Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 28 October 2011

Senda Jumaat - Macam-macam Ada

Pagi minggu yang aman damai, bertempat di Pasar Taman Ria, Sg Petani.  " Bang, kita sarapan dulu la.. ".

Spesel menu di salah satu gerai... Che Abang makan roti jala. Faris makan nasi lemak bungkus je. Deeja kacau sana sini..

 Roti jala berkuah ayam seketul

 Spesel betul ni - Peknga kelapa berkuah kari ikan temenung. Che Mid jumpa hanya di Kedah je.. tempat lain tak tau la pulak..

Rasa lemak-lemak manis gitu..

Dah 2, 3 kali ke tempat ni. Kena cepat kalau tidak tak dapat rasa peknga ni. Masa Che Mid datang ni pun, serabai dah habeh. Serabai tu rupa dia bulat juga tapi tebal macam roti bom.

Dah kenyang... kami nak masuk ke pasar pulak. " Abang dengan Deeja naik kereta la, carik paking dekat sikit.. Ida jalan kaki je dengan Faris.."  

Sekejap-kejap Che Mid peluk lengan anak bujang sambil mata melilau melihat jualan di gerai tepi-tepi jalan tu. Ada ayam kampung hidup, sayur kampung, kuih-muih bermacam jenis dll. Biasalah sekejap Che Mid jalan ke depan sikit, kejap kang Faris terkedepan.. maklumlah berjalan di celah-celah orang ramai. 

Sampai di gerai apa ntah, Che Mid peluk lengan Faris, nak tunjuk sesuatu. Tapi  " APASAL BAJU  NI KEMEJA HIJAU, KAN FARIS PAKAI T-SHIRT KUNING???" Aaaa... SALAH ORANG! 

Cepat-cepat Che Mid lepas tangan. Rupanya Faris ada betul-betul belakang orang baju hijau tu. Jam-jam tu jugak Che Mid heret dia ke tempat lain. Laju-laju... tak pandang kiri kanan dah..! Dah jauh, baru Che Mid berani toleh ke belakang.. hi hi orang lelaki berbaju hijau tu ada lagi kat situ. Sorang nampaknya.. kalaulah ada isteri dia sekali.. silap hari bulan Che Mid dapat penampar free!  MALU!

Sampai di kawasan pasar basah, Che Mid cuba hubungi Che Abang...carik henfon dalam poket seluar.. takde, dalam henbeg...takde...tertinggal dalam kereta kut. Suruh Faris telefon abahnya. Che Abang kata takde dalam kereta pun... 

Che Abang hubungi nombor Che Mid, ada bunyi tapi tak berangkat.. manalah henfon ni. Balik dari pasar, kami singgah di gerai peknga tadi. Kelam kabut tuan punya gerai tu kejap, tapi memang takde henfon sesape tertinggal kat situ. Mungkin di rumah...(menyedap hati je tu sebab konfiden Che Mid simpan dalam poket..)  Tapi kalau betul-betul hilang, ada can Che Abang terpaksa beli baru. Henfon tu pun dah buruk sangat, skrin pun retak kena Deeja hentak!

Akhirnya, hampir tiba di rumah, henfon Che Abang berbunyi. Seorang hamba Allah beritahu terjumpa henfon tu di tempat letak kereta di pasar tadi.

TAK JADI LE DAPAT HENFON BARU..WUAA!



26 comments:

  1. peknga tu mcm lempeng pun ada. lawak la kak ni, camna la leh terpeluk lengan org lain pula, sib baik cpt prasan. apa salahnya kalo beli hp baru pun, cakap jer hp tu dh daif...leh gitu

    ReplyDelete
  2. Macam-macam pun memanglah Che Mid tau. Dahlah terpeluk tangan org, ini handphone pun boleh cicir. Nasib yg jumpa tu org jujur...

    p/s: Penga tu lempeng ke Che Mid? Hihi... kakak tak pernah dengar

    ReplyDelete
  3. Orang tu naik pelik gamoknye kene heret kulu kilir...

    ReplyDelete
  4. mesti org tuh syok je kena peluk ngan cm.. tuh diam je.. hhhhaaa..

    **pujuk la cik abe beli phone br.. buat la manja2 sikit.. urut sikit.. sure dpt.. hhhaaa...

    ReplyDelete
  5. heheheh kak mid...terus terang jer nk hpon bru...mesti cik abg beli punya...hihihi

    ReplyDelete
  6. amboi roti jala.... lapaq ni..:)

    ReplyDelete
  7. kalo kat sini, org panggil lempeng je, sbb x tahu nama apa...

    ReplyDelete
  8. Lempeng area mana paling syiok? Ada kedai kat area sini yg khusus jual lempeng kelapa ajer..
    Apa pun..makanan utara terbaik..murah dan sedap..

    ReplyDelete
  9. nak tepon baru.. byk kat kedai ka che mid..

    hehee.. oke per ada 2-3 tepon.. ;p

    ReplyDelete
  10. kui kui kui..nasib baik orang baju hijau tak bawak bini..kang tak pasal2 salah faham pulak

    ReplyDelete
  11. peknga...hehe mula2 dgr suami sebut dulu...saya terpikir mcm mana la rupa dan rasanya...

    ReplyDelete
  12. hahahaha..... ada niat nak telefon baru yer. meh buat2 tertinggal kat depan umah saya yer

    ReplyDelete
  13. kak sedap penya tu...macam lempeng kelapa ke?wah jujurnya orang tu...kalau nak jumpa orang macam tu mungkin tak ramai...hmmm tak dapat berganti hp baru lah gayanya...

    p/s:suh je anak akak hempas lagi he he he(jangan mare ye)

    ReplyDelete
  14. syariza - Betul, memang lempeng.. cuma orang sini makan dgn kuah kari.

    ReplyDelete
  15. kakzakie @ Syariza - orang belah tengah dan selatan memang panggil lempeng, cuma kat sini makan dgn kari..

    ReplyDelete
  16. Nizam - Nasib baik perasan cepat... kalau tak.. hi tak boleh bayangkan..

    ReplyDelete
  17. mama maman - henfon yang ada sekarang tahan lasak betu. Berapa kali jatuh pun masih ok lagi.. sabar je le..

    ReplyDelete
  18. Liza - che abang kata pakai dulu henfon tu sampai hancur.. takde harapan le..

    ReplyDelete
  19. dalila - kat sg petani ni, mana-man je ada jual roti jala.. hari-hari makan pun boleh..

    ReplyDelete
  20. Jang - memang lempeng dik... sama..

    ReplyDelete
  21. Aku budak nerek - di sini Taman Ria, Sg Petani. Gerai ni memang khas jual roti jala, serabai, lempeng dan nasi lemak. Kena datang awal pagi..

    ReplyDelete
  22. Fatin Mars - patut beli mainan punya tuk deeja kan, pas tu baru beli 1 lagi tuk CM.. barulah deeja tak kacau..

    ReplyDelete
  23. Lina Rahim - apa khabar? tu la nasib baik betul...

    ReplyDelete
  24. Kamsiah- menurut kawan che mid kat sini, tepung campur kelapa parut dan air kelapa sekali dan goreng macam lempeng..

    ReplyDelete
  25. eelobor - dah kira komplot la ni eh.. ha ha

    ReplyDelete
  26. ummiarisa - memang jujur, alhamdulillah..

    ReplyDelete