Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 27 June 2013

Baby Firas Dah Dibedah

Apa khabar semua..

Ingat tak kisah baby Firas, yang menghidap kanser mata? Dia dah pun menjalani pembedahan membuang mata kiri yang telah 100% dijangkiti sel kanser pada Isnin17 Jun lalu di HKL. Sebelah pagi, pakar membuat pemeriksaan, pada hari yang sama juga pembedahan dilakukan.. dah kritikal.. tahap E.

Gambar sebelum pembedahan

Che Mid sempat ziarah di rumah pada hari Ahad lepas, fizikalnya nampak sangat sihat , suka ketawa dan beri respon sangat baik. Bila Deeja pasang lagu gwiyominya.. baby Firas pun ikut menggerak-gerak kaki sambil menyusu. Sebulan lagi, mata kiri baby Firas akan dibuatkan mata palsu dan akan diganti setiap enam bulan mengikut selaras dengan pembesaran tubuh badannya.

Semalam, bermula pula episod kimo.. khabarnya ada 6 sesi kimo yang perlu dijalani untuk membunuh sel yang sedikit menular di mata kanan dan mengelak dari merebak ke bahagian lain terutama otak. Ibu dan ayah Firas pun nampak positif dan tenang, Alhamdulillah, tidak seperti sewaktu mula-mula dapat berita penyakit kanser tempoh hari. Mungkin suasana di hospital yang mempertemukan mereka dengan pesakit-pesakit kanser mata yang lain menyebabkan Wani dan Fahmy lebih kuat. Mereka berdua juga turut melayari blog dan berhubung dengan ibubapa yang mempunyai anak bermasalah sama. Tentu keyakinan bertmabah apabila mengetahui ada pesakit yang telah sembuh selepas menjalani pembedahan dan kimo. Subhanallah.. Allah memberi penyakit dan Allah juga menyediakan ubatnya..

Wani mengambil cuti 3 bulan tanpa gaji untuk menjaga baby Firas sepenuh masa dan juga bercuti dari mengikuti pengajian luar kampusnya.  Nampaknya si ayah kena bertungkus lumus mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan keluarga dan membiayai kos perubatan anak tunggal mereka. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan dan ujian ini akan segera berlalu dan Allah gantikan dengan kegembiraan. Amin.


30 comments:

  1. berat mata kita yang melihatnya che mid...
    moga baby firas dilindungi Allah...
    begitu juga dengan famili semoga tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat mata kita memandangnya, berat lagi bahu yang memikul.. juga ibu ayah dan atuk neneknya..

      Delete
  2. semoga baby Firas cepat sembuh dan berikanlah kekuatan kepada kedua ibubapanya..Aminn.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... sama-samalah kita mendoakan kesihatan & kebajikannya spy snntiasa trjaga. Allah swt knows best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wani kata, hospital dah jadi rumah ke 2 nya..

      Delete
  4. Ya! allah...sedihnya kak mid. Smoga parents firas tabah. Utk Firas, smoga di beri kekuatan dan semangat yg tinggi dlm melawan kanser.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah nak menguji hambanya dengan pelbagai cara, dan ini adalah ujian Allah utk firas dan keluarganya. Untuk kita nanti, entah apa pula nanti..

      Delete
  5. moga baby firas cepat sembuh....moga ibubapanyer terus kuat menerima dugaan ini...

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan NYA...

    untul che mid hepy besday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you bunda.. oh, sempat menyelit kt sini ya.. he he

      Delete
  7. moga cepat sembuh bb firas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah doa semua orang, baby Firas sihat walaupun sebelah pancaindera Allah dah tarik semula.

      Delete
  8. Olololo...comel je rupanya. Moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel dan keletah si Firas ni.. walaupun sakit..

      Delete
  9. Besr betul ujian yg diberikan pada pasangan muda ini CM. Terharu kita tapi apa lagilah mereka yg menanggungnya. Moga doa-doa didengari Allah hendaknya CM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, kami sedara mara cuma boleh menziarah dan beri semangat saja. Allah Maha mengetahui hikmah disebaliknya.

      Delete
  10. salam kenal kembali che mid....

    alahai..sedey sgt2 lieya bace...moga2 ade sinar bahagia menanti anak comel ini...same2 kite panjatkan doa agar adik comel ini diberi kesihatan yg baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sesiapa yang punya anak tentu akan terbekas dengan cerita ni. Insyallah doa kita dimakbulkan.

      Delete
  11. semuga Allah beri ketabahan kepada keluarga ini, insha Allah..
    sedih baca entry ni :(

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Semoga ketabahan mereka membuahkan nikmat. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itu pun ada sedara mara yang mencebik.. seolah menghukum .. tak faham betul la kan manusia ni.

      Delete
  13. sedih kalau baca anak2 kecil sakit ni che mid. kalau kesakitan, apalah yang mampu diluahkan kecuali menangis saja. mudah2an ibu ayah firas tabah menghadapi dugaan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit pening bayi.. menangis je tahunya... ibunya kena perhati dan faham bahasa tubuh baby utk tahu apa sebenarnya yang ditanggung dan dimahukan.

      Delete
  14. Semoga diberikan kesabaran dan ketabahan buat kedua ibubapa Firas.

    Harap firas cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin kak. Che Mid bagi pihak Wani dan Fahmy mengucapkan terima kasih atas komen dan doa. Mereka berdua baca entri ni.

      Delete