Sepatutnya Che Mid nak cerita lain, tapi tiba-tiba teringat pasal haid. Nape ya?
Doktor Hasmiyah dari Klinik Huda, kawan sekolah Che Mid , pernah beri nasihat berikut pada Che Mid selepas beberapa bulan Deeja dilahirkan.
Untuk ibu-ibu muda, memastikan bila tarikh haid dan tempoh haid adalah penting untuk tahu bila waktu subur. Pada yang mahu anak lagi, kelewatan datang bulan mungkin menandakan kita akan mengandung. Itu biasalah kan..
TETAPI
Bagi ibu-ibu berumur (bukan tua tau...) yang yang dah rasa-rasa takkan beranak lagi, selalunya dah tak kisah period ke tidak. Kalau lewat datang bulan selalu kita anggap, " emm.. dah nak menopouse la tu...". Tanggapan sebegitu adalah SALAH.
Mengawasi tarikh dan tempoh period adalah SANGAT penting. Pada waktu inilah, kita kena tengok betul-betul dan CATAT, tarikh period dan berapa lama. Warna dan kuantiti darah juga kena tengok betul-betul. Pendek kata jangan ambil mudah tentang period ni. Umur 40 tahun ke atas adalah semakin terdedah kepada penyakit-penyakit wanita seperti kanser servik dan kanser pangkal rahim.
Bila berlaku pendarahan di luar waktu biasa period, maknanya kita kena berjaga-jaga. Lebih-lebih lagi jika keluar darah selepas hubungan kelamin. Jangan buat tak kisah je, sebab tak rasa sakit. Doktor kata, " Kalau tak rasa sakit, LAGI BAHAYA!". Rasa sakit mungkin disebabkan luka luaran tetapi kalau tak rasa sakit tapi keluar darah, mungkin ada masalah di dalam rahim. Jika pendarahan berlaku lagi 2 atau 3 kali berturut-turut, jangan tunggu lagi terus buat pemeriksaan di klinik.
Bila doktor tanya kitaran haid nanti, kita tau dengan tepat apa yang berlaku, sebab ada rekod. Tak payah agak-agak atau tanya suami. (Suami tak ambik tau hal period - period ni, yang dia nak tahu taim tak period.. lagi lama tak period lagi bagus ha ha)
Bila doktor tanya kitaran haid nanti, kita tau dengan tepat apa yang berlaku, sebab ada rekod. Tak payah agak-agak atau tanya suami. (Suami tak ambik tau hal period - period ni, yang dia nak tahu taim tak period.. lagi lama tak period lagi bagus ha ha)
Wahai ibu-ibu, percayalah pada kata hati. Kalau hati rasa lain macam je, maknanya sudah masanya kita berbuat sesuatu.
Hai, masa Che Mid tulis ni pun dah rasa seram sejuk....para suami.. ingatkan isteri jugak ok.. Isteri ni bukan tak tahu hal-hal kesihatan seperti pap smear lah.. mammogram la... tapi tak buat pun.. sebab tak rasa sakit.. Tugas suami la nak ingatkan!!! Kata sayang bini...
terima kasih kak..ada adik perempuan lagi ni
ReplyDeleteterima kasih kak....
ReplyDeleteperempuan ni mmg kena jaga bab2 ni semua kan..
skrg kita mmg catit.. tak tau la bila dah 4series dah lupa nak catit.. mekasih bg peringatan..:)
ReplyDeleteBagus CM ingatkan. Buat masa ini kakak punya timing 99% tepat. Pep smear pun kakak buat setahun sekali (april - yearly)dan pernah buat memogram sekali tahun lepas (sebab doktor kakak kata boleh buat 3 tahun sekali).
ReplyDeletesuami aina sedikit perihatin...kalau nak tau tarikh period bulan lepas just sms, jawapannya pasti tepat...
ReplyDeletesalam kenal kak ...
ReplyDeletesuami saya ambik tau jugak .. haha.. mmg setiap bulan dah tau bila akan datang..
sya suka entry ni
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian
sekarang pun sedang menunggu kawan baik yg tak mai mai lagi nih
dah lewat seminggu rasanya
belum maklum pada enpakwe
takut ada, risau ada segala ada
kesihatan kita tanggungjawab kita
dan yg penting suami pun perlu memantau kesihatan isteri kan?
Sallam Che Mid,
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi entry ni bagus untuk wanita dan suami juga, kadang2 penyakit ni langsung tak ada tanda2 awal, bila dah ada tanda dah terlewat, tu pentingnya kita tahu dan pasti betul2 kitaran haid kita.
Dah lama kak Zai tak buat pap smear dan mammogram,terima kasih tolong ingatkan.
ReplyDeleteIman Shah - Terima kasih kembali kerana beri komen, saling mengingatkan apa salahnya
ReplyDeleteYus - Betul. Tau tapi selalu tak buat. Kalau tengok tv bukan main ngeri, tapi suruh cek.. emm asek tak sempat je..akak pun sama..
ReplyDeleteMamamaman - Bagus la macam tu. Pada sahabat yang tak buat lagi, harap kena ambik inisiatif ni kan. Walaupun, mudah tapi amat berguna
ReplyDeleteKakzakie - Alhamdulillah. Kesihatan tip top, hati pun tak risau kan..
ReplyDeleteJunaina - Mana nak carik suami macam tu???
ReplyDeleteHalila Ibrahim - Salam kenal dari Che Mid juga. Ok la kalau ambil berat, moga terus kekal begitu
ReplyDeletekasihibu - Panik kejap kan...ada rasa pening-pening ke, loya ke he he...
ReplyDeleteLipislady - Bertemu kembali kita ya.. Almaklumlah, bila usia dah menjangkau ke usia perak dan emas ni, perlu lah berhati-hati..
ReplyDeleteZaitun - CM pun kena buat juga ni...sama-sama saling mengingatkan..
ReplyDeletehehehehe beruntunglah kalau ada para suami yg ambil berat tentang haid isteri.. bila datangnya, lambat ke? cepat ke? hehehehe tapi yg penting jgn lama2 ya...
ReplyDeleteSecangkir madu merah - Jangan tunggu lama-lama..he he
ReplyDeletesaya biasa catit kat kalendar..sebab subur sangat..kalau lewat seminggu je,tak yah g check..memang confirm..tapi itu waktu muda..ni dah umur makin meningkat tak pasti lah pulak...melibatkan hormon pula...kena hati2 juga ye..
ReplyDeleteSalam kak mid..
ReplyDeleteTima kasih byk2 utk info ni..=)
Aslkm
ReplyDeleteLawanya gamba'
Tulah kita kena berjaga2 dan pekan selalu,.
Hehe gambar ngan CT tu bukan mamalah...
salam kak..liza follow yer..jemput singgah blog liza yer..
ReplyDeletealhamdulillah....perkonsian yang sangat bermanfaat,
ReplyDeleteminggu lepas ketua jabatan kami panggil seorang pakar kesihatan beri ceramah tentang cancer servik dan cancer payu dara....staff lelaki yang bujang & dah kahwin pun wajib mendengar sama (boss kami mahu semua staff sihat, keluarga staff pun sihat sepaya dapat bekerja tanpa gangguan MC)...., barulah kami dengar keluhan staff lelaki.... alangkah besarnya pengorbanan seorang wanita!
Ummiarissa - Sebelum doktor bagi tau dulu, memang CM tak kisah.. rupanya tak betul anggapan tu. Skrg memang sentiasa catat..takut!
ReplyDeleteKalamhati - Sama-sama
ReplyDeleteMama - Waalaikumsalam
ReplyDeleteMasalahnya CM ni, tau je tak tak ambik action.. he he
Liza - t kasih sudi singgah. Nanti akak folo k..
ReplyDeleteAmie - Bagusnya bos macam tu. Tak takut keluar belanja utk kebaikan staf. Selama ni, orang lelaki ingat perempuan ni fikir fasal cantik adan make up je kut.. he he
ReplyDeletesalam che mid..takut gak dgn penyakit ni kan..harus berjaga2..baru tingat nk wat pap smear..
ReplyDeletekzai - jom kita sama-sama jangan tangguh!
ReplyDeletedah nk hampir masuk ambang 40an ni...
ReplyDeleteharus kene berjaga2kannn...
bab ni suami wajib tahu tau, sbb dia akan mendidik isteri
ReplyDeletehehehe....baru tau kenapa kena ambik tahu
ReplyDeletegoyard outlet
ReplyDeleteoff white
fear of god
jordan 6
kd shoes
nike sb
off white nike
off white clothing
supreme outlet
hermes bag