Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 28 February 2014

Dayang's Kitchen

Salam Jumaah sahabat semua..semoga hari ini lebih baik dari semalam ya.

Hari ini Che Mid nak cerita sikit kisah kawan baik Che Mid masa di sekolah dulu. Selepas sekolah menengah kami 'terpisah' dan hanya bertemu semula pada tahun lepas...emmm..selepas 35 tahun tak tahu kabar berita.

Photo: Saya ni pecinta pokok dan tempayan! walaupun punya la malas nk siram, seronok punya gila hari ini saya beli pokok ini hanya RM80.00!!! nama apa x tau tp ia sangat cantik moga dia suka tempat baru ini dan tumbuh subur... 
Ini dia orangnya, panggilan di kampung..Dayang, tak tau la apa sejarah keluarganya sehingga digelar Dayang.


 
Ha, gambar-gambar kat atas tu ialah suasana kilang Dayang yang terletak di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor. Kilang di rumah kedai ni dah pun siap dan mula beroperasi baru-baru ini. Dayang buat perniagaan mengilang makanan berproses seperti sambal taucu dan sambal bilis siap sedia dimakan yang akan dijual di hypermarket. Tapi gambar terbaru produk tak dapat lagi...tunggu ya..

Photo: Selera kampung yang mengamit memori di restoren rimbun ini... Tqvm Zailawati Taslim n Jaafar Suhaini sebab masak selalu sedap2 
Sejak akhir-akhir ni, kami selalu gak berjumpa terutama bila Dayang balik ke kampung. Inilah untung bila bersekolah di kampung, peluang bertemu kawan-kawan lama sentiasa ada..Deeja suka sangat manja-manja dengan Dayang..

Baru-baru ini, Syarikat Dayang iaitu Dayang's Kitchen telah mengadakan majlis doa selamat di kilangnya sebelum sempena permulaan produksi. Che Mid tolong uruskan serba sedikit.

Kami telah menjemput anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah, seramai 45 orang, untuk bersolat Zohor berjamaah, membaca Yaasin dan doa selamat.


Photo: Selipar anak-anak tahfiz...elok tersusun... 
Eh, awat tunjuk gambaq selipar pulak ni...Ini adalah selipar-selipar anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah.Elok tersusun menunjukkan disiplin anak-anak tahfiz ini. Che Mid tepek gambar di fb..wah ramai yang 'like'..menunjukkan aura para hafiz dan bakal hafiz ini sangat kuatkan...subhanallah!
 

Ruang tengah tingkat atas dipenuhi dengan anak-anak ini. Che Mid sediakan sejadah dan surah Yaasin yang dipinjam dari surau. Oh, bersyukur sangat dapat bersama-sama berjamaah bersama mereka. Syahdu dan khusyu'...

 
 Dayang kata, melihat anak-anak ini berselera makan, rasa nak tempah banyak-banyak lagi makanan. Maklumlah, makan tengahari dah lewat..2.30 petang..

Che Mid tempah makanan dari Miszam Canopy & Catering yang menyediakan nasi briyani dan lauk-pauk lain termasuk 'signature dish', daging masak hitam yang memang sedap. Dayang tambah dengan dua tiga jenis kuih talam, dan Che Mid bawa rojak buah. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran beberapa orang rakan Dayang yang turut sama menjamu selera.



Tuan rumah - Dayang, anak lelaki dan bakal menantu..semoga bisnes berjalan lancar dan produk akan berada di tangan pelanggan tidak lama lagi. Amiin!

Sedikit info dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah - mereka sedang mencari dermawan dan penyumbang untuk menaja pengajian anak-anak tahfiz yang miskin dan kurang mampu. Kosnya ialah RM350 sebulan. Anda boleh menaja berseorangan, atau berkongsi dengan kawan-kawan atau adik beradik. Pusat tahfiz ini terletak di Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor.

Contoh: Jika seorang sedekah RM50, kita boleh kongsi dengan 6 orang lagi. Jika anda berminat bolehlah hubungi Ustaz Azrul Hakim di 019 - 271 5765.  Pahala akan berterusan selagi anak-anak Tahfiz itu hidup Insyaallah, dan jika mereka memanafaatkan ilmu mereka, pahala kita ikut mengalir....Masyaallah tabarakallah!

Terakhir,  jika anda memerlukan khidmat Che Mid untuk mengurus acara seperti di atas, sila hubungi Yahanana Events di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com

16 comments:

  1. Cantiknya kawan kak mid nih. Smoga business nya bertambah maju.

    Kak, klo tak dpt cari 6 org macam mana? Blh tak nak derma RM50 jer.

    ReplyDelete
  2. Suka tengok anak2 tahfiz ni Che Mid... muka bersih jer... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Che Mid yang solat bersama-sama rasa khusyuk semacam je walaupun bilik tu panas..subhanallah..

      Delete
  3. Alhamdulillah Cik Mid, moga perniagaan Dayang akan terus maju.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...permulaan yg baik ni.
    Skang ni pun mmg dh banyak maahad dan pusat tahfiz dibuka, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..semoga perniagaan berkat dan maju jaya..amiin

      Delete
  5. Alhamdulillah bertemu kawan lama....lepas ni Cik Mid bolehlah berkolaberasi dengan Cik Dayang dalam perniagaan dan group yang CM ada sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. Semoga perniagaan Dayang bertambah maju.

    ReplyDelete
  7. Syoknya kalau pandai busn kan.

    ReplyDelete
  8. Seonok tengok kawan berjayakan CM.... tapi CM pun apa kurangnya...berjaya jugak!

    ReplyDelete