Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 10 April 2014

Agen Umrah Tipu

Assamualaikum semua..

Ada tak sesiapa menonton TV baru-baru ni tentang agen umrah ditangkap kerana didakwa menipu bakal jemaah? Ha, itu orang kampung I...wah, tak malu mengaku ya..

Dia tu lah yang dah hampir menipu emak abah Che Mid..dan telah pun menipu Kerol, adik ipar Che Mid dan mak dia. Dia juga menyebabkan jiran-jiran Che Mid yang beria-ia kumpul duit untuk ke Makkah terkandas. Hari ni nak bertolak (kononnya..) hari tu jugalah dia batalkan pemergian. Boleh bayangkan tak apa bakal jemaah ni rasa?

Dengan harga diwar-warkan cuma RM3900, siapa yang tak tergoda? Dia pulak orang sekampung..emak ayah dia pun sama tukang promosi. Jumpa di surau, kempen..jumpa di pasar pun kempen, jumpa di tempat orang kawen pun ajak pergi Makkah ikut pakej dia.

Tapi bila dah bayar, mula lah sandiwara siap skrip yang dia dan emak ayah dia je tahu. Kena tambah bayaran sebab harga hotel naik lah..nak dapat hotel dekat masjidil haram lah..harga tiket kapalterbang naiklah..yang orang kampung ni..pesara, orang tua dan anak-anak yang nak bawa emak ayah pergi umrah tak banyak karenah. Bayar pun bayarlah, janji dapat tengok rumah Allah.

Dari 10 orang satu kumpulan yang patut sama-sama naik kapal terbang, alih-alih 7-8 orang je naik. Yang lain tertinggal dengan alasan visa tak lepas. Tangguh ke tarikh lain. Bila dah naik muak dengan dia, nak tukar agen lain..marah-marah pulak. Minta duit balik memang takkan dapat punya.

Adik Che Mid, mulanya nak bawa mak mertua sekali, tapi bila saat akhir adik je boleh pergi. Mak mertua tak dapat visa katanya. Jadi Kerol pula mendaftar sebab nakkan juga bawa maknya ke Makkah. Akhirnya dua-dua tak dapat pergi. Duit..tak nampak bayang. Bila minta balik, macam-macam tipu muslihat diberi.

Yang kena perdaya bukan calang-calang...jiran tetangga sendiri, anak imam surau kariah sendiri..ipar duai sendiri..aduhai..

Tupai jatuh jua ke tanah. Bila cubaan menipu satu agensi kerajaan dapat dihidu, melibatkan RM200,000.00. Laporan polis dibuat dan dia ditangkap. Maknya pun ikut sama ke balai. Bila masuk TV9, ada pulak adegan pelanggan perempuan mengamuk pada si emak. " Makcik ni Islam ke ha? Cakap, makcik ni Islam ke..kenapa makcik tipu mak saya??" Aduh..satu Malaysia tengok tu makcik oii!

Bila Kerol jumpa anak dia, boleh dia kata tak kenal...Allah..Si emak pulak cakap pada Kerol, " Esok aku bayar duit kau ya.."

Betul pun. Esoknya, terhegeh-hegeh si emak datang ke rumah adik ipar bayar duit. Lusa datang lagi bayar duit mak Kerol pulak. Dengan harapan, bayar duit laporan polis ditarik balik dan anaknya akan bebas dari lokap.

Pertama yang sedihnya..pada Che Mid la..bisnes tu diterajui oleh anak beranak. Anak, emak dan ayah. Kalau kawan-kawan, atau orang luar tempat kami satu hal jugak. Macamana boleh mereka bertiga tu berpakat buat tak baik pada jiran atau pelanggan sampai tahap menipu macam tu. Memperdaya orang yang nak beribadah. Dan tambah sedih lagi kalau si anak jadi mastermind, mak ayah jadi tukang ikut. Malunya sama je kan..

Yang kedua, mangsa ialah kaum kerabat, jiran tetangga dan kawan-kawan sendiri..sampai hatinya..emaknya pesara guru, ayahnya orang kuat kariah..reputasi nama baik keluarga jatuh bagai kaca terhempas ke batu jadi nya..walaupun mungkin mereka didapati tidak bersalah di mahkamah nanti. Damage has been done!

Bukan nak buka aib orang..tapi kalau tak buka, orang lain tak tau..dan jadi mangsa pulak nanti adakah disebabkan duit, maka anak beranak tu jadi gelap mata? Semoga mereka cepat sedar dan bertaubat. Astaghfirullahal 'adzim.

P/s: Buatlah bisnes apa pun..kalau kita buat hal..kesannya mungkin lebih besar dari yang kita sangka..









16 comments:

  1. Tak tgk lah kak. Cuma ada dgr kat IKIM fm pasal kes menipu org nak gi umrah. Kesian orang2 yang kena tipu ni. Tak takut dosa ker dorang ni. Anak beranak plak tu. Smoga mereka diberi hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ipar Che Mid dah beri info masa dia kene interview TV9 dari balai polis lagi. Tu yang kami tercongok depan tv..

      Delete
  2. Saya rasa ini bukan kes pertama. Selalu dengar dan baca dari media jer. Hari ni, disekeliling Che Mid juga. Saya sedih sebab saya rasa kalau seorang muslim dia takkan sanggup aniaya muslim lain sebegitu sekali. Bukan itu saja, dia menganiaya ibu bapanya juga. Kadang2, sebab tu lah ramai yang sanggup berhabis dan membayar harga mahal pada syarikat2 besar sebab takut yang sedikit murah ini terus hilang di angin lalu.


    Pssst..: Kak, saya pun teringiiinn sangat nak lepak dengan akak, tapi weekend saya memang terkejar2. Weekdays pula, ada kat opis sampai malam biasanya. Raya lah kak...hahahahhaha... nak makan rojak kat rumah akak...kih..kih..kih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aziela..tapi kalau agen tu jiran dan selalu jumpa, tentu ndak gak ikut..daripada agen lain yang langsung tak kenal..tapi terbalik jadinya..

      Delete
  3. sampai hati tipu orang nak buat ibadat kan che mid

    ReplyDelete
  4. berniaga kalau menipu mestilah tak berkat, lebih2 lagi bab ibadah tapi tu la..rambut sama hitam, hati lain-lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat laun kena juga kan..cuma bila tu tak tau..selagi tak kena, selagi tulah buat ikut kepala dia orang..aduhh..

      Delete
  5. Replies
    1. Harap-harap bila dah terkena ni, tak buat lagi..tapi kalau tak sedar juga..Allah..

      Delete
  6. لأن المال الذي هو على استعداد ليكون ميتا
    Maksudnya kerana duit dia sanggup nak mam......pussss
    Maaf kasar sgt bunyinya,
    Mereka sanggup buat apa-apa sahaja, yg penting FULUS masuk kocek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar! Fulus tu jugak le yang menghumban mereka ke lokap..

      Delete
  7. bila melibatkan duit, manusia jadi gelap mata che mid..
    hasilnya, silaturrahim boleh terputus..naudzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silaturrahim terputus, hubungan darah pun tak de makna..

      Delete
  8. Assalam CM.. lawa gambar iklan. Entri menarik. Haish!! camnilah gayanya menipu, sampai bila2lah kena dok berprasangka even dgn dengan jiran tetangga n sedara mara. Kalau taknak berprasangka, kena redho. Mode: kes takut nak percaya kat orang moolat-moolat.. astaghfirullah hal azim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..tu lah, hajat dihati nak bersangka baik..tapi kena berhati-hati gak.

      Delete