Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday, 19 October 2011

Diari Seorang Muslimah

Sahabat Che Mid, As nama dia, pernah berziarah ke rumah selepas Che Mid bersalinkan Deeja. Berikut ialah perbualan kami yang Che Mid rasa boleh dijadikan pedoman kepada para isteri terutama surirumah.

Sesiapa yang tidak bersetuju, tidak mengapa.. berlapang dada saja. Dari dulu lagi nak kongsi tapi tak berkesempatan.. Mohon izin tukar gantinama kepada 'aku'.

As adalah seorang ibu beranak empat, dua lelaki dan dua perempuan. Pernah bekerja tetapi telah lama juga menjadi surirumah sepenuh masa sambil menerima tempahan membuat kek dan biskut raya. Dia bukan berasal dari Klang tetapi membeli tapak rumah dan telah beberapa tahun tinggal di situ. Kami saling mengenali melalui kuliah agama di surau berhampiran. Hari itu, As berbaju blaus labuh dan berseluar panjang serta bertudung warna lembut sesuai sekali dengan orangnya yang manis dan lemah lembut.

Kami berbual di ruang tamu. Ketika itu tv menayangkan drama Korea kesukaanku. Biasalah, orang dalam pantang.. banyak masa lapang.. As memulakan bicara, " Akak masih tengok cerita-cerita macam ni lagi? As dah lama tak tengok..".  Aku terkedu sebentar. " Err.. tengok juga kadang-kadang".  "Habis, As tengok program apa?" As kata, " Tanyalah Ustaz, Halaqah, Al-Quliyyah dan Semanis Kurma". 

Sambil mengangguk-angguk, aku mempelawanya minum air coke sejuk yang aku hidangkan. " Dah lama As berhenti minum air gas ni.. minum sikit-sikit ok laa". Aku tau dia minum tu sebab aku dah hidang, sekadar menghormati tuan rumah. Emm, ada sesuatu pada As ni yang boleh dikongsi ni. Nak 'korek' lagi la..

Aku kata, " As, sejak ada baby ni, jadual akak dah lari la.. tak boleh lagi nak aktif ke surau dan masjid macam dulu... nak bangun malam tahajjud pun dah susah.." As jawab, " Takpe kak, pahalanya besar jaga baby ni, masa beranak hari tu, dah terhapus semua dosa akak.. Allah Maha Tahu kak."

Terus aku bertanya, " As, sejak bila As dah jadi lain ni.. cuba cerita pada akak jadual As dari pagi?". Jawabnya, " Alah kak, dulu As pun macam tu, kaki TV suka buang masa tak tentu hala. Tapi bila suami dah ajak pergi haji, hati pun dah mula teringin nak berubah supaya bila pergi haji nanti betul-betul bersedia." Lepas tu As pun rancak bercerita lagi.

" As bangun pukul 4.30 pagi tiap-tiap hari, terus mandi. Lepas mandi kejut suami pulak. Sementara suami mandi, As mula solat tahajud, taubat dan hajat atau buat lah apa-apa yang sempat. Sambil tu, kejut anak-anak yang dua orang tu. ( Dua orang lagi tinggal di asrama) Kami bersiap untuk solat subuh di masjid. ( Rumah As agak jauh dari masjid, mereka terpaksa berkereta ke sana). Sebelum ke masjid As siapkan dulu bahan untuk buat sarapan pagi.

Balik dari masjid, As sediakan sarapan pagi sementara suami dan anak-anak bersiap untuk ke pejabat dan ke sekolah. Usai bersarapan kira-kira jam 7 pagi, As menghantar anak-anak ke sekolah yang terletak kira-kira 5 minit dari rumah.

Tiba di rumah kira-kira jam 7 suku pagi, As akan menonton Tanyalah Ustaz sambil bersarapan. Tamat program tu, As akan bersolat Dhuha, mengaji al-Quran seperti surah al-Waqiah dan kemudian berzikir Ma'thurat pula. Kira-kira jam 10 pagi barulah As mula buat kerja dapur .. menyidai kain dan memasak dll

Hampir pukul 1 tengahari, As ke sekolah menjemput anak-anaknya pulang. Tetapi As tak pulang terus, sebaliknya singgah di masjid. Sambil menantikan azan Zuhur, As dan anak-anak akan makan tengahari dengan bekal yang di bawa dari rumah tadi di dalam kereta. Subhanallah!!

Sebelah petang, As dan anak-anak berehat di rumah kecualilah jika ada aktiviti di surau atau anak-anak ke sekolah. Solat Asar di rumah. ( Maafkan aku, bab ni aku lupa.. dia ke masjid ke tidak.. aku 'assume' je dia kat rumah)

Seluruh ahli keluarga akan bersolat maghrib di masjid dan menghadiri kuliyyah Maghrib bersama-sama dan hanya balik ke rumah selepas solat Isya'. Malam tu barulah sambung dengan kerja sekolah dan lain-lain.

Hujung minggu, (Sabtu dan Ahad) mereka akan bersolat Subuh dan sama-sama menghadiri kuliyyah Subuh di masjid atau mana-mana surau berhampiran. 

Aku menyampuk, " Ya Allah seronoknya dengar... tapi suami akak tak macam tu la.. dia tak pernah bangun tahajjud pun.." As menjawab, " Kak, dalam keluarga .. apa-apa pun isteri dan ibu kena mula dulu. Saya dulu bangun malam nak solat, saya kejut suami.. eh.. tak nak bangun ke.. ajak dia baik-baik..lama-lama dia ikut kak. Anak-anak pun macam tu, memang susah nak bangunkan dia orang tu. Tapi apa pun, kita kena kuat... dan jangan putus doa.. kerana Allah juga yang buka hati mereka, kita cuma boleh usaha je.. Alhamdulillah, balik Haji suami kata dia nak buat macamana kita buat di masjidilharam, tak nak tinggal solat jamaah di masjid.."

Begitulah cerita As yang buat aku kagum dan terpegun sangat. Aku yang bangun malam seminggu tak sekali pun, perasan dah bagus sangat. Baru solat Dhuha 2 rakaat dah perasan bagus.. tapi rupanya tak sampai berapa peratus dari apa yang As lakukan. As sudah berjaya melibatkan seluruh ahli keluarganya ke masjid. Allahuakbar!

Patutlah anak-anak As nampak sangat taat pada ibu bapanya. Pandai-pandai pulak tu. Yang sulung di Uni Sains Islam Malaysia, yang kedua di sekolah Bestari Subang Jaya ( 5A UPSR).. tentu sekarang dah masuk IPT..yang ke tiga sebaya Farah, dapat 9A PMR dan yang kecik sah-sah 5A UPSR.

Tujuan utama aku tulis ni adalah untuk naikkan semangat aku. Dulu masa tinggal di Klang, Alhamdulillah, kira rajin jugalah.. tapi sejak tinggal di SP ni, tambah-tambah ada Deeja kecik tu.. alasan lagi... aduiii...semakin jauh rasanya dari masjid..

Juga kepada isteri tidak bekerja, buang jauh-jauh sindrom segan pada orang yang bekerja, rasa rendah diri dsb. Berbanggalah kerana duduk di rumah. Maknanya, suami beri ruang dan peluang untuk kita beribadat dengan sebanyak-banyaknya.

Penutup, teringat Ustazah pernah berkata, " Barokah dari seorang isteri yang bersolat Dhuha di rumah, diikuti dengan membaca surah a-Waqiah setiap hari.. suaminya bekerja dengan tenang hatinya, cepat naik pangkat.. Renung-renungkan..

Buat As, andai As terbaca, redhakan entri ini ya. Mungkin bagi As, sekadar berbual tetapi pada akak, ia sangat terkesan..Alhamdulillah.





35 comments:

  1. jika dibandingkan saya ngan As dan che mid, bagaikan langit dan bumi.. masih lagi mencari2 jalan yg lurus.. moga2 dikuatkan iman dan semangat utk berubah.. terkesan ngan kata2 'kita sbagai ibu dan isteri harus mulakan dulu' sedangkan sy, kekadang membuang masa dgn menunggu suami berubah..

    ReplyDelete
  2. salam singgah...

    moga dapat dijadikan iktibar dan panduan buat kita semua..amin

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. kak che mid, sy rase terkesan sekali membacanya..

    bagus sekali kan?

    ReplyDelete
  4. seronoknya kalau boleh jadi macam As..masih berusaha

    ReplyDelete
  5. isteri yang solehah ni che mid.Terima kasi kerana sudi berkongsi cerita As ni...bagaikan satu suntikan semangat baru.Walau pun Cm tak tengok tv pagi pagi tapi rasanya cm kena ubah jadual waktu agar dapat tiru As ni:) oh ya..Cm jumpa doktor buat pemeriksaan kesihatan /cek darah/jantung dll setahun sekali.Maklum lah umur Cm ni dah 50++:)

    ReplyDelete
  6. x sangka, smua ahli keluarga As terlibat skali

    ReplyDelete
  7. Bestnya......kalua ini semua terjadi kat fanili.....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. huhu...jauhnya beza dari as.
    Kena muasabah diri ni..

    ReplyDelete
  9. bagusnya As tu kak.. memang tak tahu la izan nak kata apa,cara dia mengatur kehidupan dia indah sgt2...isteri solehah,ibu mithali...

    ReplyDelete
  10. Salam kak,
    takde tempat followers ke? Nak follow ni :-)

    ReplyDelete
  11. Salam kak..semoga suatu hari nnt kita semua akan ditunjukkan jalan yg betul2 diredhainya...Aminn..

    ReplyDelete
  12. salam - semoga kita pun mula transform sepertinya

    ReplyDelete
  13. mamamaman - Dulu CM pun macam tu, rasa nak marah pun ada tapi bila dah tau yang hidayah itu hak Allah, kita mula dulu dan doa supaya dia ikut. Utk kebaikan bersama juga kan..

    ReplyDelete
  14. Qhaifa nur - T kasih sudi singgah. tapi takde pun folo..lupa kut..

    ReplyDelete
  15. Fatin Marz - Kalau nak tau, As ni pernah jaga emak dan abah mertua yang kena stroke serentak! Lepas dia tolong jaga anak kakak yang meninggal.. memang mulia hatinya..

    ReplyDelete
  16. Ila - Sama-sama teruskan usaha. CM baca komen sahabat2 ni pun rasa tambah semangat.

    ReplyDelete
  17. Cikmanggis - Mulanya teragak-agak juga nak buat entri ni. Tak sangka pula respon bagus. Alhamdulillah, rajin Cikmanggis pergi medical check up. Semoga terus sihat walafiat. Amin

    ReplyDelete
  18. syariza09 - memang betul, akak tengok sendiri anak beranak tak canggung di masjid dan surau.

    ReplyDelete
  19. Fadzli - Kalau anak masih kecil, mungkin susah sikit tapi mau tak mau kena mulakan walau sedikit kan, Insyaallah

    ReplyDelete
  20. kasihredha - Itulah sebaik-baiknya. Kalau tak bekerja, kita boleh buat solat sunat tu (kecuali tahajud) di waktu siang..buat permulaan..Dulu masa CM mula-mula solat dhuha, suami tanya solat apa tu? Sekarang dah tanya dah, maknanya kita dah sampaikan satu ilmu pada dia..

    ReplyDelete
  21. izan - Isteri seperti Izan yang sering ditinggal ni, sebenarnya mempunyai banyak masa Allah beri untuk buat macam tu, sebab masa untuk suami berkurang..Cont. Ustazah akak pernah kata, kalau kita berniat nak bangun malam bertahajud, tapi suami peluk kita balik.. kita tak payah bangun sebab suami perlukan kita lebih dari solat sunat tu. Tapi pahala solat tu kita dah dapat sebab dah berniat.Jadi, jom pelan-pelan kita cuba..

    ReplyDelete
  22. Teratakhami - Tak tau la mana silap nya.. kena tunggu time dia keluar kut...sori ya..bial ada nanti cepat-cepat follow..

    ReplyDelete
  23. Liza - Amin. Kadang-kadang dah nampak dah jalan tu, cuma kita ni je saja tak nak ikut he he

    ReplyDelete
  24. sonata - Ya, kalau semua orang macam As, memang makmur sangat-sangat rumah Allah

    ReplyDelete
  25. Baguslah kak share perkara-perkara begini..saya suka...kita ni mudah lupa...bila ada yang mengingatkan baru nak buat...

    ReplyDelete
  26. Ummiarissa - Akak pun suka dapat komen bagus-bagus macam ni..nanti carik lagi cerita lain, kita share sama-sama..

    ReplyDelete
  27. salam kak..

    memang terkesan dihatey.Mudahan kiter semua diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan..

    bagi saya menjadi surirumah sepenuh masa adalah satu tanggung jawab yang besar dan berat malah sy sangat respek ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa neh.

    ReplyDelete
  28. Subhanallah..

    pokok yg baik akan menghasilkan buah yg baik :D

    ReplyDelete
  29. saya cukup yakin dengan kelebihan Dhuha

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah sangat terkesan juga Che Mid atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  31. hakak CNN - salam kenal dari che mid. Bekerja atau tidak, tanggung isteri terhadap keluarga tak ade bezanya kan

    ReplyDelete
  32. Niena - Betul, cuma orang kata dalam setandan buah belum tentu semuanya elok.. itulah ujianNya..

    ReplyDelete
  33. Iman Shah - Sangat yakin. Kasihan pada sahabat yang bekerja. Jadual terlalu padat menyukarkan utk tunaikan Dhuha..

    ReplyDelete
  34. Adnaz - Ala, mungkin adnza kenal dia.. nanti kalau ada gambar CM tunjuk ya..

    ReplyDelete
  35. Rahayu akak Mak Chu4 November 2011 at 13:51

    terkedu...tq akak

    ReplyDelete