Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 3 September 2015

Nostalgia 70 an - Kuarters Keretapi Batu Kurap, Kuala Lipis

Assalamualaikum sahabat semua..dah makan? Wes mangan? Alhamdulillah..

Hari Isnin lepas kami ke Raub, tapi saja je Abahnya jalan-jalan ke Kuala Lipis, kemudian patah balik ke Dong. Menantu kami tak pernah sampai ke kampung wannya lagi. Teringin nak tengok katanya.

Jadi hari ni kita berkisah tentang Kuala Lipis ya..tempat Che Abang dan adik beradiknya membesar.. Ini kisah tahun 60an hingga 80an. Ada kawan-kawan yang belum lahir kan.. Sekarang umur abah dah 50an..orang kata tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain..

Abahnya memandu perlahan-lahan ke Batu Kurap, rumah lama abah dan keluarga. Dulu atuk kerja KTM, jadi mereka tinggal di kuarters keretapi. 

Sebagai pemanas badan, jom kita tengok gambar-gambar lama ni dulu. Kredit pada fb Mohamad Lubis.



Bergambar di bahagian depan kuarters kira-kira dalam tahun 71 atau 72.. Berkumpul dengan jiran-jiran yang juga keluarga kakitangan KTM. Suami masing-masing bertugas tak tentu masa, para isteri dan anak-anak tinggal di blok kuarters berderetan. Latar belakang dan asal usul berlainan negeri dan tempat tentu menarik. Sama-sama menjaga anak, masak-memasak, bertukar lauk pauk, bergosip dan lain-lain. 

Sangat istimewa dan tentu berbeza dari tinggal di kampung tradisi yang kebanyakannya ada kaitan persaudaraan. Sekarang ni, ada yang dah meninggal dunia dan yang pasti masing-masing dah tinggal berjauhan. Ada yang pulang menetap di kampung asal mahupun ikut anak-anak. 


Alahai..nostalgik betul la gambar-gambar ni kan..jangan salah anggap ya kawan-kawan, dalam gambar tu bukan adik beradik tapi anak jiran-jiran kuarters.. nampak sangat rapat dan macam adik-beradik kan..

Wan Chik bergambar dengan anak-anak dan jiran berbangsa Benggali (tiga orang berdiri di belakang).  Abahnya berdiri hujung kanan. Duduk dari kiri, Mak lang Dila, anak jiran, Wan yang riba pak cik Lubis dan Ateh Rosdan di sebelahnya. Acam yang takde..belum lahir lagi hi hi..

Agaknya macamanalah mereka ni boleh pakat-pakat pi kedai (studio) gambar dan bersiap sakan. Pakai stokin lagik ha ha. Mak lang kata kedai gambar kat bandar tu masih ujud lagi hingga hari ini. 

Okay, cukup-cukup bernostalgia dengan gambar-gambar lama tu. Mari kita jalan-jalan di Batu Kurap, Lepih. 

 Tangga batu ni lah tempat abahnya lepak-lepak dan main-main waktu petang. Wan dulu sangat garang, pantang lepa anak-anak main lama sikit kat luar, memang kena jerit suruh balik rumah. Sebelum tangga ni, ada padang dan pokok-pokok besar, tempat budak-budak main. Abah main tembak-tembak kat situ. Pernah juga kena denda peluk pokok jati yang sangat besar, pastu kawan-kawan tembak dengan bola tenis..

 Ini bekas tapak kuarters KTM yang pertama. Sekarang ni dah jadi padang futsal. Abahnya kata, " Tu yang hujung dekat tiang gol tu la, jamban rumah abah dulu.."  Itu pun nak kabo ke bah ha ha..

 Dari kuarters rumah papan, mereka berpindah ke rumah flat. Sampai sekarang masih ada lagi. Di sepanjang sebelah kiri gambar tu ada jalan keretapi. Memang dekat sangat kuarters tu dengan jalan keretapi tau. Anak-anak pelik tengok.." Abah tak main-main kat jalan keretapi tu ke bah? Tak bahaya ke bah? ". Abah kata mainnnn..." Ada orang mati kena langgar keretapi tak bah?". Abahnya kata, " Adaaaa...ramaaaiiii".

Pernah sekali bandar Kuala Lipis dilanda banjir besar. Air Sungai Jelai naik. Semua penduduk kuarters di bawah bukit tu kena pindah naik atas bukit. Untuk cari makanan, abah adik beradik merayau ke kawasan kebun dan hutan atas bukit, cari ubi kayu, pucuk ubi dan kayu api.

 Sebuah Gudwara Sikh terletak di atas bukit. Dari dulu sampai sekarang masih ada.

Wan selalu cerita pada kami macamana abah kena pukul dengan wan sebab naik basikal laju-laju dari atas bukit pastu turun bukit ramai-ramai lepas tangan. Satu basikal kecik sampai 5 orang naik. Akhirnya jatuh berguling dan berdarah-darah badan. Inilah dia jalan berbukit yang curam yang wan ceritakan tu. 

Gambar rumah-rumah di kiri kanan jalan tu dulu kuarters  pegawai KTM. Kalau time hari raya, sapa dapat beraya rumah pegawai-pegawai tu tentu 'kaya' sebab dapat duit raya banyak. "Berapa bah?" anak-anak tanya. Abahnya jawab, "50sen". 




Bangunan berbumbung biru tu ialah surau. Masa abahnya jatuh basikal, wan kat surau tu tengah khusyuk dengar ceramah agama. Tiba-tiba ada budak datang kat wan beritahu abah jatuh basikal. Wan punya marah, sebab sebelum pergi surau, wan pesan duduk rumah jaga adik. Wan tinggalkan ceramah agama, pi cari abah. Abah menangis-nangis sambil menyorok. Menangis bukan sebab sakit tapi sebab takut wan marah. Memang teruk abah kena balun dengan wan.


Gambar ni dari bawah bukit. Abahnya kata, " Dulu masa kecik-kecik abah tengok bukit ni tinggi sangat...sekarang alahai rendahnya.." Bangunan kayu bercat hijau tu dulunya sekolah Cina tapi sekarang dah jadi tabika Cina. Tahan lagi bangunan tu walaupun dan puluhan tahun kan..Abahnya selalu kata, dia ramai kawan Cina masa sekolah di Clifford dulu.  

Anak-anak kami memang tak pernah ada pengalaman merentas rel keretapi. Abahnya punya seronok bercerita kisah zaman kanak-kanak. "Jalan keretapi (dalam gambar) tu rasanya dari zaman Jepun dah ada. Abah pernah jalan atas rel kat atas jambatan tu. Memang la sempit je..". " Tak takut ke bah? " tu lah soalan anak-anak sekarang. Tak tahan lasak macam orang dulu-dulu he he

Ini gambar di pintu pagar jalan keretapi. Dulu abah main-main dan keluar masuk ke kawasan stor KTM. Atuk dulu kerja ikut keretapi. Jadi wan akan siapkan bekal dalam mangkuk tingkat dan abahnya akan bawa mangkuk tingkat tu ke stesen. Bila atuk sampai, atuk akan ambil bekal yang baru dan pulangkan bekas yang lama. Pastu atuk sambung perjalanan ikut keretapi lagi. Itulah kerja atuk, menyebabkan atuk jarang berada di rumah. 


Bandar Kuala Lipis..yang semakin sunyi..


Bermulanya KM pertama..betul-betul di tengah bandar Lipis. Ada ke 0 km kat tempat-tempat lain kat Malaysia ni? 

Medan Tangga - tempat agak sempit. Menurun ke bawah terdapat gerai-gerai kecil dari dulu hingga sekarang masih ujud lagi. Cuma tuanpunya telah bertukar tangan dari bapa ke anak ataupun dijual kepada pemilik baru. Antara makanan yang paling terkenal ialah pulut rendang oleh bapa kawan baik abahnya, Yuri.   Kami tak turun lama sebab dah lewat sangat untuk balik ke Dong. Tak dapatlah ambik gambar di bahagian dalam

Makcik ni berniaga buah di tepi jalan dekat pasar lama, bandar Lepih. Comel je dengan alat penyukat berat tu..sporting betul bila suruh posing.



Kami berhenti di jalan menghala ke Flat Sri Kerpan. Rumah atuk dan wan, tapi dah  tak berpenghuni sebab mereka berdua tinggal di rumah anak-anak sekarang ni. Memang dekat sangat dengan rumah Siti Nurhaliza. Masa anak-anak kecik dulu, pernah beraya ke rumah lama Siti. Siap bergambar dengan Siti. Tapi gambar tu ghaib entah ke mana takde sape pun tahu. Tiba-tiba Farhan pecah rahsia, " Sebenarnya gambar tu Ayan bawak pegi sekolah, nak tunjuk dengan kawan-kawan, lepas tu hilang". Oooh..selama ni senyap tak bagi tau pun ya.

Sekian coretan abah dan kisah silamnya di Kuala Lipis, Pahang. Setiap orang punya kenangan dan zaman silam, tapi yang Allah pandang ialah bagaimana kita akhirnya nanti. Jom jadi orang baik-baik..
Ma'assalamah wa ilalliqa'


14 comments:

  1. ala comelnya mak lang . pakai skirt

    ReplyDelete
  2. Merintis kenangan mesti banyak nostalgia yang ditinggalkan, tempat jatuh lagi di kenang inikan tempat membesar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aina..abahnya tak jemu-jemu bercerita hal kecik-kecik dulu. Anak-anak yang macam pelik he he

      Delete
  3. Alahai bestnya dpt tgk Kg Siti Nurhaliza....CM....menantu dah mengandung ke? Sibuk je okje ni kan hihi.....Mesti abah tu seronok sangat sebab dpt mengimbau nostalgia katanya.....
    Untung abahkan dapat merasa arus kemodenan sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan sekampung dgn suami..jiran sebelah siti dulu katanya gfren che abang hi hi

      Delete
  4. seronok bila berkumpul ramai2 n mengimbau kenangan lama...

    ReplyDelete
  5. Jadi tourist guidelah pulak en. abe dgn anak-anaknya ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu bercerita di rumah, tak boleh nak bayangkan tempat dan suasana. Bila dah ada di tempat sebenarnya, memang rasa lain macam..

      Delete
  6. saya kalau tengok gambar lama dan pergi tempat2 kita dibesarkan masa kecik dulu, rasa sayu je hati. Tampat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermanja.

    Rindu Che Mid jugak

    ReplyDelete
  7. Rindunya dengan suasana kampung dulu.. jauh dari hiruk-pikuk kota.. :(

    ReplyDelete
  8. Fuhhhh flat depan rel ketapi yang menghadap kuil dekat bukit tu la kitorg adik bradik membesar kitorg duduk kat tingkat 4..kenangan betul bila tengok kawsan dia lama dah kitorg tak jejak 🤣🤣🤣🤣 abah dulu keje master distesen Padang Tengku n stesen lipis..lepas tu tahun 2002 pindah kerambit sebelum dia kena bertugas di johor 3 tahun sampai tahun 2009..lepas tu balik semula ke kerambit sampai la dia meninggal sebab sakit jantung..

    ReplyDelete