Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 11 November 2011

Senda Jumaat - Raya Yang Tak Macam Raya

Sedang bersiap-siap mengemas barang untuk di bawa balik bercuti Raya Haji di Klang, Che Mid terkial-kial mencari baju raya Che Abang dan anak-anak lelaki. Tak jumpa pun, entah mana Che Mid letak. Rasanya, dah dilipat elok-elok sebab tu takde di tempat gantung baju. Tanya pada Che Abang, dia lagi le tak perasan. Mungkin di rumah Klang kut, sebab dah tau nak beraya Haji di sana, tak payahlah bawa balik ke SP selepas Raya Aidil Fitri hari tu..jadi kami pun tak de la beria-ia menggeledah mencari baju-baju tu..

Tiba di rumah Klang, kami cari tak juga jumpa. Tak de di Klang, maknanya TENTU ada di  SP, cuma tak tau mana letaknya! Takkan nak balik semula ke SP.. Habis tu, pagi raya dia orang nak pakai apa?

Nasib baik Che Abang memang ada banyak baju Melayu lama yang tak di bawa ke SP. Saiz pulak tak berubah..setel masalah Che Abang. Farhan pun ok juga, dah dia memang tinggal di rumah tu. Jadi baju Melayu tak jadi masalah, cuma dah tak baru lagi la, sebab dia memang selalu pakai baju-baju tu.

Faris pulak... emmm ni yang masalah ni... Baju lama dah tak muat, senteng dan singkat sana-sini. Pagi raya, terpaksa pakai baju Farhan. Baju sedang elok, tapi pinggang seluar terlalu longgar walaupun panjangnya ok. Maknanya dulu badan Farhan berisi! Sudahnya, Faris berbaju Melayu dan jeans!

Itu bab baju Melayu. Sekarang nak borak pasal juadah raya.

Sehari sebelum Raya ( Sabtu), adik beradik Che Mid berkumpul menyambut hari jadi anak-anak buah di Pantai Remis. Dek sibuk memasak untuk di bawa ke majlis tu, tak buat pulak persediaan untuk masak raya. Seronok sakan bertemu adik beradik, tak teringat pun membeli apa-apa. Lepas Maghrib, baru Che Mid ke pasar malam. Ayam dan daging dah licin. Akhirnya, rezeki kami di pagi raya - Ketupat segera, kuah lontong cincai dan sambal udang.. Nasib baik jiran sebelah sedekah rendang ayam dan kuah kacang..

Ni nak cerita tentang rumah pulak.

Kami tiba di Klang malam Jumaat. Jumaat pagi, tanpa bincang apa-apa, Che Abang bergegas ke kedai..balik bawa dua tin besar CAT. Dia kata nak cat ruang tamu. Lepas tu, habis semua langsir, batang langsir, frem gambar di turunkan. 

Pagi raya - Tak siap mengecat lagi. Langsir pun tak gantung (walaupun 'sliding door'). Rumah macam kapal pecah. Lepas solat dan melapah lembu di surau, Che Abang dan anak lelaki sambung mengecat lagi. (Che Mid dan anak perempuan berjalan raya ke rumah mak he he ) Malam tu baru mula gantung langsir... aduhai...

Jadi, taulah sekarang nape raya ni tak de gambar posing-posing raya dan gambar hidangan pagi raya...!!

28 comments:

  1. selamat hari raya cm..:)

    tang mengecat tul kelakar.. aduhai.. kalu mama sure mama bising cam ayam tercabut bulu la.. hhhaaa.. stress..kih..kih..

    ReplyDelete
  2. Rentetan yg buat serba tak manjadi. Lebih kelakar dah tentu nak raya esok masih lagi nak mengecat. Huhu... memanglah tak sempat nak buat semua. Tapi kakak salute CM buat kerja pantas masih boleh buat kuah lontong dan sambal udang utk lawan dgn ketupat hihi...

    ReplyDelete
  3. Mama Maman - Nak bising pun dah tak guna... Che Abang ingat sehari semalam buleh siap, tapi assistant asek mengular je... naik pening tengok rumah bersepah..

    ReplyDelete
  4. Kakzakie - Apa taknya,tidur jam 3 pagi laa... ikut jadual tukang cat ha ha

    ReplyDelete
  5. salam aidiladha che mid....hihihi mmg kelakor sgt, tergelak liza bila baca n3 ni....

    ReplyDelete
  6. che mid..acik pun tak de gambar raya..lepas solat..cik abang pi tolong orang sembelih qurban..acik dan anak2 tinggal dok rumah je..

    ReplyDelete
  7. kukuh betul alasan tak de gambar raya... haaa3x memang tak leh disangkal lagi dah.... haaa3x

    ReplyDelete
  8. salam kenal.

    tak pe..yang penting kita tetap beraya...

    ReplyDelete
  9. Salam, che mid. Raya aidiladha tahun ni pun kami tak sempat nak bergambar, hehe....

    ReplyDelete
  10. cik mid...simpan raya tahun depan utk posing sakan...

    ReplyDelete
  11. hehehhee.. nasib baik raya haji kan? ialah jarang org menziarah ke rumah kengkawan di hari raya haji.. tak apalah hari hari pun hari raya kalau mahu hehehehehe

    ReplyDelete
  12. senang di balik beraya, tak payah bersesak2 jem di jalan raya berjam2 lamanya

    ReplyDelete
  13. hehe,,,,mcm2 hal....
    lya pon raya bru2 ni xkemana... duk rmh jer..sbb x sht... gambo pon..mmg xdop lgsung

    ReplyDelete
  14. raye taun ni kt umah kakak, sedih xdpt blk kg, tpi raye ke2 baru kami cat rumah hehehe

    ReplyDelete
  15. slmat hari raya..raya kali ni di Sabah sendirian tanpa anak-anak .!

    ReplyDelete
  16. Liza - Ketawa dah lepas raya, jangan ketawa masa raya.. gerammm..

    ReplyDelete
  17. acik erna - ok la tu, duduk rumah pun rumah kemas dan cantik, ni duk rumah pun semak kepala, bau cat lagi...

    ReplyDelete
  18. Kazman & Sue - Tu la kan.. bila rumah dah siap cantik bercat baru, kena balik Sg Petani pulak...

    ReplyDelete
  19. Yan - Raya tetap raya walaupun langsir tak sempat gantung.. terang benderang je dari luar...alahai

    ReplyDelete
  20. Kak Imun, tak bergambar tapi rendang yang sedap tu mesti ada kan...

    ReplyDelete
  21. Junaina - Ya, akan ku simpan tuk raya tahun hadapan...sakan..

    ReplyDelete
  22. secangkir madu merah - nasib baik sangatlah raya haji, kalau raya aidil fitri mau tengah malam carik baju melayu lain kat kedai..

    ReplyDelete
  23. eelobor - Che Mid ada dua rumah.. satu di Sg Petani dan satu di kampung, Klang. Kampung suami di Lipis, Pahang.. emm.. memang jam...

    ReplyDelete
  24. Lyafarina- Satu lagi hal.. taim raya tak sihat pulak..

    ReplyDelete
  25. Niena - Takpe gak mengecat lepas raya... ni tak menyempat-nyempat..

    ReplyDelete
  26. Cek Wa - Selamat hari Raya.. pengalaman juga tu kan..

    ReplyDelete
  27. ehe, sempat ke saya nak ucap salam raya ni? ehehe.. apa pun tak kira apa hari pun, yang penting kita sentiasa berbahagia bersama2 kan..

    salam ceria...

    ReplyDelete