biarlah aku berpura-pura ceria di ofis untuk aku 'lupakan' masalah ku sekejap. 

Aku punya tabiat pelik sewaktu mengandung. Tersenyum-senyum bila ingatkan perkara ni.

Bila kandunganku menjangkau 5 bulan ke atas, mabuk pagi pun dah berkurangan, aku mula suka bau asap rokok. Rokok bukan sebarang rokok tau..rokok kretek seperti gudang garam yang sangat-sangat kuat melekat baunya. Bagiku, bau asap rokok tu sangat harum dan mengasyikkan.

Setiap pagi, selepas 'punch card' di tempat kerja, para pekerja lelaki akan lepak-lepak di kawasan letak kenderaan sambil menghisap rokok. Aku akan 'nikmati' bauan asap rokok tu sepuasnya. Semakin hari semakin suka, hinggalah satu hari..aku dah tak tahan. Aku hampiri seorang pekerja yang baik dengan ku," Boleh tak bagi sebatang rokok pada saya?". Biar betul??? Selepas dipujuk dan agaknya sebab aku beria-ia nakkan rokok, akhirnya aku dapat sebatang. Aku simpan rokok tu dalam poket baju elok-elok. Sekali sekala aku keluarkan dan ku hidu batang rokok tu. Sampai lunyai dan terburai tembakau rokok tu dibuatnya...kalau ikutkan hati ndak je aku hisap, tapi buruk sangatlah pulak rupanya orang mengandung merokok kan..aduhai..

Satu hari, sampai ke rumah mertua, aku terus masuk bilik seperti biasa. Tak tahan dengan rokok yang ku simpan tu, aku keluarkan dan ku hidu-hidu..last last aku nyalakan dengan pemetik api yang memang ada di bilik. Sebatang rokok habis ku hisap!!! Esoknya aku kecek lagi sebatang rokok dari kawan lain pulak.

Selang beberapa hari, aku hisap lagi sebatang. Dua kali aku hisap rokok, tetapi lepas tu aku taubat. Cukup-cukuplah layan tabiat mengidam ni..takut-takut jadi habit selepas mengandung pulak nanti. Astaghfirullah. Akhirnya aku 'berjaya' menghentikan habit itu.

Inilah contoh rokok Gudang garam kegilaanku..yang warna cokelat gelap. (suamiku memang hisap rokok ni)

Satu lagi tabiat mengidamku yang teruk ialah, aku suka minum kopi o pekat. Kalau buat kat cawan, aku pastikan serdak kopi tu banyak dan gula sikit je. Bila habis airnya, aku akan makan serdak tu sekali. Orang lain memang tak boleh minum kopi aku tu. Terrrlalu pahit. Kalau tak silap jenam kopi cap Kipas (goggle tak jumpa pulak) atau cap Hang Tuah kut, yang pack dalam kertas.



Sampai sekarang aku masih suka minum kopi o pahit he he

Satu lagi, aku suka makan sotong kering bersira gula. Ada banyak kat kedai atau supermarket. Yang itu, bos aku rajin belikan. Aku akan simpan dalam laci dan kunyah bila ndak. Bila bos keluar, aku akan kirim utk top up stok.

Tiba masa untuk pemeriksaan berkala. Aku sengaja tangguh-tangguhkan, buat bodo je tapi satu hari mak mertua kata ada misi datang rumah, dia dah suruh pergi check kat klinik. Ait..efisyennya misi kat Banting ni..Rasa terpaksa, aku gagahi ke klinik. Sekali lagi ditanya, suami takde?  Ke mana? Seperti biasa, aku kata suami kerja oversea.

Semakin hampir 'due date' aku semakin kerap cuti atau 'time out'. Dah kena 'check up' atau tempah hospital pula. Hmm..hospital mana ya? 

Kita nantikan dalam entri lain ya. Ada kisah sedih menanti lagi....


Ma'assalamah wa ilalliqa'















26 comments:

  1. Best pulak baca cite CM ni tau.....
    okje simpati sangat dgn nasib CM.......fahamnya okje dgn emosi org mengandung ni. Dahlah suami tak de...sedihnyaaa.

    Okje pernah baca satu entri CM yang mana tak ingat, tp CM ada hintlah yg suami CM sekarang ni bukan suami pertama.
    Kemana agaknya suami CM tu pergi ye....
    Satu lagi.....boleh pulak CM duk rumah mertua ye dahlah mengandung waktu tu....
    CM ni mmg seorang yg tabah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab CM sanggup rahsiakan dari semua orang, pastinya mereka akan simpati bila dah tau. Kalau sekarang tau tak mengapa, benda dah lepas he he

      Delete
  2. MasyaAllah...tabahnya chemid menghadapi segalanya sorang2.
    Tak sabar kak Zai nak baca cerita seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah dari mana dapat kekuatan tu pun tak tau kak. Sambil menaip, memang heran gak..kuat sungguh aku waktu itu..

      Delete
  3. MasyaAllah...tabahnya chemid menghadapi segalanya sorang2.
    Tak sabar kak Zai nak baca cerita seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Semua dari Allah..Dia tahu kita boleh melaluinya kan..

      Delete
  5. Ujian itu datang allah swt..kadang2 bila teringat kisah lama mesti senyum..hehehe

    ReplyDelete
  6. mengalir airmata sya membaca cerita cik mid ni...selama ni sya ingat cerita silam sya dan suami terlalu menyedihkan namun cerita cik mid lebih menyayat hati.
    Alhamdulilah ketabahan cik mid terbayar sudah...
    tak sabar nak tunggu entry selanjutnya...suspen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi pengalaman di blog sendiri..mana tau boleh mengurangkan gundah orang lain yang sedang diuji Allah..

      Delete
  7. dugaan yg sgt hebat terpaksa dilalui chemid...sedih membacanya...kak kalau menulis pengalaman sedih dlm perkhwinan deras je air mata mengalir mengenangkannya...tapi pengalaman hidup yg mahal tu xramai yg rasainya...teruskan mencoret cerita seterusnya...

    ReplyDelete
  8. dugaan yg sgt hebat terpaksa dilalui chemid...sedih membacanya...kak kalau menulis pengalaman sedih dlm perkhwinan deras je air mata mengalir mengenangkannya...tapi pengalaman hidup yg mahal tu xramai yg rasainya...teruskan mencoret cerita seterusnya...

    ReplyDelete
  9. Moga CM cekal dan tabah dengan setiap dugaan yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, sedang mendidik anak-anak juga..

      Delete
  10. Assalam.

    Nice sharing entry . Ada lucu ada pilu ada kenangan dan pengajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Ya, semua bercampur menjadi pengalaman yang indah..

      Delete
  11. Assalam Che Mid

    Rugilah saya tak sempat baca kisah ex boyfrend tu...hehehe

    Dan kat sini yg kelakarnya naik motor kawan suami.....
    Mesti kawan suami tu tulus sgt orgnya....kalau tak manakan suami bagi Che Mid naik motosikal dia....

    akhir-akhir ni banyak cerita nampaknya Che Mid kita, ketika blog orang lain mula usang dan berpuaka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikgu
      Malangnya, sampai sekarang CM tak tau di mana dia...

      Delete
  12. huhu2, wak baca smpi abes ni., ;p

    ReplyDelete
  13. Allahu Akbar....beratnya kak. Saya yang membaca ni pun tak boleh imagine macam mana nak harung.

    ReplyDelete
  14. Perjalanan hidup yg penuh suka dan duka. Ujian itu membina kekuatan jiwa buat kita dan mengajar kita supaya lebih menghargai setiap orang di sekeliling kita.

    ReplyDelete
  15. Terbayang2 wajah ceria Che Mid waktu kita jumpa.. eemm.. tak sangka disebaliknya senyuman tu ada kisah sedih rupanya..

    ReplyDelete