Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 22 November 2011

Santai dan seprais 20.11.11

Sabtu, 19 Nov 2011, Che Abang cuti hujung minggu, anak-anak pun berkumpul. Abahnya ajak jalan-jalan. Hari ni ada bola juga.. Malaysia lwn Myanmar pukul 5 ptg.. dah tau macam tu tapi abahnya ajak juga keluar ..ok la tu..

Mula-mula ke Gegaria Harian Metro di Kepala Batas. Selalunya, abahnya tak suka jalan-jalan di tempat tumpuan orang ramai, kecuali 'computer fair'..tapi kali ini dia pulak yang ajak...

Deeja geram dengan rimau tu.. sempat dia bawak lari... abang Ayan kena kejar Deeja, tangkap dan pulangkan rimau tu..

Pameran motor berhias pun ada.. bike ni comel bila dah dimekap dengan imej kartun disney.

Tak banyak yang boleh ditengok di situ, kami keluar cari tempat makan. Ada papan tanda 'Pantai Kamlon' dekat-dekat situ juga. Kami cuba cari GPS bawa kami ke celah-celah rumah kampung. Tukar haluan, Pantai Merdeka jadi pilihan.

Dua sejoli berpegangan tangan di tepian pantai menjelang 18 tahun usia perkahwinan. Baju yang kami pakai tu hadiah anak-anak sempena 'anniversary'. .. ( walau cuma beli di up town, tapi kami suka... )

Berkelah di Pantai Merdeka, berbekalkan pecal keli kesukaan anak-anak

Pucuk ubi tempoyak ikan masin

Ibu di apit anak-anak bujang idaman Malaya..

Esoknya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersarapan pek nga dan roti jalan di Taman Ria sebelum ke pasar membeli juadah tengahari. Teringin nak hidang spesel sikit hari 'anniversary' ni..

Pulut kuning cara orang Melayu menunjukkan kesyukuran. Saja Che Mid masak lebih, sedekah sikit kat sekolah pondok Faris petang nanti..

Di makan bersama rendang ayam

Nasi beriani versi Faiza. Cubaan pertama dengan bantuan Ayan. Menepati citarasa Che Mid yang tak berapa suka terlalu banyak rempah pada nasi.

Sayur campur togel je.. 

1/4 biji tembikai sekali hidang - Deeja suka sangat.. habis comot baju dibuatnya


Papadom, penambah selera

Farhan membaca doa selamat. Mula-mula baca ikut buku ok je.. lepas tu ditambah dengan perkataan sendiri mendoakan yang baik-baik untuk ibu dan abah, mengalir airmatanya..

Deeja terpegun sambil menadah tangan semasa abang Ayan baca doa. Tengok la tu.. pinggan orang lain cantik-cantik, pinggan dan gelas Deeja.. cekai je.. syiannn..

Dah 18 tahun kita kawen bang.. tua dah ya..Alhamdulillah.. masih 'maintain vogue'.. ha ha
Sang teruna dan dara sedang menjamu selera.. masak sama-sama.. makan sama-sama..alrait la tu..

Pencuci mulut.. abah yang siapkan.. aiskrim campur nenas campur peaches.. abah guna tutup botol susu Deeja untuk 'scoop' aiskrim tu.. he he.. cantik gak la ..

Ini kek lobak bersapu krim.. konon-konon kek enibeseri... tapi

Malamnya, Ayan dan farah buat seprais... kek beli dari kedai...emm.. pandai budak-budak tu buat kejutan. T


54 comments:

  1. cm: doakan kami pun sama2 mengikut jejak langkah cm dan hubby ye.. nak maintain vogue gak tau..:)

    **seronok kan bila sesekali ada yg buat seprais... hhhiiii... alangkah indah jika apa seprais tuh dtg dr anak dan hubby.. kannn..

    ReplyDelete
  2. Rahayu aka Mak Chu22 November 2011 at 09:03

    Congratulations.... semoga jodoh berkekalan & bahagia hingga ke syurga bersama anak2 tersayang..Amin

    ReplyDelete
  3. gugur air liur tgk gulai pecal keli tu... huh

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, tahniah ye kak..18 tahun bukan sekejap kan...semoga kasih sayang semakin mekar dan diberkatiNya... dan berkekalan hingga ke syurga!

    ReplyDelete
  5. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 18 Che Mid dan suami...moga bahagia hingga ke akhir hayat....Amie pun baru je sambut Sweet 17 Anniversari 18 November lalu... dekat-dekat je tarikh ye...

    ReplyDelete
  6. assalam che mid, dah 18thun usia perkahwinan, semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  7. Salam Che mid,

    syukur alhamdulillah...Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke18 tahun semoga jodoh berpanjangan.

    Bahagia sangat rasa nya bila ada anak2 yang macam ni kan...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...sronok tgk ank2 buat surprise...mesti akk somi istri terharu ngan sambutan anak2..suka tgk deeja doa

    ReplyDelete
  9. saya lambat lagi nak sampai 18 tahun. ada 10 tahun ni pun alhamdulillah sangat...

    ReplyDelete
  10. mamamaman - jom saling mendoakan yang terbaik untuk rumahtangga masing-masing. mama kena tunggu anak besar sikit nak bagi seprais-seprais ni..he he

    ReplyDelete
  11. Rahayu - tkasih adikku. Keluarga penyokong kuat kebahagiaan kami..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  12. NM2 -Biasa ke makan ikan keli pecal tu.. orang Jawa eh..

    ReplyDelete
  13. mak encik - Memang bukan sekejap, tapi rasa baru semalam kawen tuptup dah 18 tahun..Alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Amie - Ya lah.. selang 2 hari je..tahniah buat Amie juga ya..

    ReplyDelete
  15. linapg - T kasih, kalau ada rezeki nak juga jalan-jalan time anniversary kan.. tapi duit banyak keluar utk pelajaran anak-anak.. tunggula dulu..

    ReplyDelete
  16. Ros - t kasih atas komen. Ibu kena prihatin dan dekat dengan anak.. bimbing ke jalan mana yang kita mahu. Itu cara akak...Cont - Ibu nak ayang sebagai abang yang tua membaca doa, jadi akak bagi tau dia cara macamana dan bagi masa utk dia sedia.. alhamdulillah, dia belajar dan praktikkan..

    ReplyDelete
  17. syariza - t kasih. he he jangan tak tau deeja dah lama pandai baca doa makan... siap lagu sekali tapi dia je la yang faham.. kami dengar hujungnya je betul.. banna..he he

    ReplyDelete
  18. Junaina - kita patut berbangga dgn rumahtangga kita kan.. kami share dgn anak-anak supaya mereka turut menghargai kami..

    ReplyDelete
  19. sedap makanan semuanya...kalau balik Lipis bagitau lah ye..

    ReplyDelete
  20. assalam kak midah semoga kekal ke akhir hayat.......... jeles i.... aku merasai akan kebahagiaan yang kalian kecapi...

    ReplyDelete
  21. Semoga Che Mid terus bahagia, ceria,berjaya.....
    Anak2 adalah harta yg tak tenilai

    ReplyDelete
  22. happy anniversary semoga terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa...

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah...semoga berbahagia ke akhir usia
    ari tu(ahad) akak pi jugak ke Gegaria tu....panas sgt..terus ajak hubby balik...

    ReplyDelete
  24. hehehe dia ngan rimau sama besar dh :D

    ReplyDelete
  25. Allah Hu Robbi Che Mid... kakak terharu sangat bila melihat bujang Che Mid yg baca doa. Nampak daya kepimpinan sebagai anak sulung. Akak salute sangat cara Che Mid didik mereka semua. Anak dara kecik tu pun pandai behave juga depan abang/akak dia boleh duduk diam masa baca doa walau semua org punya pinggan masih kosong dia punya dah ada pulut kuning.

    Tahniah Che Mid... moga sentiasa dlm rahmat dan hidayahNya. Amin...

    ReplyDelete
  26. Keluarga bahagia! tumpang seronok di sini..
    terharu melihat nilai kekeluargaan di sini... syukur...
    nak terapkan bagini juga pada keluarga.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  27. seronok tengok happy family.... inilah yang diharapkan oleh semua ibubapa dan anak2x di dunia ini... semoga kita semua berada dalam kebahagiaan selalu...aminnn....

    ReplyDelete
  28. terharu saya .. suka la tgok famili kak .. best .. sy pun rasa tak sabar nk tggu anak2 sy sebesar anak2 kak ...

    happy anivesarry .. semoga di murahkan rezeki n berbahagia hingga akhir hayat ...

    ReplyDelete
  29. Ummiarissa - Masak ala kadar je... Insyaallah, hendak juga jumpa kan.. tapi jarang ke Lipis sebab selalu jumpa mentua di KL, pakat-pakat janji umah adik ipar.

    ReplyDelete
  30. Norzihan - Alhamdulillah, suka duka kita kongsi bersama. Masa gembira kita ketawa, masa sedih kita nangis sama-sama..ok..

    ReplyDelete
  31. Mat Som - Betul. Ibubapalah yang mencorak kehidupan mereka.. berat amanah Allah bagi..

    ReplyDelete
  32. kasihredha - alahai tang mana lah lomantik nya tu..bukan berduaan pun.. beramaian ha ha

    ReplyDelete
  33. secangkir madu merah - T kasih atas doa cmm tu. Semoga setiap kita pun berbahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  34. Kamsiah - CM pergi sabtu pagi.. lengang.. dan lecah dek ujan..

    ReplyDelete
  35. eelobor - ha ha tacing tacing pulak ye...

    ReplyDelete
  36. Kella - Terima kasih singgah 'umah' akak ni.. Masih banyak yang kami perlu belajar lagi.. lain anak lain cara.. moga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus.. Amin

    ReplyDelete
  37. Kazman - Sebenarnya terdetik juga rasa malu, takut disalahertikan sebagai riak pula.. tapi bila baca doa-doa dari para sahabat, rasa sejuk hati..

    ReplyDelete
  38. Halila - Maknanya muda lagi la tu... inilah masa terpenting mendidik anak, lentur anak biar dari rebungnya.. sama-samalah kita cuba yang terbaik..

    ReplyDelete
  39. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 18 tahun semoga kehidupan che mid sekeluarga dirahmati Allah swt.

    ReplyDelete
  40. salam chw mid..
    seronoknye bersantai smbil mkn2 dgn family..
    slmt ulang thn p'kahwinan ye che mid..

    ReplyDelete
  41. Hepi aniverseri Che Mid,

    Semoga bahagia ke akhir hayat bersama suami dan anak2.

    ReplyDelete
  42. Zaitun - Amin, terima kasih sudi doakan kami..

    ReplyDelete
  43. kzai - bila anak-anak semua ada, buat benda kecik-kecik pun rasa macam 'grand' sangat..

    ReplyDelete
  44. Kunang-kunang - T kasih atas doakan. CM doakan KK pun begitu jua.

    ReplyDelete
  45. Salam, che mid. Wah, seronok kan jalan2 sempena ulang tahun perkahwinan. Anak2 pun sporting, siap bagi kejutan lagi, hehehe......

    ReplyDelete
  46. kak midah dulu gambar zhan ader kat follower kan... tapi skrg gak ada??? ngapa yak.. confuis sek...

    ReplyDelete
  47. Kak Imun - ala, jalan dekat-dekat je.. ada la sikit-sikit daripada takde.. he he

    ReplyDelete
  48. Shaiful - Che Mid dah folo.. dekat je kita ya..

    ReplyDelete
  49. Zihan - Ini blog baru akak. Zihan kena folo semula.. lama tak baca la ni hi hi.. konangan!

    ReplyDelete