Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 29 October 2013

Hari Keluarga JPJ .. Putrajaya Lagi..

Putrajaya lagi...

Kali ini Allah beri peluang kepada Yahanana Events bersama-sama The Seven Six Studio menganjurkan program Hari Keluarga JPJ Ibupejabat Putrajaya pada 19 Oktober 2013 di Padang Semarak, Wetland, Putrajaya.

Malam sebelum tu kami tidur lewat, Farhan dan The Soul Brothers praktis vokal untuk persembahan penutup, Farah download lagu-lagu baru dari internet dan Che Mid siapkan skrip. Alhamdulillah, kami dapat empat 'job' hampir serentak. Alhamdulillah sangat Ya Allah tapi kami kena pandai atur 'team'.

Pukul 2 pagi baru boleh tidur itupun tidur ayam je. Dah jadi perangai Che Mid pulak rasanya, bila ada 'event' mata susah lelap. Pukul 5.30 pagi dah bangun, lepas Subuh kami gerak ke Putrajaya dengan 3 buah kereta. Dua kereta sampai ke Padang Semarak, Wetland, Putrajaya, satu kereta lagi sesat sampai ke Wetland Dengkil!!

 Nampak tak muka orang tengah STRES!!

 Yang pakai topi tu adik Che Mid, Ijam. Sepatutnya dia sampai dulu tapi salah faham tentang lokasi, dia ter'drive' ke Wetland Dengkil. Siap set up je, dia balik semula ke rumah dan bersiap untuk 'event' di Klang bersama Farah dan kawan baik Che Mid, Ruzi. Memang penat tapi itulah nama pun cari rezekikan..



Izat sedang diberi taklimat tentang permainan dan acara yang diadakan sepanjang hari itu. Belajar-belajar jadi deejay..lama-lama ok la tu..


Tu dia.. Ketua Pengarah JPJ Tan Sri Ismail bin Ahmad baru sampai. Di belakang sana ada deretan khemah untuk gerai permainan, gerai makanan yang kebanyakannya percuma. Pop corn pun percuma..




 Ketua Pengarah sedang memberi ucapan perasmian

Belon helium dilepaskan ke udara menandakan majlis bermula. Ramai tengok belon tu naik di tengah padang.. ramai lagi melihat dari khemah dan ramai lagi yang baru sampai. Padang Semarak ni memang sangat luas.. jenuh juga Che Mid tertinjau-tinjau dari pentas terutama bila mengumumkan nama pemenang cabutan bertuah. Gambar aktiviti lain pun tak sempat ambil sebab agak jauh dari tempat kami.

Habis je ucapan perasmian, cabutan bertuah pusingan pertama diumumkan..

Hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 disediakan untuk lebih kurang 1200 orang staf JPJ 

Ini dua badut sudah kacau Faris daaaa....comelkan badut-badut ni.. tapi sayang mekap tebal macam tu, kalau jumpa di luar confirm tak kenal..

Tak lepas peluang berposing.. maskot mickey dan minnie mouse pun ada..kat belakang tu ada inflatable untuk dewasa. Ala-ala rock climbing la..inflatable untuk kanak-kanak dan acara telematch yang menarik dan lucu pun ada. Permainan tarik tali yang tentunya dikuasai oleh bahagian penguatkuasa JPJ juga sangat kecoh!

AJK Kelab sedang mengira biji betik dari tiga buah betik untuk mencari pemenang teka biji betik. Semasa meneka, buah betik tak dibelah lagi, jadi memang tak boleh agak le berapa biji dalam buah tu. Pemenangnya telah meneka hampir tepat dengan menggunakan tarikh dan tahun lahirnya.. pandai kan..!

Hadiah utama memang hebat.. ada tv LED saiz besar. Tengok mak yong tu..sanggup berlari dari hujung padang naik ke pentas utama. Bila deejay kata, " Kak, jangan lari.." Dia kata," Tak pe..takpe" sambil pegang perut..kita yang tengok pun takut.. (takut terberanak ha ha)

Persembahan penutup oleh The Soul Brothers.. sempoi je.. biasakan diri untuk show lebih besar lepas ni Insyaallah..

Che Mid bergambar dengan tunggak AJK Kelab Kebajikan dan Sukan JPJ, Puan Nadia dan Che Min..memang mudah sangat bekerja dengan mereka. Status tolak tepi.. yang penting program mesti lancar dan sukses!!

Ni nak nyelit sikit - masa meeting dengan mereka sehari sebelum tu, Che Mid baju kurung dan shawl kelabu..kunun tertib dan sopan gitu. Bila harinya, Che Mid pakai jeans dan tudung kale-kale meriah pulak g.. ada yang kata Che Mid berseri-seri.. he he.. tentulah kan.. kenalah nampak muda dari usia yang tak berapa nak muda ni.. cari makan maaa!

Gambar akhir sebelum Ketua Pengarah JPJ beredar pulang. Tan Sri dan Puan Sri, Dato' Baha dan Dato' Seri Che Ab Rahim iaitu Timbalan Pengerusi Kelab. Semasa ucapan penutup, Dato Ab mengucapkan terima kasih kepada kami atas pelaksanaan program yang baik. Alhamdulillah..

Kami sampai rumah pukul hampir 6 petang. Ingatkan boleh titun kejap tapi teringat skrip untuk majlis berinai tak siap lagi.. ok.. sambung kerja lagi.. 

Oh ya, pada syarikat atau sesiapa yang nak buat hari keluarga lebih kurang macam cerita kat sini, boleh lah hubungi Che Mid di 013-3672459.

25 comments:

  1. Alhamdulillah Che Mid rezeki mencurah2...

    Setiap ujian kan ada hikmahnya...senyum.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah makin murah rezki che mid..

    betul tu che mid,kita kena pakai warna warna yang ceria untuk memuda remajakan perasaan kita..lagipun che mid mana nmpk tua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishh.. tengok kt gambaq memang muda.. edit kaw kaw ha ha.. cuba meh tengok dekat-dekat..terkejut.. he he

      Delete
  3. seronok pulak kan? sambil terhibur sambil hiburkan orang ,,then dpat upah pulak..best la Che Mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ini Alhamdulillah takde masalah besar yang dialami. Touch wood he he. Kalau sesat jalan atau trafik tu adalah sikit-sikit..

      Delete
  4. che mid. alhamdulillah..rezeki mencurah2 masuk..seronok tengok =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa banyak juga job masuk.. ada masa termenung jee tengok langit he he

      Delete
  5. Nampak semakin maju event management Che Mid nih. All the best ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. berkat doa semua.. kena kerja kerja kerja lagi ni!!

      Delete
  6. alhamdulillah..banyak job sekarang...rezeki
    moga terus berjaya lagi che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. kalau tak de yang tolong dan bagi sokongan, kami tak sampai tahap ni..

      Delete
  7. Oh... Farhan dan set group Soul Brothers ye. Lagi mantops ni CM. Tahniah dari kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. memang dah ada kak. Tapi ahli-ahlinya ada yang duduk jauh..study lagi...tu yang susah berkumpul dan berlatih..

      Delete
  8. meriahnya family day nya che mid :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah.. gomen punya majlis..tentu banyak pihak sponsor..

      Delete
  9. Che mid..untungla. Macam2 majlis boleh jumpa, macam2 orang boleh jumpa...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah che mid(bl panggil kak dak?supaya lebih mesra)hehe....rezeki anak beranak...seronokkan bila diberi kepercayaan utk turut menjayakan majlis org....nasib kali ni tak sesat ye...hehe...moga terus sukses ye kak mid.....

    ReplyDelete
  11. amboi terus maju jaya lagi ye CM

    ReplyDelete
  12. Rumah saya dekat-dekat area sini je che mid...

    ReplyDelete
  13. suka tengok che mid dan anak anak berjaya dari hari ke hari. jangan lupa jaga kesihatan juga ye, cari makan maa..hihi

    ReplyDelete