Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 8 April 2013

Hari Terbuka ATM Kem Majidee

Assalamualaikum semua.. tak lain tak bukan sudah tentu Che Mid akan berceloteh pasal pengalaman di JB hari Jumaat lepas. Harap tak jemu ya..

Memulakan perjalanan dari Klang seawal 8.40 pagi, kami singgah untuk minum pagi di R&R Seremban. Sepanjang perjalanan asyik berborak sakan, seolah-olah pergi berjalan-jalan pulak aiii..ada la sikit-sikit membelek lirik lagu, buat pujuk-pujuk hati..

(Che Mid ada berhubung dengan Kak Zakie, mana tau ada peluang berjumpa tapi tak kesampaian.. lain kali ya kak)

 Enjoy minum pagi.. ada yang makan di situ dan ada yang tapau..

Tiba di Kem Majidee lebih kurang pukul satu tengahari, kami disambut oleh Syed Alwi yang tiba awal pagi Jumaat. Kemudian diperkenalkan kepada Kapten Faiz yang incaj untuk persembahan. Lepas tu, kami dibenarkan berehat di Wisma Pegawai sementara orang lelaki bersolat Jumaat.

 Makan tengahari di kem. Pinggan siap ada cop Hak Milik Kerajaan Malaysia.. kami dilayan oleh anggota tentera lelaki. Hai, canggung bebeno rasanya..

 Logo ATM pun ada atas pinggan.. bersemangat nak makan..

 Kari ayam yang sangat terangkat.. tengok gambar pun tau kan..! Kapten Faiz tak percaya bila kami kata sedap.. Mungkin pada dia , makanan di kem takkan sama sedap masakan di rumah..

Syed Alwi dan geng Stormreaders dah makan dulu.. tak tunggu pun ya..

En Farihin dan Maman (Teacher's Pet) dan ahli perkusi tiba jam 4 petang, dan pukul 6 petang kami 'sound check'.

Tapi kami nengok je orang 'sound check'.. bila tiba giliran, azan Maghrib berkumandang.. tak jadi la sound check nya.. tak pe la nyah, kami redah je la malam ni.. (macam bagus ooii)

Wajah-wajah sebelum naik ke pentas.. eh, ada nampak muka 'nervous' ke?  Stage freight memang ada sejak dari bilik lagi.. nak kurangkan lagu lah.. tak ingat susunan lah.. sakit perut lah.. sakit tekak lah.. masa tu baru nak tulis dialog lah (Che Mid la tu..) pen pulak tak jumpa, siap pinjam orang.. aduhai..

Kerusi sorang satu.. mike sorang satu ok.. tak payah berebut-rebut..

Farah mulakan dengan qasidah pembukaan..nampak anggun dan ada aura kan.. (belum maknya lagi tu wakaka..) Teruja buat persembahan yang dihadiri majoritinya abang-abang tentera kita.. 

Persembahan pembukaan.. Kami bawakan Zikir Munajat, diikuti dengan Nasyid Ya Rasulullah. Lepas tu rancak sikit dengan Ya Thoiybah dan Ya Hanana dan diakhiri dengan Syair Taubat. Masa melagukan yang pertama, tekak Che Mid perit semacam.. dah rasa nak batuk.. berdoa dalam hati supaya Allah bantu.. Alhamdulillah, rasa perit dan nak batuk hilang. Kalau masa praktis tak boleh fokus dan asek lupa lirik, malam tu Che Mid rasa lancar je.. Kami enjoy dan boleh buat persembahan dengan baik. 

Tengok dari jauh...

Jauh sikit lagi..Orang tak berapa ramai kerana hari bekerja (Jumaat) dan gerai jualan dan pameran pun belum bermula lagi. Tapi kami puas hati dengan kehadiran dan cuba buat yang terbaik.

Sementara Che Mid and the gang atas pentas, Farihin and the gang standby... 


 Farihin membacakan syair dari Imam Dibaie.. dan diselang seli dengan zikir dan qasidah

Kiri, Maman dari Teacher's Pet juga tak ketinggalan membawa lagu ketuhanan yang diselitkan dengan qasidah dari Syed Alwi. Memang cantik jadinya..Subhanallah, tak sedar satu jam setengah mereka menghibur sambil berdakwah.
 Antara lagu yang dibawa ialah Asroqol, Ya Salam, Salamun Salam dan lagu special Syed Alwi.. Kemarrsyah!  Maman pula membawakan lagu antaranya, Kasih Ku Pinjam Wajahmu.

Che Mid namakan kumpulan kami - Kumpulan Adnani.. terdiri dari Che Mid, Farah, Ruziah dan Edah. Zira dah lena dipangkuan Umminya..Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi ikut serta di persembahan 'eksperimen' ini. Insyaallah ada rezeki, kita akan melangkah lebih jauh lagi..

Bergambar kenangan dengan isteri Timbalan Panglima, Pegawai Kem dan ahli Bakat. Pengerusi BAKAT sempat beritahu mungkin akan jemput kami untuk program mereka pula.. petanda bagus tu kan..

Kesemua ahli terlibat - duduk hadapan sekali dua dari kanan ialah Kapten Faiz. Syabas tuan kerana mengurus kami dengan baik dari awal hingga akhir. Komitmen No 1! Tenteralah katakan.. Tabik Tuan! Untuk Farihin dan Alwi, terima kasih sudi bersama kami, ini kali ketiga Che Mid bekerjasama dengan mereka. Harap-harap ada lagi ke empat, lima dan seterusnya.. Insyaallah! Terima kasih juga kepada Maman yang memberi nasihat berguna kepada kami..



Farah dan Farhan - Farhan bertindak sebagai drebar, fotografer, body guard, runner dan guru vokal bidan terjun! Ayan kata dia bangga tengok ibu dan adik beraksi atas pentas.. 

Good job anak-anakku, Ibu bahagia sangat dapat menjayakan program sebegini bersama-sama. Ketika ibu diulit mimpi dek keletihan, Farah tak tidur menemankan si abang yang memandu. Berbual-bual dan menyanyi lagu mengarut di tengah malam dan di lebuhraya yang sunyi dan gelap. Malam itu juga adalah 'birthday eve' Farah yang ke 18. Kami sempat menyanyikan lagu selamat hari jadi sebelum ibu zzzzzzz...

Kami tinggalkan Kem Majidee tepat jam 11.44 malam untuk bertolak pulang ke Klang. Tiba di rumah jam 5.15 pagi, tika surau sudahpun memperdengarkan alunan al-Quran. 

37 comments:

  1. syabas che mid ! menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman pertama tu KA.. peluang keemasan terbentang depan mata takkan nak lepaskan..

      Delete
  2. Salam che mid,
    Jauh berjalan... luas pengalaman.
    Tahniah, kak. Jauh ke majidee sampainya kumpulan qasidah adnani.
    Moga terus sukses, kak, farah dan farhan dan seluruh team. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, t kasih indah.. kena kerja kuat lagi ni..

      Delete
  3. Secara tak langsung, program begitu juga mengukuhkan lagi hubungan zahir Cik Mid dan anak2. Terharu kakcik membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak harapkan sape lagi kalau bukan anak sendiri.. ini pun satu cara untuk mendidik dan menggalak anak yang meminati bidang yang sama..

      Delete
  4. Kakak terkilan tapi tak boleh elak tetamu yg dtg rumah kakak tak henti sejak seminggu kakak baru balik umrah ini. Malam itu selepas budak ke tiga balik mengaji kakak dan kata cuti mengaji malam itu tapi bila ada kakak kandung sendiri dtg rumah mana mungkin kakak nak kata kakak nak keluar. Hatta dia kata kenapa pakai cantik-cantik. Kakak kata niat hati nak jumpa kawan jauh tapi abang kata tak apalah... so kakak diamlah... turut sama melayan, goreng beehoon lagi.

    Kalau tak boleh kakak join berqasidah dgn Farah kan hihi...

    Anyway happy belated birthday buat Fara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mid perform atas stage tapi hati dok ingat kak Zakie tengok kat bawah he he..ada rezeki satu hari mesti jumpa kan.

      Delete
  5. cantik tudung che mid...hehehe...wah semua berjalan lancar ye...Alhamdulillah...sporting betullah akak anak beranak...seronok tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sporting and support each other.. walau siapa pun mereka, apa pun mereka.. mereka tetap anak kita kan..sebaik-baik tempat anak adalah disisi ibu bapa selagi masa mengizinkan..

      Delete
  6. Alhamdulillah & tahniah utk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkat doa dan kata-kata semangat mak chu juga

      Delete
  7. Tahniah Che Mid.....
    Wah.....hebat, hebat
    Mesti lumayan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih.. lumayan? Boleh la.. tapi JB jauuuh tu... tolak duit minyak, tol, makan-makan.. ada la sikit.. nasib baik tak ronda-ronda JB..

      Delete
  8. Tahniah Che Mid semoga sukses dimasa akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu doa kami juga, sebenarnya tak terfikir pun sampai nak buat stage show.. tapi kami cuma take one step at time.. Allah yang Maha Pemberi kak..

      Delete
  9. Farah yang ayu..jaga2 nanti ada abg tentera yg berkenan..gurau je..
    Seonoknya lihat che mid anak beranak berganding bahu berqasidah dan berselawat...sejuk perut ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tentera takut nak dekat sebab maknya ada sekali ha ha ha.. Anim bayangkan, macam mana kami di rumah, praktis sekali dan cari lagu sekali.. abahnya jadi tukang dengar dan tukang komplen he he

      Delete
  10. Alhamdulilllah... dah melangkah jauh ni.. insha Allah.. x pyh menoleh ke belakang lg. HB untuk Farah.. semoga Allah swt merahmati, memberkati perjalanan ini.. amin...............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... pada para sahabat yang mengikuti perjalanan ini, jangan tinggalkan kami.. tegur mana yang patut k..

      Delete
  11. sungguh meriahnyer uoolss.,ehHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah majlis orang... meriah juga yang kita rasa..

      Delete
  12. Salam.
    Hebat.Wah dah ke jb persembahan dia...
    Bertuah dpt anak yg mengikut kata ibu!dua bodyguard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. CM rasa selamat dan yakin bila anak sendiri disamping. Kalau boleh tak mau pisah jauh-jauh..

      Delete
  13. lawanya anak macam ibunya juga..seronok baca entry ni,share experiencec :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka bila Tihara suka he he... eh tak.. ibu lagi lawa dari anak ha ha..

      Delete
  14. masa hantar azeem lalu kat sg. besi...
    tapi tak singgah pun...
    nampak dari jauh memang meriah hari terbuka ATM ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serentak rasanya sambuta hari terbuka ATM ni..

      Delete
  15. fuiiyoo...kolaborasi yg menyengat...hehe..
    Maju ye che mid...dh sampai masuk kem ni..kira dh bagus sgt dh ni.

    Kat tepen ni pun ada hari terbuka tentera jgk...tp sy tak berkesempatan nk pi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakau kem Tepen yang jemput Che Mid, mau che mid pakse lona datang!

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Cantik anak dara kak mid nih. Happy belated birthday biat farah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga dalaman dan rohaninya lebih cantik lagi, Amiin. Dah 18 tahun anak ibu ni..

      Delete
  18. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
    Mak & anak sama hebat sama cantik :) Tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untungnya kami satu keluarga memang minat seni aka melalak... bakat terbaru si deeja kecik tu.. apa benda pun jadi mikrofon ha ha

      Delete