Dua orang hamba Allah bernama Zarith Naquiah dan Shahrul telah tampil di Malaysia Hari Ini pagi ini mewar-warkan aktiviti berkonsepkan Hari Tanpa Lapar. Mereka menyediakan makanan buat gelandangan di sekitar Kuala Lumpur dengan menjadikan Masjid Jame' Kuala Lumpur sebagai pusat edaran pada setiap malam Jumaat dan Sabtu.
Berikut adalah antara soal jawab di antara Wardina dan Elly Iskandar dengan Shahrul dan Zarith yang boleh Che Mid kutip.
Soalan : Mengapa memilih untuk memberi orang makan, bukan perkara lain?
Jawab : Sebab perkara paling asas sekali ialah makanan. Orang boleh hidup tanpa tempat tinggal tapi orang tak boleh hidup tanpa makanan.
Soalan : Macamana bermulanya aktiviti ini?
Jawab : (Zarith) Saya bertanya pada Shahrul macamana nak buat sebab Shahrul dah biasa buat (melalui Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan). Shahrul kata buat je dulu, jangan fikir nak dapat dana ke bantuan ke...so, saya pun buat la. Lepas tu kami berbincang dan bergabung. Saya lebih kepada publisiti dan Shahrul menguruskan makanan.
Soalan : Dari mana dapat dana?
Jawab : Kebanyakan dari individu dan NGO. Sekarang ni cuba nak minta dari Kementerian Wanita.
Soalan : Sape masak?
Jawab : Kami upah katerer, tapi ada juga orang perseorangan yang bawa sendiri makanan dan edarkan.
Soalan : Sukarelawan?
Jawab : Kawan-kawan, pelajar IPT dan kawan-kawan yang tahu dari facebook. Ada yang datang sejauh dari Melaka untuk jadi sukarelawan. Sekali turun dalam 50-60 orang sukarelawan.
Soalan : Apa hikmahnya buat macam ni?
Jawab : Melalui pemberian makanan ni, kita boleh tau masalah lain yang gelandangan ni hadapi dan cuba tolong. Contoh, kalau takde kerja kami cuba carikan kerja, kalau sakit kami cuba bantu dari segi perubatan. Kami juga beri tarbiyah supaya mereka dapat keluar dari kelompok gelandangan ini.
Soalan : Apa yang mereka paling perlukan selain makanan?
Jawab : Medikal, sebab mungkin mereka ada duit tapi cukup-cukup untuk harian saja, tapi tak cukup untuk medikal. Kadang-kadang tengok kaki ada yang berkudis..
Soalan : Cukup tak makanan yang disediakan?
Jawab : Sentiasa berlebih, tak pernah tak cukup. Lebihan makanan tu, kami akan edarkan ke kawasan lain seperti masjid Wilayah dll dengan menaiki motosikal dan kereta. (Wardina menyampuk, " Itulah tanda barokah..")
Che Mid menitiskan airmata menontonnya, bukan kerana kesian sangat pada gelandangan tu, tapi kerana usaha tulus anak muda seperti Zarith dan Shahrul. Menjawab soalan, Zarith berkataa, " Allah berikan saya ilham, jadi saya mesti kongsikan amanah ini dengan semua orang. Dulu saya takde duit dan takde kerja, sekarang saya dah ada kerja jadi saya mesti tolong orang lain pula."
Zarith juga memohon peruntukan 1MDB dan peserta Sejuta Impian.
Che Mid dah jumpa facebook Hari Tanpa Lapar, jadi kita sama-sama hayati perjuangan mereka. Dari gambar yang dipamer, Masya Allah, memang ramai gelandangan di KL ni. Kalau mahukan keterangan lanjut boleh hubungi di emel Zarith Naquiah.gmail. com
P/S : Che Mid berfikir sejenak.. kalau setakat gaji operator pengeluaran atau kerani di KL tu, memang kena ikat perut selalu...
Salam akak, tq for sharing... ayu ada tgk dlm tv masa derang distribute makanan tu..FYI, bukan setakat operator pengeluaran atau kerani yg ikat perut.. Executive di KL pun ramai yg ikat perut...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ada lagi anak muda yang tahu mensyukuri nikmat dan sanggup berkongsi rezeki dgn mereka yg memerlukan.
ReplyDeletekene ikat perut la mcm ni..saye pun kerani la jugak...huhuhu..
ReplyDeleteape yg penting ade sifat bantu membantu untuk meringankan beban yg memerlukan...
tq che mid dgn info ni...
mmg jika dikira2.. ramai yg berikat perut.. byk nak kena byr hutang dlm kehidupan sebulan ke sebulan... org kata 'kalu tak berhutang, mmg takde harta la...'-> umah, keta dan sesetengah org utang perabot... utk kehudupan yg lebih bermakna...hhhhmmmm... biasa la kan... nak idup..:)
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeletekeprihatinan dan usaha yang wajar diteladani.
inilah namanya tuntutan fardhu kifayah dan berjiwa besar. usah terlalu hanyut memikirkan kepentingan sendiri.
sabar dan syukur sama2 penting kerana ujianNya dtg dlm kedua2 cara.
melalaui susah dan senang.
kesenangan boleh membawa kita kepada kekufuran dan bersikap takabbur seperti iblis laknatullah.
jgn menghukum sebelum diadili.
sambil2 membantu, mendekati dan menyelami denyut hati, nadi dan naluri mereka untuk di bawa kembali ke pangkal jalan bagi yang tersasar memlilih jalan hidup.
mereka sangat2 perlukan insan berhati mulia.
Mencari satu dalam seribu macam ini amat susah di negara kita sekarang nie..
ReplyDeleteAyu - Dah ku agak, perkataan ikat perut akan menangkap pembaca. Faham sangat-sangat Ayu, tu akak tabik pada orang macam Zarith tu..
ReplyDeletekasihibu - Che Mid rasa perkara macam ni baru bermula, Insyaallah akan ada lagi selepas ini. Berbagai cara boleh dilakukan utk membantu orang susah.. tepuk dada tanya iman je la..
ReplyDeleteainnoraini - Che Mid tau ramai yang bekerja tak sempat nak tengok hal berinfomasi macam ni, takpe CM tolong sebarkan mana yang mampu..Sebenarnya apa jua pekerjaan kita, ada kalanya memang kena ika perut..
ReplyDeletemama maman - emak che mid pun pernah cakap macam tu..sekali fikir macam tak patut, tapi banyak kali fikir..begitulah kehidupan
ReplyDeleteaku hiv positif - t kasih sangat2 sudi tinggal komen yang menyejukkan hati. Komen sebegini sangat bermakna pada Che Mid, bahawa sekecil-kecil usaha sekali pun, jika itu sahaja kita mampu... maka buatlah..Insyaallah ia akan menyentuh hati yang dibantu in what ever means...
ReplyDeletekakzakie - Alhamdulillah, rasanya tugas kita sama-sama mendidik anak-anak untuk berbuat begitu terutamanya melalui teladan yang kita sendiri tunjukkan.
ReplyDeletebgs usaha murni diorang ni ...wajar d contohi oleh ank2 muda yg lain...
ReplyDeletetq 4 sharing che mid..
salam
ReplyDeletesemoga usaha anak2 muda sebegini mendapat galakan dan dorongan serta bantuan yang sewajarnya dari pihak yg sepatutnya
itulah cabaran dunia hari ini ,
kos hidup semakin meningkat bukan sahaja di bandar , malah di luar bandar pun sama
cuma minta rezeki yang kita perolehi itu sentiasa diberkati Allah dan mencukupi
insyallah
nice sharing sis , alhamdulillah usaha dan keprihatinan yang wajar di contohi..
ReplyDeletekak...saya rasa saya dah follow akak dulu..
ReplyDeleteakak buat blog baru ye..
saya ketinggalan byk n3 akak ni
barang makin naik...kena le ikat perut
terima kasih che mid kerana berkongsi entri ini & facebook "Hari Tanpa Lapar"
ReplyDeletealhamdulillah.. yg berada menghulurkan tangan kpd yg kurang berada.. semoga usaha mereka yg murni itu akan diberkati..
ReplyDeleteziraziz - no problem.. sharing is caring..
ReplyDeleterezeki - salam
ReplyDeletesesungguhnya tangan yang menghulur itu lebih baik dari yang menerima. Allah juga menjanjikan bahawa tidak akan jatuh miskin orang yang bersedekah dan beramal jariah..
Amy - tak de apa pun.. cuma share apa yang che mid tengok je, bukan bayar pun. harap ada manafaat pada kita yang membacanya..
ReplyDeletekasihredha - Laaa.. tak perasan ke akak dah folo guna 'rumah' baru ni..yang berbaju biru ada bunga okid tuu..
ReplyDeletebayangkan agaknya macamana la masa anak-anak kita nanti..
secangkir madu merah - tabik betul pada budak-budak. Susah nak jumpa pemimpin dan pelopor yang bergerak sendiri.. perempuan pulak tu.. Alhamdulillah
ReplyDeleteSalam che mid..terkedu liza baca artikel ni..speechless...macam2 perasaan ada...
ReplyDeleteermmm .. baguslah .. saya pun selalu pasang niat cam tu kalau Allah kabulkan apa yg saya harapkan ...
ReplyDeleteIkat perut tu biasalah ... duit mana pernah cukup ..
Che Mid,
ReplyDeleteKita bernasib baik adanya orang-orang seperti Zarith dan Shahrul yang begitu perihatin kepada masalah masyarat geladangan ini. Semoga mereka mudah mendapat dana untuk meneruskan kerja yang baik ni.
alhamdulillah..masih ada insan bhati mulia dlm khidupan skarang ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSemoga usaha murni mereka menjadi teladan kepada kita semua, bahawa ada insan2 jalanan yg memerlukan sokongan
Alhamdulillah..
ReplyDeletemasih ada insan kelaparan di negara kita nie
good job muslim!!
ReplyDeletebagusnya kak mcm ni..semog ausaha murni mereka berjaya dan dipermudahkan olehNya...
ReplyDeleteLiza - Salam, dulu kita cuma tengok orang jalanan kat tv je, sekarang dah berlaku di negara sendiri.. speechless..
ReplyDeletehalila - Sama la kita ada niat macam tu, kita ni selalu niat je tapi tak buat. Orang macam Zarith memang luarbiasa sebab ada kekuatan dalaman utk merealisasikan niat dia tu..
ReplyDeleteKunang-kunang - NGO lain seperti gereja dah selalu buat macam tu.. orang Islam selalu tertinggal la dalam hal macam ni..
ReplyDeleteLYAfarina - Kata Zarith, sebenarnya sangat ramai orang yang mahu tampil tapi tak tau saluran yang betul, jadi dia dah ujudkan platfom tu.. apa lagi jom join..
ReplyDeleteMat Som - Sesekali kita turun tengok dan join nak tak
ReplyDeleteNiena - Che Mid yakin, semakin hari semakin ramai orang kelaparan di negara ni..
ReplyDeleteizan - Che Mid percaya setiap orang memang ada niat baik dalam hati amsing-masing, cuma samada mahu atau mampu ke tidak tu lain cerita..
ReplyDeleteIman shah - moga jangan ada anasir yang jadi penghalang usaha murni anak-anak muda tu
ReplyDeleteZarith@hari tanpa lapar adalah pernah sepejabat suami , masa mula tau dia masuk sejuta impian hati dah tersentuh dgn apa yg dia nak buat, pernah jugak dia berkerjasama dgn kelab anak jati perak yg sya kenalkan melalui fb sahaja utk hntar makanan kpd gelandangan area masjid jamek/jln TAR, alhamdulillah sambutan dri sukarelawan lain juga menggalakkan, syg nyer sya n suami tidak berkesempatan bersama kerana kekangan waktu. insyaallh kalu berkesempatan akan bersama mereka pasa jumaat nti...
ReplyDeleteSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong program Hari Tanpa Lapar saya. Kata-kata semangat dan pendapat yang di berikan oleh anda semua membuatkan saya lebih bersemangat meneruskan program kebajikan seperti ini.
ReplyDeletezarith.naquiah@gmail.com
namy - Alhamdulillah, bagusnya dapat sahabat macam tu, tempiasnya dapat ke kita jugakan. Sampaikan salam Assalamualaikum Che Mid pada Zarith nanti ya. Buat masa ni, Che Mid sokong dari jauh dulu, kalau dari rumah Klang boleh juga turun KL.
ReplyDeleteZarith - Che Mid tak sangka Zarith boleh jumpa entri ni. Lihatlah bagaimana pemurah dan prihatinnya rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan ini, Allah bersama-sama Zarith, Insyaallah
ReplyDeleteSetuju..
ReplyDelete