Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 24 February 2014

Asma ul Husna di Resepsi Nor Hayati dan Eid

Tak sabar nak cerita pasal tugasan Yahanana Events hari Sabtu malam minggu lepas di Dewan Sri Siantan 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Nama pengantin perempuan ialah Cik Nor Hayati binti Ahmad berasal dari Kajang dan pengantin lelaki ialah Eid Mohamed al-Atawi, seorang berbangsa Arab.



Photo 

Che Mid mendapat panggilan dari kakak pengantin untuk mengacara majlis tetapi perlukan pengacara yang boleh berbahasa Arab, jadi Ameirul Akiff, salah seorang ahli kumpulan Soul Brothers, dipinjamkan untuk membantu. Bila Che Mid tanya, macamana boleh hubungi Che Mid, dia kata " kawan ofis rekemen..", tapi tak mau bagi tahu siapa orang tu. Alhamdulillah, syukur..apa pun terlebih dahulu jutaan terima kasih kepada kawan ofis Puan Nor Balqis yang sudi rekemen. Lain kali rekemen le lagi..he he.

Bertemakan timur tengah sedikit, kami berpakaian jubah. Dewan yang sederhana besar, sistem audio yang bagus memang mengujakan kami yang mengacara ni. Terdapat sedikit silap komunikasi antara juruteknik dewan dengan tuan rumah, nasib baik dapat diatasi sebelum pengantin sampai. Lega rasanya..

Photo: Che Mid membuka majlis dengan Amierul Akif sebagai co-pengacara untuk bahasa Arab.
Kami sedang membuka majlis dengan ucapan aluan dan selingan. Cuba tengok set up pelamin kat belakang tu..lain sikit kali ni, pengantin tak bersanding walaupun ada pelamin. Mereka berdua berarak masuk naik ke pelamin tetapi cuma berdiri. Selepas bacaan doa selamat, pengantin memotong kek perkahwinan dan kemudian beredar ke meja makan beradab. Itu sahaja.

 Photo: Kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah..
 Semasa pengantin makan-makan, kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah mengadakan persembahan mereka. Kumpulan ini dipimpin oleh Ustaz Anwar dari Petaling Jaya.


Photo: Sedang membawakan Asma ul Husna..versi Sharifah Khasif..alhamdulillah!
 Muncung je ya.... Che Mid membawakan Asma ul-Husna, buat pertama kali. Ok la kut..bila Che Mid bawakan, rasa naik bulu roma tu, Che Mid rasa ok la he he.. Masa nak balik, ada orang panggil Che Mid..'Kakak Qasidah'.. apa-apa pun boleh la dik ooi..Akiff juga bawa lagu Law Kanana Bainana..


Photo: Dengan pengantin..pengantin lelaki berasal dari Arab Saudi..sama-sama bekerja di King's Military Hospital..
 Inilah dia pengantinnya..Cik Nor Hayati dan Eid. Tayangan video yang sangat menarik dan 'sweet' disediakan sendiri oleh pengantin perempuan. Mengisahkan bagaimana Allah mempertemukan jodoh mereka.

Nak share sikit kat sinilah.. sebenarnya pengantin perempuan tu bekerja sebagai jururawat dan merantau ke Arab Saudi. Si suami pula bertugas sebagai juruteknik tentera dan bertugas di King's Military Hospital. Di situlah mereka berdua bertemu. Mat Arab ni jatuh cinta pada Nor Hayati tapi tidak direstui oleh si ayah. Nor Hayati balik Malaysia membawa hati dan cuba memujuk si ayah untuk memberi izin tetapi si ayah berkeras. Demi cinta sejati, Eid terbang ke Malaysia menyuarakan sendiri niat memperisterikan Nor Hayati dan 'surprisingly' si ayah terus bersetuju!

Narasi dan animasi menarik ditayangkan kepada tetamu membuatkan tetamu terpaku dan ikut terbuai dengan jalan cerita kisah cinta itu.

 Photo: Farhan Azman kata makanan sangat sedap..ala-ala Arab gitu..
Farhan cakap makanan sedap-sedap..terutama ayamnya..memang pun sedap..ala-ala Arab gitu.

 Photo: Dengan kumpulan Qasidah Raudhatul Jannah, Petaling Jaya
Anak-anak qasidah pun beria-ia makan..bertambah-tambah kan dik!!


Photo: Foto santai sebelum meninggalkan majlis 
Inilah team Yahanana Events malam ini!

Itulah dia kisahnya majlis yang simple tapi sangat-sangat menarik dan meriah. Sebelum berundur diri, izinkan Che Mid kongsi sikit kat sini.. kalau boleh tuan rumah tulis masa kenduri tu rasional sikit. Kalau majlis malam, janganlah tulis masa dari 7.30 - 10.30 malam. Tetamu dah tentu-tentu datang lepas Maghrib, tapi kami yang bertugas ni..takut nak tinggalkan dewan, tapi dalam masa yang sama rasa macam tak logik pulak..Che Mid terpaksa solat maghrib di belakang pelamin, mujur tempat tu tersorok dan nampak bersih.  Wudhu' dah siap-siap ambil dari rumah. Wallahua'lam.


Insyaallah, 8 Mac nanti kami akan ke Putrajaya lagi..nampaknya orang Putrajaya suka Yahanana Events!!. Pada yang teringin panggil Che Mid and team..jom hubungi Che Mid di 013-3672459..whatsaap pun ok je.. atau emel ke hmj_66@yahoo.com

12 comments:

  1. Kalau dah jodoh, dua benua pun bertemu jua. Selamat Pengantin Baru kpd kedua mempelai.
    Bestnya kerjaya Kak Mid ni.... mesti enjoy selalu bertemu pelbagai org.

    ReplyDelete
  2. Nampak macam best je kan..memang best pun he he..cuma expectation dari tuan rumah dan pengantin tentu sangat tinggi, jadi tak boleh nampak ada silap..itu cabaran utamanya. Moga Allah permudahkan.. dalam perjalanan ke lokasi, selalu Che Mid baca surah Yaasin dan al-Mathurat..utk ketenangan diri dan kelancaran majlis.

    ReplyDelete
  3. Semakin terkenal Che Mid sekarang ni. Jodoh itu telah tertulis utk mereka berdua, alhamdulillah keduanya sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..dah jodoh tak ke mana, tapi sebagai orang tua, perasaan bimbang tentu ada..jarak jauh pulak tu..

      Delete
  4. Kak, saya cuba nak imaginekan bagaimana cerita kisah pertemuan mereka di bentangkan. Ada lakonan semula, atau sekadar words ayat karangan atau pun dari sketching atau komik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tayangan slide show animasi..ala.. ada gambar katun pastu tulisan pun keluar..ala-ala typewriter gitu..

      Delete
  5. wah! seronok dan meriah jer nampaknya event ni Che Mid...Tahniahlah berjaya menangani event ni dengan jayanya...moga terus sukses group Che Mid ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bunda..terima kasih terus beri sokongan..

      Delete
  6. Kak. Suke keje cam akak ni. Cam best je. Tapi kena pandai handle kan. Suatu hr nanti nak keje.sendiri jugak la kak. Jemu keje ngan orang.

    ReplyDelete
  7. Alah CM.....anak kecik lagi hehe.... tapi tak pe manalah tau nanti ada org mencari...bolehlah OKje rekomenkan ek....

    ReplyDelete
  8. salam.
    Hebatkan Yahanana!
    sepupu saya pun jururawat kat sana, kawin dgn jurutera perancis yg keje kat situ. Bapak prm islamkannya. Oh Moga mereka dalam bahagia.

    ReplyDelete
  9. suka tengok kenduri kahwin simple macam ni..nampk lebih berkat dan meriah :)

    ReplyDelete