Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 17 February 2014

Orang Singapore Datang

Assalamualaikum sahabat sekalian..lama tak update dan ziarah rumah kalian. Rindu tapi disebabkan mak abah mertua datang menginap, tumpuan lebih pada mereka la kan, bukan pada laptop..kecuali kalau hal keje..

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni, kediaman Che Mid kerap didatangi tetamu...sejauh dari Singapura, dan tak pernah pun bersua wajah sebelum ini, cuma dengar khabar saja. Ipar duai pun ikut bertandang dan menginap di rumah kami..Teruja dan seronok sangat!! Mujur tugas mengacara agak berkurangan awal tahun ni, jadi boleh lah tumpu masa melayan tetamu.


Memang dah berjanji dengan adik ipar (Alang dan Ayu dan family masing-masing) untuk ke rumah Che Mid tapi tak sangka ada tetamu 'surprise' dari Singapura datang sekali. Fauziah dan anak-anak ialah sepupu Che Abang tapi memang kami tak pernah bertemu langsung, cuma dengar cerita dari jauh saja. Memang 'pleasant surprise sungguh'!


Tengok! Ramai kan yang datang..beramah mesra sampai tengah malam!!


 
 Nice meeting you Fauziah..harap bertemu lagi selepas ni..

 
Pada 19 Januari pulak, keluarga adik Che Abang, Ateh dari Raub datang menginap sebab esoknya anak Ateh, Ikmal,  mendaftar di Kolej Vokasional Shah Alam.


 Mereka tak pernah menginap di rumah Che Mid, selalunya kalau turun KL, akan tidur di PULAPOL. Bila bagi tau nak ke rumah kami..sukaaaa!

 Pak Teh memang kuat menyakat Deeja. Tu tengah berdebat isu negara ke entah...

Abah jadi tempat mengadu bila dah mati punca...
 
25 Januari, lagi kejutan dari Singapura..kali sepupu Che Abang yang lain pulak menziarahi kami. Mak mertua Che Mid yang ada di rumah kami, terkejut besar sampai menggeletar badan.." Nasib baik mak tak sakit jantung.." Terima kasih kak Salmah dan lain-lain yang sudi jenguk kami..Che Mid hidang rojak buah tengah-tengah malam..dah itu je stok yang ada hehe.. tapi tetamu datang bawa buah tangan, jadi bersembang sambil makan-makan. Sampai 12.30 malam baru mereka beredar ke hotel di KL semula. Wah, sangat teruja!!

 
 Sebenarnya Che Mid tak pernah bertemu dengan sedara mara dari Singapura sejak berkahwin dengan Che Abang. Memang kejutan sungguh le..Che Abang pun dah ingat-ingat lupa nama sepupu sendiri..
 
Dan pada 31 Januari, dua adik Che Abang dan keluarga masing-masing menginap di rumah Che Mid. Deeja memang suka sangat, cita-cita nak tidur sama dengan sepupu, Azyan tertunai jugak. Selalu tidur mesti berkepit dengan ibu abah, tapi kali ni memang betul-betul tidur dengan Azyan. Pukul 2.30 pagi tak tidur lagi, masih main-main dan gelak-gelak. Sampai Che Mid tutup lampu baru senyap. 

Esok paginya kami ke Shah Alam untuk menghadiri majlis pertunangan anak buah, Ain Syahira... tahniah sayang..

 Photo: Che Mid dan tuan rumah serta ahli keluarga jauh dan dekat..
 Pic jadi warna tema..tong isi kuah laksa pun matching gak kan...

Photo: Farhan Malaysia & Farhan Singapore!!
 Dua-dua jejaka idaman ni bernama Farhan, seorang dari Malaysia, seorang lagi Singapura!!

 
Kakak sepupu buatkan kek harijadi untuk Deeja dan kak Athira..potong dan suap sama-sama..

 
 Che Mid dan Alang..manis kan kami..macam sweet 40 je hik hik

 
 Si tiga Abdul..cer teka..mana abang, mana adik..

Photo: Pertunangan Cik Ain Syahira Johari pada 1 Februari lepas, pertama kali Che Mid mengacara di majlis seumpama itu. Dalam gambar, kelihatan Cik Ain Syahira diiringi adinda tercinta berjalan masuk ke ruang tamu untuk majlis taaruf dan menyarungkan cincin pertunangan. Simple but sweet!!
 Ain Syahira diapit oleh adik lelakinya ketika berjalan masuk ke ruang tamu untuk acara menyarung cincin..berbeza sedikit dari biasa tapi cute and sweet...

 
 Che Mid tutup entri ni dengan gambar out door Ain dan tunang dan sepupu sepapat yang kecoh!!

Dalam barisan!!..Ini baru tunang, kenduri nikah esok tak taulah macamana kecoh nya..
 
Ok..dah..dah habis..jom buat keje!!

12 comments:

  1. Saya sukaaaa sangat tengok family CM. Meriah, sporting dan penuh kasih sayang. Barakallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jawa kata.." ghuyub"..he he terima kasih..

      Delete
  2. Bila berkumpul saudara mara ni che mid terasa ukhuwahnya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya memang betul..bila dah terpisah sebulan dua, terasa rindu dan teringin berkumpul semula..

      Delete
  3. saya pun seronok bila ramai tetamu dtg rumah... meriah rasanya.. tetamu dtg membawa rezeki.. wajib kita layan dengan baik kan che mid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah betul, kalau boleh nak masak best-best dan borak panjang-panjang..tapi kalau datang tak bagi tau..akhir bulan pulak tu..sedih le sikit kan..apa yang ada je la nampaknya..

      Delete
  4. meriahnye kak....besar jugak family akak yeak...seronok tgk...

    tapi kan kak, mate lieya terpandang cempedak goreng tu kak....adoi kak...teliur dibuatnye hah....mane nak cari cempedak goreng nieh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cempedak goreng tu orang bagi he he..jadi rezeki tetamu utk sarapan pagi..

      Delete
  5. seronok bila dpt berjumpa & berkumpul ramai2 nikan che mid.. bukan senang nk kumpul ramai2 macma ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang..apatah lagi kalau beria-ia janji tu yang tak jadi..kalau dan dan tu je janji boleh pulak kan..

      Delete
  6. wahhh...meriah betul..seronok kalau sekali sekala berkumpul ramai-ramai macam ni :)

    ReplyDelete
  7. Meriahnya. Sronok dpt kumpul beramai2 mcm ni.

    ReplyDelete