Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 30 June 2013

Bermarhaban Di Rumah Tan Sri

Berbesar hati sungguh Che Mid dan kawan-kawan dijemput bermarhaban di rumah Tan Sri Rozali Ismail. Melalui fb Yahanana Events tentunya blog ini, sekali lagi kami 'ditemui'. Berbaloi juga Che Mid tayang gambar marhaban dan 'update' info tentang aktiviti kami. 

Pejabat Puncak Niaga menghubungi Che Mid bertanya tentang marhaban kami. Ada soalan kelakar yang ditanya, " Berapa umur ahli-ahli marhaban Che Mid ni, kalau boleh kami tak nak tua-tua.. " Che Mid jawab, " Dari 30 an hingga 40 an. Yang warga emas adalah dalam 2, 3 orang." Kemudian orang tu komen pulak, " Tapi, kalau tengok dalam gambar kat fb ni.. semua ok je.. tak nampak pun tua-tua.." Foto dah edit le dik..kih kih

 Kami bertolak seawal jam 7.30 pagi... silau mentari pagi.. Bas Puncak Niaga dah tunggu tapi cuma ada 18 seater.. jadi 4 orang lagi naik kereta seorang staf Puncak Niaga yang turut ada memantau kami. Bukan main lagi kan.. macam VIP pulak gitu..

 Bergambar selepas sarapan pagi. Berlatar belakangkan padang golf. Oh, lupa.. rumah Tan Sri ni di Tropicana Glof and Country Resort. Unifom hari ni, jubah hitam dan tudung merah jambu. Sendiri punya atau pinjam-pinjam.. sebab baju ni bukan unifom 'official'. Ada yang las minit beli dan tengah malam ketuk pintu rumah kawan mintak alter.. semua gara-gara nak ke rumah Tan Sri. Memang pun Che Mid carik ahli 'ekstra' untuk mengganti ahli yang kebetulan tak dapat hadir, biar nampak ramai..

 Mak bawa anak dara sekali.  Dari kiri tengah Kak Syikin dan Zainon.. antara ahli aktif Helwa. 

 Dari kiri Kak Ita (kansel kenduri pada hari tersebut), Kak Edah (cuti niaga), Cik Nah dan Zie serta anaknya Zira yang mati kutu sebab takde gang.  Che Mid tak bawak Deeja dan Kak Ita tak bawa Asha untuk mengelak suasana kecoh dan huru hara. Che Mid bagi tau Deeja yang ibu ada "meeting". 

 Adik ipar ku Dila, ahli baru, dan adikku Nor, ahli tenggelam timbul.. harap-harap lepas ni.. timbuuulll je ye..

 Dari kiri, Ita (sepatutnya keje hari tu.. mintak cuti gak ke..?) dan Baiti yang bawa mak tersayang sekali.

 Che Mid... alahai.. takde Farah rasa semacam juga..

 Macam tu la rupanya.. kita bersarapan.. orang main golf kat belakang rumah..

 Bergambar di hadapan buai sebelum acara bermula.

 Sempat bersembang panjang kerana majlis lewat dek menunggu anak-anak yatim dari Sungai Buluh. Majlis bermula dari pukul 10.45 hingga 12.30 tengahari.  Termasuk tahlil ringkas, tahnik, berzanji, marhaban dan selingan selawat, zikir dan qasidah.

 Che Mid sedang membaca doa tahnik, sementara Tan Sri bersedia untuk mentahnikkan baby Nur Natrah.

 Cik Nah sedang membaca berzanji. Alhamdulillah, ahli semakin berkeyakinan membaca rawi dan tak 'takut' mikrofon selepas seorang Ustaz memberi nasihat, " Tidak mengapa menggunakan mikrofon, jika niat kita untuk mengajak orang ramai sama-sama membesarkan Nabi saw".  Che Mid rasa terharu sangat bila hampir semua orang ikut kami mendendangkan qasidah Yahanana dan Ya Thoibah. 

 Che Mid diberi penghormatan oleh Tan Sri untuk memotong rambut. Selalunya Che Mid akan bacakan doa, " Allahumma faqehufiddin" sambil meniup ubun-ubun baby.

 Selepas jamuan makan tengahari yang amat-amat sedap dan istimewa, kami diminta untuk berselawat sempena sambutan harijadi Nur Najwa. Tengok la tu, kek lagi besar dari beday girl..

 Bersama Puan Ros dari Jabatan PR Puncak Niaga. Bertungkus lumus dari malam sebelum tu lagi membuat persiapan di lokasi. Ada seorang lagi iaitu YBhg Dato' Yunus, Pengarah Pejabat Pengerusi Puncak Niaga menghubungi sendiri Che Mid bagi memastikan semuanya lancar. Pagi tadi Che Mid menghantar sms terima kasih kepada beliau dan berharap agar semuanya berpuas hati dengan marhaban kami. Dato' jawab, " Kalau saya happy biasanya, mereka pun happy. Terima kasih bebanyak le Ye. Dyunus".

 Sebelum balik, kami diberi cenderahati. Dalam beg tu ada kain batik, ferero roche dan air minuman.

 Time balik, semua nak naik bas.. biar bersempit tapi tak nak berpisah. Huda dan Iva duduk atas tangga bas pun boleh senyum sokmo.. Nor dan Che Mid duduk atas tempat letak lagej.. Riuh rendah bila Che Mid umumkan yang kami diberi sagu hati wang tunai yang Alhamdulillah lumayan. Semuanya sepakat untuk membelanjakan duit itu untuk beli unifom baru!

Mission accomplished!! Yeah!!  Syukran jazilan atas komitmen penuh anda!!

Sesiapa berminat untuk menempah marhaban kami? Hubungi Che Mid di 013-3672459 ok!

53 comments:

  1. salam che mid..wah kalaulah dekat nak je saya join the club.saya minat baca entri che mid.wah bestnya terpancar wajah kegembiraan semua selesai majlis kat rumah tan sri he3..alhamdulillah semoga kumpulan che mid ni akan terus-menerus dimurahkan rezeki amin ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. ala kalau tempat jauh, cari le yang berdekatan dengan rumah.. tapi skrg ni memang susah sikit nak cari kumpulan macam ni kan.. Amin. Moga kami terus istiqomah mengumandangkan marhaban tanpa rasa riak ya..

      Delete
  2. salam che mid...ye saya pun kalau dekat teringin nak join...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, he he dah teringin tu jom le join.. apa kata next time, kalau ada jemputan special macam ni, che mid umum dalam blog ni.. pas tu sape berminat ikut je la ramai-ramai, tentu meriah ha ha

      Delete
  3. assalam,

    Alhamdulillah selesai sudah majlis ilmu , semoga diberkati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bunda tak tidur lagi ke ni.. ke sambung tahajud sekejap lagi.. moga bunda juga terus dirahmati dan disayangi Allah swt.Amin Ya Rob

      Delete
  4. Syukur alhamdulillah...

    Seronok tengok group Che Mid ni. Aktif. Teringin pun ada juga nak join group macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. ramainya teringin ni.. che mid buleh buka cawangan ..ha ha atau pun buka franchise HA HA

      Delete
  5. Assalamualaikum Che mid...bestnya tengok..smoga dimurahkan rezeki lagi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sura.. Amin rezeki di bumi dan di langit sekali kan.. Insyaallah! Semoga Allah mengembalikan doa ini kepada yang mendoakan..

      Delete
  6. wah che mid..meriah dan happening lieya tgk majlis ni...ye laa tan sri yg buat kan...haruslah nampak lain....suke lieya tgk.....semua nampak sempurna...alhamdulillah...group marhaban che mid pun comel2 semuanyer....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Semoga niat suci Che Mid berkembang seiring dengan kumpulan ini. amiin.

    Psst : Baby tu anak Tan Sri ekk? Oh, saya sungguh kepochi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. nak buka cawangan la lepas ni.. ha ha

      Delete
  8. Suka kakak tengok. Terkenang masa dulu kakak macam CM ke sana-sini siap kena sedia 3-4 pasang baju sebab kalau tiap minggu pakai yg sama macam tak best. Jadi bila dapat duit dari yg mengundang memang kami beli baju. Kadang beli tudung dulu. Seronok betul kakak tengok CM and the group.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, ramai yang suka baca dan ada yang berminat.. secara tak langsung entri ini boleh memupuk minat wanita lain menceburinyakan. Kalau dah terbubar kumpulan ni, memang susah nak tubuhkan semula.. jadi kami kena jaga elok-elok dan cari pelapis..tu sebab kami suka kalau ada ahli yang bawa anak-anak sekali..

      Delete
  9. Tahniah dan alhamdulillah. Semoga group marhaban che mid berkembang dan dikenali ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, begitu juga harapan kami semua.

      Delete
  10. Respek... selamat melangkah lebih jauh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess! Komen-komen di sini buat tambah semangat!!

      Delete
  11. Seronok baca entry ni dai mula hingga akhir majlis. Cam saya ada saya dalam kumpulan berjubah dan bertudung pink itu. (uniform tu saya ada tau..boleh join tak?).. Heee..semoga usaha che mid dan semua diberkati Allah. Janggal sekali ya tak nampak kelobat Farah dlm kumpulan ini.

    P/s tak tahan bila che mid kata depa tak nak yg tua-tua..amboi, tua-tua pun ada harga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish yang tua-tua tu lah yang suara lemak merdu.. takde yang tua, takde la yang muda kan..

      Delete
  12. Assalamualaikum Che Mid
    Nampaknya YAHANA telah memperluas empayarnya, tahniah.
    Semua kelihatan ceria....gembira...
    Tan Sri pun nampak muda lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cikgu

      Wei.. spelling kurang laaa... YAHANANA.. he he

      Delete
  13. salam...

    moga ada pelapis untuk semua ini che mid...
    kalau macam tu dah merata che mid pergi kan..kan..alhamdulillah

    * che mid, pengantin lelaki tu rakan baik hubby zaman sekolah dulu...
    sampai pun dah lewat juga, ramai tetamu dah balik...
    tak ada rezeki nak jumpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, ada kesempatan nanti Allah izinkan kita bergurau senda secara live ya..

      Delete
  14. salam che mid...terima ksih sudi snggh n folow blog sy...salam perkenalan...:-)

    kumpulan marhaban.....siap bas lagi tu....tahniah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Memang kami tak dibenarkan memandu sendiri, takut sesat barat nanti.. tapi memang elok pun sbb banyak sangat sekatan jalanraya dalam kawasan Tropicana tu..

      Delete
  15. mesti merdu2 suara ni...........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang merdu dan boleh baca dua tiga kerat, yang miming berkerat-kerat ha ha

      Delete
  16. Wah CM....
    Isteri Tan Sri ke anak? oop..

    ReplyDelete
  17. wah mmg meriah majlisnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis orang beso-beso ni kan.. majlis kecik pun nampak beso. majlis beso jadik apa yek?

      Delete
  18. uii..meriahnyaaaa...bestnyaaa kalau dapat join aktiviti2 camni. che mid, rindulaa! lama jugak xblogwalking.hidup kelam kabut skang ni.hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukanya Anis singgah sini.. macam nilah aktiviti orang sini. Sibuk dan menyibuk he he

      Delete
  19. alhamdulillah...
    makin sukses dh ni...sampai ke rumah tan sri rozali...

    Tu acara utk anak tan sri ye??..hehe..maklum ler..kenal tan sri aje kat muka tv ngan sokabar. Famili dia baru ni dpt tgk..

    ReplyDelete
  20. accéder à ce site Web portefeuilles de répliques recommandé de lire Valentino Dolabuy cliquez sur ce site dolabuy.co

    ReplyDelete