Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 12 April 2013

Allah Selamatkan Kami..4 in 1

Hari Sabtu malam minggu lepas, (setelah penat dari job Johor Bahru dan Subang Jaya, rasa macam nak 'reward' diri sendiri dan famili). Lama tak makan-makan tempat best-best sikit. Lagi pun kali ini sempena meraikan hari lahir abahnya, Farah, Faris dan tunang Ayan, Epa.

Tak de kek harijadi.. famili kami bukan peminat kek.. lagi pun dah puas makan kek pertunangan Ayan dan Epa hari tu. Kalau ada pun si Deeja yang tak sudah-sudah nak potong kek beday. Semua orang punya birthday kek tu kira Deeja punya jugak..

Ibu teringin nak makan bufet (after so long...) lagi pun masa tu hujan di mana-mana tapi abahnya beria nak makan di 'Steak n Ribs' di Laman Seri, Shah Alam. Orang terlalu ramai menunjukkan sambutan hebat di situ.. kami yang pertama kali ke situ pun teruja sangat la. Nasib baik ada tempat walaupun terpaksa bersempit sedikit. (Senang nak cedok makanan pinggan sebelah..)


 Abahnya dah genap 53 tahun pada 26 Mac lepas. Hey, lagi dua tahun bersara le kalau keje gomen..Abah suka sangat dengan lamb stew tuu.. semangkuk besar stew dengan roti untuk cicah .. dagingnya memang lembut dan berperisa. Memang puas makan..Sayuran yang dalam sup, ibu tukang telan sebab abahnya tak suka sayur.. enjoy gak la ibu yang minat tegar sayur..

 Farah genap 18 tahun 6 April.. semakin sweet dan tinggi anak dara ibu niii..Farah pilih mix lamb and chicken. Dia ni jenis slow eater.. order pulak double-double .. macam tak habis, tapi bila dah kongsi ramai-ramai... licin wal habiss..

 Si bujang Faris berumur 17 tahun pada 9 April. Mencuba potong lamb chop.. Syukur pada Allah, Faris dah semakin sihat. Masih terdengkot berjalan tapi tak bertongkat lagi. Bila bersekolah, tak boleh pakai kasut sekolah lagi, sebab masih bengkak sikit kaki kanannya.

 Epa pulak lahir pada 1 April.. Nampaknya, setiap tahun boleh raikan sekali..Insyaallah..Epa pilih chicken chop

 Ibu punya beday lambat lagiiiii... ibu dah lama teringin makan beef steak yang sedap dan lembut. Berbaloi datang sini.. patutla ramai pelanggan..

Bukan senang nak dapat abah suap macam ni.. mahal oiii!.. Tapi memang macam tu la kami anak beranak.. Si Deeja tu pulak asek gerak sana sini, kejap duduk di kerusi budak.. kejap ikut ibu, kejap dgn abang Ayan.. akhirnya turun jalan sana sini..

Alhamdulillah, kami sangat ceria malam tu. Lama dah tak bergurau senda dan usik mengusik. Makanan pun licin sebab sedap dan semua orang lapar. Harga kesemuanya RM158.20. Tak mahal sangat sebab saiz hidangan besar dan sangat sedap. Tempat lain ada lagi yang lebih mahal tapi makanan tak padan dengan harga..

Okay, untuk semua birthday girls and boys.. selamat panjang umur, semoga dimurahkan rezeki dan boleh beribadat sebaik-baik kepada Allah swt. Juga semoga keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan diberkati Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Amiin.

34 comments:

  1. Happy Birthday untuk semua yang di atas...hehehehhe. Seronoknya tengok kegembiraan dan kebahagiaan family macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je kan.. " semua yang di atas".. satu kali selebret.. jimattt.. he he

      Delete
  2. Selamat ulang tahun buat semua keluarga che mid.Tarikh yang berdekatan senang untuk diraikan.

    ReplyDelete
  3. Moga bahagia semua,seronok tgk kegembiraan kelaurga.
    Cantiklah gaya posing cm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat! Cantik tang mana tuu mama.. tang roti kaaa...

      Delete
  4. Alhamdulillah... sangil chukka hamnida...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa benda tu Rehan.. anak belajar kt Jepun tapi cakap Korea pulak.. ok ok hepi beday la tuu..

      Delete
  5. Sanah Helwa buat semua yg diraikan. Moga terus mendapat limpahan keberkatan dan kebahagiaan...
    Oh... Ayyan dah ada calon ye. Bertuahlah Epa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih.. Insyaallah semoga Allah memudahkan segala urusan kami semua

      Delete
  6. selamat ulangtahun untuk semua yg kak tuliskan tu. memang ramai kalau tengok dari gambar. rapat2 duduk..aduhai...saya memang tak reti makan rapat2 gitu, maklumlah duduk SP takde sampai ramai sangat camtu. tapi itu pemandangan biasa di lembah kelang kan, che mid..enjoy eating

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meja duduk utk 4 orang je Anim, di kaki lima kedai pulak tu.. memang enjoy, balik sini nanti cubalah, dekat area stadium Shah Alam je..

      Delete
  7. salam.
    wah mkn besar makanan org brg ni admin hee..

    selamat hari lahir utk anak2 makin membesar. suka tgok anak girl tu cantik persis mamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, makan besar dengan famili ialah momen terbaik dalam kehidupan berkeluarga.. takkan jemu dan always looking forward..

      Delete
  8. Wahh...april party la tiap tahun camni kak...senang nk celebrate...buat sekali untuk smua...

    Epi besday untuk semua...moga panjang umo dan dmurahkn rejeki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.. memang selalu macam tu. Anak-anak pun tak komplen, kalau campur sepupu sepapat lagi meriah!

      Delete
  9. ok la lahir pd bulan sama.. leh celebrate ramai.. sweetnyer.. siap bersuap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he masa ni la nak manja-manja dengan abahnya..

      Delete
  10. happynya...farah sweet
    seronok kan..anak "ibu" semua dah besar2 :)
    happy birthday semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dah besar-besar semua kecuali budak kecik Deeja tu baru 3 tahun lebih.. semoga Allah panjangkan usia kami.. Amiin.

      Delete
  11. Syukur alhamdulillah... Nampak bahagia sangat keluarga Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kami biasa-biasa je Jun..

      Delete
  12. salam cik mid
    Cut kos betul ni..
    Apa pun tahniah bt keluarga bahagia.

    Wes rong dino mangan mentah iwak kutok.pasal kui jalok menu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cut cost selagi boleh he he..

      dino kie mangan opo pulak?

      Delete
  13. bestnya akk dapat makan bersama keluarga...kalau KY semua nak, nak rasa semua hihihi

    ReplyDelete
  14. selamat ulangtahun semua! moga menjadi anak yg soleh & soleha.. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan suami yang soleh hi hi.. CM sayang semua termasuk yang tinggal komen kt blog CM yang tak sebarapa ni..

      Delete
  15. seronok dpt kumpul ramai2 satu keluarga ni CM kan... bakal menantu pun ada tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakal menantu punya beday pun dekat-dekat gak..

      Delete
  16. Assalam Che Mid,

    Allah Selamatkan Kamu
    Allah Selamatkan Kamu
    Allah Selamatkan Kamu Semua
    Allah Selamatkan Kamu

    Happy Birthday untuk semua yang diraikan,
    Muga Panjang umur, murah rezki, bertambah keimanan..


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. wah siap lagu-laguan lagi kak Mah..Amin amin Ya Rob

      Delete
  17. Hamboi sumenye lahir dalam bulan yg sama. Senang nak celebrate kan. Keluarga bahagia.

    ReplyDelete