Semua orang marah anak. Che Mid tak pastilah kut kut ada ibu atau bapa yang TAK PERNAH marah anak. Memang anak soleh la tu..
Persoalan yang Che Mid nak kongsi hari ni ialah, ketika kita marah - samada melalui perkataan - bebel, tegur, tengking, jerit dan sebagainya atau melalui perbuatan - tampar, pukul, cubit dan sebagainya. Apa yang bermain difikiran kita pada masa tu..
Adakah kita marah sebab
1) Lepas geram sebab anak melakukan kesalahan. Asal tak kena je kita pukul, buat salah sikit je kena jerit. Masa kita marah tu, suara kita pun makin lama makin tinggi atau bergetar. Kadang-kadang terasa darah menyirap naik atas kepala..
2) Suka-suka ( eh ada ke hobi pukul anak ). Ini kes dah biasa memukul, anak-anak dah lali. Mak bapak pulak dah terbiasa, asal dekat je dekat kita, tangan pun ikut naik. Mana sempat la.. dapat telinga kena piat, dapat paha kena cubit, dapat kepala kena ketuk... Tempat pulak tak menentu, kat rumah dah tentu kena, kat Tesko ke pasar malam ke, depan orang ke belakang orang lain kira..
3) Mengajar anak - Ini paling tepat tapi paling susah nak buat. Seharusnya tiada unsur emosi semasa menghukum anak, ditakuti syaitan dah pun masuk dalam badan kita pulak.
Tepuk dada tanya selera..
Ok, cuba tengok ni..
Seorang ibu menyuruh anak dara suntinya mengambil pakaian dari dalam kereta. Entah apa alasan yang anak tu beri, akhirnya si ibu yang mengambilnya sendiri. Si ibu kemudiannya membawa pakaian itu dan dicampakkan ke muka si anak. Masa tu ada sedara mara kat situ.
Ini satu lagi kisah, satu keluarga menziarah orang sakit di wad hospital. Anak yang kecil suka bila salah seorang sedara hulur jajan pada dia. Si kakak pulak ikut berebut sampai menangis-nangis, walaupun ditegur mak bapak dengan cara paling berhemah. Balik je, dalam kereta... si bapak pun 'bantai' si anak sambil menjerit-jerit. Esoknya, sebelah mata si anak dah jadi merah... cedera la tu akibat penangan si ayah.
Ha, puan-puan dan tuan-tuan pulak macamana?
p/s - Mak Che Mid dulu, suka sangat cubit kat paha. Dia punya cubit tu macam kerengga, haluuus je tapi sakitnya.. sampai sekarang teringat-ingat..
Deeja nangis lepas ibu babab sebab kerjakan marjerin
Jangan sampei jadi kes dera dah la....
ReplyDeleteAslkm
ReplyDeleteTerimakasih Che Mid...
Rasanya kak ni tak suka marah, kekadang marah dlm hati je..harap anak2 memahami.
Saya marah sebab nak mengajar. Kekadang bila marah, anak tak makan saman pun. Sebaliknya bila kita tegur lembut2, itu pulak yang berkesan.
ReplyDeleteKeluarga kakak dah jadi kebiasaan tak pukul anak. Tapi kalau mulut kakak nie CM hmmm... selalu macam bertih goreng meletup-letup. Yg dah besar ok tapi yg masih kecik tu tak bolehlah....
ReplyDeletebiasa marah ngan bg cth utk pemahaman dia.. berjenis2 sebab kenapa marah.. kekadang jalan (cam faham) kekadang xjalan..(xfaham kot).
ReplyDeletetp takde la pukul2 teruk2 sekadar utk dia faham..
mak aina dulu tak pernah tinggikan suara pada anak2 jugak jarang pukul anak2 tapi kalau dah buat salah ready to golah memang sah kena lidi punya...
ReplyDeleteaina pulak sekarang suara je kuat tp pukul anak tak pernah pun. selalu gunakan nama abah je bila anak2 buat hal...
Nizam - Eh.. tak mustahil kan, kalau dah lebam-lebam dan luka..
ReplyDeletemama ju - Salam. Memanag penyabar mama ni ya..
ReplyDeleteAzmask - Maknanya, kena tengok masa jugak ke nak marah-marah ni.. siang lain, malam lain ha ha
ReplyDeleteJunaina - Sesekali kena lidi mau berbirat tu..
ReplyDeletesi Abahnya tu mesti garangkan.. elok la tu, seorang lembut, seorang lagi keras sikit. Anak-anak takde naik kepala
Kakzakie - Ha ha CM bayangkan kakzakie mengomel dari Johor sampai KL, sampai SP pun tak habih lagi..
ReplyDeletemamamaman - ha, kena tanya maman ni, teruk ke tak.. sbb dia yang kena kan kan kan
ReplyDeletekdg2 guna psiko, kalo x jalan juga, babab la pula, tp babab mcm mana pun budak2 x makan saman. abis tu camna
ReplyDeletelia klu anak degil lia tegur dulu klu tak ikut jugak tampar kaki dia, kiranya mcm denda gitu.. hehe
ReplyDeletesyariza09 - las las mama mengucap sendiri atau panggil babah suruh handle..tp kadang-kadang anak-anak ni tau mama tak sampai hati.. kalau marah pun tak lama..
ReplyDeleteLia - he he kecik lagi bolehlah buat macam tu, dah sekolah menengah nanti, pandai la dia mengelak..
ReplyDeletealah kesiannya deeja... meh sini acik pujuk..meh.
ReplyDeletesaya dulu pon biasa kena cubit dgn emak sampai berbirat hehehehe.. anak2 saya kalau saya cubit diorang gelak2 suka.. buat geram saya bertambah2..
salam kak
ReplyDeletesaya dulu menakal kena perambat dgn abah keliling rumah hehehe
dulu kekecik hero, mana tak kena perambat
terus cabut pi umah atok hehe
sepatunta ibu bapa perlu pukul anak2 untuk mendidik.. bukan pukul yang oleh membahayakan dan mencederakan...
ReplyDeletemasa anak kecik2 selalu juga marah bila mereka nakal tu, bila dah besar ni lebih kepada nasihat dan jarang sangat marah or pukul
ReplyDeleteMak saya garang..pukul, mulut, hanger, rotan, semua hinggap kat badan..depan orang pun dia boleh buat..
ReplyDeletekesannya pada saya: saya lebih sayang ayah..hahha..mak pun sayang jugakk..kih kih kih
Terkadang diorg nakkan perhatian tu...walaupun terkadang terlepas gak perasaan marah tu....astaghfirullah...
ReplyDeleteSbb mengajar & buat salah... tu pun selalu buat muka sedih.
ReplyDeleteSbb mengajar & buat salah... tu pun selalu buat muka sedih.
ReplyDeleteSecangkir madu merah - tu la bukan senang jadi ibu zaman sekarang ni, tak marah salah.. marah ke gelak semula..
ReplyDeleterezeki - Salam, eh ini kes anak bujang akak ni. Lepas kena pukul, naik bilik campak baju ke bawah, pas tu lari umah nenek..
ReplyDeleteGen2merah - setuju sangat, kesian pada anak-anak yang menjadi tempat melepas geramkan..
ReplyDeleteCekwa - maknanya hasil dari marah-marah tu, menyebabkan anak-anak lebih memahami dan matang skrg ni. Alhamdulillah
ReplyDeleteLina - Sebenarnya, komen inilah yang paling Che Mid tunggu. Dah jadi depan mata.. anak lebih rapat dgn bapa apabila si ibu selalu sangat marah2 dan membebel tak tentu pasal.
ReplyDeleteFadzli - Lepas tu menyesal kan... bukan senang nak reconcile balik...
ReplyDeletePena Rozie - Sape yang buat muka sedih ni.. yang dipukul ke yang memukul.. he he
ReplyDeleteteringat zaman kecik2 dulu. saya punya ada 7 beradik & anak ke-4. seingat saya pernah beberapa kali jer kena pukul ngan arwah ayah. dia susah nak marah, tetapi sekali dia pukul memang akan ingat sampai bila2. kira zaman saya & adik2, ayah dah tak seberapa garang ketika zaman abang2 & kakak2 masa mereka kecil2. akibat di pukul oleh arwah abah, sehingga kini saya masih mengingati & kesannya, hubungan kami adik beradik sampai sekarang begitu rapat dan sentiasa bersama
ReplyDeleteKalau marah atau pukul anak jangan sampai dia mengalami trauma sebab bila dia besar nanti akan ada kesannya.
ReplyDeleteKalau marah atau pukul anak jangan sampai dia mengalami trauma sebab bila dia besar nanti akan ada kesannya.
ReplyDelete